Anda di halaman 1dari 4

Tajuk:

Menjalankan amali untuk mengkaji taksonomi dan pengekalan aliran kepelbagaian biologi
Pengenalan:
Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas
permukaan bumi ini. Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian
pengelasan, pengecaman, tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Taksonomi
bertujuan menguruskan bahan, maklumat dan data yang dikumpulkan dengan menggunakan
satu pendekatan yang sistematik dan teratur supaya bahan, maklumat dan data tersebut boleh
disimpan, difailkan

dan

dikelaskan

secara sistematik dan teratur untuk memudahkan

rujukan.
Pengelasan

merujuk

kepada

aktiviti

mengkategorikan pelbagai jenis organisma

dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan dalam
kalangan organisma hidup. Taksonomi menggunakan sistem pengelasan semula jadi. Maka
taksonomi menyediakan satu pendekatan untuk ahli biologi mengkaji kepelbagaian hidupan dan
mencari perhubungan semula jadi di antara organisma dalam jaringan hidupan.
Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjukkan
populasi organisma yang serupa dalam beberapa hal yang penting. Dalam pengelasan saintifik,
satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik
dan ditulis dalam keadaan condong. Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua
kaedah yang berbeza iaitu spesies biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak
bersama-sama dianggap sebagai spesies yang sama, dan yang kedua ialah spesies morfologi
di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesies yang sama.
Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang
cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti
untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies.

Tujuan:
Mengkaji dan mengelaskan kumpulan spesies berdasarkan ciri-ciri yang ada pada spesies
berkaitan.

Perbincangan:
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam
kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang
lain?
Ciri-ciri yang saya tekankan apabila saya mengelaskan moonmorphs adalah corak
pada badannya, kewujudan dan kepanjangan leher, kewujudan dan kepanjangan
ekor, kewujudan antena, kewujudan dan bilangan mata, kewujudan kaki, warna
pada tentacle dan juga saiz badan. Saya telah memilih ciri-ciri yang berikut adalah
kerana saya mengelaskan mereka melalui bentuk fizikal yang dapat dilihat dengan
jelas. Ciri-ciri yang telah saya gunakan merupakan ciri-ciri di mana ciri-ciri
tersebut dapat dilihat dengan jelas dan mudah untuk dikenali dan dicatat. Saya
tidak memilih yang lain contohnya corak badan yang berbeza kerana saya tidak
dapat membezakan corak badan dengan spesifik sedangkan setiap moonmorphs
mempunyai corak yang berbeza dan tidak dapat diklasifikasi dalam satu kategori.
2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannnya? Berapa
banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?
Pada pendapat saya, individu dalam satu spesies tidak semestinya mesti serupa
dan boleh mempunyai pelbagai variasi. Organisma-organisma tersebut boleh
membiak bersama. Sesuatu spesies itu hanya sama pada sebahagian bentuk
luaran sahaja, contohnya moonmorphs yang mempunyai bintik-bintik di bahagian
abdomen, walaupun spesies berbintik tetapi setiap individu itu mempunyai bintik
yang berbeza. Sebenarnya, sebahagian variasi ini adalah bersifat keturunan,
dalam satu spesis variasi antara individu yang boleh diterima mungkin 2 atau
lebih bergantung kepada ciri-ciri sepunya sesuatu spesies itu.
3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies yang anda pilih jika anda menerima tahap
variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi
yang terlalu rendah?
Jika setiap spesies menerima variasi individu yang tinggi, maka MoonMorphs
dapat dikumpulkan kepada banyak sub-spesies sehingga pengelasan boleh
dibuat daripada satu ciri kepada satu spesies. Namun begitu, jika variasi individu
sangat rendah, maka pengelasan yang boleh dilakukan adalah sangat terhad
kepada

beberapa sub-spesies sahaja atau pengelasan hanya dapat dilakukan

melalui satu ciri asas sahaja.


2

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua
atau lebih spesies baru.
Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies
baru adalah berdasarkan kepada sifat biologi dan sifat morphologi.

Kaedah-

kaedah ini sering digunakan untuk menentukan spesies individu apabila tidak
mempunyai sebarang maklumat tentang pembiakan individu tersebut. Taksonomi
dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies yang baru
berdasarkan konsep spesies biologikal. Konsep ini merujuk kepada sekumpulan
populasi yang berpotensi untuk membiak secara semula jadi. Selain itu, kaedah
lain

yang

digunakan

adalah

konsep

spesies

morfologikal.

Konsep

ini

membolehkan individu dikategorikan dengan melihat persamaan dari segi ciri-ciri


fizikal yang ketara.
5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis
terjadi?
Variasi ialah perbezaan yang terdapat dalam kalangan individu daripada satu
spesies yang sama. Variasi dalam kalangan individu ini disebabkan oleh faktor
genetik dan faktor persekitaran. Variasi yang disebabkan oleh persekitaran tidak
dapat diwarisi. Variasi akibat faktor genetik melibatkan proses-proses pindah
silang dan penggabungan semula semasa meiosis, penggabungan rawak gamet
semasa proses pembiakan seks dan mutasi. Variasi juga dibahagikan kepada dua
jenis iaitu variasi selanjar dan tak selanjar. Jika terdapat keperluan dan peluang
yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksploitasikan
sumber yang ada di habitat yang baru.

Variasi yang dipengaruhi oleh faktor

genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi
yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak dapat dikawal.
6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?
Konsep morphospesies merujuk kepada penggunaan perbezaan dalam ciri-ciri
morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui morfologi ini boleh
dilihat dari segi bentuk dan struktur sesuatu organisma. Contohnya, struktur,
bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang
dan organ-organ. Spesies MoonMorphs dikenali sebagai morphospesies
disebabkan spesies tersebut dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang
boleh diperhatikan dalam kalangan MoonMorphs. Morphospesies adalah satu
kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu bagi mengelaskan sesuatu spesies.
3

Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesies
adalah sedikit dan perlu jelas daripada spesies-spesies lain. Selain itu, variasi
geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.
7. Huraikan bagaimana spesies yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.
Spesies tersebut merupakan bukan dari kalangan spesies biologikal kerana tidak
wujud maklumat bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat
lain yang lebih spesifik dan mendalam seperti yang wujud pada spesies
biologikal. Spesies ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh
dilihat berdasarkan sifat fizikal yang sepunya sahaja.

Kesimpulan:
Spesies boleh dikelaskan dengan pelbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan merujuk
kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak. Jika lengkap seperti DNA atau
jantina

spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan sebagai spesies biologikal. Jika tidak,

spesies itu boleh dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya
yang dimilikinya.