Anda di halaman 1dari 2

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di

dada-dada akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk
membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian
kerana remaja merupakan pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan
akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan
imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah sederap
bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan oleh ibu bapa,
masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap
pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.
Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha
pembentukan akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak akan melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian
kerana proses pendidikan anak-anak untuk mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan
santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Abraham Lincoln ada
menyatakan bahawa,"Janganlah ditanya apakah sumbangan negara kepada kita namun
tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen ibu bapa
dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan
unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan
dipandang tinggi oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata
untuk menaikkan nama negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata
pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu
bapa amat penting dalam usaha membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun
buaian mampu menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu
bapa yang mampu untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memupuk nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri,
ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati
mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti
kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan ini mampu
untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperti 'skin head', 'black metal' dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak
remaja bak virus epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai
kehidupan generasi muda ini dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.
Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika
dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan
didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal
memberi didikan agama kepada remaja. Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan
lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana dengan
didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan
permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan.
Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut
hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan
atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi.
Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan
didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan
ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.
"Qudwatul Hasanah" atau "role model" merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak

terpuji remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada
anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anakanak. Keperibadian ibu bapa mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah
bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji
jika di tempat awam dan mengamalkan sikap bertoleransi , berkeyakinan dan saling
menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu bapa mereka kerana sikap
yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan anggota
masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar
"role model" ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.
Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu
bapa sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar
anak-anak tidak terabai sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan
ketamadunan bangsa kerana sabda rasullullah, "cuka yang buruk merosakkan madu". Ibarat
akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam
membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah guru terbaik.
Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa gagal mencorak
keperibadian unggul anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai