Anda di halaman 1dari 9

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

MANUAL PENGGUNA
SISTEM ADUAN DAN MAKLUMBALAS

Oleh
Bahagian Teknologi Maklumat
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKASURAT

BAB 1: PENGENALAN

BAB 2 : PENDAFTARAN ADUAN / PERTANYAAN BARU

BAB 3 : SEMAKAN STATUS ADUAN / PERTANYAAN

1/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

BAB 1: PENGENALAN
Sistem Aduan dan Maklumbalas bertujuan untuk mengurus dan mengendalikan aduan dan
pertanyaan yang diterima daripada orang awam melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Objektif utama sistem ini ialah untuk merekodkan segala
aduan dan pertanyaan dan seterusnya akan di agihkan secara automatik kepada pengurus,
pegawai dan kerani aduan yang terlibat. Secara amnya Sistem Aduan ini melibatkan semua
Jabatan dan Bahagian di bawah KPKT.

Manual

pengguna

ini

merupakan

panduan

kepada

pengguna

tentang

cara

untuk

mengendalikan sistem ini. Penerangan yang diberikan dalam manual ini adalah berdasarkan
kepada turutan modul/menu yang digunakan.

Untuk mula mengakses sistem ini, pengguna perlu klik pada ikon berikut melalui laman web
KPKT iaitu www.kpkt.gov.my

Rajah 1.0

2/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

BAB 2: PENDAFTARAN ADUAN / PERTANYAAN BARU


Untuk Pendaftaran Aduan Baru, halakan tetikus pada menu Aduan Baru. Pilihan kategori
aduan adalah seperti Rajah 2.0 dibawah.

Rajah 2.0
Contoh:
Pengguna memilih kategori Aduan Pemaju Perumahan Swasta dan klik pada butang
'Seterusnya'. Satu paparan baru seperti Rajah 2.1 akan dipaparkan.

3/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

Rajah 2.1

Kemudian, pengguna dikehendaki memilih jenis aduan perumahan dan klik pada butang
'Seterusnya'.
Contoh:
Pengguna memilih jenis Kecacatan Mutu Kerja. Satu paparan baru seperti Rajah 2.2 akan
dipaparkan.

Rajah 2.2

4/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

Pengguna kemudian perlu mengisi butiran peribadi pengadu dan klik pada butang 'Seterusnya'.
Paparan seperti Rajah 2.3 akan dipaparkan.

Rajah 2.3

Butir-butir Pemaju turut perlu dimasukkan dan setelah selesai, klik pada butang 'Seterusnya'.
Paparan seperti Rajah 2.4 akan dipaparkan.

Rajah 2.4

5/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

Kemudian, pengguna perlu memasukkan butir-butir hartanah dan klik pada butang 'Seterusnya'.
Paparan seperti Rajah 2.5 akan dipaparkan.

Rajah 2.5

Setelah semua butiran pengadu, pemaju dan hartanah diisi, pengguna perlu mengisi butiran
keterangan bagi aduan dan klik pada butang 'Seterusnya'. Paparan seperti Rajah 2.6 akan
dipaparkan.

Rajah 2.6

6/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

Pengguna perlu menanda Pengakuan Pengadu sebelum menghantar aduan. Klik pada butang
'Hantar'. Paparan seperti Rajah 2.7 akan dipaparkan sekiranya aduan telah berjaya didaftarkan.

Rajah 2.7

** Ikuti langkah yang sama untuk kategori Aduan / Pertanyaan yang lain.

7/9

Sistem Aduan dan Maklumbalas

Manual Pengguna

BAB 3: SEMAK STATUS ADUAN / PERTANYAAN

Pengguna boleh menyemak status aduan / pertanyaan yang dibuat secara online. Klik pada
menu 'Semak Status Aduan' dan paparan seperti Rajah 3.0 akan dipaparkan.

Rajah 3.0

Pengguna perlu memasukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Rujukan
Internet untuk membuat semakan. Sekiranya maklumat telah dimasukkan, klik pada butang
'Cari Maklumat' dan paparan seperti Rajah 3.1 akan dipaparkan.

Rajah 3.1
** Ikuti langkah yang sama untuk semakan pertanyaan.

~ Manual Pengguna Tamat ~

8/9

Anda mungkin juga menyukai