Anda di halaman 1dari 1

AKU SEPASANG KASUT

Nama saya ialah Puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya
diperbuat daripada getah. Saya berasal dari sebuah kilang di kawasan perindustrian
Seberang Perai.
Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar.
Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam.
Saya selalu digilap sehingga berkilat.
Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia
berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke
rumah.
Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak lopak air jika
memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat
yang dibeli khas untuk saya.
Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri
saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.
Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya
berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya
dalam kegelapan dan kesepian.

Anda mungkin juga menyukai