Anda di halaman 1dari 9

Bab 3: Teori dan Tinjauan Literatur Berkaitan (A)

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

menjelaskan maksud teori dalam penyelidikan


senaraikan ciri-ciri teori yang baik
membezakan antara kerangka keteorian dan kerangka konseptual
menerangkan tujuan meninjau literatur berkaitan
memahami cara menjalankan tinjauan literatur berkaitan
mengkritik bahan bacaan

3.1 Mukadimah

3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Apakah teori?
Teori yang baik
Membuktikan teori
Asas teori
Tinjauan literatur berkaitan
Memastikan tinjauan literatur berkaitan memenuhi syarat

3.1 Mukadimah
Bab ini akan membincang tentang apa itu teori, peranan teori dan contoh-contoh teori.
Juga dibincangkan ialah fungis dan tujuan tinjauan literatur berkaitan serta cara
menganalisis secara kritis sesuatu artikel penyelidikan.

3.2 Apakah Teori?

Kerap kali pelajar yang menjalankan sesuatu kajian ditanya, Apakah asas teori
penyelidikan kamu? Apakah sumbangan kajian kamu kepada bidang yang
diterokai? Adakah kajian kamu membukti teori atau memperkembangkan teori?
Kerlinger (1973) menyifatkan teori sebagai satu set variabel, definisi dan
proposisi yang memberi suatu gambaran sistematik berkenaan sesuatu fenomena. Teori
ialah penjelasan tentang sesuatu fenomena; iaitu fenomena Z berlaku kerana X dan Y
saling bertindak.
Contohnya, teori pembelajaran sosial yang diutarakan of Bandura pada tahun 1963
menerangkan bahawa seseorang akan meniru sesuatu tingkahlaku sekiranya wujudnya
TIGA elemen berikut:
1. subjek telah memerhati tingkahlaku berkenaan, setelah memberi tumpuan
(attention),
2. memproses apa yang diperhatikan (processing)
3. menghasil semula (reproduction) tingkahlaku itu.
Teori adalah penting kerana ia memandu penyelidikan dengan mencadangkan hubung
kaitan serta membuat ramalan. Tanpa teori yang kukuh sebagai panduan, penyelidikan
mungkin bertumpu kepada isu-isu remeh-temeh yang tidak menyumbang kepada
pengetahuan baru sepertimana dikehendaki untuk memajukan bidang pendidikan (Borg
dan Borg, 1983). Berikut ini ialah beberapa teori pembelajaran:

Teori Transformatif Generatif oleh Chomsky menyatakan bahawa manusia


dilahirkan dengan kecekepan semula jadi untuk berbahasa.

Teori Pelaziman Operan oleh Skinner (1940) mencadangkan bahawa organisme


akan melakukan sesuatu sekiranya organisme to diberi penguhan positif.

Teori Ingatan Jangka Pendek - Sebanyak 5 2 chunk maklumat dapat disimpan


dalam ingatan jangka pendek (Miller, 1957).

Bacaan adalah proses interaktif yang melibatkan pemprosesan atas ke bawah


dan pemprosesan bawah ke atas.

Dalam kehidupan seharain, kita kerap menggunakan intuisi serta pengetahuan umum
untuk menjelaskan kewujudan sesuatu fenomena. Bagaimana pun, penerangan yang
berlandaskan teori adalah lebih konsisten dan lazimnya tidak bercanggah sama sendiri
kerana teori diperkembangkan setelah data dikumpulkan secara sistematik dan dianalisis
berhati-hati. Perkara yang paling menarik berkenaan teori ialah ia membolehkan
membuat ramalan. Contohnya, salah satu teori pembelajaran Skinner menyatakan bahawa
tingkahlaku sesuatu organisme boleh dibentuk dengan menjadualkan peneguhan.
3.3 Teori yang Baik
Teori yang baik adalah cukup umum untuk diaplikasi dalam beberapa situasi dan
dikalangan orang tertentu. Contohnya, teori yang menjelaskan sikap terhadap matematik
di kalangan remaja Cina sahaja kurang berguna berbanding teori yang menerangkan
sikap terhadap matematik di kalangan remaja Malaysia.

Teori yang baik menunjukkan hubungan yang dinamik antara variabel dan
tidak hanya mengutarakan istilah tentang kewujudan sesuatu fenomena dengan
tidak memberi penjelasan yang bermakna. Contohnya, mengapakah setengah
remaja mencuri atau kerap dihadapkan ke mahkamah juvana? Teori yang lazim
dikemukakan ialah pengalaman pahit waktu kecil atau kepincangan keluarga yang
menyebabkan setengah remaja terjebak dengan jenayah.
Kita mengaitkan kewujudan sesuatu tingkahlaku buruk dengan pengalaman buruk
yang lampau. Apakah mekanisme sebenar yang membuat pengalaman pahit itu
mendorong seorang kanak-kanak melakukan perkara yang tidak diingini?
Bagaimanakah otak bertindak untuk menyebabkan satu perkara buruk
mempengaruhi perkara buruk yang lain? Ini adalah aspek-aspek teori yang perlu
dinyatakan untuk layak menjadi teori yang baik, bermakna dan berguna.

Teori yang baik secara umum boleh diuji untuk membolehkan pembinaan ilmu.
Bagaimana pun, tidak semua teori boleh diuji. Oleh itu apabila memilih teori,
tentukan bahawa ia boleh diuji dan terdiri daripada variabel yang boleh dioperasi
3

untuk membuat ramalan tentang sesuatu fenomena. Sebaliknya, teori yang terdiri
daripada variabel yang tidak boleh dioperasi sukar diuji. Contohnya, teori-teori
berkenaan percintaan agak sukar diuji kerana konstruk cinta tidak mudah diukur
kerana terdiri daripada pelbagai tafsiran.

Teori yang baik boleh dibuktikan sebagai salah. Jika tidak ada cara pengumpulan
data untuk membuktikan sesuatu teori sebagai salah, teori itu adalah tidak
berbaloi. Contohnya, pekerja dalam sebuah organisasi bekerja kuat kerana sesuatu
yang dipanggil motivasi. Kita membuat inferen bahawa seorang yang bekerja
kuat adalah bermotivasi tinggi dan jika dia tidak bekerja kuat, dia tidak
bermotivasi. Teori berputar ini sukar dibuktikan salah kerana jika seorang
bermotivasi dia akan bekerja kuat dan jika dia bekerja kuat, dia bermotivasi.

a)
b)
c)
d)

Apakah teori?
Berikan contoh-contoh teori dalam pendidikan bahasa.
Nyatakan ciri-ciri teori yang baik.
Bolehkah sesuatu teori dibuktikan salah?

3.4 Membuktikan Teori

Sesuatu teori hanya boleh dibuktikan sebagai salah tetapi tidak boleh dibuktikan sebagai
betul. Sesuatu teori akan terus berkekal sebagai teori tidak kira berapa kerap ia diuji dan
ini ketara seli dalam pendidikan kerana subjek yang dikaji ialah manusia. Contohnya,
anda menguji teori bahawa pembaca yang mempunyai skema tentang bahan bacaan akan
memahami lebih berbanding dengan pembaca yang tidak mempunyai skema sebanyak 10
kali dan dapati fenomena ini memang wujud. Tetapi pada kajian ke-11 fenoemana
tersebut itu tidak wujud dan teori itu ditolak. Dalam bidang pendidikan keputusan
seumpama ini kerap wujud kerana bahan kajian kita ialah manusia dan seperti diketahui
umum, manusia mempamerkan pelbagai tingkahlaku disebabkan berlainan latar
belakang, sikap, minat, kebolehan, perwatakan, kecenderungan dan sebagainya yang
mempengaruhi keputusan sesuatu kajian yang tidak terkawal.
Bila kita menguji sesuatu teori dan gagal membuktikan fenomena itu wujud teori itu
ditolak. Kemungkinan terdapat data lain atau situasi lain yang tidak diambil kira yang
menyebabkan anda gagal membuktikan kewujudan fenomena berkenaan. Sebaliknya,
orang lain yang menjalankan ujian tersebut mungkin dapat menunjukan fenomena itu
wujud. Seumpama kamu kehilangan kunci kereta dalam rumah. Kamu mencarinya dan
4

menjumpainya; terbukti kunci itu ada dalam rumah. Kamu mencarinya tetapi gagal
menjumpainya. Ia tidak bermakna kunci itu tidak ada dalam rumah cuma anda tidak
bertembung dengan tempat kunci itu terletak.
Memperolehi Teori dalam Pendidikan - Manakah mendapatkan maklumat
berkenaan teori dalam bidang pendidikan? Satu opsyen ialah membaca buku teks yang
memberi rumusan beberapa teori. Contohnya, buku teks:

Pengenalan kepada Psikologi Pendidikan,


Pengenalan kepada Psikologi Sosial,
Pengantar Psikologi Kognitif
Pengantar Sosiologi Pendidikan
Teori Pendidikan Bahasa
Teori-Teori Pendidikan Bacaan

Adalah beberapa sumber bacaan yang mengutarakna pelbagai teori. Satu masalah ialah
kebanyakkan teori yang dibincangkan merupakan ringkasan dan telah dipermudahkan.
Penyelidik yang terlalu bergantung kepada ringkasan daripada buku teks mungkin
memperolehi pengetahuan yang agak cetak berkenaan teori yang dikaji.
Dengan merujuk kepada bahagian rujukan buku teks itu, penyelidik boleh mencari
bahan asal teori-teori berkenaan. Kebanyakkan teori-teori pendidikan diperkenalkan oleh
pengasasnya dalam jurnal dan penyelidik yang memperolehi bahan tersebut akan dapat
mengkaji dengan terperinci apa yang dikemukakan oleh teori berkenaan.
Lagi satu opsyen ialah untuk membaca sumber-sumber yang membincang atau
meringkaskan teori-teori yang diperkembangkan oleh para penyelidik seperti American
Psychologist, Psychological Abstracts, Review of Research in Education dan sebagainya.

3.5 Asas Teori

Penyelidik novis atau pelajar yang bermula menjalankan penyelidikan dalam pendidikan
kerap kali keliru dengan asas teori. Menurut Lester (1991), kebanyakkan pelajar
apabila bermula penyelidikan tidak begitu jelas tentang apa itu asas teori. Pelajar ini
bermula dengan mengenal pasti masalah yang hendak dikaji dan terus menuju ke reka
bentuk kajian tanpa menempatkan kajian merek bersama dengan hasil kerja orang lain.
Hanya mengemukakan tinjauan bahan literatur dengan tujuan memaklumkan dan
memandu kajian yang dirancangkan tidak mencukupi.
Adalah perlu suatu deskripsi eksplisit mengenai asas teoti. Eisenhart (1991)
memerihalkan asas teori sebagai suatu struktur yang memandu penyelidikan dengan
berasaskan suatu teori formal yang diperkenalkan untuk memberi penerangan sesuatu
5

fenomena dan hubung kaitan antara variabel-variabel. Contohnya ialah teori


konstructivisme sosial Lev Vygotsky. Marshall dan Rossman (1989) menjelaskan
bagaimana seorang penyelidik dapat meletakkan masalah kajiannya dalam suatu
kumpulan teori; tetapi lokasi ini dipilih berdasarkan andaian penyelidik dan andaian ini
hendak dinyatakan secara eksplisit. Jadi, asas teori dijangka melahirkan pelbagai nilai
dan kepercayaan yang dikongsi dalam paradigma sama dengan cendiakawan lain. Oleh
itu, para penyelidik lazimnya tidak meletakkan kerja mereka dengan kerangka keteorian
yang semua baru tetapi mengenal pasti perspektif sedia ada dan sama aliran dengan
penyelidik lain.

a) Apakah yang dimaksudkan sesuatu teori hanya boleh dibuktikan


sebagai salah tetapi tidak boleh dibuktikan sebagai betul.
b) Bagaimana penyelidik memperolehi sesuatu teori dalam pendidikan
bahasa?
c) Mengapakah sesuatu penyelidikan harus berasaskan sesuatu atau
beberapa teori?

3.6 Tinjauan Literatur Berkaitan

Setelah mengenal pasti bidang, permasalahan penyelidikan dan soalan penyelidikan ajian,
tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan literatur berkaitan. Beberapa perkataan
lain juga digunakan seperti sorotan literatur, tinjauan kajian lepas, tinjauan
bahan bacaan. Kita akan menggunakan istilah tinjauan literatur berkaitan. Tinjaun
literatur berkaitan ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan
berkaitan dengan topik yang anda ingin mengkaji.
Tujuan tinjauan literatur berkaitan ialah:

untuk menyampaikan kepada pembaca; ilmu, idea dan dapatan yang bersabit
dengan topik anda.

memilih bahan-bahan yang berkait rapat dengan permasalahan penyelidikan


dan soalan penyelidikan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan.

bukan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata


ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.
6

Tujuan tinjauan literatur berkaitan ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea,
teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda.
Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan,
buku, monograph, prosiding persidangan dan sebagainya.
Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan
kepada soalan penyelidikan yang ketengahkan, metodologi yang digunakan, penemuan
yang diperolehi serta perbincangan penulis (Lihat Rajah 3.1).

Permasalahan
Penyelidikan

Soalan
Penyelidikan

Metodologi
Penyelidikan

Artikel

Penemuan
Penting

Rumusan
Penyelidik

Rajah 3.1 Tumpuan kepada Artikel

Berikut ini ialah senarai semak yang anda boleh gunakan ketika menganalisis secara
kritis sesuatu artikel penyelidikan:
SENARAI SEMAK MENGKRITIK ARTIKEL PENYELIDIKAN
Pengenalan
Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas?
Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas?
Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji?

Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut?

Metodologi /Kaedah
Adakah hubung kaitan antara kaedah pengumpulan data dan soalan penyelidikan atau
hipotesis?
Sejauh manakah penulis mendefinisi dan memerihal tentang pemilihan sampel? Adakah
kaedah pemilihan sampel diterangkan dengan terperinci?
Adakah usaha untuk mempertingkatkan kesahan dalaman?
Sejauh manakah insturmen sesuasi dengan kajian? Adakah dinicangankan tentang
kebolehpercayaan dan kesahan instrumen?
Adakah diterangkan prosedur pentadbiran instument? Adakah dikenal pasti limitasi
kajian?

Penemuan / Keputusan
Adakah jadual dan graf disampaikan dengan jelas dan boleh difahami?
Adakah teknik statistik yang digunakan sesuai dan tahap signifikan dilaporakan?
Adakah anda mahu cadangkan analisis statistik untuk kajian ini?
Perbincangan / Rumusan
Apakah kesimpulan kajian? Adakah ramalan yang dibuat berkenaan penemuan
munasabah?
Adakah penulis mengaitkan menemuan dengan teori?
Adajak penulis mencadangkan penyelidikan masa depan?
Apakah baik tentang kajian ini?

Gunakan kad 5 x 7 untuk mencatat nota


penting setiap bahan yang dibaca. Diakhir
pencarian literatur, susun kad-kad berkenaan
mengikut kategori dan untuk memudahkan
penulisan rujukan atau bibliografi kad-kad itu
boleh disusun mengikut abjad.

Tajuk: _________________________
Penulis: ________________________
Sumber: ________________________
Ringkasan:
Kaedah __________________
Keputusan / Penemuan ______
Perbincangan ______________

3.7 Memastikan Tinjauan Literatur Memenuhi Syarat

Memang benar, tinjauan literatur berkaitan adalah suatu tugas yang sukar. Sebagai
bantuan, anda digalakkan sentiasa tanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

Sejauh manakah tinjauan bacaan saya menerangkan pernyataan masalah dan


soalan kajian saya?

Adakah jenis-jensis bahan yang saya telah merujuk memadai? (Iaitu, artikel
jurnal, bab-bab buku, dokuman kerajaan, akhbar, majalah dan sebagainya)

Adakah pencarian saya mencukupi?


o Adakah saya telah menyentuh bahan-bahan terkenal berkaitan topik saya?
o Adakah pencarian saya terlalu sempit?
o Adakah bilangan bahan memadai?
Adakah saya telah menganalisis dengan kritis setiap bahan? (Atau pun saya hanya
merumus setiap bahan atau menyalin daripada tesis /disertasi /projek orang lain)

Sejauh manakah tinjauan bahan bacaan saya relevan, sesuai dan berguna?

a) Apakah tinjauan literatur berkaitan?


b) Nyatakan tujuan dan fungsi tinjauan literatur berkaitan?
c) Apakah anda perlu memberi perhatian apabila menganalisis secara
kritis sesuatu artikel penyelidikan?
d) Apakah tinjauan literatur berkaitan yang baik?

[Pastikan anda membaca Bahagian (B) Sorotan Literatur oleh


pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia]

Anda mungkin juga menyukai