Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KRITIS BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PERISIAN NOTASI

SEBAGAI BAHAN BANTU BELAJAR (FINALE)


Pengenalan
Perisian notasi adalah merupakan satu platform yang berfungsi untuk
menghasilkan notasi dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran berlaku
pada semua subjek dalam pedidikan, termasuklah dengan pendidikan muzik. Perisian
Finale adalah merupakan sebuah perisian yang berfungsi sebagai satu alat yang
digunakan untuk menghasilkan notasi muzik pada komputer. Di mana-mana helaian
notasi yang dilihat, mungkin juga dihasikkan oleh perisian notasi yang lain. Namun,
perisian Finale ini menghasilkan muzik dengan mengeluarkan bunyi notasi semasa
proses penghasilan dijalankan dan proses ini akan lebih memudahkan. Secara amnya,
perisian Finale ini menyediakan platform yang mudah untuk para penghasil muzik untuk
menghasilkan notasi dengan cara yang mudah dan ringkas. Sebagai seorang pelatih
guru yang bakal mengajar muzik, saya perlu menguasai cara untuk menggunakan
perisian ini dengan baik supaya saya dapat mempraktikkan kemahiran ini untuk
kegunaan pada masa yang akan datang bagi menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Perisian Finale telah membuktikan kepada dunia bahawa perisian ini
adalah merupakan perisian yang terbaik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan
notasi.
Finales Print Music has made discovering the musician and writer in me simple and
enjoyable. Its comprehensive and extensive notation tools and options are among the
easiest and most sophisticated to work with. Ive used many other musical notation
programs and I still find that Finales products to be superior.
-

Joey R. -

Kelebihan
Perisian Finale mempunyai banyak kelebihan yang boleh digunakan oleh
pengguna perisian ini. Antaranya adalah perisian ini amat mudah untuk digunakan.
Pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan tentang

teori

muzik, namun tidak tahu untuk memainkan alat muzik tetap masih mampu untuk
menghasilkan sebuah skor dengan baik dengan menggunakan perisian ini. Seterusnya,
perisian ini membuatkan notasi dihasilkan dengan lebih kemas dengan susunan alat
muzik yang mudah untuk dilihat dan disusun dengan teratur mengikut bilangan
measure dan disusun mengikut detik lagu dengan tepat. Kelebihan perisian ini juga
adalah perisian ini menyediaan kemudahan untuk transpot fail-fail yang lain yang
terdapat daripada sumber yang selain daripada local disk dan boleh digunakan dalam
perisian ini untuk membuat editing. Terdapat juga kemudahan untuk memasukkan kord
pada setiap bar lagu. Pengguna boleh memasukkan kord yang menghasilkan bunyi alat
muzik

yang

digunakan

sebagai

melodi.

Maksudnya

disini,

pengguna

akan

menghasilkan bunyi kord berdasarkan alat yang memainkan melodi. Sekiranya alat
yang digunakan untuk melodi adalah gitar, maka kord yang terhasil bagi melodi tersebut
adalah kord gitar. Proses memasukkan kord tidak mengambil masa yang lama dan
mudah untuk digunakan kerana telah tersedia panel untuk memasukkan kord pada
toolbar yang terdapat pada bahagian atas di dalam perisian Finale. Perisian ini juga
sesuai digunakan untuk menghasilkan skor orkestra. Hal ini adalah kerana pengguna
dapat menyediakan skor kepada setiap pemain bagi setiap jenis alat. Fungsi untuk
mencetak skor begi setiap alat muzik ada disediakan dalam perisian Finale ini. Bagi
kegunaan konduktor muzik, master score boleh dicetak terus dari perisian ini tanpa
apa-apa perubahan setting. Perisian ini juga berkemampuan untuk menunjukkan
kesalahan secara automatik sekiranya terdapat kesalahan pic pada kord dalam sesuatu
bar lagu. Jadi, pengguna bileh membuat pengubahan pada kesalahan yang telah
ditunjukkan oleh perisian ini. Fail yang telah siap digunakan boleh diekspot ke dalam
bentuk midi (musical instrument digital interface) untuk digunakan di dalam perisian
yang lain seperti Sonar dan Reason. Untuk kegunaan pembelajaran teori muzik,
perisian ini boleh digunakan untuk membina soalan teori dengan menggunakan
gabungan perisian Paint dan Microsoft Word.

Bagi kegunaan perisian ini di dalam kelas, terdapat pelbagai kemudahan melalui
penggunaan perisian ini. Antaranya adalah perisian ini boleh ditayang kepada semua
murid di dalam kelas dengan menggunakan paparan LCD yang mudah dilihat, dan
besar. Tambahan pula dengan penggunaan alat elektronik lain seperti pembesar suara
supaya semua murid dapat mendengar bunyi yang terhasil daripada perisian Finale ini.
besar dan mudah dilihat pada paparan LCD. Bagi lagu kanak-kanak, guru boleh
memasukkan pelbagai jenis alat muzik mengikut kesesuaikan lagu dan pengikut jenis
alat muzik yang terdapat dalam bilik muzik di sekolah tersebut dan murid dapat
memainkan lat muzik dengan menggunakan skor yang telah disediakan oleh guru bagi
setiap jenis alat dengan mencetak satu persatu jenis alat. Seterusnya, semasa
memainkan notasi pada perisian dengan menggunakan paparan LCD, perisian ini akan
menunjukkan pegerakan notasi pada skor bagi setiap bunyi yang dihasilkan dan murid
dapat melihat satu persatu bunyi yang terhasil daripada pergerakan notasi yang
terdapat pada paparan LCD. Fail bagi perisian ini boleh diguna secara berulang-ulang
dan memudahkan tugas guru untuk menyelaraskan kandungan pembelajaran bagi
kelas yang lain. Bagi aktiviti nyanyian di dalam kelas, perisian ini juga boleh digunakan
sebagai sumber bunyi untuk menghasilkan iringan lagu. Tambahan pula, sekiranya
suara murid tidak sesuai dengan sesuatu nada lagu, guru boleh mengubah sesebuah
nada lagu kepada nada yang lain. Proses ini dikenali sebagai transpose. Akhir sekali,
Finale adalah merupakan perisian yang amat berguna dan amat sesuai untuk
digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar di sekolah.

Kelemahan
Meskipun perisian finale ini mempunyai pelbagai kelebihan dan kemudahan,
namun perisian ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaranya adalah fail
yang telah siap disediakan hanya boleh diekspot dalam bentuk midi sahaja dan tidak
boleh diekspot dalam bentuk yang lain seperti bentuk wave atau bentuk MP3.
Penggunaan perisian ini sudah semestinya memerlukan windows yang mampu
menampung atau support perisian ini untuk berjalan dengan lancer di dalam computer.
Sekiranya terdapat computer yang mempunyai windows 2000,

windows ini tidak

mampu untuk menampung perisian ini dan akan menyebabkan computer menjadi
tersangkut atau menjadi lebih perlahan. RAM computer yang tinggi juga diperlukan
untuk membolehkan perisian ini dapat digunakan dengan baik. Penggunaan computer
memerlukan sumber elektrik. Untuk tayangan di dalam kelas, perisian ini memerlukan
projektor LCD dan speaker untuk membolehkan perisian ini dapat digunakan di dalam
kelas. Perisian ini boleh didapati daripada sumber internet, jadi adalah mudah bagi
perisian ini untuk dijangkiti oleh virus yang boleh merosakkan komputer sekiranya tiada
anti virus yang dipasang di dalam computer tersebut. Tidak banyak kelemahan perisian
ini yang dapat dinyatakan, namun perisian ini masih tetap mempunyai kelemahan
tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai