Anda di halaman 1dari 20

ASSIGNMENT

SEPTEMBER 2014 SEMESTER


SUBJECT CODE

EPE 611

SUBJECT TITLE

PHILOSOPHICAL IDEAS IN EDUCATION

LEVEL

MASTER OF EDUCATION

STUDENTS NAME

NURHAFIZAH BINTI UTEH

MATRIC NO.

E60105140028

PROGRAMME

E601 MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR

DANIELSON AK TAJAK

LEARNING CENTRE

BINTULU SARAWAK

BAHAGIAN A:
Falsafah pendidikan merujuk kepada satu set tingkat kepercayaan yang konsisten dan
menyeluruh tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum kita pergi lebih

mendalam lagi tentang fungsi falsafah dalam pendidikan ini, perlu difahami terlebih dahulu
apa yang dimaksudkan dengan falsafah itu sendiri. Falsafah secara ringkasnya membawa
maksud satu perkara atau perbuatan yang menyukai hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu
bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas. Falsafah merupakan satu bidang ilmu
yang penting dan tidak semua mampu memahaminya dengan baik. Makna falsafah itu sendiri
juga berubah mengikut peredaran zaman, begitu juga dengan bidang-bidang yang ada
menerapkan falsafah sebagai panduan sepanjang zaman.
Dalam pendidikan, falsafah itu dilihat sebagai panduan kepada pendidik, komuniti
dan manusia sejagat melihat tujuan pendidikan itu dilaksanakan agar tidak sesekali tersasar
dari landasan. Tidak salah jika kita merujuk semula apakah falsafah pendidikan di Malaysia;
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan penyataan yang diberikan, tujuan falsafah pendidikan adalah untuk
membantu pendidik/ guru mengenalpasti keperluan untuk mereka berfikir secara jelas tentang
apa yang perlu mereka lakukan dan melihat perkara yang dilakukan terhadap individu dan
komuniti dalam konteks yang lebih luas. Secara ringkasnya, falsafah ini membantu untuk
manusia berfikir tentang apa yang mereka lakukan. Oleh itu, falsafah pendidikan
diperkenalkan untuk mencapai beberapa matlamat dalam pendidikan itu sendiri. Dalam setiap
perincian yang dinyatakan dalam falsafah itu cukup untuk membantu atau memberi panduan
kepada pendidikan apa yang harus dilakukan, bagaimana untuk melakukan serta kenapa perlu
dilakukan dalam bidang pendidikan ini. Begitulah uniknya yang dinamakan falsafah,
walaupun penuh hikmah, namun apabila difahami akan membuahkan hasil yang
memberangsangkan.
Berpandukan pada falsafah pendidikan ini, pendidik membangunkan seorang insan
dari segi inteleknya. Sepertimana yang kita ketahui, sistem pendidikan menyediakan sukatan
pembelajaran yang semestinya membina potensi minda seseorang individu dari peringkat

pendidikan awal sehingga ke pendidikan tertinggi. Oleh itu, persiapan menyeluruh ini sudah
tentunya dilaksanakan oleh pendidik itu dan berkesinambungan hingga boleh membantu
Negara mencungkil bakat luar biasa seseorang individu hingga pada akhirnya nanti
membantu membangunkan Negara dengan intelektual bertaraf kelas pertama. Sebagai
contoh, Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak pandai untuk meneraju Negara pada
masa hadapan, oleh itu, tugas pendidik membantu mencapai matlamat ini.
Dari segi rohani individu, secara jelas Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa,
agama dan kepercayaan. Fungsi institusi pendidikan sama ada dari peringkat rendah hingga
tertinggi sememangnya menyediakan ilmu agama, peraturan hidup, serta prinsip/ pendirian
yang harus dijadikan panduan oleh setiap insan. Tugas pendidik adalah memberi asas
pengetahuan agama agar seseorang individu itu sentiasa pada landasannya dan mencapai
keseimbangan dalam hidup mereka. Di sekolah telah diperkenalkan dengan subjek
pendidikan agama Islam serta pendidikan Moral yang telah disusun atur isi kandungan
pembelajaran agar tidak menyentuh sensitiviti serta mendatangkan kemudaratan kepada
individu. Ini membantu komuniti melihat apa yang dilaksanakan oleh pendidikan untuk
membantu mereka selagi ianya berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Berdasarkan kepada falsafah pendidikan, usaha pendidik juga menjurus kepada
menyeimbangkan emosi seseorang individu itu. Penerapan elemen emosi ini kebiasaannya
dimasukkan secara tidak langsung serta diintegrasikan ke dalam mata pelajaran di sekolah
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Visual dan sebagainya. Jelas
telah ditunjukkan bahawa seseorang individu hanya diterapkan dengan emosi yang positif
serta dibantu dalam mengendalikan emosi negatif mereka contohnya melalui sesi kaunseling
bersama guru kaunseling di sekolah. Sesungguhnya rakyat Malaysia boleh dikatakan masih
menikmati suasana yang aman dan damai, ini membuktikan sistem pendidikan telah
menyediakan rakyat dengan pengurusan emosi ketika menghadapi pelbagai kesulitan sama
ada tekanan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Dalam melahirkan rakyat Malaysia yang sihat fizikal, mental dan emosi,
berketerampilan serta berkeupayaan, system pendidikan di Malaysia juga menyediakan
individu panduan dalam membina jasmani yang aktif dan sihat. Malaysia sentiasa
memerlukan rakyat yang mampu membantu dari segi keselamatan Negara, semua yang
berkaitan telah diterapkan dari peringkat pendidikan awal sehingga ke peringkat tertinggi.
Kebanyakan pegawai unit beruniform atau keselamatan Negara terdiri daripada mereka yang

berpendidikan dan seimbang dari segi kekuatan fizikal dan jasmani. Persatuan-persatuan unit
beruniform seperti kadet polis, pertahanan awam, bomba dan semua yang mempunyai
kerjaya di dalam pentadbiran negara telah ditubuhkan sejak dari peringkat sekolah lagi bagi
memupuk minat individu sekaligus perasaan cintakan Negara. Usaha yang berterusan ini
sedikit sebanyak membantu individu itu terdedah dengan pemantapan dari segi jasmani bagi
menjamin keperluan negara adalah berkesinambungan.
Secara dasarnya, pendidikan merupakan tunjang kepada bidang-bidang yang lain
seperti politik, ekonomi, sosial, kesihatan, pertahanan dan sebagainya. Potensi individu yang
berada dalam setiap bidang ini telah dikembangkan sejak dari bangku sekolah atau dari
institusi pendidikan lagi. Segala usaha yang dilakukan oleh pendidik berlandaskan falsafah
pendidikan telah membantu individu dan komuniti mencapai tahap potensi yang maksima.
Kita boleh melihat contoh pada beberapa tokoh Negara yang bermula dari dunia pendidikan
seperti para pemimpin negara, rakyat Malaysia pertama yang naik ke angkasa lepas iaitu
Dato Dr Syeikh Muzaffar, ahli sukan negara yang cemerlang secara keseluruhannya seperti
Dato Nicole Ann David yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan malah dalam bidang
akademik.
Melalui falsafah pendidikan, kepercayaan kepada usaha yang berterusan dan
konsisten ini membantu pendidik sentiasa kembali kepada norma dan tujuan sesuatu
pendidikan yang disampaikan itu. Sentiasa berpandu kepada matlamat pendidikan itu sendiri
membantu dalam menjadikan setiap individu seimbang secara keseluruhannya. Selain
peranan seorang pendidik, antara aspek lain yang diperlukan untuk menjadikan falsafah
pendidikan ini direalisasikan ialah dari segi prasarana. Aspek ini memainkan peranan penting
yang mana tanpa kemudahan asas yang lengkap di sekolah terutama di kawasan pedalaman
boleh membantutkan beberapa potensi murid. Antara prasarana yang biasa terdapat di sekolah
atau insitusi adalah makmal komputer, pusat sumber, padang, dewan, kelas dan sebagainya.
Semua ini secara tidak langsung membantu perkembangan individu dari segi akademik
membawa kepada kokurikulum dan sahsiah.
Selain pendidik, pihak lain yang terlibat dalam merealisasikan matlamat falsafah
pendidikan ialah pihak persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), komuniti luar seperti swasta dan
badan pertubuhan persendirian serta individu sukarelawan. Peranan pihak-pihak tersebut
sangat penting dalam mendokong penuh usaha berterusan dalam memperkembangkan potensi

diri setiap inidividu. Sokongan tersebut bukan sahaja dari segi moral, malah dari segi
menyediakan dana untuk aktiviti sekolah malah membantu memberi pendapat dalam
meningkatkan pengurusan sekolah. Bagi menjamin seseorang pendidik itu tidak terbeban
dengan tekanan dan tuntutan pendidikan masa kini yang semakin bertambah, pihak PIBG
yang terdiri daripada kumpulan sokongan ibu bapa membantu juga pihak sekolah dalam
melaksanakan tugasan-tugasan yang memerlukan khidmat bantu mereka di sekolah.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan sentiasa
dikemaskini dan dinaiktaraf. Oleh itu, jelas para pendidik sentiasa cuba beradaptasi dengan
perubahan yang mendatang. Perubahan ini selari dengan peredaran zaman yang semakin
mencabar dan penuh persaingan. Kerjasama yang kolaboratif di kalangan semua pihak sama
ada pendidik, PIBG, komuniti luar, swasta dan sebagainya sangat diperlukan bagi membantu
membangunkan potensi diri individu dan melahirkan modal insan kelas pertama. Namun
demikian, arus perubahan ini tetap berpandu semula kepada falsafah pendidikan yang boleh
dianggap sebagai tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.
Secara kesimpulannya, falsafah pendidikan satu set kepercayaan yang konsisten dan
berterusan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan falsafah ini adalah
sangat jelas tentang peranan pendidik, mengenai apa yang dilakukan dan melihat secara
menyeluruh dalam aspek individu dan komuniti menjadikan orang sekeliling nampak apa
yang seorang pendidik lakukan. Secara umumnya, falsafah pendidikan adalah satu cara
pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas yang
berhubungan dengan pendidikan. Sebagai contoh, falsafah pendidikan akan membantu
seseorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan
khususnya

proses

pengajaran

dan

pendidikan.

Pengetahuan

ini

seterusnya

akan

mempengaruhi amalan sebagai seorang guru iaitu pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, dan
teknik mengajar perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata
lain, falsafah pendidikan sebenarnya membantu guru untuk memupuk jenis guru yang
diidamkan serta murid yang ingin dibentuk.
BAHAGIAN B:
PENDAPAT TENTANG PERANAN GURU DAN KAEDAH MENGAJAR OLEH
RABINDRANATH TAGORE:

Rabindranath Tagore merupakan seorang tokoh pendidikan dari Timur iaitu India.
Beliau berasal daripada keluarga yang agak berpengaruh namun begitu sangat prihatin
terhadap penindasan yang dihadapi oleh masyarakat miskin. Bagi beliau golongan ini tidak
memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Tagore berpendapat bahawa pendidikan
merupakan penyelesaian kepada permasalahan tersebut dan kerana kekurangan dari segi
pendidikan yang menghalang masyarakat untuk maju. Tagore juga mementingkan
keseimbangan ilmu sains dan kerohanian.
Tagore melihat tentang betapa pentingnya peranan seorang guru iaitu guru memberi
ilmu pengetahuan dan murid akan mengembangkan sendiri ilmu yang dipelajari. Ini secara
tidak langsung menyatakan bahawa guru bertindak sebagai mediator. Melalui pendidikan,
seseorang atau setiap individu di India akan menjadi matang dan boleh menjadi manusia yang
berguna dan dapat membezakan aktiviti sosial yang negatif serta positif. Aktiviti sosial yang
tidak berfaedah di India pada masa tersebut mungkin dari segi golongan miskin yang suka
membuang masa dan terus membiarkan hidup mereka ditindas dan tidak ada usaha untuk
memajukan diri.
Memandangkan Tagore sangat menitikberatkan ilmu sains dalam diri setiap individu,
beliau berpendapat guru haruslah menggalakkan pembelajaran yang konstruktif iaitu dengan
menjana pemikiran aras tinggi bagi mendapat idea baru. Ini bersesuaian dengan kaedah
pembelajaran inkuiri penemuan yang mana pelajar akan meneroka sendiri dunia ini. Tagore
berpandangan bahawa sifat sebegini yang menjadikan negara barat terus maju. Namun
begitu, Tagore juga menggalakkan untuk mengkaji sejarah dan budaya iaitu tentang
pentingnya mengambil iktibar dari segi kemajuan yang diperolehi bagi membanteras sekatan
sosial dan agama.
Pendekatan inkuiri penemuan ini mengatasi kaedah pembelajaran yang berasaskan
buku teks semata-mata. Bagi Tagore, buku hanya menjadikan otak pelajar tidak berkembang
dan kurang bergaul dengan dunia luar sedangkan pelajar harus mengumpul maklumat
daripada pelbagai sumber, sama ada dari alam semulajadi atau dari ilmuan yang lain.
Pendapat ini amat sesuai diadaptasi pada zaman sekarang memandangkan kita digalakkan
untuk menuntut ilmu daripada berbagai ilmuwan serta daripada pelbagai kaedah dan cara
contohnya, pemerhatian, ceramah, eksperimen dan sebagainya.

Tagore berpendapat guru yang mengajar dengan cara menghukum murid seperti
merotan yang hanya untuk mendisiplinkan diri murid adalah tidak sesuai dilaksanakan. Bagi
beliau, murid mampu untuk mendisiplinkan diri mereka sendiri. Pelajar hendaklah berfikiran
secara meluas dan menyeluruh. Maksudnya tidak mengehadkan pemikiran mereka dalam satu
konteks sahaja. Pemikiran yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat membantu individu
berfikir out of the box.
Tagore merupakan antara tokoh yang pernah menubuhkan sekolah sendiri dan sekolah
tersebut dinamakan Sekolah Eksperimental Tagore. Memandangkan Tagore gemar
membiarkan individu untuk mendekati alam semulajadi dalam proses pembelajaran, maka
sekolah ini terletak di estet/ ladang milik keluarga beliau. Sekolah ini mempunyai sistem
yang mementingkan pelajar itu menghargai alam semulajadi dan percaya bahawa dengan itu
pelajar akan mendisiplinkan deria dan diri mereka. (Annick, 1999)
PENDAPAT TENTANG PERANAN GURU DAN KAEDAH MENGAJAR OLEH
CONFUCIUS
Confusius merupakan tokoh falsafah Cina yang juga merupakan seorang guru. Beliau
mempunyai ramai pengikut dan sangat disegani dan berpengaruh. Beliau mengamalkan
system pendidikan yang terbuka untuk semua dan menentang sifat pilih kasih serta sistem
pewarisan dalam pelantikan jawatan (Azizi, 2009). Bagi beliau, pendidikan mampu
menyediakan keadilan dalam masyarakat berdasarkan merit dan keupayaan.
Confucius menyatakan bahawa seorang guru itu mestilah seorang yang mempunyai
obsesi, keghairahan, sepenuh hati dan berilmu pengetahuan yang tinggi dalam mengajar dan
setiap ilmu yang diajar memberi kesan dan berfaedah kepada pelajar. Setiap individu
mempunyai tahap intelektual, minat dan disiplin yang berbeza. Adalah merupakan tugas guru
untuk mencari kaedah pengajaran yang pelbagai mengikut perbezaan inidividu tersebut. Ini
penting untuk memastikan keberkesanan pembelajaran yang optimum.
Guru adalah individu yang bersifat penyayang dan tidak mengenal putus asa dalam
mendidik pelajarnya sehingga menemui potensi setiap mereka. Pelajar secara langsungnya
akan menjadikan guru sebagai idola mereka dengan adanya sifat guru yang tidak mengenal

jemu mengembangkan bakat mereka. Hubungan guru dan murid sememangnya akrab
memandangkan guru adalah individu yang sepenuhnya mengkaji setiap kelebihan dan
kelemahan murid untuk membantu dalam memajukan murid tersebut.
Seorang guru sudah semestinya dikenali mempunyai perwatakan yang bertingkah
laku baik walau di mana sahaja mereka berada dan dengan siapa sahaja mereka bercampur
gaul. Komuniti akan secara tidak langsung sudah dapat meneka jika seseorang itu memang
seorang guru dengan hanya melihat pada perwatakan mereka.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru itu harus bersedia dan
bersifat terbuka terhadap sebarang pendapat yang dilontarkan kepada mereka. Cara seseorang
guru respon atau bertindak balas dengan kritikan yang ditujukan kepada mereka akan menjadi
contoh kepada pelajar. Oleh itu, amat penting untuk guru sentiasa bersedia dan menerima
pendapat yang baik serta membuat refleksi untuk memperbaiki diri.
Ilmu yang disampaikan seorang guru haruslah bermanfaat dan dari sumber yang betul.
Guru itu sendiri merupakan pelajar memandangkan untuk memperbaiki diri dan
menambahkan ilmu pengetahuan untuk mengajar, seorang guru sentiasa merujuk pada
pelbagai sumber sama ada dari pembacaan, ilmuwan dan sebagainya. Setiap apa yang diajar,
guru akan sentiasa mengaitkan dengan sumber yang betul dan mengaitkan dengan teori dan
praktikal.
Secara kesimpulannya, Confucius sangat menekankan Pendidikan Moral dalam
pengajaran beliau. Ini selari dengan asas pendidikan yang diperkenalkan oleh beliau iaitu
perkembangan nilai moral, pengetahuan dan kemahiran. Matlamat pendidikan itu sendiri
adalah untuk melahirkan individu budiman yang berupaya, berkualiti, bermulia tinggi dan
mampu bersaing. (Abdul Rahman & Zakaria Kasa, 1986)

PENDAPAT TENTANG PERANAN GURU DAN KAEDAH MENGAJAR OLEH


PAULO FREIRE:
Paulo merupakan salah seorang contoh tokoh falsafah dari barat yang menyumbang
dalam perkembangan falsafah pendidikan di dunia. Paulo seorang yang sangat mengambil

berat tentang masyarakat sekelilingnya terutama yang tidak berkemampuan. Pengaruh isteri
beliau terhadap kehidupannya adalah sangat besar yang menyebabkan beliau juga terlibat
dalam bidang pendidikan sama seperti isterinya itu. Beliau menekankan bahawa dalam
sesebuah kerajaan adalah penting untuk bekerjasama dengan rakyat dan bukan menjadikan
mereka pengikut semata-mata. Beliau telah memperkenalkan kempen literasi yang
melibatkan 5 juta penduduk yang buta huruf di Brazil. Dengan adanya kempen tersebut
menjadikan lebih ramai yang boleh membaca dan seterusnya layak mengundi memandangkan
syarat mengundi adalah individu tersebut mesti tahu membaca. Ini telah mendatangkan
musibah kepada Paulo pada masa itu menyebabkan beliau memohon perlindungan politik
kerana ancaman nyawa.
Paulo

merupakan

antara

tokoh

yang

berpegang

kepada

perspektif

Rekonstruktivisme yang mana pendidikan bertujuan menuntut keadilan untuk individu.


Pendidikan bagi beliau juga mengajar individu tentang hak mereka dalam masyarakat dan
Negara. Selain itu, pendidikan mengajar sifat toleransi iaitu bagaimana beradaptasi dengan
pelbagai lapis masyarakat yang berbeza dan saling menghormati. Paulo menolak konsep/
system pendidikan yang seperti konsep perbankan yang mana guru sahaja yang memberi
ilmu dan murid hanya menerima semata-mata. Murid digalakkan meneroka ilmu itu sendiri
dan memahami kandungan ilmu pengetahuan secara kritis. (Rohana, 2010)
Menurut Paulo, guru adalah seorang yang mempunyai sifat sederhana dan saling
menghormati pelajarnya. Guru tidak boleh membezakan seorang pelajar melalui status
sosialnya serta tidak mengenepikan keperluan pelajar yang kurang mampu. Guru merupakan
rujukan pada pelajar yang bermasalah. Setiap

pelajar mempunyai pelbagai gaya

pembelajarannya, oleh itu, guru harus lebih sensitif dengan keperluan setiap pelajar tersebut
sama ada dari segi tingkah lakunya atau perkataan yang diungkapkan. Seorang guru tidak
sepatutnya mengenepikan pelajar sebelum benar-benar faham kehendak mereka. Ini bagi
mengelakkan seseorang murid itu ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Pendekatan ini
sama seperti system pendidikan di Malaysia pada zaman sekarang yang mana guru akan
mengatasi masalah murid yang lemah dengan adanya kelas pemulihan dan pendidikan khas.
Jurang di antara guru dan pelajar tidak sepatutnya wujud dan Paulo sangat menentang
fahaman sebegini. Oleh itu, beliau menggambarkan hubungan antara guru dan pelajar adalah
seperti hubungan kekeluargaan dan saling memerlukan. Beliau mengusulkan bahawa

wujudnya pembelajaran aktif di antara guru dan pelajar di mana mereka saling belajar dari
satu sama lain. Dalam erti kata lain, pelajar juga berpeluang mengajar guru ilmu yang diluar
pengetahuan guru tersebut. Begitulah sepatutnya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
menurut Paulo.
Paulo telah memperkenalkan beberapa kaedah pengajaran yang digunakan untuk
mengajar pelajar dewasa yang terdiri daripada petani, pekerja kilang dan sebagainya.
Antaranya ialah kaedah untuk mengkaji masalah yang mana pelajar di ajar mengenal pasti
masalah mereka sendiri, menganalisis dan seterusnya bertindak untuk mengatasi. Ini
merupakan salah satu contoh pemikiran kritis yang secara tidak langsung diperkenalkan oleh
Paulo kepada pelajar. Selain itu, satu lagi kaedah pembelajaran adalah kaedah literasi untuk
orang dewasa iaitu cara belajar tentang bahasa. Kaedah ini menyerupai konsep LINUS
(literasi dan numerasi) yang terdapat dalam system pendidikan di Malaysia untuk murid tahap
satu agar mereka boleh membaca dan menulis dengan baik dari peringkat umur yagn masih
awal lagi.
PERSAMAAN PENDAPAT KETIGA-TIGA TOKOH:
Setelah didalami prinsip pendidikan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga tokoh ini,
dapat difahami bahawa ketiga-tiganya memperjuangkan hak pendidikan adalah untuk semua.
Tokoh-tokoh ini sangat mengambil berat tentang pendidikan untuk rakyat miskin dan
tertindas. Seharusnya tidak berlaku penindasan terhadap rakyat kelas bawahan dan hanya
pendidikan yang boleh membantu mereka untuk maju dalam hidup dan memahami konsep
demokrasi dalam kerajaan serta boleh memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat.
Tokoh-tokoh ini menegaskan bahawa peranan seorang guru adalah sebagai role
model kepada pelajar kerana guru mempunyai darjat yang tinggi dalam masyarakat serta
segala yang dipelajarai oleh pelajar adalah cerminan kepada guru itu sendiri. Gurulah yang
membina potensi diri setiap pelajar agar menjadi orang yang berguna dalam masyarakat.
Guru merupakan mediator dalam melahirkan generasi yang mampu membina negara bangsa
sendiri. Darjat guru adalah tinggi di mata masyarakat yagn menjadikan guru itu seorang yang
mulia lebih daripada individu lain.

Secara dasarnya ketiga-tiga tokoh datang daripada berlainan falsafah iaitu Tagore dan
Confucius adalah daripada Timur, manakala Paulo merupakan pendekatan daripada Barat.
Namun begitu, satu lagi perkara yang menjadi persamaan ketiga-tiga tokoh ini ialah
menggalakkan pemikiran kritis dalam pendekatan pembelajarannya. Pemikiran kritis ini
mampu mengembangkan lagi pengetahuan pelajar dalam kehidupan seharian. Selain itu,
potensi individu digilap daripada pemikiran mereka. Individu digalakkan meneroka ilmu
pengetahuan sendiri selain berkongsi dengan guru mereka kerana pendidikan itu berperanan
mengajar manusia tentang hak mereka dalam masyarakat.
Secara kesimpulannya, walaupun pelbagai penerangan mengenai pendekatan
pendidikan menurut ketiga-tiga tokoh ini, mereka tetap menekankan bahawa betapa
pentingnya pendidikan untuk masyarakat ke arah mencapai taraf hidup yang seimbang dan
tiada unsur penindasan. Malah, perkembangan sistem pendidikan Malaysia sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh falsafah serta pendekatan daripada tokoh-tokoh tersebut.
BAHAGIAN C:
Penyataan 1:
Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu. Vivekananda
Setiap individu dilahirkan dengan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
Kecenderungan seseorang individu itu kadang dapat dikesan sejak dari kanak-kanak lagi.
Minat individu mempengaruhi potensi yang bakal mereka tonjolkan dalam satu-satu
kelompok masyarakat. Kesempurnaan membawa makna sesuatu tingkah laku atau perbuatan
yang tiada cacat celanya. Oleh itu, individu digambarkan sejak lahiriahnya sememangnya
sempurna dan berpotensi.
Oleh itu, pendidikan adalah platform untuk individu itu diasah bakatnya untuk
mengenal pasti potensi mereka. Peluang yang disediakan dalam pendidikan membantu
individu mengenal pasti kecenderungan mereka yang boleh membantu mereka mengubah
masa depan. Sebagai contoh, seseorang yang petah berkata-kata memerlukan seorang guru
yang boleh membimbing dan mengasah bakat mereka dalam berpidato, bersyarah dan
seterusnya boleh melahirkan bakal peguam. Begitulah kesempurnaan seseorang itu menjadi
lebih lagi sempurna dengan adanya peluang sedemikian.

Vivekananda juga menggambarkan tugas guru adalah seperti menanam sebatang


pokok yang mana harus disiram dengan air, memastikan pokok itu mendapat baja dan udara
yang mencukupi dan membiarkannya tumbuh dengan subur. Maksud analogy tersebut ialah
dalam memastikan murid itu berkembang, maka, guru harus membekalkan murid tersebut
dengan asas pendidikan yang cukup untuk memastikan kelebihan murid itu dimaksimakan.
Penyataan 2:
Pendidikan melahirkan warganegara yang berwibawa, badan dan minda yang sempurna
dan menyediakan individu untuk tugas intelektual dan praktikal
Ibnu Sina seorang tokoh yang mementingkan pendidikan dalam kehidupan yang
mempengaruhi sumbangan seseorang individu itu pada masa hadapan sama ada untuk dirinya
sendiri ataupun masyarakat. Ibnu Sina berpendapat bahawa manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya dan didikan yang diperolehinya dari kanak-kanak lagi. Menurut Ibnu Sina,
kebolehan intelektual manusia terbahagi kepada tiga bahagian yang membolehkan manusia
itu mengembangkan kebolehan diri mereka.
Dalam penyataan tersebut, pendidikan yang menjadikan seseorang itu menjadi
seorang yang berguna melalui fizikal dan mental yang dikembangkan dengan baik.
Bermaksud bahawa kecerdasan minda mempengaruhi pilihan hidup seseorang itu. Sebagai
contoh, jika seseorang itu mengenal pasti kecenderungannya dalam bidang sains, maka dia
perlu mendalami jurusan tersebut sekaligus mempraktikkan ke dalam profesion mereka suatu
masa kelak.
Ibnu Sina menekankan bahawa seorang yang dilantik menjadi guru adalah seorang
yang sempurna dari segi akhlak, moral, agama dan sebagainya kerana guru adalah mereka
yang bertanggungjawab dalam memberi pengetahuan kepada seseorag individu dan
menjadikan mereka masyarakat yang berpekerti mulia. Menurut beliau juga, pendidikan
menyediakan individu kepada pilihan jurusan iaitu sama ada akademik atau vokasional yang
mana pelajar diberi pilihan mengikuti jurusan yang menjadi minat dan kecenderungan
mereka. Adalah tidak relevan jika memaksa individu untuk mengambil jurusan yang tidak
diminati oleh mereka. Ini akan mempengaruhi kualiti kerjaya mereka nanti. (Mok Soon Sang,
2010)

Memandangkan pendidikan melahirkan masyarakat yang mempunyai badan dan


minda yang sempurna, Ibnu Sina tidak menggalakkan hukuman fizikal yang berlebihan
kerana dikhuatiri memberi kesan kepada individu dan boleh mengakibatkan individu itu
cenderung menjadi pendendam. Pendek kata pendidikan yang membentuk seseorang individu
itu untuk menjadi masyarakat yang boleh beradaptasi dalam masyarakat iaitu seorang yang
berwibawa, fizikal dan mental yang sempurna serta seorang yang bersedia mempraktikkan
apa yang dipelajari.
Penyataan 3:
Manusia secara semula jadi adalah baik dan ia adalah peranan pendidikan untuk
membangun dan memperkuat nilai-nilai kebajikan, kebenaran dan kebijaksanaan - Mencius
Mencius merupakan anak murid kepada Confucius. Beliau banyak dididik oleh
ibunya semasa kanak-kanak. Mencius sangat menghormati Confucius dan idea beliau banyak
dipengaruhi oleh fahaman Confucius. Pendekatan Mencius berasaskan perikemanusiaan dan
kemurahan hati. Oleh itu, pada pendapat beliau manusia pada asalnya memang sudah
mempunyai kedua-dua sifat tersebut.
Mencius menganggap pendidikan itu berperanan mengukuhkan lagi nilai-nilai moral
yang tinggi seperti menghormati adat istiadat, baik hati, berbudi pekerti, bersifat mulia dan
sebagainya. Namun begitu, beliau percaya sifat-sifat mulia ini tidak akan berkembang tanpa
menguasai ilmu pengetahuan dan mendalami pendidikan. Beliau percaya bahawa segala yang
di sekeliling kita mempunyai kesan terhadap manusia. Apa yang perlu dilakukan oeh manusia
adalah mengawal diri mereka terhadap pengaruh yang tidak baik.
Mencius menerapkan prinsip pendidikan moral sepertimana yang diunjurkan oleh
gurunya iaitu Confucius. Antara prinsip tersebut ialah, memelihara sifat baik semulajadi dan
mengawal nafsu, meneroka diri sendiri dan memperbaiki kesilapan diri serta insaf. Boleh
disimpulkan bahawa sifat baik yang ada dalam diri manusia itu harus dipelihara dengan
adanya pengetahuan tentang mengawal diri daripada pengaruh yang tidak baik. Jika berlaku
kesilapan pada diri, adalah penting untuk individu itu menilai kesalahan mereka agar terus
berada di landasan hidup yang betul dan terus dihormati oleh orang lain. Pendidikan

menjadikan individu menjadi lebih baik dan lebih bijak dalam mengharungi kehidupan
seharian. (Choong, 2009)
Penyataan 4:
Selain dasar pembelajaran , pendidikan harus berusaha untuk menghasilkan individu yang
mempunyai nilai moral yang tinggi dan tidak hanya memikirkan diri mereka sendiri tetapi
juga memikirkan orang lain. John Locke
John Locke merupakan salah seorang dari begitu banyak tokoh yang memberikan
pendapatnya tentang perkembangan pendidikan di dunia. John Locke memiliki latar belakang
dalam pendidikan dan perkembangan individunya. Pendapat dalam pendidikan bermula
apabila John Locke menolak pendapat yang dikemukakan oleh Plato mengenai teori
innatetisme. Beliau berpendapat bahawa manusia tidak menghasilkan pengetahuannya
sendiri. Beliau menggambarkan bahawa manusia sejak lahirnya ibarat kertas putih yang
belum dicorakkan. Manusia belum mengetahui perbezaan baik dan buruk.
Dalam proses pembentukan jati diri individu, seseorang itu akan melalui
pengalaman-pengalaman serta menghubungkan diri mereka dengan persekitaran. Setiap
manusia dilahirkan berbeza, maka dengan ilmu pengetahuan dapat membantu mereka
menguasai idea semulajadi yang dikemukakan itu dan tidak seorang pun manusia tahu apa
yang mereka akan jadi dalam kehidupan ini melainkan mengembangkan potensi diri dengan
ilmu pengetahuan. Pada dasarnya Locke menolak kaedah pengajaran yang menggunakan
hukuman. Bagi beliau pelajaran diperolehi melalui amalan yang menerapkan nilai moral yang
tinggi yang menjadikan anak-anak akan terbiasa pada akhirnya.
Locke telah mengemukakan beberapa tujuan pendidikan iaitu, pendidikan bertujuan
untuk mencapai kesejahteraan dan kemakmuran setiap manusia yang bermaksud pengetahuan
membantu manusia mendapat kebenaran, keutamaan dan kebijaksanaan hidup. Seterusnya,
pendidikan bertujuan untuk mencapai potensi individu dalam mencari kesesuaian bidang
dengan tahap kebolehan mereka (Afendi, 1980). Manusia harus mengembangkan potensi diri
mereka sendiri. Beliau juga berpendapat pendidikan menyediakan individu yang berperibadi
matang dan bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, pengetahuan dilihat sebagai cara
membentuk manusia yang bermoral dan berpekerti mulia. Selain itu, beliau melihat

pendidikan sebagai platform untuk memelihara dan memperbaharui sistem pemerintahan


yang mana tidak hanya mementingkan pemimpin sahaja tetapi mengutamakan rakyat jelata.
Perkaitan idea setiap ahli falsafah dengan sistem pendidikan di Malaysia:
Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakarian Kasa (1994) dalam Ilmu Pendidikan
Untuk KPLI (2008) merumuskan, falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali
sebagai falsafah eklektisisme iaitu semua falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah
yang sedia ada. Sebelum mengaitkan setiap idea ahli falsafah tersebut dengan sistem
pendidikan di Malaysia, berikut ialah falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi asas
serta panduan pendidik di Malaysia;
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan idea-idea yang dikemukan oleh ahli-ahli falsafah yang dinyatakan, dapat
disimpulkan bahawa jika digabungkan kesemua idea tersebut akan menghasilkan falsafah
pendidikan kebangsaan. Setiap idea mempunyai kelebihan dan kekurangan memandangkan
setiap darinya telah diaplikasikan berabad yang lalu. Menurut idea Vivekananda, pendidikan
itu adalah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada dalam diri manusia. Dalam sistem
pendidikan

di

Malaysia

telah

dinyatakan

bahawa

tujuan

pendidikan

adalah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh. Contohnya, seseorang individu


berpeluang menonjolkan kebolehan atau bakat yang sedia ada dalam diri mereka. Peranan
guru itu adalah menjadi pemangkin semangat serta mengasah bakat pelajar menjadi seorang
yang berguna kepada masyarakat.
Idea Ibnu Sina mewakili falsafah pendidikan Islam yang mana perkaitan idea beliau
dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah, kesepaduan dan keseimbangan ditekankan dalam
sukatan pelajaran dengan mengutamakan unsur penggabungjalinan (penyatuan kemahiran)
dan penyerapan (penyatuan isi). Program pendidikan ke arah melahirkan insan seimbang dan

harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek serta Sosial berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan turut dilaksanakan. Dalam sistem kurikulum juga, nilai-nilai murni turut
diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, budaya sains dan teknologi
turut dipupukkan untuk mengelakkan pelajar daripada menjadi buta teknologi. Ini sesuai
dengan pendapat Ibnu Sina yang menyatakan bahawa pendidikan menghasilkan rakyat yang
jujur, sempurna fizikal dan mental serta menyediakan individu dengan kemahiran intelektual
dan praktikal.
Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Cina dan India. Falsafah Pendidikan
Mencius iaitu ahli pemikir dan tokoh pendidik dari Negara Cina mengatakan bahawa
pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status sosio-ekonomi ataupun kedudukan
sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di Negara Malaysia, pendidikan
diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang kurang upaya. Pada masa ini,
banyak sekolah pendidikan khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama
kepada warga istimewa seperti kanak-kanak normal supaya mereka boleh berdikari pada
masa hadapan dan tidak tersisih.
Selain itu, Falsafah Pendidikan Timur seperti yang dikemukakan oleh Mencius
menekankan Pendidikan Moral iaitu nilai-nilai seperti ketekunan (min) dan kesetian (zhong).
Untuk mempraktikkan nilai-nilai ini, Falsafah Pendidikan Negara mengandungi unsur-unsur
seperti menanam semangat mahu belajar seumur hidup, dan supaya dapat mengikuti
perkembangan serta perubahan sains dan teknologi dan menzahirkan perasaan taat setia,
progresif, patriotik, toleran, liberal dan adil serta nilai budaya yang tinggi dengan harapan
supaya mereka hidup aman dan damai.
Pemikiran John Locke mewakili falsafah pendidikan barat yang mana lebih kepada
pendekatan eksistensialisme. Beliau ada menyatakan bahawa pendidikan menghasilkan
individu yang bermoral tinggi dan tidak hanya mementingkan diri sendiri tetapi
bertanggungjawab pada yang lain. Falsafah pendidikan eksistensialisme mempunyai konsep
yang kabur dan mendatar. Fahaman ini berkaitan dengan kebebasan dalaman untuk
mengarahkan penghidupan. Kebebasan secara keseluruhan tidak sesuai dalam pendidikan di
Negara ini kerana kebebasan tanpa petunjuk tidak akan dapat membawa pelajar ke destinasi
yang diharapkan iaitu kepada matlamat pendidikan yang mengharapkan pelajar mencapai
kesedaran kendiri. Falsafah yang berlandaskan agama adalah lebih baik dalam proses

pembelajaran. Dalam fahaman ini mengajar manusia mengembangkan potensi individu untuk
mencapai kesempurnaan kendiri. Falsafah eksistensialisme mangharapkan dapat mewujudkan
masyarakat yang berjiwa bebas dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang ada serta tabah dalam menghadapi segala jenis masalah (Tajul, 1992).
Dalam hal ini, konsep pendidikan eksistensialisme yang baik dan berguna sahaja yang
dijadikan panduan, bukanlah perkara yang bercanggah dengan agama. Falsafah ini mengajar
kita supaya bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat tanpa menyalahkan orang lain.
Falsafah pendidikan juga mengharapkan pelajar mempunyai sifat tanggungjawab kepada diri
dan masyarakat. Selain itu perkembangan potensi yang menyeluruh juga disarankan tetapi
dalam falsafah pendidikan, kebebasan yang diharapkan bukanlah kebebasan yang mutlak.
Kebebasan yang disarankan ialah kebebasan yang mampunyai petunjuk agar manusia
mempunyai hala tuju yang benar.

Kesimpulan:
Keempat-empat ahli falsafah ini mewakili kesemua jenis pendekatan sama ada
falsafah dari barat, timur dan Islam. Setiap daripadanya mempunyai kekuatan dan kelebihan

tersendiri yang juga diadaptasi dalam system pendidikan di Malaysia. Tidak dinafikan
bahawa perkembangan falsafah ini memberi impak pada falsafah pendidikan di Malaysia.
Falsafah pendidikan Kebangsaan secara dasarnya merangkumi keseluruhan jenis pendekatan
yang dipelajari sesuai dengan matlamat pendidikan di Malaysia itu sendiri yang ingin
melahirkan individu yang seimbang secara keseluruhannya.
Walaupun pendekatan Vivekananda telah diperkenalkan sejak berabad yang lalu,
namun begitu pendapat beliau tentang pendidikan untuk semua tanpa membezakan status
social dan pendidikan itu sendiri mampu mengubah masa depan masyarakat masih lagi
relevan sehingga sekarang. Sudah semestinya seseorang itu menuntut ilmu untuk jaminan
masa depan masing-masing. Guru dianggap penting dalam memastikan individu membina
potensi diri serta mengembangkan bakat mereka secara optimum ketika di sekolah.
Vivekananda lebih menekankan perkembangan rohani, minda, akademik dan sebagainya,
namun, tidak dinyatakan tentang keseimbangan dari segi fizikal dan jasmani individu itu.
Tetapi dalam system pendidikan di Malaysia perkembangan fizikal dan jasmani individu juga
dititik beratkan dalam melahirkan insan yagn seimbang dari segala sudut.
Saya lebih berminat terhadap pendekatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina. Pendapat
beliau lebih cenderung kepada matlamat yang terdapat pada falsafah pendidikan di Malaysia.
Beliau menyimpulkan pendidikan itu menjadikan rakyat yang berwibawa, sempurna mental
dan fizikal serta menyediakan individu yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.
Beliau menerapkan bahawa individu belajar mengikut minat dan kecenderungan mereka yang
pada akhirnya menjadikan individu itu meyumbang mengikut profesion yang sesuai untuk
mereka. Cuma sebagai guru, saya kurang setuju pada pendapat beliau yang tidak
menggalakkan hukuman secara fizikal dalam mendidik individu. Dalam arus pendidikan
sekarang yang berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar dan masalah disiplin yang
mencabar seorang guru menjadikan hukuman dari segi fizikal kadang-kadang perlu untuk
membentuk pelajar yang bermoral tinggi seperti yang dinyatakan oleh beliau pada awalnya.
Menurut Mencius yang lebih kepada penerapan pendidikan moral dalam kehidupan
seseorang individu, pendidikan berperanan untuk mengukuhkan sifat baik yagn secara
semulajadinya sudah wujud dalam diri setiap individu itu. Saya berpendapat pendidikan akan
lebih berkesan andai nilai moral pada seseorang individu itu tinggi. Guru sebagai mediator
hanya menjadi pemangkin kepada potensi individu yang sudah sedia wujud. Sekarang adalah

masa untuk individu menjadi guru kepada diri sendiri memandangkan individu itu sendiri
lebih mengetahui bakat yang ada dalam diri mereka. Pada masa sekarang, guru lebih
menggalakkan murid mencari jawapan pada persoalan mereka melalui pengalaman dan
persekitaran mereka.
Pendapat yang dikemukakan oleh John Locke kurang relevan pada masa sekarang.
Pada pandangan saya, pendidikan pada masa sekarang menjadikan manusia lebih
mementingkan diri mereka sendiri. Manusia yang lambat akan ketinggalan manakala,
individu yang pantas dan cekap akan terus maju ke hadapan tanpa peduli dengan orang lain.
Kebanyakan hujah John Locke lebih kepada golongan berada dan bertaraf hidup tinggi. Saya
berpandangan bahawa John Locke tidak begitu menyeluruh dalam memberikan pendapat
beliau terutamanya kurang menyentuh tentang bagaimana pendekatan pendidikan untuk
golongan miskin. Namun, secara rasionalnya pendekatan yang dikemukakan oleh beliau
masih lagi boleh diaplikasikan pada masa sekarang.

Rujukan:
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1994). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (2008).
Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahman dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: Edisi Ketiga.
Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Afendi (1980). Curriculum and Teacher Education. London & Jeddah: Hodder and
Stoughton & King Abdul Aziz University.
Annick M. Brennen. (1999). Philosophy of Education. Extension Center School of Education
Northern Caribbean University.
Azizi Jaafar. (2009). Aliran-aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 20 Oktober 2014 dari
http://abuakhyar.blogspot.com/
Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohana Hamzah. (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti.
UTM Skudai: Penerbit UTM Press.

Anda mungkin juga menyukai