Anda di halaman 1dari 21

Air Mata Malam Pertama

Kha, 16 Sep 2010 21:17 | Muslim Warrior | Editor: kasihsayang

1
voteBuzz

up!
3637Share
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu
maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga
nak kemaskan semua ni.
"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila
kami berkumpul.
Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap
sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air.
Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi
imam.
Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu.
Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi
permintaan ayah itu.
Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada
malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu
itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.
Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan
seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau
tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang
berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya
kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan
berilah rahmat kepada kami."
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan
yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan
orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami
bersalaman.
Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku
perlahan sewaktu mencium tangannya.
Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada
apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas
berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit
lagi." Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar
perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana.
Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."
Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa
peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian
keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.
Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah
dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje.
Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi
sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun
pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.

Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri
abang." Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun
Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba
mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa
nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami
terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.
Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam
hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat
sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas
barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak
marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam
ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan
kata-kata suamiku itu.
Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon
kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.
Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak
bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?"
Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak
berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ishabang ni. Abang ingat Ana
ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka
kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah
sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang.
Aku rasa dilindungi.
"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar
ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan
malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa
untuk makan.
Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang
suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah
kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan
persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam
menjalani hidup sebagai suami isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan
buat seketika atau separuh jalan sahaja.
Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan.
Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan
seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?

Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah
benak fikiranku.
Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi
aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan
penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan
hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku
sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai
Tuhan."
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam
pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada
seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah
akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya
duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni?
Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam
pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih
baik untuk soalan suamiku itu.
"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan
yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita
sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak
kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."

Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan
telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.
"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala
kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok
sayang!
"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang
nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."
Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat.
Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit
kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari
merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di
beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba
memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya
keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang
bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal
menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih."
Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.

Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk
menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun
hatiku sendiri terpaksa menangis.
Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang
tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku
memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik
demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada
menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai
suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah
bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah
mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak.
Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu
meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas
katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan
penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.
Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air.
Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah
dekat pukul 1 pagi.

"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya
bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa
kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana
kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik,
kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.
Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas
dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu
kearahnya. "Malam ni abang nak..nak.."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan
itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya " Nak apa sayang?" Soalnya lagi
sambil tersenyum. "Ah..abang ni"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolaholah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku
hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan
kemahuannya.
Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan
dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan
pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah
kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh
kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan
Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan
aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan
tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila
kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya
dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya
dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini
merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak,
besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap
suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan
suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan
dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang
menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih
mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi
sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang
perkahwinan dengan pelbagai ilmu.
Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.
Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk
menghadapinya.
Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab
yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri,
tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita
pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.
Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.
Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi
batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.
Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan
menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.
Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang
tidak aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk
sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar
tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian
bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku
masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh
itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.
Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku
melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti
atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan
keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh
didengari oleh semua ahli keluargaku.
Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman
dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca
kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana
ambilkan ubat."
Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa
tersimpan dalm rak ubat di rumahku.

Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil
sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin
betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.
Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku
angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu.
Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini,
abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak
mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa
sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan
keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satusatunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia
berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu.
Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."
Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku
memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat
wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.
Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke
akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk
seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya
lagi.

Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya
dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang
baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat
selama-lamanya.
Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi
yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil
namanya.
Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada
respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.
Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!
Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang
suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang
berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana."
Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah
seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam
pertama yang telah membuahkan hasil.
Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi
menduduki rahimku ini.
Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak
ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah
anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia
berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata
yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi... Boleh?


Rab, 08 Sep 2010 16:07 | Nur Fitrah | Editor: aeyie

2
votesBuzz

up!
2405Share
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian
beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru
iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.
Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali
kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan
Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan
wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh
lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar
permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk,
tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna
hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"
terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya.
Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak
berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya
dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta
anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis
kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan
taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering
dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf
Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari
itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan
pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan
diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4
itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan
pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah
tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abang...
02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi,
Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abang...
03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia
jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya
Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin
dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih
dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke
Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah
sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah
bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan
Aliyah.
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja


Isn, 20 Sep 2010 09:57 | Ratu Imtihan | Editor: aeyie

vote
nowBuzz

up!
2344Share
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran
kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam
orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu
menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah,
kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang
mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus
mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke
orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya
sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu
Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar
mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah
berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh.
Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.
Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda
atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkaraperkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli
majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan
lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di
satu perusahaan minyak.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak
dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.
Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.
Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat
Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya
lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur
semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman
yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera
soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas
airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik,
wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila
Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya
selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan
saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini
perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang
terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu
sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari
memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat
orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari
mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi
tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu
selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari
hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya
mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu,
kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga
mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika
ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap
gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu
sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu
yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang
melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti
haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum
dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar,
Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat
banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah
tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita
yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia
sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

Anda mungkin juga menyukai