Anda di halaman 1dari 2

Plot cerita Hikayat Malim Demam

Sebelum pengembaraan:
Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim
Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan
Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga
ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan
Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih,
berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana
di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian,
malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk
keluar mengembara.
Dalam masa pengembaraan:
Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing
perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita
mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan,
mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan.
Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan
Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu,
Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan
puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju
layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan
dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.
Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya
dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan
Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang
Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil
mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan
ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara
bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim

Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di
kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu
kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu
sayembara yang diadakan.
Selepas pengembaraan:
Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan
puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri
Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana.
Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita
berakhir dengan happy ending kebahagiaan watak utama.

Anda mungkin juga menyukai