Anda di halaman 1dari 8

Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru

Tajuk Berita : Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru


1.0 Pengenalan
Saya telah membaca sebuah berita yang didapati pada laman web (17hb
Ogos 2012) yang bertajuk Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru.
Menurut berita, hal ini berlaku di sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun,
seorang pelajar yang berumur 13, namanya Muhammad Bazly Burhan yang
sedang mempelajari tingkatan satu pada sebuah sekolah berasrama telah
ditampar beberapa kali oleh seorang guru.
Menurut perkataan Bazly, hal ini berlaku semasa dia menduduki
peperiksaan dalam sekolah. Bazly mempercayai berlakunya kejadian ini adalah
berpunca bahawa dia telah mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap guru
Bahasa Inggerisnya dan menyebabkan guru tersebut naik marah dan turut
menarik kedua-dua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipinya.
Seterusnya, melalui kata Bazly, dia tidak melawan perkataan
melawan secara fizikal ketika ditampar oleh guru berkenaan malah dia
meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati
tersebut. Bazly juga memberitahu bahawa kejadian ini telah disaksikan
beberapa orang rakannya yang juga mengikuti peperiksaan tersebut.

atau
turut
guru
oleh

Menurut perkataan Bazly, kita mengetahui bahawa guru tersebut tidak


memberi peluang dan tidak menerima mohon maaf daripada Bazly dan terus
menampar pipinya walaupun Bazly berjanji tidak lagi mengulangi perbuatannya.
Menurut berita yang dibaca, Bazly mengatakan bahawa dia berasa telinganya
sakit sebelum darah keluar, namun dia juga menahan kesakitan tersebut dan
meminta maaf kepada guru berkenaan. Tetapi guru bersebut dia
mempedulikannya sehingga melihat darah keluar baru berhenti menampar Bazly.
Selepas kejadian ini berlaku, Bazly tidak memberitahu kepada ahli
keluarganya berkemungkinan dia berasa takut. Bazly hanya menyapu ubat
minyak gamat di tempat lukanya selepas balik ke asrama. Namun demikian,
kejadian ini juga diketahui oleh ibu bapanya daripada ibu kepada rakannya yang
turut bersekolah di situ mengenai kejadian ini. Sebaik ibu bapa Bazly mengetahui
kejadian ini, bapanya Burhan Abdullah yang berumur 46 datang mengambilnya
di asrama lalu menghantar Bazly ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan
rawatan.
Selepas pemeriksaan, hasil dapatan doktor ialah gegendang telinga
Bazly didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan

rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula


kesnya ke Hospital Dungun. Kejadian berkenaan turut dilaporkan di Balai Polis
Paka.
Seperkara lagi, bapa Bazly mengatakan bahawa dia berasa kesal atas
kejadian ini apatah lagi kejadian ini berlaku di sebuah sekolah berasrama yang
mempunyai tahap moral yang tinggi pada persepsi masyarakat umum. Dia juga
mengatakan bahawa selepas kejadian itu, guru sekolah tersebut sepatutnya
menghubungi dia dan berbincang, kalau perlu memohon maaf dan minta maaf.
Tetapi sampai ke hari ini, guru dan pihak sekolah masih membisu, kalau anak
rakan isterinya tidak memberitahu perkara ini sehingga hari ini dia masih tidak
ketahui akan kejadian yang berlaku pada anaknya.
Menurut berita ini, Sinar Harian difahamkan bahawa Burhan iaitu bapa
Bazly sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes anaknya itu.
Berdasrkan kejadian ini, guru yang berkenaan telah melanggar peraturan kod
etika seseorang guru. Walau apa jua yang murid telah mengejek ataupun
mengguris perasaan guru, guru juga tidak harus memukul atau menampar murid
tersebut. Ini telah menjejaskan keprofesianalan seseorang guru dan menjejaskan
kepercayaan masyarakat kepada kerjaya keguruan.
2.0 Isu-Isu Etika Kod Guru
2.1 Pengenalan
Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai
aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak,
pembangunan dan perkembangan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama
ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional
yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lainlain. Guru merupakan seorang yang professional. Ini bermakna guru adalah
seseorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar
dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.
Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari
ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar
kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin
banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar.
Ini sudah tentu akan mengganggu gugat martabat progesion keguruan sebagai
suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincang isu mengenai
salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan.
2.2 Isu Kesantunan Guru dan Isu Kepedulian Guru

Maksud etika guru ialah satu sistem yang diatur sabagai panduan untuk
diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan,
kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan
baik. Dalam fokus etika guru, kesantunan guru merujuk kepada tatacara, adat
atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Isu kepedulian guru merujukkan
perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan kepada
sesuatu isu atau tugas. Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang
diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
Kepedulian merupakan kuasa yang akan mengerakkan suatu proses perubahan.
Pada berita yang telah dibaca, guru berkenaan yang bertindak secara
kasar terhadap anak muridnya itu telah melanggar peraturan etika kod keguruan
dimana guru tersebut tidak bertindak kesantunan. Guru tidak memberi perluang
untuk murid tersebut untuk membuat penjelasan, tidak menerima pemohonan
maaf yang diberi oleh murid tersebut. Selain itu, guru juga tidak membuat
komunikasi dengan murid tersebut untuk memahami situasi sebelum mengambil
tindakan iaitu menarik telinga murid dan menampar murid.
Dalam kod etika isu kepedulian guru, guru ini tidak memikir sebelum
bertindak. Guru bertindak terburu-buru disebabkan kemarahannya. Guru itu tidak
meminggung perasaan murid tersebut kerana lalu menarik telinga dan
menampar pelajar tersebut di dalam kelas dan pada waktu peperiksaan. Guru
tidak dapat mengawal tingkah laku sendiri sehingga menjadikan gegendang
telinga pelajar tersebut berdarah.
2.3 Akauntabiliti Terdapat Murid
Seterusnya dalam akauntabiliti terhadap murid, setiap guru perlu lebih
mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal ini. Ciri ini
adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Etika sudah ada secara
teori tetapi guru juga mempunyai aspirasi tersendiri. Guru dalam berita ini telah
menampar beberapa kali pipi pelajar yang mengejek kepadanya dan
menyebabkan pelajar tersebut mengalami kecederaan, guru ini tidak
mengamalkan etika akauntabiliti terhadap murid.
Dalam etika ini, seorang guru sepatutnya menunjukkan suatu cara
berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik
kepada murid kerana tingkahlaku guru akan menjadikan ikutan murid seperti
kata pepatah Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak
berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk
perlakuan dan wwatak guru biasanya akan diikuti oleh murid. Oleh itu, menurut
kejadian dalam berita yang dibincang, guru tersebut tidak sepatut berkelakuan

ganas terhadap seseorang pelajar dalam kelas tanpa mengawal perlakuan diri
sendiri.
2.4 Akauntabiliti Terdapat Ibu Bapa
Seterusnya ialah akauntabiliti guru terhadap ibu bapa. Dalam membentuk
etika keguruan setiap guru perlu menghormati akauntabiliti utama terhadap ibu
bapa dan anak-anak mereka. Sememangnya tanggungjawab utama mendidik
anak merupakan tugas ibu bapa. Namun apa yang berlaku pada masa kini
terhadap ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru
terutamanya kepada anak-anak mereka yang belajar di sekolah berasrama,
maka tanggungjawab ini lebih diberikan kepada guru.
Oleh yang demikian, guru haruslah berusaha untuk membentukkan
hubungan yang mesra dan mewujudkan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga. Namun demikian, guru Bahasa Inggeris Bazly
tersebut tidak berbuat demikian, beliau tidak berbincang masalah Bazly dengan
ibu bapanya dan juga tidak menghubungi serta memberitahu ibu bapanya akan
kelakuan Bazly yang mengejek guru dalam sesi peperiksaan. Guru ini tidak
menjalankan tanggungjawab terhadap pelajarnya dan juga ibu bapa terus
mengambil tindakan sendiri dengan menarik telinga dan menampar pelajar
tersebut. Selepas kejadian itu, guru masih tidak menyedar bahawa kelakuan
sendiri bermasalah dan melanggar peraturan kerana beliau tidak menghubungi
ibu bapa Bazly untuk membuat perbincangan dan penerangan. Guru tersebut
cuba membisukan dan menyembunyikan perkara ini.

3.0

Punca Penimbulan Masalah

Apakah yang menyebabkan ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah


seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang professional bersikap
sedemikian terhadap pelajar dan masayrakat? Pada pendapat pakar psikologi
kanak-kanak dan remaja, Dr Mohd. Amin Shariff, biasanya bukan sengaja guru
ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau
kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada
peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami.
Beliau menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan
masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah,
membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran
dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk golongan yang

yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan, menarik telinga serta menampar
akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan
hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru
berkenaan tidak berniat berbuat demikain hingga perlu mendapatkan rawatan
perubatan tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan
hukuman, biasanya kesan negative yang berlebihan sebegitu akan terjadi.
Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan
bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid
yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh
kepada guru dan ia wajar dicontohi . Seterusnya beliau juga berpendapat punca guru bertindak
keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,
tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Selain itu, guru tersebut bertindak sedemikian juga berkemungkinan Bazly


sering mengejek dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa
maksud penghinaan lalu menyebabkan hati guru tersebut panas. Kelakuan
pelajar-pelajar yang kurang bersopan kadang-kadang juga menghilangkan
kesabaran seorang guru. Guru juga manusia yang punya rasa dan perasaan.
Saya percaya guru tersebut menahan kesabaran dengan pelajar sendiri yang
sering mengejeknya sudah sekian lama sehingga berlakunya masalah yang tidak
diduga ini. Tahap kesabaran seorang guru pun ada batasannya. Pelajar harus
ingat, guru bukannya hamba abdi yang boleh diejek dengan sesuka hati.
Biasanya, pelajar-pelajar ini suka menghina guru-guru yang tidak sempurna dari
segi fizikal contohnya tidak tampan, tidak cantik, pendek dan sebagainya. Jika
ibu bapa mendidik anak-anak supaya berbudi bahasa sejak kecil lagi dengan
orang yang lebih tua terutamanya guru mereka, saya percaya kejadian sebegini
tidak akan berlaku di sekolah.
Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab
mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu
kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu
bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan
kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan
kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah
untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar.
Ibu bapa pula langsung tidak menyalahkan anak mereka apabila
berhadapan dengan kes sebegini. Yang mereka tahu hanyalah salah guru dan
pihak sekolah. Kenakalan dan kebiadapan anak yang berpunca daripada
kekhilafan mereka dalam mendidik dan mengasuh langsung tidak dipertimbang.
Mereka hanya tahu membawa kes ke mahkamah. Dalam hal ini, siapakah yang
salah dan siapakah yang betul bukan persoalannya. Walaupun jika didapati guru
itu bersalah di mahkamah, saya percaya masalah pelajar suka mempersenda

guru tanpa rasa segan akan terus berlaku di setiap sekolah kerana mereka
percaya jika guru bertindak ke atas mereka, ibu bapa pasti akan
mempertahankan mereka sehingga ke mahkamah. Maklumlah, ibu bapa pada
masa ini semuanya kaya dan berada. Kesalahan guru merupakan peluang
terbaik untuk mereka mengambil tindakan sebegitu.

4.0

Cara-cara Mengatasi

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak sekolah dan pihak ibu bapa haruslah saling
berganding bahu untuk mendidik anak serta menimbul satu perhubungan yang baik antara
ketiga-tiga pihak. Guru perlulah menghubungi ibu bapa Bazly untuk memberitahu ibu bapanya
terhadapa kelakuan Bazly di sekolah yang sering mengejek dan tidak menghormati guru. Guru
dan ibu bapa harus berkerjasama untuk mendidik Bazly kelakuannya tidak menjadi semakin
serius sehingga berbiadap.
Selain itu, jika Bazly adalah membuat kesalahan pada kali pertama, maka guru
tersebut haruslah memberi peluang kepada dia untuk berubah. Sekiranya Bazly berulang-ulang
mengejek guru tersebut maka guru boleh membawa Bazly berjumpa dengan guru displin atau
berjumpa dengan ibu bapanya dan bukan memukul atau membuat dendaan dengan cara diri
sendiri.
Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media
tetapi adakah pihak media dan masyarakat bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka
pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar?Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul
tanggungjawab mendisiplin dan menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri
sendiri yang tertekan. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai
pendera.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah
bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul
anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya
sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan.
Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid.
Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan
sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka
bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang
jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan
bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak.
Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru,
ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan
dengan cara terbaik.

Seperkara lagi, tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh
mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi
masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya
bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu
mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.
Seterusnya cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukarkan mereka ke
tempat lain semata-mata. Sebaliknya jika mereka tidak berminat mengajar, lebih baik diambil
tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut. Selain itu, untuk mengatasi masalah guru
ganas ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini
berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.
Akhirnya, Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab.
Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan
layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya
menakutkan murid untuk ke sekolah.

5.0

Penutup

Bagi guru, salah laku yang dilakukan oleh guru akan menjejaskan nama
baik profesion perguruan di mata masyarakat dan bagi masyarakat pula, isu
salah laku ini akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru yang
diamanahkan untuk mendidik anak mereka seperti kata pepatah ketam
mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan bengkang
bengkok.
Guru perlu sedar bahawa segala tindak tanduk dan perlakuan mereka
sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat. Tambahan lagi jika guru itu
bertugas di kawasan luar bandar yang penuh dengan peradaban hidup
masyarakat kampung atau masyarakat yang senantiasa memandang tinggi
kepada tatasusila kehidupan.
Guru perlu peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dalam profesion keguruan pula
seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan
terikat dengan etika profesionalisme sebagai seorang guru yang mesti dijunjung
dan dipatuhi selagi mana jawatan sebagai guru itu dipegang individu terbabit.
Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta
disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam

kerjaya mereka sebagai guru.Pada masa sama, guru juga perlu memahami
bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang
tertulis dalam buku, tetapi menjangkaui kehendak dan keperluan semasa dan
masyarakat.
Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap
dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang
berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap
jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi
pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan
tugasnya. Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya
perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan
secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di
pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.

Anda mungkin juga menyukai