Anda di halaman 1dari 2

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran


memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan adanya dan
tanpa kehadiran seorang guru.
Pelajar perlu menguasai teknik belajar cara belajar supaya
mereka dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri mereka
dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun luar
kelas. Hal ini mampu mendorong pelajar tersebut berusaha untuk
mencari jalan dalam mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan
dan kekuatan yang ada untuk memaksimumkan tahap pencapaian
dalam pelajaran.
Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu
dikuasai oleh setiap pelajar. Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran
belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu
melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga
ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh
dan memproses maklumat.
Terdapat banyak konsep kemahiran belajar secara berkesan,
antaranya ialah belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan
penghafalan. Pelajar tersebut akan menggunakan kaedah penghafalan
dalam teknik pembelajarannya. Selain itu, belajar juga memerlukan
pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Hal ini dapat membantu ingatan
seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam
pembelajaran. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan maklumat
dan membuat rujukan kerana dengan melaksanakan proses
pembelajarn banyak input dan fakta baru serta maklumat yang boleh
diperoleh.
Pandangan seseorang terhadap konsep belajar ini boleh
mempengaruhi melalui tingkah lakunya. Contohnya, bagi seseorang
yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal
semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah
menghafal sesuatu. Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu
pembelajaran tersebut. Maka, mereka akan menghafal fakta penting
bagi menduduki peperiksaan. Manakala, jika pandangan belajarnya ke
arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke arah membuat latihan,
membuat ulangkaji dan seumpamanya.
Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar amat penting bagi
pelajar lantaran terhadnya masa pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga mendapat ilmu


pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah
menguasai dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat
memperoleh maklumat tambahan dan menigkatkan prestasi mereka
daln sesuatu pembelajaran. Dalam erti kata lain, BCB membantu pelajar
agar mampu melaksanakan kemahiran belajar mereka secara berkesan
tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap
pembelajaran mereka sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara
dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.
Pembelajaran turut melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran
dan pengetahuan di samping membentuk sikap pelajar itu sendiri.
Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu
mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses sesuatu
maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu
ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat
dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh
itu untuk Berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan
mampu menguasai kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran
dapat diperolehi.
Kesimpulannya, Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan
seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru
secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran Belajar juga dikenali
sebagai hasil pengalaman individu iyu sendiri dalam melaksanakan
interaksinya dengan persekitaran. Selain itu. Kemahiran belajar
merupakan satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk
memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan
atau peningkatan tingkah laku. Dalam kemahiran belajar ini, hanya
beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan
disimpan dalam memori. Hal ini dapat mengelakkan daripada
seseorang itu terlupa akan maklumat yang penting.

Anda mungkin juga menyukai