Anda di halaman 1dari 25

IPG MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

NAMA

: HARTINI BINTI KHAMIS

NO KAD PENGENALAN

: 760807055478

NO KAD MATRIK

KURSUS / KOD KURSUS

: PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN DAN


PENGENDALIAN DATA / MTE 3113

KUMPULAN KULIAH

: MATEMATIK AK

NAMA PENSYARAH

: ENCIK ONG HOOI PENG

TARIKH HANTAR TUGASAN: 22 MAC 2015

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan semuanya

Tandatangan

: ____________________________

Nama penuh

: HARTINI BINTI KHAMIS

Tarikh

: 20 MAC 2015

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
inayah-Nya dapat saya siapkan Tugasan Projek Matematik ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing
iaitu En. Ong yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar
kepada saya selama ini walaupun

terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan

kepayahan. Sesungguhnya, jasa En. Ong tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen yang
dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya. Hanya Allah yang Esa sahaja dapat
membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan.

Buat keluarga tercinta, yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan yang padu, terima
kasih yang tidak terhingga saya rakamkan.Tanpa sokongan dan dokongan daripada kalian,
sudah tentu sukar buat saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.

Rangka Kerja
Bil.
1.

Perkara
Memuat turun bahan-bahan seperti

Tarikh Rancang
07-19
FEBRUARI

Tarikh Laksana
19 FEBRUARI

jurnal, artikel, laporan kajian, dan

2015

2015

buku yang berkaitan dengan isu-isu


2.

P&P
Mengumpul maklumat yang berkaitan

20-23

FEBRUARI

26 FEBRUARI 2015

3.

tentang Tugasan Projek


Mencetak maklumat yang

2015
20-23

FEBRUARI

26 FEBRUARI 2015

4.

dikumpul
Membuat

5.

bahan yang telah dikumpul


Merancang pengajaran di dalam bilik

1 MAC 2015

6.
7.

darjah
Membina kit modul 2D dan 3D
Membina slaid powerpoint

untuk

17 MAC 2015
1 MAC 2015

8.

pengajaran Matematik di dalam kelas


Menaip dan membuat huraian tentang

19 MAC 2015

9.

Tugasan Projek
Melaksanakan P&P di dalam bilik

10 MAC 2015

10.

darjah
Mendapatkan refleksi dari guru besar, 10 MAC 2015

9.

penolong kanan atau ketua panitia


Menyemak dan membetulkan review

18 MAC 2015

7.

yang telah dibuat


Sentuhan
terakhir

20 MAC 2015

review

tentang

menghantar tugasan projek

telah
bahan-

sebelum

2015
10-15 MAC 2015

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

RANGKA KERJA

SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Matematik
3.0 Bahan-bahan Bantu Mrengajar
4.0 Rancangan Pengajaran Harian dengan mengutamakan pemupukan KBAT dalam kalangan
pelajar
5.0 Refleksi
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

1.0 Pengenalan
Matematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah dan
mencakupi banyak aspek. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang
berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara

berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.


Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan untuk membentuk negara maju.
Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturanperaturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos,
1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui
kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui
cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul
daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain
itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang
menarik dan unit.
Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum- hukum
dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang
penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor &
Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa
matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar
Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang
membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan
apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar
mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu
perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Dalam mempelajari tajuk
Geometri. Ukuran dan Pengendalian Data, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi
oleh murid.

2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Matematik

Perkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di manageo
bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri
adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk,
saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kefahaman
yang jelas tentang topik geometri atau bentuk dan ruang dapat mengekalkan pengalaman yang
dapat membantu murid membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap
bentuk, ruang dan garisan tersebut. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Guru-guru perlu peka kepada miskonsepsi yang dialami oleh murid dan memperbetulkannya
sebelum mereka menganggap yang konsep mereka adalah betul memandangkan pendidikan
bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan berterusan dan menjejaskan
penguasaan ilmu matematik murid. Miskonsepsi dan kesukaran yang pelbagai dikesan berlaku
semasa pengajaran dan pembelajaran topik geometri, ukuran dan pengendalian data. Pada
peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang tajuk-tajuk ini.

Bentuk dan ruang atau geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan,
seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk
binaan dan susunan bangunan. Atas keperluan yang jelas itu, topik bentuk dan ruang diterapkan
dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan
peringkat pengajian yang lebih tinggi menjurus kepada bidang-bidang tertentu seperti rekaan dan
senibina.
Justeru itu, guru bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam
kehidupan. Murid haruslah difahamkan dengan konsep geometri dari yang paling asas iaitu
pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain
sehinggalah mereka faham mengapa setiap bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk yang
berlainan tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Nasional Consul of Supervisor of
Mathematics, NCTM (1989) mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah
salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah
kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang betul.
Namun begitu, dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan dalam
kurikulum Matematik terutama dalam topik geometri bagi pelajar rendah dan sekolah menengah.
Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam konsep geometri semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran dan miskonsepsi inilah
timbulnya cabaran bagi guru-guru untuk menangani permasalahan tersebut. Guru-guru perlu
mencari kaedah dan strategi pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan murid supaya
mereka boleh menguasai konsep geometri, lebih berminat dan seronok semasa belajar dan tidak
lagi beranggapan subjek Matematik adalah susah.
Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang
tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui
aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman
mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran
yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan
dengan latihan manipulatif.
Di sekolah rendah, terdapat 4 sub tajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid
iaitu elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan
pengukuran. Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid
adalah pelbagai. Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D
dan 3D, kesukaran melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah,
kesukaran membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku
ini merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.
Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan
(Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada
pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar
secara menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal, keliru,
ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza.
Contohnya murid sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D
sekiranya guru hanya menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar (BBM)
konkrit / maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian
mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau
pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik
hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.

Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang


dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih
berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat
diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen
matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan
sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk
menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri.
Pembelajaran

geometri

memberikan

pengalaman

dalam

membantu

pelajar

memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan
pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar.
Dalam konteks mempelajari tajuk geometri, bahasa geometri melibatkan terminologiterminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan kefahaman yang betul sebelum
digunakan dengan berkesan. Kesilapan penggunaan terminologi geometri yang betul akan
membawa kepada miskonsepsi. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting
dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar.
Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan
tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Selain menjadikan
pembelajaran geometri bersifat hambar, murid juga tidak dapat mengasah kemahiran visualisasi
dan komunikasi dalam pembelajaran geometri. Kaedah ini perlu diubah dengan memberi
peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan meneroka geometri bagi membolehkan
mereka memahami geometri dan menjadikannya berkait dengan bidang matematik yang lain.
Guru perlulah kreatif mencipta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan isi pelajaran supaya
bermakna kepada murid.
Bagi mengatasi cabaran di atas, salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran geometri yang menarik dan bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran secara
kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual. Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti
merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui jawapan melalui pengalaman murid
meneroka sendiri dengan guru sebagai pemudahcara atau fasilitator. Pembelajaran melalui
kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciriciri sama untuk membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh
memahami sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan
menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ).

Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang
menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi. Kaedah
ini akan membantu murid lebih mudah memahami sesuatu konsep dan dapat menyimpan
pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama. Keberkesanan kaedah ini
yang digunakan akan membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas.
Contohnya:

Aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi meneroka ciri-ciri bentuk 3D.

Penggunaan bongkah dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid memegang,


mengenalpasti nama bongkah, mengira ciri-ciri seterusnya mencari isipadu menggunakan rumus
yang sesuai. Guru juga boleh merancang pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran
kontekstual merupakan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan konsep dengan
kehidupan nyata, dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuannya dan
kehidupannya sehari-hari.
Dalam aktiviti mencari perimeter. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menyuruh
murid berjalan atau berlari mengira keliling kebun atau padang. Murid akan mendapati terdapat
empat sisi yang perlu dijumlahkan. Kontekstual pembelajaran di sini ialah dengan cara mengukur
sisi luar yang ada.
Mengikut Jean Piaget, pelajar pada peringkat umur 7 hingga 10 tahun peringkat kognitif
mereka masih lagi berada di tahap operasi konkrit. Jadi, guru-guru hendaklah menggunaan
objek konkrit contohnya kertas petak (square paper) untuk membantu murid supaya lebih jelas
konsep perimeter. Keadaan kertas tersebut yang mempunyai garisan lurus serta petak-petak
kecil yang sama besar akan memudahkan murid melukis bentuk dengan mudah walaupun tanpa
menggunakan pembaris.
Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah
di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini kerana, murid
mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita menggunakan kaedah
dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep matematik dan menarik minat
murid untuk terus fokus pada pengajaran dan pembelajaran matematik.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diberi kuasa sepenuhnya untuk
mengendalikan proses tersebut dan menangani kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid.
Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas amat
memerlukan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi kesalahan lazim

di kalangan pelajar tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu
melibatkan pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992).
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran dalam statistik
adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor
pendidikan terutama sekali guru-guru. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi
miskonsepsi di kalangan murid sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami
konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge
(PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah ini harus ditangani sebaik mungkin jika
ingin melahirkan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Perkembangan sains dan
teknologi sekarang memerlukan cerdik pandai dalam bidang sains dan matematik bagi menerajui
negara. Kerjasama ibu bapa juga penting, sama-sama berganding bahu demi untuk kebaikan
dan kesejahteraan anak-anak.

1459 Patah perkataan

3.0

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : Matematik

TARIKH

: 10 MAC 2015

KELAS

: 2 Amal

BIL PELAJAR

: 16 orang murid

TEMPAT

: Bilik Tayangan

MASA

: 8.40 9.40 pagi

BIDANG

: Ruang dan Bentuk

TAJUK

: Bentuk 3 Dimensi

STANDARD KANDUNGAN :
Murid dibimbing untuk :
14.1 Mengenal pelbagai jenis bentuk dan cirri- cirinya.
Murid berupaya untuk :
(i)
(ii)

Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga.
Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma:
permukaan, tapak, bucu dan sisi.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) :


Kreativiti dan Inovasi
Teknologi Matlumat dan Komunikasi (TMK)
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Murid telah telah mempelajari nama bentuk 3D semasa tahun 1 dan juga mereka mengetahui
bentuk- bentuk bagi sesuatu dalam kehidupan harian mereka.
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1.
2.
3.
4.
5.

Bola
Kotak tisu
3 Set bongkah
Slaide powerpoint
Kertas A4

PENGURUSAN KELAS / LANGKAH KESELAMATAN :


Tingkap kelas dibuka untuk pengudaraan, menyusun meja mengikut barisan yang betul.
PENERAPAN NILAI MURNI :
Bekerjasama, mendengar arahan dan teliti,
Fasa dan Masa

ISI KANDUNGAN DAN

CADANGAN KOMU

CADANGAN AKTIVITI

1. Persediaan

Membezakan permukaan

1. Guru menyoal mu
a. Apa yang kam

rata dan melengkung.

semasa bola d

tisu di jatuhka
b. Mengapa bola

7 minit

bergulung ke
Orentasi Idea berasaskan Pengetahuan

kotak tidak?
c. Apakah bentu
d. Apakah bentu

sedia ada

tisu?
e. Cuba kamu ra

perhatikan pa

permukaan bo
f.

yang kamu ra
Cuba kamu ra

perhatikan pa

permukaan ko
Apakah yang

Pegang tepi kotak tisu


yang kamu rasa?

Contoh jaapan murid:

a. Bola berguling de
1. Murid memberi salam dan
membaca doa.
2. Guru mengarahkan murid
supaya membersihkan kelas .
3. Guru mengambil dan mencatat
kehadiran murid ke dalam
buku audit P&P.
4. Murid bersedia untuk
memulakan dan menerima
P&P dari guru.
5. Murid melihat apa yang
dilakukan oleh guru.
6. Murid jawab soalan guru.

kehadapan.
b. Kotak tisu tidak tid

berguling.
c. Bola boleh bergu

cepat kerana ia b

bulat.
d. Kotak tisu berben

empat.
e. Bola berbentuk s
f. Kotak tisu berben
g. Permukaan ping p

dan melengkung.
h. Kotak tisu licin da

7. Guru meminta murid


memerhati apa yang dilakukan
oleh guru.
8. Guru menjatuhkan bola dan
kotak tisu di atas meja.

1. .
Imaginasi

Menamakan dan menyatakan ciri


bentuk 3d

15 minit
1. Guru menggunakan slide
Penstrukturan Idea

powerpoint untuk
menerangkan ciri- cirri

Menjana idea

Soalan:

a. Bentuk apa yang


b. Guru menyebut b

segiempat sama m

murid mengambil
kiub

bentuk 3 D.
2. Guru bersoal jawab
dengan murid.
3. Murid melihat slide bentuk
3 D.
4. Murid diminta menyebut
nama bentuk-bentuk yang
mereka lihat.
5. Murid menamakan dengan
baik.
6. Murid diminta meneka
bentuk benda maujud yang
dibawa oleh guru dan
murid dapat meneka
dengan betul.
7. Murid diminta
membandingkan ciri-ciri
antara bentuk yang
ditunjukkan oleh guru
dengan menggunakan
slide

perkembangan

Mengklasifikasikan ciri-ciri bentuk

1. Murid membentuk

15 minit

3D
1. Guru membentukkan murud

Penjelasn lanjut

kepada 3 kumpulan
2. Guru membekalkan 1 set

Melakukan operasi/aplikasi idea

bentuk 3D kepada setiap


kumpulan.
3. Guru menyebut nama
bongkah.

dapat satu set be


3. Setiap kumpulan

mencari dan men

bentuk 3D yang d

guru.
4. Murid diminta me

bentuk 3 D terseb

4. Guru minta murid menyatakan


ciri- ciri dan bilangannya.
5. Guru memantau aktiviti tang
dilakukan.
6. Guru memberi pujian kepada
murid.

Tindakan

kumpulan.
2. Setiap kumpulan

mengenal pasti ci
5. Aktiviti ini diulang

pemantauan guru
6. Setiap kumpulan

melakukan denga
7. Guru memberi pu
semua murid.

- Penambahbaikan

15 minit

1. Murid diminta melabe


memcatat bentuk 3D
bentuk jadual.

Perkembangan / Aplikasi Idea

Murid memcatat ciri- cirri bentuk


3D

2. Murid dibimbing untuk


menyiapkan tugasan
betul.

3. Murid dapat memaha

kenal bahagian perm

4. Guru menghadiahkan

kepada semua murid


kubus

5. menjawab semua soa

6. Perbincangan hasil ke

dengan bimbingan gu

rujukan Mari Mengen


3D.

7. Murid dapat menjawa


sehabis baik.
kuboid

piramid

Sila labelkan bahagian dan


catatkan bilangannya

penutup
8 minit

Permukaan

Tapak

Bucu

Sisi

- Penilaian
- Pelaksanaan
- Amalan berterusan

Penutup / Tindakan

1. Murid membaca teka


yang dipaparkan.
2. Murid cuba memeka

3. Murid menyatakan se
Teka-teki

mereka pilih jawapan

4. Ulang beberappa soa


teki.

5. Guru merumuskan ke

yang telah dipelajari d


betul.

6. Murid diberitahu topik

dan pembelajaran ak
sebagai persediaan.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran :


1.

Kekuatan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui
terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di samping
guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana yang telah dirancang.
Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat
melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan
perwatakkan yang baik yang baik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah
lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti
pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut.
Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah
ceria.
Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati,
mana-mana

murid

yang

menghadapi

masalah

dalam

pembelajaran,

guru

bertindak

membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam


menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan
slide pengajaran yang menarik, set- set bongkah 3D, marker, papan tulis dan menyediakan
lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik,
kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid
menyalin sendiri soalan di papan tulis.
Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya

untuk

membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke
meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan
kendiri.

2.

Kekurangan pengajaran

Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru
sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan
tersebut betul. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid.
Di sini, murid-murid lain yang menyedari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu
guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.
Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik
penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif
mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang
faham atau tidak tentang apa yang diajar.
Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran
tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan
sesi pengajarannya.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut
menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika
melakukan perbincangan.

3.

Langkah mengatasi

Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu.
Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana
perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita
bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran
seterusnya.
Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah
bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap
soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat.

Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali
algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan
semua murid.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari
semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan.
Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada
murid dapat diterima dengan baik.
Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk
penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun
dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut.

Seterusnya, sebelum

melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan
papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata
memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah
menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda
murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu
sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.
Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke
semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan
pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid
menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas
penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.
Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak
menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi
kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti
refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk
memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik
pada masa akan datang.

Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik

berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh muridmurid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

6.0 Penutup
Matematik

merupakan

jentera

atau

penggerak

kepada

pembangunan

dan

perkembangandalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik
dengan baik supaya. hasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat
global tercapai.
Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah
jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan
sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru
memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian
guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya
mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik.
Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu
menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya
dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas
nombor dan spesifiknya tajuk Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data seperti yang telah kita
bincangkan tadi.
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada
peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihakpihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam
penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi
kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.
Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan
miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam tajuk bentuk dan ruang atau geometri. Sama ada
faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak
menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk
belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan


masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Kebolehan mengenalpasti
sesuatu bentuk geometri, tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri
asas sesuatu bentuk. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya
memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui
gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana, memerlukan pemahaman
pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah,
teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi
kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran
ini harus ditangani sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara
dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin
kepada kemajuan sesebuah negara.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR sains.


Kementerian Pelajaran Malaysia

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam Bilik Darjah.

Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan

pustaka

Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran danPenilaian. Pusat
Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-item-objektif.html

duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html

www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item

slideshare.net/hazwanihashim/jadual-penentu-ujian-dan-jadual-spesifikasi-ujian

Anda mungkin juga menyukai