Anda di halaman 1dari 3

RENCANA: PERANAN GURU DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Pada setiap tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada
warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta
penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik.
Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai
aktiviti

seperti

mengadakan

jamuan,

memberikan

hadiah

dan

mengadakan

persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu
menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan
Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, Guru Pembina Negara Bangsa.
Guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat.
Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis
dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya
seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada
seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru,
siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan
pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap
bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya
mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan
pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara maju.
Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai
ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan
maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana,
seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada
itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu.
Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang
majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan
suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar
lebih minat dan beria-ria untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai
akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan
golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi
demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu
menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat
mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni
kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah
terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih
sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran
terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar
yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang
berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan
hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak
dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit,
penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita
untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita.
Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk
mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan
tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat
balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya membentuk masyarakat
madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya
hingga akhir hayat.
Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi
orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik
dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang
bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawat dan anak murid.
Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi
kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan
kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Nampaknya,
profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu, guru perlu
bersemangat wajar diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar.

Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat
dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari
segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Tuntasnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan
pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia.
Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat
membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari
Guru.

Anda mungkin juga menyukai