Anda di halaman 1dari 1

http://gunabmsjkt.blogspot.

com/
Sukan Tahunan 2012
Pada 9 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu, sekolah saya telah mengadakan
sukan tahunan ke-13. Sukan tahunan itu bermula pada pukul 2.00 petang. Ramai
juga ibu bapa turut hadir pada hari itu.
Acara dimulakan dengan perarakan atlet-atlet yang mengambil bahagian
dan pasukan unit beruniform. Pegawai Pelajaran Daerah Kluang telah dijemput
untuk merasmikan temasya itu.
Sebaik-baik sahaja kejohanan sukan dirasmikan, acara 100m dan 200m
dijalankan. Acara lari berganti-ganti menyusul selepas itu. Acara lari bergantiganti yang dijalankan ialah 4x100m dan 4x400m.
Pada pukul 4 petang, kejohanan berhenti sebentar dan para tetamu
dihiburkan dengan persembahan pancaragam sekolah dan pertunjukkan Tae Kwan
Do. Kejohanan disambung semula pada pukul 4.30 petang.
Hadia-hadiah diberikan kepada para pemenang setelah semua acara tamat.
Pegawai Pelajaran Daerah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Rumah biru telah muncul sebagai juara antara rumah sukan.
Pada pukul 6.00 petang, acara sukan pun berakhir. Menerusi sukan ini,
guru-guru dapat mencungkil bakat dalam kalangan murid dalam bidang sukan.
Semoga acara sukan pada tahun hadapan akan lebih meriah.

Anda mungkin juga menyukai