Anda di halaman 1dari 3

Tarikh : 26 Julai 2015

Hari

: Ahad

Aktiviti : Lapor Diri


Menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Tok Motong bersama pasangan praktikum.
Seramai 4 orang guru pelatih melaporkan diri. 2 orang opsyen Pendidikan Jasmani dan 2
orang opsyen Pendidikan Seni Visual.
Kami ke tapak perhimpunan untuk memperkenalkan diri. Perhimpunan diadakan
setiap hari ahad. Kami dapat mengenal guru dan murid sekolah ini melalui perhimpunan
tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat oleh Penolong HEM . Kami diberi penerangan
jelas tentang tugasan dan cara mengajar melalui pengalaman dan tunjuk ajar beliau.
Kemudian saya dan rakan berjumpa dengan guru pembimbing masing-masing.
Kami melihat kawasan sekolah untuk memudahkan pergerakan kami selama praktikum di
sini. Susun atur sekolah sangat baik dan dikawal oleh pengawal setiap masa. Semoga saya
dan rakan dipermudah segala urusan.

Tarikh : 27 Julai 2015


Hari : Isnin
Aktiviti : Penyusunan Jadual dan Jadual Rasmi
Kami bertemu dengan Penolong Kanan 1 sekolah yang menguruskan jadual kami. Kami
akan diberi waktu mengajar 8-12 jam seminggu. Subjek major akan lebih dari subjek minor.
Seterusnya, saya pergi ke stor sukan bersama pasangan. Di sekolah ini mempunyai
1 stor sukan. Alatan di sekolah ini kurang lengkap. Kebanyakan alatan sudah rosak dan
tidak sesuai digunakan untuk waktu Pendidikan Jasmani.
Kami telah diberi tugas untuk mengubah slogan yang terdapat di mural lama dengan slogan
yang baru. Kami telah membuat mural tersebut sehingga jam 12.00 tengah hari.

Tarikh : 28 Julai 2015


Hari

: Selasa

Aktiviti : Masuk ke kelas


Saya dan rakan melihat Cikgu Pendidikan Jasmani mengajar. Saya ingin melihat
cara dan strategi yang cikgu gunakan. Penglibatan murid agak

memberangsangkan.

Mereka mendengar arahan dengan baik.


Saya dan rakan mula masuk ke kelas yang telah diamanahkan mengikut jadual yang
diberi. Kami ambil peluang ini untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan murid-murid
yang kami akan ajar kelak.
Dengan pengalaman yang saya perolehi ini dapat meningkat motivasi dalam diri saya untuk
mendidikan pelajar-pelajar di SK Tok Motong dengan baik.

Tarikh : 29 Julai 2015


Hari

: Rabu

Aktiviti : Berjumpa dengan Guru Besar


Kami berempat telah berjumpa dengan Guru Besar iaitu Hajjah Rangidah binti Jamaludin
buat kali pertama sejak menjejaki kaki ke SK Tok Motong kerana Guru Besar telah mengikuti
kursus selama 3 hari. Banyak perkongsian yang berguna dan bermakna yang kami perolehi
daripada Guru Besar.
Kemudian, saya pergi melihat guru Sains mengajar. Saya sangat tertarik dengan cara
mengajar yang ditunjukkan guru kerana murid tidak bosan. Aktiviti yang pelbagai menjadikan
objektif pdp tercapai. Saya diberi nasihat supaya jangan terlalu mesra dengan murid agar
mereka tidak pijak kepala. Guru juga perlu kreatif dalam melaksanakan aktiviti.
Pada jam 12.30 tengah hari, satu jamuan guru sempena Hari Raya telah diadakan. Banyak
makanan telah disediakan oleh guru-guru.

Tarikh : 30 Julai 2015


Hari

: Khamis

Aktiviti : Menyesuaikan diri dengan murid kelas


Saya telah diberi amanah untuk mengajar kelas darjah 2 dan 4. Saya telah berjumpa dengan
guru yang mengajar subjek ini bagi menyambung pelajaran subjek berkenaan. Banyak
tunjuk ajar diberikan oleh guru subjek ini dengan memberikan pelbagai bahan untuk
mengajar seperti DSKP, RPT, buku teks dan lain-lain.
Saya juga banyak bertanya kepada guru tentang cara guru mengawal kelas agar
saya mampu mencapai objektif pdp. Di sekolah ini majoritinya guru lama dan
berpengalaman. Dengan kesempatan ini saya akan memperoleh tips sebanyak mungkin.
Saya juga memantau pergerakan murid sewaktu rehat. Murid di sini agak bagus dan beratur
sewaktu mengambil makanan. Saya rasakan sekolah ini ditadbir dengan begitu baik dari
segala aspek.

Anda mungkin juga menyukai