Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2015

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANG


Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program pensyarah


penyayang tahun 2015

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia En Abdul Rahim Bin Kassim Pengarah Kolej Vokasional Kuala
Klawang
2. Yang di hormati Yang dipertua PIBG KVKK
3. Yang berusaha CiK Suraini Bt Hj Md Yusof Timbalan Pengarah Akademik KVKK
4. Cik Rozilah Bt Ali Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVKK
5. Pn Habsah Binti Zakaria, Ketua Unit Jaminan Kualiti KVKK
6. Barisan Pensyarah KVKK
7. Rakan rakan pelajar sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran pensyarah penyayang 2015

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program pensyarah


penyayang ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga
KVKK. Di samping itu juga, ia dapat menguatkan semangat perpaduan dan
silaturrahim sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran
dan pengajaran yang kondusif di kolej.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah


tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah


Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,


mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau
caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini
bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara
mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru
penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru
penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran
sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa percaya
dan yakin pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya
dengan kebolehan diri sendiri .

Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan


SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa ragamurid agar
mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan
Negara.

Guru mengajar sepenuh hati,


Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Hadiah diberi guruku sayang,


di ajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
melahirkan insan murid cemerlang.

Ucapan perasmian oleh pengetua

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput


Yang Berbahagia, Pengetua Cemerlang Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk memberikan ucapan seterusnya
menyempurnakan majlis pelancaran guru penyayang smvj 2012.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang


Berbahagia, Pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengetua
SM Vokasional Juasseh. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan
dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan
sebuah tayangan khas sempena pelancaram guru penyayang,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

.tayangan

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada cik nazira zulkiply yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi
sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiah
Warga SMV juasseh yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para


pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program ihya
ramadhan 2011.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan
Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan

Pemberian Kad Hari Raya

Aturcara majlis diteruskan dengan pemberian kad Hari raya daripada murid dan
guru smvj. Buat pengetahuan hadirin, Pada kali ini kita bakal saksikan ketua
tingkatan setiap kelas masing2 mewakili murid2 kelas akan memberikan kad hari
raya kepada guru tingkatan. Manakala pada waktu yang sama guru tingkatan/
wakilnya akan membalas penerimaan tadi dengan kad hari raya, khas kepada
murid melalui ketua tingkatan yang akan dilekatkan di sudut papan keyataan
kelas masing-masing.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekelian,


Pemberian Kad hari raya dimulakan dengan murid tingkatan 4, di harapkan
murid dan guru tingkatan 4 telah bersedia...majlis pemberian dimulakan dengan
kelas
1. 4

Seterusnya dipersilakan ketua tingkatan dan guru tingkatan 5 bersedia...

Panggil pengetua terima kad

Majlis pemberian kad hari raya seterusnya dari ketua pengawas selaku wakil
semua murid memberikan kad hari raya kepada pengetua selaku wakil semua
guru.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang


berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan
Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penerimaan kad daripada
ketua pengawas selaku wakil daripada murid-murid smvj 2012. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan

Seterusnya dipersilakan ketua pengawas untuk memberikan kad hari raya


dipersilakan.

UCAPAN MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT KVKK


TAHUN 2015
Tarikh : 22 MEI 2015

Terima kasih tuan pengacara majlis,


Yang saya hormati barisan Penolong Kanan, Guru-Guru dan murid-murid yang
saya kasihi sekalian.
SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA saya ucapkan
kepada semua.
Pertama-tama, saya ingin mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perlancaran program guru
penyayang dan mentor-mentee peringkat sekolah pada pagi yang ceria ini.

Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi sekalian,


Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee yang diilhamkan oleh Y Bhg. Dato
Seri Abdul Ghaffar b Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bakal
dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Mac 2012 di semua sekolah
di seluruh pelosok Negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT
KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan
nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and
mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa,
masyarakat dan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau
caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini
bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian
(concerned) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters / no child left behind) dengan cara mengamalkan sifat dan
perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa
mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan
memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya
menguasai pelajaran (menitikbertakan outcome daripada output). Guru
penyayang juga sentiasa percaya dan yakin(believe and have faith) pada
muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan
diri sendiri .

Nel Noddings (1988) and Lisa Goldstein menyatakan bahawa penyayang itu satu
proses; iaitu, sesuatu yang guru buat dan bukan apa yang guru rasa. Ini
bermaksud tingkahlaku guru dalam bilik darjah dan semasa interaksinya dengan
murid-muridnya yang menentukan sama ada guru itu guru penyayang atau
tidak. Sifat penyayang itu satu etik, atau nilai moral yang diamalkan guru selalu
dan dapat dirasakan muridnya.
Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan sahaja
perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya
tetapi juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan
mengatasi kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid
membangunkan potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang
juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif dan
mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih mesra dan boleh
didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha
melebihi tanggungjawabnya, iaitu go above and beyond untuk membantu
muridnya di dalam dan di luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa
go the extra mile untuk membantu muridnya, terutamanya murid-murid yang
pemalu atau yang menghadapi masalah pembelajaran. Kata pepatah a little
help goes a long way
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap kefahaman yang
berbeza-beza. Ada murid yang cepat faham konsep yang diajar, sementara
terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru.
Mereka ini akan ketinggalan jika guru tidak peka kepada masalah mereka ini.
Sesuai dengan prinsip No child left behind Guru penyayang yang sentiasa peka
dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbeza-beza ini akan dapat
membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan
seperti rakan-rakannya yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Davis (2003) mendapati kajian-kajian yang dibuat 30 tahun kebelakangan ini
semakin menunjukkan kepentingan hubungan guru penyayang dalam
meningkatkan motivasi, penbelajaran dan pencapaian murid. Kajian-kajian
mendapati bahawa guru penyayang dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang lebih kondusif dan mesra, menggalakkan murid untuk menunjukkan
tingkahlaku sosial yang lebih bertanggungjawab serta lebih menekankan
pembelajaran daripada pencapaian. Murid-murid yang merasakan guru mereka
penyayang didapati lebih berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari
persekolahan.
Guru-guru yang saya muliakan,
Program Mentor Mentee tidak asing lagi kepada kita semua. Namun, walau pun
program ini telah lama wujud, keberkesanan perlaksanaanya menjadi satu tanda
tanya. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor
atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang
mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang
memerlukannya.

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam


memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman
bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang
memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam
konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan
dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.
Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid.
Program mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid
itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan
bimbingan dan bantuan dalam menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau
kemajuan menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu
kaedah pengisian atau amalan guru penyayang.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam
hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar
ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya
dengan mengamalkan amalan penyayang, dapat guru melaksanakan tugas
hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa
jika amalan guru penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan
dapat diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan
keciciran di kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang
sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat
ditingkatkan. Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan
budaya guru penyayang ini.

Anda mungkin juga menyukai