Anda di halaman 1dari 6

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

Mengakses Maklumat Daripada Internet Dan Sumber Rujukan Tentang


Proses Pencapaian Perpaduan Di Malaysia Sebelum 1970

PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970

1.0 PENDAHULUAN
Sebelum kedatangan penjajah di Nusantara pada abad ke 6, Tanah Melayu
merupakan salah satu negara yang amat makmur dari segi ekonomi, pertanian,
ilmu sumadra, struktur sosial, kesenian serta pentabiran yang tersusun. Kesankesan sejarah ini boleh dilihat melalui empayar Melaka yang gah serantau dunia
yang berdiri sama tinggi dengan Negara China pada masa tersebut adalah salah
satu kuasa dunia yang amat besar dalam kemajuan semua aspek.
Dengan
populariti
yang
telah
dibina
ini
sedikit
sebanyak
telah menyebabkan negara-negara lain seperti Arab, India, China serta Eropah
datang berdagang di Tanah Melayu pada masa tersebut disebabkan kestabilan
ekomoni, politik serta mempunyai kedudukan perdagangan yang strategi kerana
Melaka dilindungi angin monson, ini memberi kelebihan kepada Melaka secara
tidak langsung sebelum perdagang dari Eropah, China dan India meneruskan
perjalanan ke Indonesia serta negara lain. Oleh itu aktiviti perdagangan yang
wujud ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Melaka menjadi
pusat perdangangan dunia pada waktu tersebut.
1.1Golongan pemerintah (sistem politik)
Dari segi politik Melaka mempunyai struktur yang amat mantap dalam
pentadbiran dalam mengurus hal ehwal negara. Dalam struktur pentabiran
Melaka terdiri golongan pemerintah dan golongan diperintah. Bagi golongan
pemerintah ini ditabir di peringkat negeri yang terdiri golongan Raja atau Sultan,
Raja adalah ketua negara yang mempunyai daulat atau kuasa yang tidak boleh
dipertikai oleh semua golongan bangsawan atau rakyat, Kuasa Raja atau Sultan
ini diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi
berikutnya.
Bagi golongan kedua di dalam struktur pentadbiran pemerintahan terdiri
daripada golongan para pembesar. Pembesar-pembesar ini melaksanakan
perintah-perintah raja atau sultan di peringkat daerah atau jajahan di dalam
negara tersebut. Di Melaka jawatan para pembesar ini seperti Bendahara,
Pengulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana, setiap pembesar tersebut
mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran negara.
Bagi golongan rakyat terdiri di dalam golongan diperintah, rakyat-rakyat
ini memain peranan dalam menjana ekonomi negeri Melaka pada masa tersebut.
Aktiviti ekonomi mereka seperti peniagaan, pertanian, pertukangan dan mencari
hasil hutan, untuk golongan ini mereka perlu membayar cukai kepada golongan
1

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

pemerintah,. Sebagai balasanya golongan pemerintah memberi kebebasan


kepada rakyat agar hidup dalam makmur.
Bagi golongan bawah sekali dalam golongan diperintah adalah golongan
hamba,. Hamba-hamba ini terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang,
hamba warisan, hamba tawanan perang serta hamba abdi. Melalui struktur
pentadbiran Melaka diatas menunjukan keutuhan pentadbiran yang terdapat
pada zaman tersebut merupakan Tanah Melayu mempunyai zaman
kegemilangan yang dikenali pada zaman tersebut. Dengan sumber-sumber
negara yang banyak serta mempunyai kedudukan geografi yang strategi secara
tidak langsung telah menaruh minat kepada negara-negara eropah untuk
menakluki Tanah Melayu bagi tujuan mengambil kekayan yang terdapat di
Tanah Melayu pada masa tersebut.

2. PENAKLUKAN BARAT
Pada abad ke-16 dan ke-17, negara-negara eropah telah keluar dari zaman
kegelapan, seperti Belanda, Portugis, dan British berlumba-lumba bagi
menakluki negara-negara di Asia untuk mengambil kekayaan yang terdapat di
Tanah Melayu. Situasi ini terjadi kerana negara eropah telah membentuk satu
jaringan ekonomi yang kukuh hasil penaklukan negara yang akan dijajah
tersebut agar dibawa balik ke negara mereka, hasil bumi seperti rempah-ratus,
timah, arang batu adalah sumber utama yang terdapat di Tanah Melayu
tersebut telah menarik minat negara eropah untuk menakluki bagi memenuhi
keperluan negara mereka.
Melalui
perjanjian
Inggeris-Belanda
(1824),
dengan menukarkan
Bangkahulu diserahkan kepada Belanda manakala Melaka diberi kepada Inggeris.
Ini telah menyebabkan wujudnya negeri-negeri selat. Bagi negeri-negeri utara ini
kebanyakan dikuasai oleh Siam ini turut menarik minat Inggeris untuk
mewujudkan Negeri Melayu sebagai koloni Inggeris.
Penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh negara Eropah ini disebabkan
pengaruhi dasar-dasar yang dibawa oleh mereka seperti Mekantilisme,
Imperlisme dan Kolonialisme. Dasar-dasar ini kerana negara-negara barat
beranggapan bahawa Barat adalah lebih maju serta bertamadun dan
mempunyai kekuatan dari segi ekonomi, politik, dan sosial di negara tersebut.

2.1

Mekantilisme

Dasar Ekonomi ini dilaksanakan oleh sebab mewujudkan negara bangsa di


negara
eropah.
Matlamat
mekantilise
ini
ialah
menambah kekayaan, kekuasaan, dan kebajikan melalui pemilikan logam2

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

logam seperti emas dan perak. Oleh itu, untuk mencapai matlamat dasar ini,
negara yang mengamalkan dasar ini mengenakan cukai yang tinggi kepada
pelabur dari luar demi melindungi sektor perindustrian mereka. Selain itu juga,
melalui dasar Mekantilisme ini juga akan tercapai melalui peperangan dan
penaklukan terhadap negara lain bagi menambah hasil pendapatan negara
mereka dengan cara pengambilan secara paksa negara yang ditakluki oleh
mereka,
Mekantilisme juga boleh dicapai melalui perdagangan, secara tidak
langsung mekantilisme
juga
dianggap sebagai economic
nationalism disebabkan
persaingan melalui peperangan
dan
melihat
persaingan-persaingan ekonomi mereka sebagai musuh. Apabila kekayaan telah
diperolehi dari negara lain, langkah yang diambil melalui dasar ini adalah
membesarkan bilangan angkatan tentera bagi menjamin keselamatan negara
mereka. Setelah kekuatan angkatan tentera tersebut telah menjadi kuat, negara
yang mempunyai angkatan tentera yang besar tersebut akan menyekat laluan
perdangangan kepada negara lain. Contohnya melalui pemerintahan Ratu
Elizabeth (1558-1603) dengan menguatkuasakan akta-akta seperti Apprentice
Act 1563, Poor Law 1600, Settlement Act 1662 dan Staple Acc 1663 bagi
melindungi sektor perindustrian, pertanian, dan perkapalan British. Secara tidak
langsung melalui dasar ini telah menyebabkan England menjadi satu kuasa
yang besar dalam ketenteran sehingga negara Belanda, Perancis, dan Sepanyol
menjadi ketinggalan dari aspek ini.
Akan tetapi dasar ini menjadi tidak releven setelah Adam Smith (1776)
mengeluarkan karya bertajuk Wealth of Nation yang menekankan bahawa
kekayan yang diperoleh tersebut bukanya dari segi tanah, buruh, modal
dalam bentuk emas dan perak dalam pentadbiran ekonomi yang baik.
2.2

Imperialisme

Menurut
Nadel
dan
Curtis
menakrifkan
Imperialisme
yang
bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau
tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke
atas masyarakat lain yang didukung oleh ideal sendiri. Ini menunjukan dasar
imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh sesuatu
bangsa ke atas bangsa lain. Istilah ini diperkenalkan di Perancis pada tahun 1830
yang berasal dari perkataan Imperialiste menunjukan bahawa bertapa unggulnya
empayar Napoleon. Orang Inggeris berpendapat bahawa bangsa merekalah yang
paling berkuasa(Greater British) disebabkan bangsa mereka telah banyak
menjajah negara lain terutamanya di benua Asia dan Afrika, Bangsa Inggeris
berpendapat lagi bahawa tujuan penjajahan tersebut bertujuan membangunkan
masyarakat tersebut disebabkan mundur.
Tujuan utama dasar Imperialisme adalah menambah hasil ekonomi
melalui penjajahan disebabkan sumber ekonomi mereka tidak mencukupi.
Tersurat dari dasar ini menunjukan bahawa imperislisme ini bertujuan
3

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

mengembangkan empayar dan wilayah jajahan dengan menggunakan apa juga


cara untuk pelbagai tujuan. Sarjana Barat membahagikan imperialisme kepada
dua ketegori iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperislisme lama
bermaksud menakluki atau menguasai negara lain yang mempunyai empayar
lain seperti Empayar Rom, Empayar Turki, Empayer China termasuk negara
Sepanyol, Belanda, Pertugis, Britain dan Perancis yang memperolehi jajahanjajahan di Asia, Afrika dan Amerika. Bagi Imperialiseme baru bermaksud
disebabkan oleh lebihan modal di negara imperialisme untuk dieksport ke tanah
jajahan. Akhir abad ke-19 disebabkan oleh imperialisme ini telah menyebabkan
wujud pemikiran dan semangat kapitalisme yang menjadi pengerak utama
kepada kolonialisme yang mencorak sejarah dunia waktu tersebut.

2.3

Kolonialisme

Maksud bagi perkataan dasar koloni ialah negeri atau tanah jajahan yang
ditakluk oleh sesebuah kuasa asing. Manakala bagi perkataan Kolonialisme yang
membawa maksud menguatkuasakan satu bentuk pemerintahan ke atas
sesebuah koloni atau suatu perlakuan untuk mendapatkan wilayah sama ada
melalui paksaan atau secara aman. Dalam erti kata lain, ia dipanggil sebagai
penaklukan.
Menurut Plano dan Olton di dalam buku Sejarah Malaysia karangan Fuziah
Shaffia yang menyatakan bahawa kolonialisme sebagai suatu pemerintahan oleh
kuasa asing bagi melanjutkan dasar imperialisme mereka ke atas sesebuah
kawasan dan rakyat di kawasan tersebut. Pengenalpastian kolonialisme boleh
dikenal melalui dua cara iaitu melibatkan penghijrahan imigran ke suatu
kawasan baru dari tempat asal mereka bagi membentuk entiti politik di kawasan
baru. Bagi cara kedua pula yang melibatkan penguasaan pemerintahan ke atas
masyarakat bumiputera yang teknologinya kurang maju misalnya negara-negara
di Asia dan Afrika.
Penjajahan ke atas negara-negara yang terlibat telah menimbulkan garis
panduan tertentu ke atas negara yang dijajah, yang mana meliputiaspek dasar
awam, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Seperti sedia maklum,
golongan minoriti yang akan menopoli memerintah rakyat tempatan di dalam
struktur pentadbiran.
Dasar kolonialisme secara umumnya bertujuan untuk mencapai tiga
matlamat utama iaitu; keselamatan dan ketenteraan, faedah-faedah ekonomi
negara yang menjajah dan martabat antarabangsa sebagai kuasa imperialis.
Dalam konteks Asia Tenggara pula, tujuan dan kepentingan kolonialisme pula
untuk mendapatkan keperluan bahan mentah untuk industri Barat; mencari
pasaran baru bagi barangan siap Barat dan mencari peluang baru untuk
pelaburan Barat. Di Tanah Melayu, prinsip dasar kolonialisme untuk menghalang
percubaan kuasa Eropah lain untuk menguasai Tanah Melayu dengan alasan
hanya mereka satu-satunya kuasa Barat yang mutlak. Manakala dasar lain ialah

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

berusaha meningkatkan perdagangan tempatan. Sesungguhnya ekonomi tanah


jajahan dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi negara jajahan.
3.0 Perluasan Kuasa British
Tindakan kerajaan British menghantar ekspedisi ke Timur pada abad-16
dan awal abad ke-17 telah menyebabkan Britain muncul sebagai sebuah negara
mekantilisme pada permulaan abad ke-17. Ekspedisi di bawah pimpinan James
Lancaster, Henry Middleton, David Middleton dan mendirikan loji-loji
perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi dan beberapa tempat lain lagi. British
terpaksa melebihkan tumpuan pada kegiatan perdagangannya di Bangkahulu,
Sumatera Selatan yang pada ketika itu banyak menghasilkan lada hitam. Pada
awalnya, British berhasrat untuk menjadikannya sebagai pusat perdagangan di
nusantara. Namun, malangnya menghadapi beberapa persaingan hebat daripda
Belanda serta kedudukannya yang kurang strategik. Pergeseran dengan kuasa
asing lain iaitu Belanda telah memaksa British berundur.
3.1 Pendudukan British di Pulau Pinang.
Sekitar awal tahun 1770-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris serta firma
persendirian British yang berniaga di Madras dan Benggala, cuba mencari
pengkalan di sekitar gugusan Kepulauan Melayu. Sehubungan itu, British
terdesak membuat pertimbangan kepada pengalaman Kepulauan Melayu yang
sudah lama mempunyai dengan dunia luar. Seperti sedia maklum, negeri-negeri
melayu telah mengamalkan dasar perdagangan bebas sejak zaman promoden
lagi. Alasan British mencari sebuah petempatan di Kepulauan Melayu atas dasar
keselamatan. Syarikat Hindia Timur Inggeris memerlukan aspek keselamatan
kerana petempatan mereka di timur India sering diancam tentera laut Perancis.
Selain itu, firma-firma persendirian lain juga mengintai peluang mencari tapak
pengkalan di rantu ini kerana untuk mendapatkan bijih timah dan lada hitam
untuk dijual kepada Syarkat Hindia Timur Inggeris.
Pada ketika itu, Pelabuhan Bangkahulu tidak dapat memenuhi sebagai
pengkalan utama atau pusat pengumpulan hasil perdagangan kerana
kedudukannya yang terpisah jauh dari Selat Melaka. Sebolehya British ingin
mengelakkan dari bergantung kepada perlabuhan yang berada dilingkungan
kekuasaan Belanda kerana cukai yang dikenakan oleh Belanda agak tinggi serta
syrat-syarat ke atas kapal yang berlabuh turut ketat. Sehubungan itu, British
amat memerlukan sebuah pengkalan di gugusan Kepulauan Melayu untuk
mengantikan Bangkahulu.
Pada masa yang sama, British telah kehilangan pasaran dan sumber kapas
di Amerika Syarikat kerana meletusnya Revolusi Kemerdekaan di sana. Oleh itu,
hubungan dengan negara China perlu dipereratkan. Keadaan tersebut telah
menyebabkan British terdesak untuk menduduki Pulau Pinang dan seterusnya
menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan mereka. Pada tahun
5

[ISL HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)]

MINGGU
4

1786, Pulau Pinang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk dibuka.
Pembukaan Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik serta sebagai
pintu masuk Selat Melaka di sebelah utara. Pulau Pinang dijadikan sebagai
pengkalan oleh British dan secara tidak langsungnya mengawal kegiatan lanun
di Selat Melaka. Pada ketika itu, Pulau Pinang dan Seberang Prai sebenarnya
dibawah kekuasaan Sultan kedah. Seperti sedia maklum, sebagai sebuah negeri
yang kaya dan makmur, Kedah menghadapi beberapa masalah politik. Oleh itu,
peluang yang ditawarkan oleh Sultan Kedah supaya membantu Kedah
melawan musuhnya iaitu Siam dan Burma di persetujui oleh British. Ganjaran
atas permintaan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771 itu, British dibenarkan
mendirikan pengkalan di Pulau Pinang. Perkara itu disambut baik oleh British.
3.2 Pendudukan British di Melaka
Ekoran daripada peperangan yang dilancarkan oleh Napoleon ke atas
negara-negara Eropah pada tahun 1795 telah menyebabkan Belanda jatuh ke
tangan Perancis. Pada ketika itu, Raja Belanda iaitu William of Orange tetap
menganggap dirinya sebagai raja dan ketua pemerintah Belanda yang sah
walaupun keadaan yang sebenarnya baginda telah melarikan diri

Anda mungkin juga menyukai