Anda di halaman 1dari 13

Risalah Amalan Bulan Rejab

Risalah Amalan Bulan Rejab

Muqaddimah

Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan
amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan
oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak
ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang
bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat
kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan
memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza.

Risalah Amalan Bulan Rejab

Ketika melihat anak bulan Rejab


Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

(Sayyiduna Anas ibn Malik mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi
ketika menjelang bulan
Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syuab dan Ibn Abi ad-Dunya dalam Mujab ad-Dawah).

Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)


Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang Sunat Mutlaq 10
rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah
Al-Ikhlas 3 kali.
Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah
bersabda: Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu
meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang
membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia
akan dimasukkan ke dalam syurga. Riwayat Al-Bukhari)
Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam
telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Kabah. Baginda kemudiannya bersembahyang 2

Risalah Amalan Bulan Rejab

pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini.


Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam : Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa
rakaat mengadap Kabah. Selepas itu, Baginda

kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari
kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan
daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di
antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang
dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut. Rujuk
Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid
Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-Maliki mengatakan: Sanad hadith ini
baik.)
Kemudian, bacalah doa ini:

(Sayyiduna Ali meluangkan masanya untuk beribadah pada 4 malam dalam setahun; malam awal
bulan Rejab, malam Aidul Fithri, malam Aidul Adha dan malam Nisfu Syaban dan ini adalah antara
doa dibacanya pada malam tersebut.)
Kemudian, bacalah doa ini:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyid al-Quthb ar-Rabbani, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berkata di dalam kitabnya Al-Ghunyah li
Tholib Thoriq al-Haqq, 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awal bulan Rejab. Rujuk juga Badai
az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65 dan Tuhfah al-Awthon wa alIkhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67-69)
Kemudian, bacalah istighfar ini:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

Risalah Amalan Bulan Rejab



(Lihat tambahan ini dalam Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said
bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 69-73 dan Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah
al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 16-18.
Diceritakan bahawa empunya istighfar ini ialah Abdullah ibn Asy-Syathori, seorang yang terkenal
fasiq, tetapi tidak pernah lupa membacanya setiap malam (waktu akhir malam) di bulan Rejab,
setelah sembahyang sunat 2 rakaat. Beliau akhirnya dimuliakan jenazahnya oleh Allah . Oleh itu,
Rasulullah
meminta kepada Sayyiduna Ali untuk menulisnya. Rujuk Lumah al-Awrad, Syaikh
Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, ms. 54-62)
Selepas Isya, bacalah sebanyak 70 kali dengan mengangkat kedua tangan:

(Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram dalam kitabnya,
Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin Munabbih berkata: Aku telah membaca di
dalam kitab-kitab Allah yang diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li
warhamni wa tubalayya, (Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah taubatku) 70 kali pagi
dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka. Rujuk juga Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan,
Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67)
Khususnya pada malam ini, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar. Selain itu
bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan
mana-mana amalan hasanat (kematian) yang mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Risalah Amalan Bulan Rejab

Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung bulan Rejab
Membaca doa:

Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan


(Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai fadhilat yang sangat
besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan Rejab antaranya riwayat Muslim, AnNasai dan Abu Daud. Hadith-hadith lain tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah.
Antara para ulama yang membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin
Abd as-Salam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar alHaitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi dalam Syarh An-Nawawi
ala Shahih Muslim dan Al-Majmu dan juga ulama lain yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn
Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di dalam Lathoifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf,
berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan
Abu Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk berpuasa
dalamnya. (Rujuk Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min al-Wazhaif, ms. 120). AlFadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-Ali telah mengupas dengan panjang lebar
tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau: http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga
perbahasan tentangnya di dalam buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama,
Selangor: Mawleed Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516)
Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) 3 kali pagi dan 3 kali petang:

Membaca doa Nabi Adam :

Risalah Amalan Bulan Rejab

Membaca istighfar sekali di antara Zohor dan Asar:

(Syaikh Shafwari menyebutkan bahawa diriwayatkan daripada Ibn Abbas, daripada Nabi
yang
bersabda (mafhumnya), barang siapa membaca pada bulan Rejab, Syaban dan Ramadhan di antara
Zuhur dan Asar kali bacaan di atas, Allah akan mewahyukan kepada dua Malaikat untuk
membakarkan catatan kejahatannya dari buku catitannya. Rujuk Badai az-Zuhur, Syeikh Wan
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66-67)
Membaca istighfar Abdullah ibn Asy-Syathori:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

Risalah Amalan Bulan Rejab



Membaca sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali petang, dengan mengangkat kedua
tangan:

Istighfar Shoghir (Istighfar Kecil) sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

Bacalah Istighfar Kabir (Istighfar Besar) dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad ibn Idris,
sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

10

Risalah Amalan Bulan Rejab

Membaca tasbih 100 kali:

Membaca doa:

Sepanjang bulan ini, siang dan malamnya, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar,
selain semua amalan-amalan taqarrub kepada Allah ; membaca Al-Quran, bersedekah,
berzikir, menghadiri majlis ilmu, menziarahi orang-orang soleh, menyantuni fakir miskin dan
anak-anak yatim dan lain-lain.

Amalan khusus mengikut hari


Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:

(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab, akan mendapat
ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Badai az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad
Zain al-Fathani, 2/65-66)

11

Risalah Amalan Bulan Rejab

Malam ke-27 Rejab:


Sembahyang Mutlaq 2 rakaat. Setiap rakaat, selepas Surah Al-Fatihah sekali, dibaca Surah
Al-Ikhlas 20 kali.
Selepas salam, bacalah Solawat ini sebanyak 10 kali:

(Fadhilat: Sesiapa yang membaca doa ini pada malam ke-27 bulan Rejab, maka akan diterima doanya,
diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya pada hari segala hati menjadi mati. Rujuk Badai azZuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66 dan Al-Bahjah al-Mardhiyyah,
Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathoni, ms. 138-139)

Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan
Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar:

(Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan Rejab akan
bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada tahun
itu. Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin alLinggi, ms. 74)

12

Risalah Amalan Bulan Rejab

Rujukan:
Kitab Arab:
1. Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min al-Wazhaif, Al-Imam Al-Hafiz Zain adDin bin Rajab al-Hanbali, taliq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi,
Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms. 120.
Kitab Jawi:
2. Majmuah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa alAwrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh
Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan
kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 66-74.
3. Lumah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, t.t, ms. 54-62.
Bahasa Melayu:
4. Badai az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd.
Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &
Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 64-67.
5. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ketiga),
Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 15-16.
6. Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 532.
7. Amalan Bulan Rejab, Ibnu Idris al-Ahmadi, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan
Kedua, Jamadil Akhir 1424H/Ogos 2003, ms. 1-45.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan mentamimkan manfaat
dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali
untuk Rasulullah
dan ahli baitih, para sahabat, tabiin dan tabiin, kepada seluruh Auliyaillah, para
ulama, fuqaha dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir
jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada
para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:
Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia
Muhadir bin Haji Joll
7.13 malam, 2 Rejab 1432H/ 3 Jun 2011M
khuwaidim_elilm@hotmail.com

13

Anda mungkin juga menyukai