Anda di halaman 1dari 5

Komsas:Gema Sepi Gadis Genius(Ting.

2)
Sinopsis
(((Basirah merenung berbelas-belas komputer( ) di Makmal Perdana.
Namun tiadapun daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadaan fikirannya yang
sedang kusut(), Basirah terkenang akan() kakaknya, Hanani semasa
mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan
pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua(
).
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah
menjalani

praktikal

dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem

komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut
yang dilonggokkan( ) oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak( ) tetapi dia tidak akan menganggap
kritikan() sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif().
Oleh itulah, dia telah membuka buku log() untuk merekod penceroboh().
Basirah terkejut apabila penceroboh() menyelongkar segala-galanya() yang
berkaitan dengan ketenteraan(). Oleh itu, Basirah telah membawa masalah
tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran.
Sasaran penceroboh ()untuk menembusi() saluran internet di Makmal Perdana
Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah
dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop
bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti
apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul () di muka pintu
makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah
cukup terharu().
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan ()gema pangilan (
)dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan
di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada (
)terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani
yang ada pada ketika itu menyarankan () menggunakan umpan() untuk menembusi
tembok penceroboh. Hanani tersipu malu ( ). Basirah menghubungi pensyarahnya
tentang perkembangan terbaru(). Selang beberapa minit, umpan mengena(
).
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan

menyekat penceroboh.

Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan (
) selama ini menjadi kenyataan yang indah ().
Tema

Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.


Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai
kawan lantaran dia merupakan gadis genius.
Persoalan
a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan
kematangan inteleknya mendahului umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak
selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia
daripadanya kerana
pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang
rendah akan kebolehan
Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah
menyebabkan dia hidup terasing dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa
membantunya untuk menyelesaikan masalah sistem komputer di makmal itu
yang diceroboh.
Watak
a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah
Basirah.
Perwatakan
Basirah
a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi
pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
2

e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.


f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.
Hanani
a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif .
Timbalan Pengurus(2 orang)
a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius, Basirah di Makmal Perdana.
Plot
Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang
kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil
lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam
bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu,
Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus
makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar
dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah
bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah
membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah
berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan
untuk bertinju , sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang


berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah
tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah
sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal
Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat
antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan
menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakanrakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh.
Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah
diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Latar
Masa
Siang Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
Malam Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Hari minggu Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat
Makmal sistem komputer di Makmal Perdana tempat Basirah menjalani
latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Pusat bandar Kota Kinabalu tempat letaknya Makmal Perdana
Sekolah kanak-kanak pintar tempat Basirah belajar semasa zaman kanakkanak
Institusi pengajian tinggi di Semenanjung tempat Basirah belajar sebagai
siswi
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
Masyarakat yang celik komputer Basirah, pekerja di makmal sistem
komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan
komputer
Masyarakat terpelajar Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains
Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi

Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi Hanani dan rakanrakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung
Gaya Bahasa
Metafora

1.

Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir


Diksi

2.

Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator


Bahasa IT - Sotware , user , hacker
Istilah Sains - Osiloskop
3.

Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga

4.

Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)

5.

Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri

6.

Perlambangan
Contoh: Busut

Nilai
1. Nilai kasih saying - Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam
makmal sempena hari jadi Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha - Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer
sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab - Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan kepadanya.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik
walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2.
Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu
pekerjaan.
3.

Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.


5

Anda mungkin juga menyukai