Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan


berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang
berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.
Bagi menjayakan wawasan dan matlamat ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan
menguasai kemahiran mengelolakan sesuatu aktiviti selain kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran professional yang mantap serta
diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baharu, penghayatan
nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji termasuk
kerjasama selaras dengan hasrat negara.
Justeru, Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah
pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Program Bina Insan Guru direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam
kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui pengalaman yang
diperolehi diharapkan pelatih dapat menuju ke arah pembangunan diri sebagai insan
guru yang berterusan.
Melalui Program Bina Insan Guru, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan
menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran
professional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baharu, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan
sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Anda mungkin juga menyukai