Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR 30/4

WAKTU
8.15
am
8.30am
8.30
AM

BUTIRAN

Selamat pagi dan salam sejahtera.


Dijemput semua tetamu mengambil tempat.
Mengumumkan ketibaan, Yang Diraikan Puan Goh
Ai Guat diiringi dif dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan untuk mengambil tempat.
Yang Dihormat,i Dif-dif kehormat dan para hadirin
hadirat yang dimuliakan, selamat datang ke SJKC
Chung Hua.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
CH : Wo shi Razliza
Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian,
Tanggal 30 April 2015 yang indah dan penuh
bermakna ini, kami bawakan kepada anda majlis
sempena persaraan dan ulang tahun ke 60 Puan
Goh Ai Guat, guru besar SJKC Chung Hua Klang.
Kami mewakili seluruh warga sekolah
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
atas kehadiran semua.

8.45
am

Hadirin dan hadiran yang dihormati, diminta


berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, dan
lagu sekolah.
(lagu)
Terima kasih. Hadirin diminta duduk.

8.50am

Hadirin dan hadiran yang dihormati,


Sebagai pembuka kata, dengan segala hormatnya
majlis menjemput pengerusi jawatankuasa majlis
persaraan,merangkap penolong kanan 1, Puan

CATATAN

Chuah Hui Ling untuk menyampaikan sepatah dua


kata. Dipersilakan.
8.55am

Terima kasih Puan Chuah Hui Ling.


Majlis kini menjemput pasukan gendang 24 musim
SJKC Chung Hua Klang untuk memulakan majlis
pada pagi ini. Dipersilakan.
Terima kasih pasukan gendang 24 musim atas
persembahan yang begitu mengkagumkan.
Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian, kini,
majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang
dipertua PIBG SJKC Chung Hua KlaNG.Puan Ghai
Swee Ling DIPERSILAKAN.

9.00am

Terima kasih Puan Ghai Swee Ling


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Pengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah, Dato
Thong Young Koon untuk memberikan ucapan.

9.10
am

Terima kasih dato Thong Young Koon.


Majlis kini dengan berbesar hati menjemput
Penyelia Kanan SJKC, Jabatan Pelajaran Selangor,
En. Chern Chiew Seah untuk menyampaikan sijil
penghargaan perkhidmatan daripada Negeri
Selangor kepada Yang DIraikan, Puan Goh Ai Guat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih Encik Chern Chiew Seah.
Kini majlis menjemput
Untuk menyampaikan sijil penghargaan
perkhidmatan bagi daerah Klang.
Terima kasih

9.50am

Untuk pengetahuan hadirin dan hadiran sekalian,


Sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga
kepada pihak sekolah,Puan Goh Ai GUat telah

menyerahkan kembali sumbangan daripada Kelab


Kebajikan Guru kepada Jawatankuasa Pembinaan
Sekolah sebagai dana pembinaan bangunan
baharu sekolah. Majlis menjemput Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Sekolah, Dato Ng Keen
Leen diiringi oleh Dato Thong Young Koon,
Pengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah untuk
menerima sumbangan tersebut.
Terima kasih Puan Goh ,Dato Ng dan Dato Thong.
9.50am

Persembahan

10.10a
m

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia bagi mengenang detik
pahitdan manis sempena persaraan Yang Diraikan
Puan Goh Ai Guat

10.20a
m

Terima kasih atas persembahan multimedia itu.


Hadirin dan hadiran yang dihormati, majlis kini
menjemput wakil daripada pihak murid, Tan Lin
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

10.40a
m

Terima kasih Tan Lin.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Puan
Goh Ai Guat telah menumpahkan keringat dan
menyumbang bakti dengan penuh kasih sayang
selama 40 tahun dalam bidang pendidikan.
Sumbangan dan bakti beliau tidak akan dapat
dilupakan ke akhir hayat.
Sebagai penghargaan, majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian cenderamata tanda

kenang-kenangan buat insan yang kita sayangi


ini.Dipersilakan.
11.00a
m

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


penyampaian cenderamata daripada semua
pihak.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis empunya diri tiada bicara
Pastinya terlalu banyak yang ingin disampaikan
oleh Puan Goh Ai Guat kepada kita disaat ingin
meninggalkan seluruh warga sekolah yang
dikasihi.
Majlis dengan penuh homat menjemput Yang
Diraikan Puan Goh Ai Guat untuk menyampaikan
amanat beliau kepada semua. Dipersilakan.

11.10a
m
Walaupun tidak lagi bersua dan mendengar
amanat Puan, kami warga SJKC Chung Hua Klang
sentiasa mengalu-alukan kedatangan puan ke sini
bila2 masa sahaja.
11.20a
m

Hari ini, bukan sahaja kita meraikan detik


bersejarah hari persaraan Yang Diraikan Puan Goh
Ai Guat, kita juga akan meraikan acara memotong
kek sempena ulang tahun hari lahir beliau.
Dengan segala hormat dipersilakan hadidin dan
hadiran sekalian berdiri untuk menyanyikan
bersama-sama lagu Selamat Hari Lahir kepada
beliau.
(potong kek)
Kami mendoakan agar Puan Goh dilimpahi
kebahagian sepanjang hayat. Hadirin dan hadiran

yang dihormati dipersilakan duduk. terima kasih.


.
11.30a
m
11.40a
m

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah


sampai di pelabuhan.Para hadirin sekalian, kita
telah pun berada di hujung acara. Diminta pelajarpelajar beratur untuk memberi lambaian kasih
terakhir kepada Yang diraikan Puan Goh AI Guat
sebgai tanda berakhirnya majlis ini.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.