Anda di halaman 1dari 6

36 tahun

Mula
bertugas
sebagai
guru
permulaan
di sekolah
pertama.Pe
ningkatan
tahap
profesionali
sme

Setelah 4
tahun
Meneruskan
bertugas di
khidmat sebagai
pensyarah di IPG Sabah,
mohon
mahupun di
melanjutkan
Matrikulasi
pengajian ke
sehingga bersara.
peringkat
master dan
memohon
untuk
mendapatkan
Anugerah
Setelah 5 tahun
Perkhidmatan
bertugas, mohon
Cemerlang
ditukarkan ke
sekolah di negeri
Sabah.
Peningkatan tahap
profesionalisme
daripada DG44
kepada DG48.

Setelah 19 tahun
bertugas di
sekolah, memohon
untuk bertugas
sebagai pensyarah
di IPG atau
Matrikulasi

Setelah 10 tahun
berkhidmat di
sekolah sebagai
guru biasa,
memohon untuk
menjawat jawatan
sebagai Guru
Penolong Kanan di
sekolah.

Setelah 3 tahun
menjadi
pensyarah,
memohon untuk
menjawat jawatan
sebagai Ketua
Bidang

PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA DIRI


Setiap manusia menginginkan perkembangan dalam diri masing-masing sama ada dari aspek
lahiriah mahupun spiritual menurut agama dan kepercayaan masing-masing. Apatah lagi dari segi
pembangunan kerjaya dalam hidup pasti setiap orang yang memiliki kerjaya memiliki impian atau
target yang ingin dicapai. Alhamdulillah, setelah menjalani latihan perguruan selama 5 tahun
setengah akhirnya saya akan bergelar sebagai guru permulaan pada tahun hadapan. Sudah tentu
saya turut memasang impian dan target yang ingin saya capai sepanjang menjawat jawatan
sebagai pendidik dalam bidang pendidikan. Pelan pembangunan diri ini saya justifikasikan secara
berfasa mengikut tempoh masa berkhidmat selama 36 tahun bermula tahun hadapan sehinggalah
usia saya mencapai umur 60 tahun. Pelan pembangunan kerjaya diri saya akan melalui dua fasa
iaitu

fasa

peningkatan

profesionalisme

dan

fasa

pementoran.

Bagi

fasa

peningkatan

profesionalisme saya menjangkakan tempoh masa selama 30 tahun berkhidmat bermula daripada
peringkat guru biasa sehinggalah kepada peringkat pensyarah. Bagi fasa pementoran pula saya
jangkakan tempoh masa selama 18 tahun setelah menjawat jawatan sebagai pensyarah di institusi
awam mahupun swasta.

Fasa peningkatan profesionalisme


Pada fasa peningkatan profesionalisme ini saya mensasarkan tempoh masa selama 25 tahun
bermula saya bekerja sebagai seorang guru hinggalah saya mencapai suatu tahap yang saya
inginkan iaitu menjadi seorang pensyarah. Fasa peningkatan profesionalisme ini juga merupakan
fasa untuk saya mengutip segala pengalaman sepanjang saya berkhidmat untuk saya gunakan
semasa fasa pementoran nanti.
Permulaan kerjaya ialah apabila saya mula ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan.
Kerjaya saya sebagai seorang guru mengambil masa yang agak lama namun pelan atau
perancangan ini dapat dicapai sekiranya saya mengikuti laluan kerjaya saya. Menurut saya, saya
lebih cenderung untuk ditempatkan di sekolah di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Pengalaman belajar di tempat orang selama hampir 5 tahun setengah masih belum memadai
untuk saya menimba sebanyak mungkin pengalaman baru untuk saya gunakan apabila saya
pulang semula ke tempat asal. Pada pandangan saya, pengalaman mengajar di sekolah-sekolah
di Semenanjung Malaysia sangat berbeza berbanding mengajar di sekolah-sekolah di Sabah dan
Sarawak. Saya mensasarkan tempoh masa selama 5 tahun pertama di awal kerjaya saya sebagai
guru permulaan untuk ditempatkan di negeri orang berbanding di negeri sendiri. Sepanjang
tempoh 5 tahun tersebut saya cuba untuk memperbaiki amalan pengajaran saya dan mengutip
sebanyak mungkin pengalaman baru agar saya dapat membantu anak-anak di Sabah dan
Sarawak. Setiap negeri memberi pengalaman yang berbeza maka saya lebih memilih untuk
ditempatkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak. Tempoh masa 5 tahun sudah memadai

bagi saya untuk mencari pengalaman namun hal ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan
pihak atasan dan suratan rezeki. Maka, saya tidak keberatan sekiranya saya masih mengajar
sebagai guru di negeri orang melebihi tempoh masa yang saya jangkakan. Saya turut
mensasarkan tahap profesionalisme saya yang bermula sebagai guru berstatus DG41 dapat saya
tingkatkan kepada DG44. Saya yakin jika saya masih mengekalkan nilai keguruan yang ada pada
diri dan semangat untuk memajukan diri saya mampu mencapai apa yang saya sasarkan.
Setelah tempoh masa 5 tahun berkhidmat di negeri orang, saya bercadang untuk pulang
semula ke negeri asal kelahiran saya untuk mencurahkan bakti sebagai guru. Tempoh masa 5
tahun atau lebih sudah cukup buat saya untuk mengutip pengalaman dan seterusnya sudah
sampai masanya untuk saya pulang. Saya bercadang untuk mengajar di negeri Sabah tempat asal
kelahiran saya dan saya tidak memilih untuk pulang ke daerah Tawau terlebih dahulu. Saya lebih
memilih untuk ke daerah-daerah lain di Sabah mahupun daerah pedalaman untuk saya mencari
lebih banyak pengalaman khususnya pengalaman mengajar anak-anak murid orang asli Sabah.
Pengalaman ini belum tentu dapat diperolehi oleh mana-mana guru. Melalui pengalaman yang
diceritakan oleh abang-abang dan kakak-kakak senior sebelum ini, mereka merasakan
pengalaman mendidik dan mengajar di daerah pedalaman sangat menyeronokkan dan sukar
untuk dilupakan. Pengalaman hidup berburu, mengayuh sampan bersama anak-anak murid dan
mengajar murid-murid pedalaman merupakan ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Hal
seperti inilah yang saya cari sepanjang saya bergelar sebagai seorang guru. Setelah 2 tahun
berkhidmat di daerah pedalaman, barulah saya memohon untuk berpindah ke daerah Tawau. Saya
mensasarkan tempoh masa selama 2 tahun berkhidmat di daerah pedalaman kerana menurut
saya tempoh masa 2 tahun sudah mencukupi buat saya mencari pengalaman. Seterusnya, saya
akan mencurahkan bakti saya sebagai guru di daerah Tawau. Sepanjang tempoh saya berada di
Sabah, saya juga bercadang untuk meningkatkan tahap profesionalisme saya daripada status
DG44 kepada DG48. Bagi saya, matlamat untuk memajukan diri belum berakhir dan masih
berterusan walaupun berada di pedalaman. Oleh sebab itu saya masih meneruskan hasrat saya
untuk meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya saya.
Setelah 4 tahun berkhidmat sebagai guru di negeri Sabah, saya bercadang untuk
melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat master. Hasrat ini
merupakan impian saya sejak menapakkan diri di Institut Pendidikan Guru. Hasrat saya untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat master pada awalnya setelah tamat pengajian di peringkat
ijazah. Namun, pada pengamatan saya, apalah ertinya saya menerima sekalung ijazah dan
menelaah ilmu di bidang perguruan selama 5 tahun setengah jika tidak mengamalkannya di
sekolah. Maka, saya mengambil keputusan untuk berada di sekolah terlebih dahulu setelah
menamatkan pelajaran di peringkat ijazah beberapa tahun sebelum melanjutkan pelajaran. Saya
bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang pedagogi matematik
berbanding subjek teras matematik. Sepanjang melanjutkan pelajaran saya berharap agar saya

dapat memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana hasrat saya adalah untuk
menjadi penerima anugerah APC sepanjang tempoh saya berkhidmat. Sudah tentu untuk
menerima anugerah sebegitu memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas
sebagai guru. Namun, saya yakin dengan kemampuan yang ada pada diri saya dan pada
pandangan saya, tempoh masa berkhidmat selama 9 tahun lebih memadai dan sesuai untuk saya
memohon bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Setelah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai guru dan menimba pengalaman di sekolah
yang berbeza, saya bercadang untuk memohon menjawat jawatan penting dalam organisasi
sekolah. Pengalaman yang pelbagai menjadi aset penting buat saya untuk menjawat jawatan
penting di sekolah khususnya menjadi Penolong Kanan. Menurut pengamatan saya, saya lebih
cenderung untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Hal ini kerana sikap
saya yang lebih sukakan cabaran dan aktiviti luar menjadikan jawatan berkenaan sangat sesuai
dengan diri saya. Menjawat jawatan penting dalam organisasi sekolah sudah semestinya dipenuhi
dengan bebanan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun saya
percaya dengan nilai kerjasama dalam satu pasukan dan sikap tolak ansur kepada orang
bawahan. Maka, saya percaya saya mampu mendepani cabaran sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum. Saya juga menyimpan hasrat untuk menjawat jawatan sebagai Guru Besar di sebuah
sekolah di negeri Sabah. Hasrat ini mulai saya karang semenjak saya mendengar sebuah kisah
berkenaan dengan corak kepimpinan seorang bekas Guru Besar di sebuah sekolah di negeri
Kelantan. Corak kepimpinan beliau yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah menjadikan beliau
seorang yang tegas dalam memimpin guru-guru beliau dan juga murid di sekolah berkenaan.
Namun, di sebalik ketegasan sebenarnya terkandung nilai ketakwaan kepada Sang Khaliq.
Bermula dari saat itu, saya percaya bahawa pemimpin yang bertakwa akan memimpin orangorang di bawahnya menuju takwa. Inilah inspirasi saya sepanjang saya berada di Institut
Pendidikan Guru. Saya ingin mengamalkan corak kepimpinan seperti beliau. Saya ingin menjadi
pemimpin seperti beliau. Pemimpin yang tika ada disanjung tinggi, tika pergi dikenang budi. In
syaa Allah.
Setelah hampir 19 tahun mencurahkan bakti sebagai guru di sekolah, barulah saya
memohon untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) mahupun
Matrikulasi. Dengan pengalaman yang saya ada selama 19 tahun berkhidmat, dengan status saya
sebagai pemegang kelayakan master dan kepakaran saya terhadap bidang yang saya

ceburi

saya yakin dengan keputusan saya untuk meneruskan hala tuju kerjaya saya daripada seorang
guru, seorang Guru Penolong Kanan kepada pensyarah. Saya lebih cenderung untuk menjadi
pensyarah di IPG kerana ruang lingkup saya dalam bidang pendidikan sangat dekat dengan
situasi di IPG. Keinginan saya adalah saya akan meneruskan apa yang saya hasratkan mengenai
corak kepimpinan saya semasa perancangan saya untuk menjawat jawatan Guru Besar. Tugas
pensyarah yang berperanan dalam melatih bakal guru akan saya manfaatkan sebaik mungkin

kerana di sinilah saya dilahirkan. Saya akan cuba mencurahkan sebanyak mungkin ilmu dan
pengalaman yang saya perolehi kepada pelajar saya agar mereka dapat mengambil sedikit
pengajaran daripada kisah perjalanan hidup saya. Saya tidak memerlukan pelajar saya
memperoleh keputusan dekan, cukup sekadar mereka mampu menjadi bakal guru yang melihat
anak murid sebagai seorang insan dan bukannya murid.
Setelah bergelar pensyarah hampir 3 tahun, saya akan meneruskan perjalanan kerjaya
saya daripada pensyarah biasa kepada pensyarah yang memegang jawatan sebagai Ketua
Bidang. Sudah tentunya ketua di dalam bidang kepakaran saya iaitu matematik. Mungkin saja,
inilah pengakhiran bagi saya meningkatkan tahap profesionalisme saya. Saya tidak mahu
berangan di siang hari. Tugas sebagai seorang pensyarah sangat sukar ditambah pula tugas
seorang ketua bidang. Namun, saya akan cuba menerima tugas ini sebagai cabaran buat saya.
Sepanjang menjawat jawatan sebagai pensyarah, saya tidak akan menghentikan niat saya untuk
mengembangkan ilmu pengetahuan saya mahupun tahap profesionalisme saya sebagai pendidik.
Saya akan cuba mengikuti kursus yang dianjurkan bagi memenuhi keperluan saya sebagai
seorang guru mahupun pensyarah. Menjadi ketua bidang bukanlah impian atau target yang saya
letakkan semasa memikirkan laluan kerjaya saya namun rasanya agak berbaloi jika saya dapat
meneruskan laluan kerjaya saya sehingga ke tahap itu.

Fasa pementoran
Saya menjangkakan saya akan melalui fasa pementoran ini seawall tempoh perkhidmatan
saya mencapai tempoh masa 25 tahun. Pada fasa pementoran ini, saya menjangkakan saya
sudah pun mencapai status perkhidmatan sebagai pensyarah khususnya ketua bidang, saya
sudah menerima anugerah APC dan mencapai status kepakaran DG48. Dalam tempoh masa 11
tahun ini saya masih lagi berkhidmat sebagai pensyarah. Namun, saya bercadang di samping
saya berkhidmat sebagai pensyarah saya ingin menjadi seorang pakar motivasi. Saya
sememangnya meminati bidang tugas seorang pakar motivasi dan saya akan menggunakan
segala pengalaman yang saya ada untuk saya kongsikan kepada orang lain. Saya mahu segala
pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya bergelar seorang guru saya kongsikan kepada
orang lain agar dapat dijadikan inspirasi bagi orang lain yang mendengar. Impian saya sebelum
bersara dari bidang pendidikan, saya berharap dapat menghasilkan sebuah modul perkembangan
diri bagi kegunaan orang ramai khususnya bakal-bakal guru yang masih menuntut di IPG. Bukan
itu saja, saya juga berharap sepanjang pengalaman saya sebagai seorang guru dapat saya
nukilkan melalui penulisan novel mengenai travelog seorang guru yang menerima pelbagai
pengalaman sepanjang dirinya berkhidmat.