Anda di halaman 1dari 5

Permulaan

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan dan nama waqaf, kerana tidak
sependapat pada maksud ayat-ayat al-Quran tetapi apa yang telah mereka bahagikan tidak
terkeluar dari jenis-jenis yang akan kemukakan nanti.
Setiap pembaca al-Quran patut mengetahuinya kerana demikian secara tidak langsung ia
menunjukkan seseorang pembaca itu mempunyai pengertian terhadap makna ayat suci alQuran. Sebagaimana Saidina Ali ra pernah ditanya apakah maksud kalimah tartil yang
terdapat pada ayat 4 surah al-Muzammil (( )) , maka beliau menjawab:
"Mentajwidkan huruf dan mengetahui menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sesuai".
Begitu juga Imam Ibnu al-Jazari pernah berkata dalam Toiyyibah al-Nasyr:

#
Maksudnya: "Dan selepas engkau memperelokkan dalam pembacaan dengan bertajwid,
semestinya pula kenal akan cara waqaf dan cara ibtida'.
Definisi
Waqaf ( )menurut:
Bahasa : Berhenti atau menahan.
Istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan
sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula.
Ibtida' ( )menurut:
Bahasa : Bermula
Istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana
bernafas.
Pembahagian
Waqaf terbahagi kepada empat jenis seperti berikut:
1. Waqaf Ikhtibari ( ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah kerana ingin
menerangkan hukum kalimah itu dari sudut resamnya pada Mashaf samada terputus
atau bersambung, ditulis dengan Ta' Marbutoh atau Ta' Maftuhah, dan lain-lain lagi.
Sebagai
contoh:
-Boleh waqaf pada kalimah dalam ayat (( ))
surah
al-Zumar
ayat
3.
-Tetapi tidak boleh waqaf pada kalimah yang bersambung dengan kalimah pada
ayat (( )) surah al-Nisa' ayat 97. Ini kerana tulisan Resam Usmani
sebegitu rupa.
Hukumnya : Harus, dengan cara mengulang kembali kalimah yang diwaqafkannya atau
kalimah sebelumnya untuk menyempurnakan maksud dari ayat tersebut.

2. Waqaf Idhtirari ( ) : Ialah waqaf ketika sebab terdesak seperti kurang


nafas, bersin dan sebagainya.
Hukumnya : Harus, bagi si pembaca yang waqaf kerana sebab terdesak lalu apabila
hilang sebab terdesak itu mestilah mengulang kembali menyebut kalimah yang
diwaqafkannya atau kalimah sebelumnya bagi menyempurnakan maksud ayat
bacaannya itu.
3. Waqaf Intizari ( ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah dengan tujuan
mencukupkan bentuk-bentuk qiraat yang ada dalam kalimah itu.
Hukumnya : Harus, ini biasanya dilakukan oleh penuntut dalam bidang ilmu Qiraat.
Mereka membaca satu ayat dengan pelbagai bentuk qiraat sehingga habis khilaf
qiraat yang ada dalam ayat tersebut dengan pemerhatian dan tunjuk ajar dari guru
mereka (talaqi dan musyafahah). Jika ayat itu terlalu panjang sudah tentulah
memerlukan kemahiran untuk waqaf pada kalimah yang sesuai, kemudian diulang
dengan bentuk qiraat yang lain sehingga selesai. Kemudian barulah disambung
dengan potongan rangkaikata ayat yang berbaki itu.
4. Waqaf Ikhtiyari ( ) : Ialah waqaf yang boleh dibuat pilihan dengan tanpa
sebab-sebab yang telah disebut sebelum ini.
Waqaf jenis ini mempunyai beberapa pembahagian yang sudah dikenali ramai sepertimana
yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam Toiyyibah al-Nasyr:

#
#
#
Maksudnya : "Maka lafaz yang sudah sempurna dan tidak mempunyai sangkutpaut
(makna dengan selepasnya), ialah Waqaf Tam dan Waqaf Kaf jika mempunyai
sangkutpaut makna (dengan selepasnya). Waqaflah dan mulakanlah (dengan kalimah
seterusnya) dan jika mempunyai sangkutpaut dari sudut lafaz (ia adalah) Waqaf
Hasan, boleh waqaf dan tidak boleh memulakan bacaan melainkan dimulakan dengan
kalimah sebelumnya. Dan selain (yang telah disebut) ini adalah Waqaf Qobih dan
bagi si pembaca, boleh waqaf secara terdesak (pada mana-mana kalimah) dan
dimulakan kembali dengan kalimah sebelumnya".
Seperti yang dapat difahami dari matan di atas tadi, Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada empat
jenis seperti berikut:
1. Waqaf Tam ( Berhenti sempurna) : Iaitu waqaf yang sempurna maknanya, dan
tidak terikat dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Seperti : (( )) surah alAn'am ayat 36. Waqaf pada adalah Waqaf Tam kerana sudah sempurna makna
dari rangkaikata ayat tersebut dan rangkaikata selepasnya mempunyai makna yang
lain
pula.

Ia juga diberi nama Waqaf Lazim dan di dalam Mashaf ia diberi tanda ( )
untuk menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Tam. Menunjukkan semestinya
waqaf pada kalimah itu.
2. Waqaf Kaf ( Berhenti Mencukupi) : Iaitu waqaf di satu kalimah yang
sempurna maknanya tetapi masih mempunyai sangkutpaut dengan kalimah selepasnya
dari sudut makna bukan dari sudut lafaz.
Seperti : (( )) surah Maryam ayat 41.
Waqaf pada adalah Waqaf Kaf, maknanya sudah cukup tetapi masih mempunyai
kaitan dengan makna pada kalimah selepasnya.
Dalam Mashaf ia diberi tanda ( ( ) lebih kurang, ini kerana komputer saya tidak
mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf). Menunjukkan
waqaf pada satu kalimah itu lebih utama dari menyambungnya.
3. Waqaf Hasan ( Berhenti Elok) : Iaitu waqaf yang sempurna makna pada
dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.

Contoh : (( )) . Boleh waqaf di sini tetapi masih mempunyai


kaitan makna dan lafaz selepasnya.

Di dalam Mashaf diberi tanda (( )lebih kurang macam tanda ini, ini kerana
komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam
Mashaf). Menunjukkan menyambung bacaan adalah lebih utama dari mewaqafkannya
tetapi boleh sahaja untuk waqaf di situ.
4. Waqaf Qobih ( Berhenti Tidak Elok) : Iaitu waqaf pada kalimah yang masih
tidak sempurna maknanya dan mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari
segi lafaz dan makna.
Contoh: (( )) surah alMaidah ayat 9. Waqaf pada adalah Waqaf Qobih kerana makna ayat masih
tidak
sempurna.
Di dalam Mashaf ianya diberi tanda ( )menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf
Qobih. Maka dilarang waqaf di sesuatu kalimah yang terdapat tanda itu melainkan
tidak cukup nafas atau bersin dan sebagainya. Apabila hendak memulakan bacaan
semula hendaklah mengulang dari kalimah hingga akhir ayat.

Tambahan
Di sana, ada tambahan waqaf yang selain dari empat Waqaf Ikhtiyari yang telah disebut
seperti:
1. Waqaf Jaiz ( Berhenti Harus) : Ianya diberi tanda di dalam Mashaf ( )untuk
menunjukkan seorang pembaca al-Quran harus waqaf pada sesuatu kalimah itu
ataupun terus menyambungkan bacaannya kerana waqaf padanya tidak sampai
merosakkan
makna
ayat
tersebut.
Contoh : (( )) surah al-Maidah ayat 54.
Waqaf pada adalah Waqaf Jaiz kerana ianya tidak sampai merosakkan makna ayat
tersebut.
2. Waqaf Ta'anuq ( Berhenti Berikat) : Sejenis waqaf yang perlu kita
perhatikan terlebih dahulu di mana kita akan kita waqaf bacaan pada salah satu di
antara dua tempat yang berdekatan. Jenis ini dalam Mashaf diberi tanda tiga titik
seperti titik huruf Syin (Harap maaf kerana komputer saya tidak mempunyai tanda
yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf).
Contoh : (( )) surah al-Baqarah ayat 2. Terdapat
dua tanda (tiga titik seperti yang dinyatakan di atas); satu tanda pada kalimah , dan
satu lagi pada kalimah . Pembaca boleh waqaf pada salah satu tempat sahaja, dan
tidak boleh pada kedua-dua tempat. Namun boleh juga memilih untuk tidak waqaf
pada kedua-dua tempat tersebut.
Ianya juga diberi nama Waqaf Muraqabah ( Berhenti Pemerhatian).

Penutup
Demikianlah jenis-jenis waqaf dan pembahagiannya yang terdapat di dalam al-Quran. Namun
kini semua Mashaf yang dicetak telah mempunyai tanda-tanda waqaf seperti yang disebutkan
tadi yang telah diletakkan oleh para ulama untuk memudahkan orang ramai membaca alQuran. Semoga artikel ini dapat memantapkan ilmu dan mengenalkan kita lagi tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan Kalamullah ini. Amin..

WAQAF JIBRIL
Waqaf yang dilakukan oleh Jibril as semasa beliau membacakan kepada Rasulullah saw.
Ia juga dikenali dengan waqaf nabawi - waqaf sunnah - waqaf itba
Terdapat 10 tempat yang disepakati.

1. al Baqarah : ayat 148


2. Ali Imran : ayat 95
3. al Maidah : ayat 48
4. al Maidah : ayat 116
5. Yusuf : ayat 108
6. al Rad : ayat 17-18
7. al Nahl : ayat 5
8. al Sajdah : ayat 18
9. al Naziat : ayat 23
10. al Qadr : ayat 3-4

Terdapat juga 10 tempat yang khilaf


Tanda waqaf jibril adalah berbeza-beza samada ditanda dengan waqaf lazim, waqaf shilliy, waqaf
qiliy, waqaf jaiz ataupun tidak ditandai dengan sebarang tanda waqaf.