Anda di halaman 1dari 13

4.

KONSEP PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di


gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran anda.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusiinstitusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform.
Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah
pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
4.2

TUJUAN PERKHEMAHAN

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi
ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang
tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan
pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti
yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu
aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika
di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang
sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks
dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri
sesuatu perkhemahan, di antaranya ialah:
1.

Berkhemah sebagai cara pendidikan.


Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah
yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam
pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke
tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal
dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau,
danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya
kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihanlatihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan
mental.
Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada
bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di
mana,
setiap
peserta
dipertanggungjwabkan
menguruskan
kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun
contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri
dan sebagainya.
Perkhemahan
dapat
menambahkan
pengetahuan
belia.
Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan

persekitaran alam semula jadi dan kawasan desa. Sesetengah daripada


mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari
bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan,
perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat
tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan sebagainya. Kebanyakan
tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak terdapat di kawasan
bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.
2.

Berkhemah sebagai cara ibadat.


Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya
yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan
rasa keinsafan kepada-Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya
kita di depan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga
akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang
berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian ke atas
spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita
kepada kebesaran Allah SWT yang menjadikan sesuatu pasti ada
sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja
yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat
terhadap Allah SWT.

3.

Perkhemahan untuk orientasi sosial.


Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta
akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan
aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali
peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,
kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi
mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa
dan keturunan.
Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua
masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan
dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu
di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem
parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta
ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh
berdisiplin.
Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan dapat
diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai
perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing.
Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah,
negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum
demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik
antara kaum, agama dan kebudayaan.

4.

Berkhemah untuk rekreasi.


Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa seronok.
Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada
suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas
daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal.
Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal bukubuku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila
menghadiri sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan
peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

5.

Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan.


Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan
yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri
dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar
semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin
juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak hentihenti membinasakannya.
Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya
akan
nampak
semakin
berharga
apabila
kita
semakin
hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semula jadi kita yang
semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada
pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan di mana apabila dunia
sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambahtambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak
terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih
sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.
Pinggir hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan
yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang
untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun
yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya
bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang
sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

6.

Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.


Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang
Dunia II, bermula daripada beberapa keluarga bercambah menjadi
berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk
berkhemah, kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan tamantaman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000
hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan
kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan
persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada
bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang
terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brosur
panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
Melalui aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila
kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti
memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersamasama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita
juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta
mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

7.

Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.


Perkhemahan juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk
mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih
prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status
kesihatan mereka.
Sepanjang perkhemahan, para peserta akan diberikan penerangan
mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya

merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti
bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalanamalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil
pil atau dadah dan sebagainya.

4.3

JENIS PERKHEMAHAN

Perkhemaha
n

Perkhemahan
kumpulan

Perkhemahan
ringkas

Perkhemahan
secara besarbesaran

1. Perkhemahan ringkas
Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.
Biasanya dilakukan pada hujung minggu.
Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau
sekadar untuk perkhemahan sahaja.
2. Perkhemahan kumpulan
Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.
Dihadiri oleh sekumpulan ahli.
Dijalankan selama dua atau tiga hari.
Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

3. Perkhemahan secara besar-besaran


Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.
Dikenali sebagai jambori.
Diadakan 4 tahun sekali.
Mengambil masa 3-7 hari.

Jenis Khemah
Khemah satu tiang

Ciri-ciri Khemah
Ringan, senang didirikan
dan sesuai digunakan
untuk perkhemahan
ringkas.
Memuatkan 1 hingga 2
orang penghuni sahaja.
Ditegakkan dengan
menggunakan satu tiang
sahaja.

Khemah berbentuk A

Memuatkan 3 hingga 6
penghuni.
Digunakan
untuk
perkhemahan ringkas dan
perkhemahan kumpulan.
Ditegakkan
dengan
menggunakan 2 batang
tiang dan 1 batang galang
(bumbung).

Khemah berbentuk dinding

Sesuai
untuk
perkhemahan kumpulan.
Sama dengan khemah
berbentuk
A,
tetapi
mempunyai
penahan
angin atau hujan di
bahagian tepinya.
Untuk 5 hingga 6 orang.

Khemah Ridge

Mempunyai
sempadan
yang lebih panjang dan
luas daripada khemahkhemah lain.
Sesuai
di
kawasan
pergunungan dan di tepi
sungai.
Memuatkan 4 hingga 7
orang.

4.4

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

1. Pembentukan Jawatankuasa
Untuk
menggerakkan
sesuatu
aktiviti
perkhemahan supaya program dapat dirancang
dengan baik dan teratur.
Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada
tempat perkhemahan dan aktivti yang akan
dijalankan.
Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masingmasing.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
Urus setia
Aktiviti
Pengangkutan
Peralatan
Keselamatan dan kecemasan
Penajaan
Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan


Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang
dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
Perkara yang perlu diambil kira:
Kesesuaian tempat
Kemudahan asas (air, tandas)
Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya
berlaku kemalangan.
3. Surat Kebenaran
Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan
Daerah melalui pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.
Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.
Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan
mengikut aktiviti perkhemahan.

Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti


perkhemahan.
4. Belanjawan
Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala
keperluan selama tempoh perkhemahan.
Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan
makanan.
5. Alatan Perkhemahan
Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:

4.5

PEMILIHAN TEMPAT

1. Tanah atau tapak yang rata.


Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan
khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan
yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah
tersebut.
Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung
jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.
2. Berhampiran punca air.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus
difikirkan ialah mengenai punca air bersih.
Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan
sebagainya.
Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira
sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut

hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak


diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air
yang tidak bersih.
Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui
kawasan yang tiada pencemaran.
3. Jauh daripada dahan mati.
Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan
sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan
perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan
peserta perkhemahan.
Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting
serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat
di tapak perkhemahan tersebut.
4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air
pasang jika berkhemah di pantai.
5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.
Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan
tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang
kecemasan.
Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung,
laluan orang atau mudah dihubungi.
Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak
berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.
6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk
memasak perlu diambil kira.
Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak
perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak
untuk mendapatkan bahan tersebut.
7. Keselamatan kawasan perkhemahan.
Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas
dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.

4.6
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

ASPEK KESELAMATAN
Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenalmengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.
Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi.
Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/
pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa jika difikirkan perlu.

4.7

KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan
akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan
peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk
memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:
Khemah yang sesuai.
Bag galas
Dapur (gas atau minyak bahan tambahan serta alat gantinya)
Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
Botol air, kole dan bekas minuman
Pisau dan pembuka tin
Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
Mancis dan lilin atau bahan penyala api
Kotak pertolongan cemas
Kotak ikhtiar hidup
Tali
Ponco atau baju hujan
Parang/kapak kecil
Bekas air tambahan
Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain
perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan
peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa
apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah
jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa
hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada
jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah
mengikut kesesuaian.
Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh
anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.
4.8

PEMERIKSAAN PAGI

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan


perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti
dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan.
Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan
lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00
pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:

Kebersihan dalam dan persekitaran khemah

Susun atur barang dan peralatan kumpulan

Pakaian yang dibawa

Gajet yang dibawa


Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan
masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi
hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi.
2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri
sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter
master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan
diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti Patrol
Nuri Sedia, sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.
6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke
hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas.
Contoh ayat laporan: Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima
arahan tuan.
7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus
selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali
ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan.
8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: Kami Patrol Nuri seramai 20 orang
mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain,
tuan.
9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu
gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.

4.9

REFLEKSI

Contoh:
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi
keseluruhan sepanjang saya belajar subjek WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit
Beruniform) semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah mengajar
dan banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua
penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak selaku
pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1.
Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya
dalam menambahkan pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya sebagai

seorang bakal guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
sepanjang semester ini. Hal ini kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal
kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu, wibawa bermaksud seseorang
yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus
ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih demi melengkapkan diri dengan
pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan kokurikulum sebagai
persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula.
Antaranya ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan
Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan
pada setiap petang pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan
kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai
persediaan kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di
sekolah nanti.
Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi
mendedahkan kepada para pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM
mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang
lebih parah dan serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa
yang dijumpai separuh sedar.
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform.
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya beroleh banyak pengalaman berharga untuk
saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui aktiviti
perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga
14 September 2012 di sekitar kawasan IPG Kampus Pulau Pinang, saya berupaya
memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan unit beruniform untuk
membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di
sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan
unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturahim dalam kalangan
pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit BSMM.
Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah
kawad kaki, istiadat menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan
rakan juga berpeluang untuk memasak sarapan pagi dan minum petang. Kami juga
didedahkan cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan
air. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya
mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk
saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang
ditugaskan.