Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

Ke-6

Minggu Praktikum

Minggu ke-6

Tarikh Peristiwa / Kejadian

9 Mac 13 Mac 2015

Tajuk Jurnal

Masalah kefahaman dalam kalangan murid

1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah semasa mengajar. Ada segelintir
murid Prasekolah Permata yang masih kurang faham dan agak perlahan untuk
menangkap isi kandungan pengajaran saya.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak membuat persiapan dan persediaan yang
secukupnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Memang tidak
dapat dinafikan terdapat murid yang mudah dan cepat faham isi pelajaran yang
disampaikan. Namun begitu, terdapat juga murid yang agak lembab untuk memahami
isi pelajaran yang disampaikan. Saya terpaksa pergi mendapatkan murid-murid
tersebut dan menjelaskan dengan lebih terperinci kepada mereka. Itu pun Selepas saya
jenuh berulang kali menerangkan kepada mereka.

3. Cadangan Susulan
a) Saya patut membaca buku-buku berkaitan dengan kaedah mengajar mudah dan
senang dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
b) Saya akan menyediakan Pelan A dan Pelan B pada waktu-waktu tertentu
terutama pada topik-topik yang dirasakan sukar untuk murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar seperti yang dirancang
dalam rancangan pengajaran harian.
c) Pengolahan sumber bahan mengajar akan lebih dipelbagaikan lagi supaya murid

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
lebih seronok dan lantaran itu mereka akan lebih berminat serta seronok untuk
mengikuti dan seterusnya memahami isi pelajaran yang disampaikan.
d) Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru pembimbing dan pensyarah penyelia
akan lebih dikerapkan lagi di samping perbincangan dengn rakan-rakan guru
pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini kerana proses
penyampaian maklumat kepada murid akan berlaku setiap hari. Jika hal ini tidak dapat
diatasi pada kadar segera, maka murid akan menjadi mangsa dan tidak memahami
langsung ilmu yang disampaikan oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................................

Tandatangan : ................................................

Nama

: ...............................................

Nama

: ...............................................

Tarikh

: ................................................

Tarikh

: ................................................

Anda mungkin juga menyukai