Anda di halaman 1dari 8

BAB 1 : PRA PERANCANGAN

1.1

Pengenalan Program Bina Insan Guru


Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan model insan
berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan
rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan
sahsial yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan
ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta
diperkasakan

dengan

penguasaan

kemahiran

dan

teknologi

baru,

penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah
yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
Tun Abdullah Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 ketika
membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 di Parlimen telah menegaskan
bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara
holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang
tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan
sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk,
memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki
pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti
sahsiah yang terpuji.
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah
pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu
pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri
(real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

berterusan. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang


memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta
sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan
dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada
pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan
situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya
intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping
program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan
insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan
budaya Institut Pendidikan Guru ( IPG).

BAB 2 : JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN BIDANG TUGAS

Pada

peringkat

Institut,

program

Bina

Insan

Guru

(B.I.G)

dipengerusikan oleh Pengarah Institut itu sendiri. Sehubungan dengan itu,


beliau berperanan untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
induk dan mesyuarat perancangan program Bina Insan Guru (B.I.G).
Selain

itu,

beliau

juga

bertanggungjawab

menentukan

dasar-dasar

pelaksanaan program BIG peringkat Institut Pendidikan, mengawal selia


perancangan program dan melantik jawatankuasa kerja program BIG.
Manakala,
Timbalan

jawatan

Pengarah

Timbalan
Institut

Pengerusi
dan

ialah

beliau

disandang

oleh

bertanggungjawab

mempengerusikan jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan


program B.I.G bagi pihak Pengarah dan mengawal selia perancangan
program.

Selain

itu,

beliau

juga

bertanggungjawab

memantau

pelaksanaan program dan melantik jawatankuasa.


Seterusnya jawatan setiausaha disandang oleh Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar. Dan tugas setiausaha ialah bertindak untuk menyediakan
kertas cadangan pelaksanaan program B.I.G. Selain itu, menguruskan
surat menyurat dan berhubung dengan agensi-agensi luar yang terlibat.
Membuat

postmortem

menyediakan
keseluruhan

dan

laporan

laporan

penilaian

program.

Selain

pelaksanaan

B.I.G
itu,

dan

beliau

program

memantau
juga

B.I.G,

pelaksanaan

bertanggungjawab

mengeluarkan surat lantikan bertugas kepada pensyarah atau fasilitator


yang akan mengikuti program B.I.G bagi setiap siri dan menyediakan
laporan keberkesanan program dan menganalisis dapatan.
Jawatan bendahari pula disandang oleh Penolong Pegawai Tadbir
Institut

Pendidikan

itu

sendiri.

Tugas

sebagai

bendahari

adalah

menyediakan anggaran perbelanjaan sepanjang program B.I.G berjalan


dan membuat laporan kewangan pelaksanaan program B.I.G.

Antara jawatan lain yang terdapat di dalam ahli jawatankuasa (AJK)


program Bina Insan Guru (B.I.G) ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian
dan Moral yang disandang oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Pensyarah

yang

terlibat

bertanggungjawab

mengendalikan

aktiviti

kerahonian atau moral dan mengenalpasti fasilitator aktiviti kerahonian


dan moral. Selian itu, aktiviti kerohanian dan moral juga harus berjalan
dengan lancar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Seterusnya Pengerusi Jawatankuasa Peralatan yang disandang oleh
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau Penyelia Setor. Bagi
Kuartermaster

(QM)

bertanggungjawab

Peralatan,

menyedia

dan

pensyarah

yang

terbabit

memastikan

semua

peralatan

perkhemahan cukup sepenuhnya selain menyediakan perlatan memasak


dan menyediakan peralatan siaraya. Di samping itu,

beliau juga

menyediakan peralatan untuk aktiviti kayak, kembara dan orientaring.


Manakala

bagi

dipertanggungjawabkan

Pengerusi
kepada

Jawatankuasa

pensyarah

yang

Makanan
berkelayakan.

Kuartermaster (QM) Makanan yang dilantik bebas harus menguruskan


bekalan bahan mentah atau makanan cukup setiap hari, mengawasi
kauntiti bekalan makanan dan kebersihan penyediaan makanan serta
mutu makanan. Selain itu, beliau perlu menguruskan tempahan bahan
makanan dengan pembekal.
Seterusnya Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti disandang oleh Ketua
Jurulatih dan tugas sebagai Ketua Jurulatih ialah merancang, mengendali
dan memantau pelaksanaan aktiviti. Selain itu, berhak untuk memilih dan
menentukan

jurulatih

atau

pelaksanaan

sesuatu

aktiviti

mengikut

arahan

dan

fasilitator,
dan

prosedur

menjadi

memastikan
yang

tempat

rujuk

pelaksanaan

ditetapkan

untuk

bagi

aktiviti

menjamin

keselamatan guru pelatih.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan disandang oleh
pensyarah
menyediakan

yang
peti

berkebolehan
pertolongan

dan

cemas,

beliau

bertanggungjawab

menguruskan

pengangkutan

peserta ke tapak perkhemahan dan menguruskan insuran peserta dan


menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG.
Manakala untuk hal-hal permakahan, bahagian Penilaian ialah
jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Peperiksaan
yang

berperanan

penilaian

menyediakan

pelaksanaan

B.I.G,

borang

penilaian

menyediakan

B.I.G,

laporan

memantau
B.I.G

dan

mengumpulkan markah B.I.G untuk dibentangkan dalam mensyuarat.


Seterusnya Kem Komanden berperanan memberi taklimat kepada
semua jurulatih dan jawatankuasa berkaitan aktiviti, menyelaraskan
semua aktiviti sepanjang perkhemahan dan memastikan perjalanan
aktiviti berjalan dengan lancar. Selain itu, mengadakan raw call atau
panggilan kecemasan bagi memastikan keselamatan peserta-peserta
B.I.G.

BAB 3
LATAR BELAKANG PESERTA

3.1 Latar Belakang Peserta


Program Bina Insan Guru Siri 2/2012 telah dijalankan pada 27 hingga 1 Mac
2012 di Pantai Bungai, Bekenu Miri Sarawak. Kumpulan yang menyertai program
kali ini adalah

guru pelatih daripada PISMP-IPGM ambilan Januari 2012. Kami

terdiri daripada dua kumpulan pengajian iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Cina.
Jumlah peserta dalam program ini keseluruhannya ialah 58 orang. Kontinjen
terdiri daripada 27 orang lelaki dan 57 peserta perempuan. Kumpulan Pengajian
Matematik terdiri daripada 24 orang Peserta, 12 orang lelaki dan 12 orang
perempuan. Kumpulan Pengajian Pendidikan Seni Visual pula terdiri daripada 23
orang,iaitu 6 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Kumpulan Pengajian Cina pula
terdiri daripada 19 orang, 4 orang lelaki dan 15 orang perempuan dan Pengajian
Pemulihan Bahasa Melayu pula terdiri daripada 18 pelajar, 5 lelaki dan 13
perempuan.
Selain daripada itu, peserta juga terdiri daripada kaum yang berlainan iaitu
kaum Bumiputera dan kaum Cina. Peserta juga terdiri daripada jenis agama iaitu
Agama Islam, Agama Kristian dan Agama Buddha. Melalui dapatan ini, dapat dilihat
bahawa program ini dapat memupuk semangat perpaduan atau dalam kata lain nya
Semangat Satu Malaysia yang menjadi teras permuafakatan rakyat di negara kita.

3.2 Demografi Peserta


Jumlah pelajar menyertai program BIG ini sebanyak 84 orang peserta.
Peserta lelaki adalah seramai 27 orang manakala peserta perempuan adalah
seramai 57 orang. Keadaan tempat berkhemah ini terletak di kawasan pokok kayu
berhampiran Flat Kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, miri yang
agak teduh dan di bawah rimbunan kayu. Penglibatan peserta kali ini terdiri daripada
peserta Melayu/Bumiputera, Cina, dan lain-lain. Dalam kumpulan kami, terdapat 12
orang peserta semuanya iaitu 4 lelaki dan 8 perempuan. Daripada jumlah tersebut, 4
peserta Melayu, 3 Bumiputra Sarawak, 2 Bumiputra Sabah dan 3 peserta Cina.

3.1.1 Kumpulan 1:
Kumpulan kami telah dianggotai oleh 12 orang peserta. Kumpulan kami telah
dipimpin oleh En. Abu Bakar selaku mentor kumpulan kami. Kumpulan kami terdiri
daripada 5 orang lelaki dan juga 5 orang perempuan. Berikut merupakan carta
organisasi dan latar belakang peserta di dalam kumpulan 1.
Ahli Jawatankuasa Kumpulan Pelangi
Mentor Kumpulan

EN. ABU BAKAR BIN ABDULLAH

Ketua Kumpulan

AHMAD IKMAL FAJRI MOHD SAUFI

Penolong Ketua Kumpulan :


Bendahari

Q.M Peralatan

Penolong Q.M Peralatan

Q.M Makanan

Penolong Q.M Makanan

AJK Kebersihan

AJK Keselamatan

AJK Persembahan