Anda di halaman 1dari 1

Suara Siapakah Itu

Peralatan: kad nama haiwan (berpasangan)


1. Sebarkan kad nama haiwan di tengah bulatan kelompok. Minta setiap ahli ambil
satu. RAHSIAkan daripada pengetahuan rakan lain. Kaunselor meniup wisel, ahli
kelompok diminta mencari pasangan (tanpa bercakap), sebaliknya dengan
mengeluarkan bunyi binatang tersebut. Tempoh 2 minit diberi. Setelah mendapat
pasangan masing-masing, mereka diminta bersalaman dan ucapkan TAHNIAH.
2. Setiap pasangan, duduk bertentangan dan bertukar giliran berkenalan dan
menceritakan hal diri kepada pasangan masing-masing. Masa 8 minit diberi.
3. Selepas itu setiap ahli kelompok diminta memperkenalkan rakan kepada
kelompok.
4. Proses kaunseling. Tanya perasaan setiap ahli. Apa yang mereka dapat. Apa
yang mereka belajar daripada aktiviti. Apa yang boleh diamalkan selepas ini
dalam kehidupan dan lain-lain.
5. Kaunselor membuat peneguhan atau kesimpulan.
i.
mengenali rakan dengan lebih mendalam
ii.
iii.

akan

menjadikan

perhubungan lebih mesra dan erat.


sikap kerjasama antara ahli kumpulan membawa kejayaan
membantu rasa seronok semasa belajar