Anda di halaman 1dari 9

TUTORIAL

TAJUK 1
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT
KEBAIKAN :
1.Mudah untuk membayar barangan dan perhidmatan
2.Mengambil kesempatan di atas diskaun penjualan / pembelian secara pukal
3.Mengatasi masalah kewangan secara sementara
4.berupaya mencuba barangan /perhidmatan tanpa membayar tunai
5.menaikkan taraf hidup tanpa menunggu lama jika dibayar dengan tunai
6.merasakan duit sentiasa ada dalam poket
7.tidak perlu membawa duit yang banyak\semasakeluar ke mana mana
8.Menjadi satu teknik untuk menggabungkan hutang hutang kecil menjadi satu hutang sahaja
9.satu kaedah untuk merangsang ekonomi negara
10melindungi sesuatu pembelian terhadap kemungkinan penipuan
KEBURUKAN :
1.menghapuskan perbandingan- harga secara langsung menumpulkan kemahiran dan keseronokan tawar menawar
2.kadang kadang kontrak dan syarat syarat kad kredit sukar difahami
3.Ramai pengguna tidak menyedari atau tidak ambil endah nilai faedah / bunga yan g sebenar dikenakan beserta yuran
yuran yang dikenakan
4.Kadang kadang barangan / perhidmatan mustahak yang dibeli di tarik balik kerana gagal membayar ansuran
5.Ramai pengguna tak tahu membandingkan harga atau tawar menawar dengan penjual
6.Menggalakkan pembelian barangan / perhidmatan yang mengikut nafsu
7.Kena bayar dua kali iaitu untuk barangan dan kos berhutang(bunga)
8.pendapatan akan datang terpaksa dikorbankan dan ini akan menjejaskan perancangan untuk perbelanjaan seharian
9.mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan
10meramaikan golongan muflis di malaysia....
PENGENALAN
Bilangan pengguna kad kredit didapati semakin bertambah. Penggunaan kad kredit semakin mengubah kehidupan
manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul.
Individu yang berpendapatan lebih RM 18000 ke atas boleh memohon kemudahan kad kredit, cth: kad Visa dan kad
Master
4. Pemilik kad kredit diberikan kemudahan kredit yang istimewa
- Pemilik kad kredit boleh memohon had kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan ini cukup penting semasa
kecemasan.Ada pengeluar kad kredit yang membolehkan pemilik kad kredit menikmati kemudahan
pinjaman overdraf dan baki hutangnya dijelaskan secara ansuran dengan kadar bunga yang tinggi sedikit sahaja jika
dibandingkan dengan pinjaman bank perdagangan lain.
KEBURUKAN KAD KREDIT
1. Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
- Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan
wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan
menyulitkan kehidupan mereka nanti.
- Kemudahan kad kredit menggalakkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan
mereka, sikap boros merugikan masyarakat
2. Penggunaan kad kredit mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara
- Perbelanjaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan permintaan melebihi penawaran. Ini akan membawa kepada
masalah inflasi di negara kita. Akhirnya, negara kita akan menghadapi masalah
kemelesetan ekonomi
KESIMPULAN
Untuk mengelakkan kesan negatif daripada penggunaan kad kredit,kerajaan harus mengadakan undang-undang yang
lebih ketat untuk mengawal penggunaan kad kredit. Bank Negara dan bank-bank perdagangan harus menghadkan jumlah
pemilik kad kredit di samping mengawasi had perbelanjaan, agar mereka tidak
berhutang berlebihan

KARANGAN CONTOH BULAN INI


TAJUK : PENGGUNAAN KAD KREDIT
SKOP : Kebaikan dan keburukan
Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih
dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan
masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti
American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit
merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan
pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan
kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa
wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika
membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit
dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya
dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada
menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila
difikirkan perlu.
Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal
ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit
tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit
tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut
bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat
menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku
kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna
menggunakan kad kredit.
Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar mata
wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang
negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran
nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat
kebanyakan pelancong, mereka g lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih
istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat
saya, keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.
Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini
kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedaikedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal.
Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh
pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat
membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.
Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu peka atau
perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit
yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam
keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak membayar balik jumlah wang yang telah mereka
belanjakan itu.
Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua `beringat-ingat sebelum terkena. Menurut kajian yang pernah dibuat
oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang
yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka.
Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah
wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.
Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan
komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini
jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad
kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit
tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada
ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada
150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.

Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit.
Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat
faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat
beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit
didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan
wang tunai yang sebenar.
PENGGUNAAN KAD KREDIT
Kini pemilikan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Banyak jenis kad kredit yang terdapat di
pasaran, antara yang popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit mengetepikan keperluan menggunakan wang tunai
dalam sesuatu urus niaga. Pemegang kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangannya pada skrip perbelanjaan untuk
menyempurnakan sesuatu urusan perniagaan. Pada hujung bulan, syarikat kad kredit akan menghantar penyata akaun
kepada pemegang kad kredit. Penyata akaun itu menyenaraikan butir-butir perbelanjaan dan jumlah hutang pemegang
kad bagi bulan berkenaan. Kad kredit memang penting dan mendatangkan kebaikan kepada kita. Namun kad kredit juga
dapat disalahgunakan.
Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai. Jika kita hendak berbelanja dalam jumlah wang yang
banyak, kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak. Mengira wang tunai yang banyak juga menjadi masalah.
Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan ini. Kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang
mencatatkan jumlah perbelanjaan kita. Selain itu, jika melancong ke luar negara, kita terpaksa menukar wang tunai kita
kepada mata wang aging. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam
apa jua mata wang di seluruh dunia. Kita juga boleh mendapatkan mata wang asing melalui mesin juruwang (ATM) di
seluruh dunia.
Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat
besar, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Wang tunai
yang tercicir atau dicuri tidak mungkin dapat diperoleh semula. Sebaliknya, kehilangan atau keciciran kad kredit mudah
diatasi. Pemegang kad kredit hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya.
Syarikat kad kredit akan membatalkan kad kredit tersebut dengan serta-merta, menjadikan kad kredit itu tidak laku
digunakan lagi. Ini akan melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian atau meminimumkan
kerugian yang ditanggungnya.
Pemegang kad kredit juga menikmati pelbagai kemudahan istimewa. Dengan menyebut nombor kad kredit, kita dapat
membeli-belah dengan mudah melalui pos atau Internet tanpa perlu keluar dari rumah. Kita juga dapat menempah hotel
dengan memberikan nombor kad kredit kita melalui telefon. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan
perkhidmatan dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kebanyakan syarikat kad kredit
menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans, dan bayaran berkala lain. Pemegang kad kredit hanya perlu
memberikan butir-butir pembayaran kepada syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi
pihak pemegang kad. Semua bayaran ini akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan pemegang kad.
Pemegang kad kredit juga mendapat perlindungan insurans kemalangan diri percuma. Sekiranya pemegang kad kredit
membayar tambang perjalanan dalam kenderaan awam dengan kad kreditnya, dia akan mendapat pampasan jika dia
mengalami kecelakaan semasa menggunakan kenderaan awam itu. Begitu juga, barang-barang tertentu yang dibeli
dengan kad kredit juga diberikan perlindungan insurans. Sekiranya barang-barang yang dibeli itu rosak, hilang, atau dicuri
dalam tempoh tertentu, pemegang kad kredit boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat kad kredit.
Narnun bagitu, penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad.
Bagi golongan tertentu, kad kredit dijadikan simbol status. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk berlagak di
hadapan kawan-kawan mereka. Mereka akan menayangkan kemampuan kewangan mereka dengan berbelanja besar
menggunakan kad kredit. Ada pula yang memohon beberapa kad kredit untuk menikmati kemudahan kredit yang didapati
daripada setiap kad kredit itu. Mereka tidak teragak-agak membeli barang-barang mahal atau berbelanja berlebihan
kerana mereka boleh membayar secara ansuran kepada syarikat kad kredit, walaupun faedah yang dikenakan oleh
syarikat kad kredit sangat tinggi. Akibatnya, mereka terjerat dalam masalah kewangan apabila mereka berbelanja lebih
daripada kemarnpuan mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Mereka mungkin tidak dapat menjelaskan
hutang mereka kepada syarikat kad kredit. Hal ini menyebabkan syarikat kad kredit akan mengambil tindakan undangundang terhadap mereka. Ada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar hutang
kad kredit mereka.
Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal. Dengan memiliki kad kredit, kita cenderung berbelanja
lebih, misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara, dan sebagainya. Selain itu, kemudahan kredit yang
ditawarkan membolehkan pemegang kad berbelanja dahulu dan bayar kemudian. Sikap boros dan tidak cermat ini akan
menyemarakkan inflasi, dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara.
Kad kredit memang penting demi menyempurnakan kehidupan kita dalam dunia yang moden ini. Akan tetapi, kad kredit
akan mendatangkan kesan negatif jika disalahgunakan. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan kad kredit. Kerajaan juga
perlu mengawal ketat pengeluaran kad kredit serta jenayah kad kredit yang mungkin muncul.

PENGGUNAAN KAD KREDIT LEBIH MERUGIKAN PEMILIKNYA


Penggunaan kad kredit sudah menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat kini. Kad kredit merupakan satu kaedah
pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan
wang tunai. Kad plastik ajaib ini membolehkan kita membeli secara kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj.
Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih
dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata
bulanan.
Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan
pembayaran. Pada ketika itu hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada
masa sekarang semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka.
Ramai orang berpendapat bahawa kad kredit adalah simbol kemewahan dan harus dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, kini
kad kredit ini telah menjadi seolah-olah ceti teknologi kerana ia boleh menyebabkan pemegangnya terjebak dalam
masalah hutang.
Menurut sumber yang dipetik daripada Bank Negara Malaysia(BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi
kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3 kad kredit. Memang jumlah ini agak lebih
daripada keadaan biasa. Pada hakikatnya, kira-kira 30 peratus kes muflis melibatkan pemegang kad kredit. Hampir
kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda yang berusia bawah 30 tahun.
Menurut statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun. Dengan
kadar faedah 1.5 peratus sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159
juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar
(RM5).
Kita perlu berfikir kenapa keadaan sedemikian berlaku dalam masyarakat kita terutama dalam kalangan golongan muda.
Antara faktor yang utama adalah sikap mengambil mudah terhadap hutang. Ramai orang berbelanja sesuka hati dan
melepasi had yang ditetapkan.
Sikap keangkuhan dan berlebih-lebihan inilah yang menjerat diri sendiri dalam kancah hutang yang berpanjangan dan
tidak berkesudahan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, ramai pemilik kad kredit berbelanja tanpa ada sebarang tujuan
atau bajet. Sebenarnya mereka yang memiliki sifat seperti ini akan berbelanja kepada perkara yang tidak penting.
Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai
rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, seseorang yang berpendapatan RM1,500
sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan sektor kredit yang terjejas
teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara kita.
Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5%
sebulan menjadikannya tidak lebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas
jumlah yang tertunggak. Fenomena ini menyebabkan ramai orang membuat permohonan untuk mendapatkan kad plastik
ini. Dengan adanya kad kredit mereka boleh berbelanja tanpa menggunakan wang saku mereka.
Masyarakat harus mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini kerana status muflis dan hutang
dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu. Pihak kerajaan harus mengawal
pengeluaran kad kredit dan mengawasi penawaran agensi-agensi perbankan terhadap kad kredit.
Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500
ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat
negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kad kredit hanya akan
mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.
Pemilik kad kredit perlu menyedari kesan penggunaan kad kredit tanpa batasan akan membawa banyak masalah yang
tidak diingini. Bagi mengelakkan masalah hutang ini, pemilik kad kredit ini hendaklah berbelanja dengan bijak dan sentiasa
berhati-hati dalam perbelanjaan harian yang melibatkan kad kredit.

TAJUK

: PENGGUNAAN KAD KREDIT

SKOP

: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau lebih
dikenali sebagai wang plastik. Penggunaan kad kredit didapati semakin popular dalam kalangan masyarakat kita kini
terutamanya ahli perniagaan. Terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express,

Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin
masalah inflasi yang sangat ketara. Selain itu, beliau turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit di negara
kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang kerana kad tersebut mempunyai kelebihannya tersendiri.

Salah satu daripada kelebihan yang menggalakkan ramai yang menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu
membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak
ketika membeli-belah merupakan suatu beban. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli-belah di
pasaraya menggunakan kad kredit. Pengguna berasa lebih selesa dan mudah menggunakan kad kredit daripada
menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila
difikirkan perlu.

Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang
tunai. Hal ini demikian kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka
menggunakan kad kredit tersebut, mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik
sebenar kad kredit tersebut. Oleh sebab itu, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau
dicuri. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad
tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih
selamat menggunakan kad kredit American Express kerana mereka boleh mendapatkan kad ganti yang baru dengan
cepat apabila berlaku kehilangan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor keselamatan merupakan faktor yang paling banyak
mendorong pengguna menggunakan kad kredit.

Seterusnya, kebanyakan masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar
mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita perlu menukarkan mata wang
negara kita ke mata wang negara yang kita lawati. Hal ini tidak berlaku kepada pemegang kad kredit kerana pertukaran
nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatik setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat
kebanyakan pelancong pula, mereka lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih
istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

Namun begitu, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini demikian kerana tidak
semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai runcit atau kedai-kedai kecil yang
jumlahnya lebih banyak daripada pusat-pusat membeli-belah yang terkenal. Tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat
membeli-belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit pula adalah terhad. Pemegang kad kredit mungkin
menghadapi masalah sekiranya pusat membeli-belah atau kedai yang mereka kunjungi menolak penggunaan kad kredit.

Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak sedar akan nilai
wang yang mereka belanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang
menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam keadaan
yang sugul kerana terpaksa berfikir jalan penyelesaian untuk membayar semula hutang-hutang mereka. Terdapat pemilik
kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diisytiharkan muflis kerana
tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad
yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan
komputer. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara
seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit
terutamanya kad kredit yang tidak popular. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para
peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Hal ini
demikian kerana pihak mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan yang berkaitan dengan masalah penyelewengan
kad kredit sejak awal tahun ini.

Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Sekiranya pemilik kad kredit
menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit

tidak digunakan secara berhemah, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga
bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun,
namun `wang plastik tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

PENGGUNAAN KAD KREDIT LEBIH MERUGIKAN PEMILIKNYA


Penggunaan kad kredit sudah menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat kini. Kad kredit merupakan satu kaedah
pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan
wang tunai. Kad plastik ajaib ini membolehkan kita membeli secara kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj.
Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih
dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata
bulanan.
Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan
pembayaran. Pada ketika itu hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada
masa sekarang semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka.
Ramai orang berpendapat bahawa kad kredit adalah simbol kemewahan dan harus dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, kini
kad kredit ini telah menjadi seolah-olah ceti teknologi kerana ia boleh menyebabkan pemegangnya terjebak dalam
masalah hutang.
Menurut sumber yang dipetik daripada Bank Negara Malaysia(BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi
kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3 kad kredit. Memang jumlah ini agak lebih
daripada keadaan biasa. Pada hakikatnya, kira-kira 30 peratus kes muflis melibatkan pemegang kad kredit. Hampir
kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda yang berusia bawah 30 tahun.
Menurut statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun. Dengan
kadar faedah 1.5 peratus sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159
juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar
(RM5).
Kita perlu berfikir kenapa keadaan sedemikian berlaku dalam masyarakat kita terutama dalam kalangan golongan muda.
Antara faktor yang utama adalah sikap mengambil mudah terhadap hutang. Ramai orang berbelanja sesuka hati dan
melepasi had yang ditetapkan.
Sikap keangkuhan dan berlebih-lebihan inilah yang menjerat diri sendiri dalam kancah hutang yang berpanjangan dan
tidak berkesudahan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, ramai pemilik kad kredit berbelanja tanpa ada sebarang tujuan
atau bajet. Sebenarnya mereka yang memiliki sifat seperti ini akan berbelanja kepada perkara yang tidak penting.
Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai
rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, seseorang yang berpendapatan RM1,500
sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan sektor kredit yang terjejas
teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara kita.
Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5%
sebulan menjadikannya tidak lebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas
jumlah yang tertunggak. Fenomena ini menyebabkan ramai orang membuat permohonan untuk mendapatkan kad plastik
ini. Dengan adanya kad kredit mereka boleh berbelanja tanpa menggunakan wang saku mereka.
Masyarakat harus mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini kerana status muflis dan hutang
dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu. Pihak kerajaan harus mengawal
pengeluaran kad kredit dan mengawasi penawaran agensi-agensi perbankan terhadap kad kredit.
Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500
ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat

negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kad kredit hanya akan
mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.
Pemilik kad kredit perlu menyedari kesan penggunaan kad kredit tanpa batasan akan membawa banyak masalah yang
tidak diingini. Bagi mengelakkan masalah hutang ini, pemilik kad kredit ini hendaklah berbelanja dengan bijak dan sentiasa
berhati-hati dalam perbelanjaan harian yang melibatkan kad kredit.

CREDIT CARD USE MORE TORT owner

The use of credit cards has become a norm in society today. Credit card is a
payment method that allows consumers to buy goods and services without using cash.
Plastic cards 'miracle' allow us to buy on credit with a maximum that can be charged.
When a consumer uses a credit card, the credit card issuer will pay to the dealer
for the consumer first and then ask for payment of credit card holders in the form of
monthly
statements.
Frank MacNamara introduce the concept of credit cards in 1950 with the aim to
facilitate payment. At that time only the upper class only capable of using a credit card.
But at present all those owning at least one credit card for their use.

Many people think that a credit card is a symbol of luxury and should be owned
by them. In contrast, credit cards have now become as if "something for nothing"
technology because it can cause the handle stuck in the debt problem.
According to sources quoted by Bank Negara Malaysia (BNM), a total of 8.8
million credit cards issued by financial institutions in the country with an average per
owner has 3 credit card. It is rather more than the amount of normal conditions. In fact,

about 30 percent of bankruptcy cases involving credit card holders. Almost most of the
owners of the bankrupt credit card is a young executive under 30 years old.

According to statistics obtained by BNM, the amount of credit card debt increased
20 percent in each year. With interest rate of 1.5 percent per month. Malaysian banks
with simple interest earned amounted to RM159 million per year does not include
charges for services such as cash withdrawal charges (5%) and late payment charges
(RM5).

We need to think why such a situation occurs in our society, especially among
young people. Among the main factors is the attitude of take it easy for a debt. Many
people spend as they please and exceed the prescribed limit. Attitude of arrogance
and extravagance of this trap yourself in the midst of a prolonged debt and endless.
Due to want to show off, many credit card owners spend without any purpose or budget.
They actually have a character like this would be spent on things that are not important.

Leeway and encouragement given by the government and banking institutions


has enabled more and more people in this country own a credit card. According to
regulations, a person who earns RM1, 500 per month are eligible for a credit card. The
aim is to encourage the growth of credit adversely affected as a result of the economic
downturn that is hitting the country.
In addition, the Bank also cut rates credit cards charge a minimum of 2% to 1.5%
per month, making it no more than 18% per year. Late payment charges are set not
more than 1% calculated on the amount outstanding. This phenomenon has caused
many people to apply for these plastic cards. With the advent of credit cards they can
spend without using their pocket money.

Community should take effective measures to solve this problem because the
status of bankruptcy and debt despised in society and disqualification in certain cases.
The government should regulate and monitor the issuance of credit cards offering
banking agencies on the credit card.

The minimum qualification should be increased at least to those with incomes


above RM3500. Current eligibility set too low and not in line with the rising cost of living
people. Allow the low-income and moderate a credit card will only expose them to
excessive debt burden.

Credit card owners should be aware of the effects of using a credit card without
limitations will bring many unwanted problems. To avoid problems of this debt, the
credit card owner must spend wisely and always be careful in spending involving the
credit card.

Anda mungkin juga menyukai