Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berusaha,
.
Pengetua SMK TUN AMINAH
Yang dihormati,
.
Pen Kanan Pentadbiran
..
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
.
Pen Kanan Kokurikulum
Guru- guru kanan
Barisan para guru
Seterusnya..
Rakan pelajar sekalian.
Assalammualaikum warah matullahi wa barakatuh.
________________________________________________________________________
_____________
UCAPAN ALU-ALUAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi SMK TUN AMINAH bagi tahun 2015.
Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah

Koperasi

Berprihatin Terhadap Masyarakat


DOA
Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Saudari .. untuk
membacakan doa.
**Terima kasih diucapkan kepada saudari di atas bacaan doa sebentar tadi.
LAGU
Seterusnya marilah kita sama-sama menghormati dan menyanyikan lagu:
1.Lagu Negaraku
BACAAN PERUTUSAN
( Rakan pelajar dibenarkan duduk).

**Tunggu semua pelajar duduk =)


Acara seterusnya ialah mendengar dan menghayati bacaan perutusan.
Diharapkan para pelajar dapat memberikan perhatian dan membuat catatan kerana ada soalan-soalan
kuiz koperasi nanti ada kaitan dengan perutusan yang akan dibacakan.
Majlis menjemput rakan pelajar: ................................ untuk membaca perutusan PERUTUSAN

PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI JOHOR


. Dipersilakan.
<UCAPAPAN>
**Terima kasih diucapkan.
Usah tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan satria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput
.. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Hari Koperasi SMK TUN AMINAH bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
<UCAPAN>
*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

UCAPAN CIKGU KOOP


Untuk meneruskan majlis, saya menjemput Guru Koperasi SMK TUN
AMINAH, ..................................................... untuk menyampaikan makluman berkenaan aktiviti Hari
Koperasi 2015
**Terima kasih diuacapkan kepada Cikgu .........................
PENYAMPAIAN HADIAH
Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang bAik Dikenang Juga
Indah Bunga Kerana Warnanya
Indah Manusia kerana Budinya

Oleh itu bagi menghargai sumbangan rakan pelajar dalam kegiatan Koperasi pada tahun 2014/2015,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . untuk menyampaikan SIJIL
PENGHARGAAN mereka yang terlibat. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
<SEBUT NAMA SATU-SATU>

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kpd koperator terbaik di kalangan pelajar.


HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN RENDAH):

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN ATAS):

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( ASRAMA)

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada .. atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.
EDARAN HKS PELAJAR
Guru2 dan pelajr2 sekalian, sempena sambutan hks 2015 pada kali ini, pihak koperasi dengan
sukacitanya akan mengedarkan penanda sebagai tanda peringatan dan cenderamata kpd semua pelajar
dan juga guru.
PENUTUP
Kini, majlis tiba ke penghujungnya
Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang menjayakan HKS 2015.
Bunga Seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w.

SKRIP PERASMIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia.

Yang dihormati
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya kita diberi
kesempatan untuk hadir pada perhimpunan minggu ini. Pada Perhimpunan kali ini telah berpeluang
untuk meraikan Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi tahun 2015.
Untuk makluman warga sekolah, sambutan Hari Koperasi Sekolah ini telah diadakan serentak di seluruh
negara bermula . Tema sambutan untuk tahun ini ialah

Terhadap Masyarakat

Koperasi Berprihatin

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktivitiaktiviti berasaskan pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun diperingkat
zon, negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh
koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak
ANGKASA.
Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah
dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk
mendidik murid-murid supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan
koperasi.
Pihak ANGKASA menyediakan garis panduan sambutan ini sebagai usaha memberikan panduan terbaik
kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan lebih mudah
dan teratur. Ini terbukti, hasil daripada laporan yang diterima daripada pihak koperasi sekolah, koperasi
sekolah berjaya melaksanakan HKS dengan jayanya.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Lembaga Koperasi SMK Tun Aminah Berhad kerana
menjadi sebahagian daripada statistik dalam kalangan sekolah yang berjaya menunaikan tanggungjawab
menganjurkan sambutan HKS seperti pada pagi ini.
Sambutan HKS telah secara tidak langsung telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu
entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Saya dimaklumkan bagi sambutan hari tahun ini pelbagai aktiviti telah diatur bersempena dengan
sambuatn Hari Koperasi 2015.
Saya berharap agar semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam menjayakan semua aktiviti
sepanjang Hari Koperasi Sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang ada untuk membina bakat
keusahawanan, pengalaman berpersatuan, dan bantu-membantu selaras semangat koperasi selaras
dengan tema Hari Koperasi Sekolah tahun ini,

Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat

.
Dengan lafaz BISSMILLAHIRAHMAN NIRRAHIM, saya merasmikan sambutan Hari Koperasi Sekolah
peringkat SEKOLAH SMK TUN AMINAH BAGI TAHIN 2015.

Sekian, Terima kasih.

PERUTUSAN PENGARAH
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI JOHOR

Assalamualaikum w.b.r.
Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Koperasi,
Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
keizinanNya jua, maka Laman Web Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri
Johor telah dapat disediakan bagi kemudahan koperasi dan masyarakat
umum.Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan laman web
SKM Negeri Johor.
Transformasi yang dilakukan di dalam menggalakkan gerakan koperasi
terlibat di dalam bidang ekonomi berprestasi tinggi mampu mengubah gaya
hidup masyarakat ke arah membentuk Negara berpendapatan tinggi
seterusnya menjadi Negara maju menjelang tahun 2020.
Suruhanjaya akan sentiasa menyokong usaha murni koperasi dalam
membantu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan masyarakat
setempat dengan menyediakan infrastruktur dan bantuan kewangan dan
teknikal yang diperlukan, mengikut kesesuaian.
Laman web ini merupakan manifestasi daripada sikap keterbukaan SKM
Negeri Johor serta keinginan tinggi organisasi ini untuk mengamalkan konsep
interaksi yang terbuka, terus dan membina dengan koperator dan
masyarakat koperasi keseluruhannya. Konsep ini selaras dan bersesuaian
dengan era globlalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Adalah menjadi harapan saya supaya koperasi dapat menghayati konsep
bekerja bersama-sama, demi manfaat bersama dan berpegang teguh
dengan prinsip berkoperasi yang telah ditetapkan dan mengamalkan tadbir
urus koperasi yang baik.
Saya berharap laman web ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh
koperator, gerakan koperasi dan masyarakat umum dalam menggunakan
kemudahan ini. Akhir sekali sebarang penambahbaikan kearah kemantapan
gerakan koperasi seharusnya dialu-alukan.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai