Anda di halaman 1dari 7

PERBAHASAN BERKAITAN PENDIDIKAN

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] : minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada kerajaan
berhasrat untuk mencapai dan membina kelas prasekolah di semua SJK(T) sebelum tahun 2020.
Apakah status dan pencapaian oleh KPM untuk menubuhkan kelas prasekolah di SJK(T).
Berapakah kelas baru dimulakan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan] : Terima kasih


Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sememangnya kerajaan
berhasrat untuk memastikan semua murid mendapat akses kepada pendidikan prasekolah di
semua sekolah termasuklah SJK(T) menjelang tahun 2020. Berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan inisiatif meningkatkan kualiti prasekolah dan
meningkatkan enrolmen kepada sejagat menjelang 2020 iaitu 97% penyertaan murid dalam
prasekolah. Inisiatif ini dilakukan melalui penglibatan sektor awam seperti kemas dan perpaduan
dan juga sektor swasta. Untuk memangkinkan sektor swasta mengambil bahagian secara aktif
dalam proses perluasan pendidikan prasekolah, kerajaan telah menyediakan geran permulaan
bagi prasekolah baru dan bantuan yuran murid prasekolah bagi yang layak. Untuk tahun 2014
sahaja sebanyak 257 prasekolah swasta telah diberi geran permulaan dengan peruntukan
sebanyak RM4.42 juta. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan bantuan yuran kepada
41,109 orang murid yang belajar di sekolah swasta dengan peruntukan sebanyak RM36.6 juta.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, perluasan kelas pra sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia dilaksanakan secara berterusan mengikut unjuran keperluan. Permohonan perluasan
kelas prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dikemukakan kepada Unit Perancang
Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan kelulusan peruntukan pembangunan
sementara kelulusan perjawatan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Pembinaan
prasekolah baru adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu seperti berikut:
(i) calon murid prasekolah iaitu sekurang-kurangnya 25 orang bagi satu kelas;

(ii) memastikan tiada prasekolah daripada agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS dan juga
PERPADUAN; dan
(iii) keupayaan kewangan semasa kerajaan.
Perluasan kelas prasekolah ini meliputi semua jenis sekolah termasuklah Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Pada tahun 2015 perluasan kelas prasekolah di SJK(T) adalah berjumlah 11.
Ini menjadikan keseluruhan kelas prasekolah di SJK(T) sehingga tahun 2015 sebanyak 233
kelas. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih. Soalan tambahan, saya ada tanya khusus
kepada sekolah-sekolah Tamil dan bukan kepada sekolah-sekolah swasta tetapi saya hargai
jawapan yang diberi. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya memandangkan sebenarnya
kerajaan mesti sedar bahawa setakat ini hanya kurang dari 33% sekolah-sekolah Tamil ada
sekolah pra sekolah berbanding dengan sekolah kebangsaan yang ada lebih dari 75%. Apa yang
boleh dibuat oleh kerajaan memandangkan strategi yang sedia ada atau mungkin ada blue ocean
strategy untuk mengatasi masalah ini and accelerate untuk memberi satu sistem yang kalau kita
memperkasakan sekolah kebangsaan kita juga memberikan keutamaan kepada sekolah Cina dan
juga sekolah Tamil dan memperkasakan situasi di sana.
Dalam hal ini kita tahu beberapa tohmahan dan accusation telah dibuat terhadap kerajaan
mengenai pandangan kepada sekolah Tamil di mana bukan sahaja sekolah-sekolah Tamil
dianaktirikan tetapi tidak cukup wang untuk disalurkan seperti yang telah dijanjikan. Pada Bajet
2014 sebanyak RM100 juta telah dijanjikan oleh kerajaan, akan tetapi sebenarnya khusus untuk
kaunseling, motivasi dan diction tetapi itu tidak trickle kepada murid-murid dan ini adalah satu
di antara sebab di mana kerajaan tidakdapat mencapai hasrat mereka. Jadi, apa yang dibuat untuk
mengatasi masalah ini, short term dan long term. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat atas
keprihatinan. Kita sama-sama berjuang dalam perkara yang sama. Terima kasih Tuan Yang diPertua. Selain daripada kerajaan terus memberi bantuan-bantuan peruntukan untuk membina
prasekolah, malah tahun lalu kita juga telah meluluskan pembinaan tiga lagi prasekolah di Teluk
Intan dan beberapa tempat. Memandangkan peruntukan kita terhad, kita juga menggalakkan
dalam satu anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kita juga mempelawa syarikatsyarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan kementerian untuk
menubuhkan lagi banyak lagi pra sekolah. Pada masa yang sama kita juga menggalakkan dalam
pembinaan sekolah-sekolah bangunan baru, sekolahsekolahmbangunan tambahan dan sekolah
SJK(T) yang baru. Kita juga memastikan bahawa sekolah prasekolah juga dibina sekali dalam
pembangunan tersebut. Ini kita tetapkan sekarang. Akan tetapi kita sedar untuk kita
melaksanakan semuanya dalam masa yang singkat mungkin tidak berupaya kerana peruntukan
kita terhad. Walau bagaimanapun kita memang komited untuk memastikan bahawa SJK(T) juga
mempunyai sekolah-sekolah prasekolah ini. Kita juga menggalakkan kerjasama di antara NGONGO dan badan-badan yang lain yang sedia ada dengan kelas prasekolah bekerjasama dengan
kementerian untuk membantu mereka. Geran-geran ini juga diberi kepada semua tanpa mengira
latar belakang mereka. Harapan kita ialah kita menjangkakan kita hendak lebih ramai lagi
pelajar-pelajar. Kita ada tarikh yang telah ditetapkan. Atas maklumat Yang Berhormat beri
sebentar tadi yang kerajaan menganaktirikan SJK(T) tidak benar sama sekali kerana sebagai
contoh pada tahun 2012 walaupun kerajaan memperuntukkan RM80, juta, RM100 juta, RM20
juta untuk penyelenggaraan, RM80 juta lagi untuk 39 sekolah penambahbaikan dan bangunan
tambahan baru dan bangunan baru. Kerajaan setakat ini telah pun membelanjakan RM216 juta.
Kita menambah dan tidak pernah menghentikan dan kita tidak akan menganaktirikan bukan
sahaja SJK(T), SJK(C), SK semua sekolah-sekolah ini diberi tumpuan yang sama rata dan semua
ini kita boleh melaksanakan andainya kita ada kerjasama sepenuhnya dengan semua rakyat
Malaysia termasuk Yang Berhormat sendiri juga yang sentiasa memberikan komitmen untuk
pembangunan SJK(T) di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga
kepada jawapan Yang Berhormat Menteri kerana telah memberikan penekanan untuk diberikan
peruntukan kepada semua pra-prasekolah tidak kiralah sekolah jenis kebangsaan mahupun
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ini. Cuma penambahan prasekolah ini bertujuan untuk
menyediakan pendidikan awal pada murid sebelum memasuki tahun satu. Kerajaan berharap
dengan adanya peruntukan seperti ini ia dijangka akan memerlukan dana yang lebih besar
terutamanya kepada semua sekolah yang ada dalam negara kita ini. Adakah bilangan guru nanti
di peringkat prasekolah ini mencukupi setelah permintaan terhadap pembinaan prasekolah di
SJK(T) ini dibina di seluruh negara? Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang
memang berkaitan dengan aspek guru-guru prasekolah sama ada berkelayakan dan juga
mencukupi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, semua prasekolah akan menempatkan guru-guru
sekurang-kurangnya berkelayakan diploma di setiap prasekolah. Bagi prasekolah KPM, terdapat
dua kategori guru prasekolah iaitu guru yang mempunyai Diploma Pendidikan Prasekolah dan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah. Di samping itu terdapat juga dalam kalangan guru
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memiliki kelulusan peringkat master. Opsyen
prasekolah kita ada 7,883 orang guru, bukan opsyen pula 1,135 manakala guru yang mempunyai
kelayakan master di prasekolah 186 orang. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah
melaksanakan Program Intervensi Tambah Opsyen ataupun PITO kepada guru-guru bukan
opsyen prasekolah. Untuk prasekolah SJK(T) sahaja Yang Berhormat ya, opsyen prasekolah
SJKT kita ada 156 orang guru dan juga bukan opsyen prasekolah SJK(T) 75 orang guru
manakala guru-guru yang mempunyai kelayakan master yang mengajar di prasekolah SJK(T)
adalah lima orang. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pusat anak, pelajar,
guru dan pekerja di Pusat Anak PERMATA dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan
untuk projek PERMATA ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang diPertua, saya kini bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri telah membina dan mengoperasi
sebanyak 88 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara. PAPN mempunyai
bilangan anak keseluruhan seramai 2,317 orang kanak-kanak dengan 468 orang tenaga pendidik
terlatih dan berkemahiran dalam bidang Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bagi tahun
2015, bahagian PERMATA menerima peruntukan sejumlah RM51, 248,399. Peruntukan ini
digunakan untuk pengurusan, pengoperasian 88 buah PAPN termasuk pembayaran emolumen
tenaga pendidik, melaksanakan program PERMATA Pintar, PERMATA Insan, PERMATA Seni,
PERKASA Remaja dan juga PERMATA Kurnia. Manakala peruntukan pembangunan sejumlah
RM4,037,500 bagi pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara baru di Parlimen Jeram, Subang,
Gopeng, Kuala Krai dan juga Tanah Merah. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang
Berhormat Menteri, nampaknya bahawa untuk membina satu Taska PERMATA yang baru kita
perlulah RM800,000. Akan tetapi sebaliknya di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat juga ada taska untuk autisme. Ini untuk budak-budak OKU. Akan
tetapi kos untuk membina sebuah Taska OKU ini hanyalah RM500,000. Jadi saya hendak tanya,
kenapa kos untuk membina sebuah tadika untuk OKU adalah jauh lebih rendah kalau berbanding
dengan Taska PERMATA? Adakah kerana ini adalah satu big project untuk First Lady of
Malaysia? Oleh sebab itu kos pembinaan untuk Taska PERMATA ini menjadi begitu tinggi kalau
berbanding dengan Taska OKU. Terima kasih.
Dato Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini nampaknya berniat jahat.
Perkara jahat sering kali ditimbulkan oleh penjahat. Yang Berhormat, kos untuk membina
PERMATA, semuanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jadi, kita
tidak boleh membuat perbandingan sedemikian rupa. Kita tengok nanti bagaimana bangunan
yang dibuat untuk PERMATA dan bagaimana bangunan yang dibuat untuk OKU. Kita kena ingat
bahawa PERMATA daripada pelbagai jenis PERMATA ini di peringkat awal, sebahagian besar
peruntukan kita pergi kepada KEMAS dan juga Jabatan Pendidikan serta lain-lain lagi tetapi

pembinaannya adalah mengikut peraturan kerajaan. Akan tetapi Yang Berhormat kena tarik balik
perkataan bahawa ini untuk First Lady dan sebagainya, tidak baik. Sangkaan itu adalah paling
jahat di dunia. Tidak ada sangkaan yang paling jahat kecuali daripada Yang Berhormat. Tidak
boleh cakap macam itu. Sekarang seolah-olah kita mempersendakan apa-apa program yang kita
buat. Kalau kita bekerjasama, kita boleh berjaya. Macam GST ini adalah untuk masa hadapan
yang lebih cemerlang, kita bekerjasamalah. Kalau ada kekurangan, kita tegur. Bukan kita pergi
cari satu benda, ini melibatkan satu lubang, kemudian katakan ini semua rosak. Tidak boleh
macam itu. Kalau ada kekurangan, kita perbaiki, bukan untuk kita mempersendakan sedemikian
rupa. Perbuatan tersebut ialah satu benda yang tidak digalakkan untuk Ahli-ahli Parlimen di
Dewan yang mulia ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Soalan saya. Sejauh manakah PERMATA
Negara telah berkesan dalam membangunkan anak-anak prasekolah dan adakah kerajaan akan
memperluaskan program ini ke seluruh Malaysia dan akan menambah baik modul pembelajaran
ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: PERMATA akan diteruskan dan kita akan bina di tiap-tiap
kawasan. Pembinaan PERMATA ini ia melibatkan side cost di antara RM800,000 sehingga RM1
juta ini melibatkan pembinaan fizikal, perabot, alat bantuan mengajar, alat-alat elektronik dan
juga lain-lain lagi. Itu sebabnya kosnya mungkin agak tinggi sedikit untuk membolehkan
pendekatan baru yang kita buat itu sesuai dengan program yang telah diatur untuk PERMATA.
Jadi, sekali lagi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, PERMATA yang begini baik, kita minta
supaya dibuat di tiap-tiap Parlimen kerana ada permintaan dalam Parlimen yang lepas. Pakar
PERMATA tak mari pagi ini, jadi dia tanya soalan tiap-tiap kali Parlimen berhubung dengan
PERMATA. Kita hendak bagi tahu, kita akan bina di tiap-tiap kawasan. Jadi, Yang Berhormat
tunggulah PERMATA datang ke kawasan masing-masing. Yang Berhormat akan terasa kesan
baiknya nanti. Jangan lagi ada niat untuk mempersendasendakan. Jangan ada niat untuk
mempersendakan orang yang memberi pemikiran yang begini besar. Terima kasih.

Dato Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih dan juga terima kasih saya ucapkan
kepada Yang Berhormat Menteri. PERMATA ini adalah sesuatu yang baik. Saya minta maaf
Yang Berhormat Kulai, sebab saya ada pusat saya- di tempat saya di kawasan Parlimen Parit
Sulong ada satu pusat PERMATA yang dinamakan Pusat PERMATA Parit Guntong. Saya selaku
Ahli Parlimen melihat sendiri bagaimana kejayaan anak-anak PERMATA ini. Di mana daripada
usia tiga tahun telah berani dan menggunakan hasil kreativiti mereka. Jadinya, kena bercakap
dulu, kena ada dia punya info.
Dato Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Okey. Jadinya Yang Berhormat Menteri, saya
hendak mengutarakan soalan tambahan iaitu mungkin kementerian Yang Berhormat atau pun di
bawah Yang Berhormat, mungkin kita boleh buat satu- adakah kementerian boleh membuat satu
kajian mengenai impak positif terhadap anak-anak yang dilahirkan di bawah pusat anak
PERMATA ini dan ia dijadikan perbandingan dengan pusat-pusat lain. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, anak-anak ini jadi yang terbaik, jadi anak-anak yang baik.
Demikian juga PERMATA mungkin kita akan ada bersama dengan FELCRA nanti, tidak ada
masalah. Jadi, kita boleh buat cadangan. Berhubung dengan kajian Tuan Yang di-Pertua, ya,
kajian sedang dijalankan untuk kita buat perbandingan ataupun kesan daripada program
PERMATA yang begini besar maknanya. Saya percaya selepas kajian ini dibuat, kita akan
bentangkan di sini. Ahli-ahli Yang Berhormat akan melihat bahawa PERMATA ini bukan lagi
kita minta satu untuk Parlimen tetapi mungkin kita minta dua untuk kawasan Parlimen.

Anda mungkin juga menyukai