Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN
Waalaikumsalam saudari pengacara. Assalamualaikum kepada
sidang dewan dan juga kepada penonton-penonton di luar
sana. Selaku Naib Pengerusi PIBG SMK Dato Mustafa, Kuala
Lumpur, saya ingin berkongsi sedikit latar belakang sekolah
ini. Sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di bandar.
Akan tetapi, kos hidup dan kemelesetan ekonomi individu
sekeliling telah menyebabkan sekitar kawasan sekolah wujud
tempat tinggal setingan. Bila disebut tempat setinggan atau lebih
dikenali sebagai rumah setingan, mesti terbayang di kepala masingmasing cara hidup penduduknya yang serba daif. Ya, memang itulah
kenyataannya. Penduduk di sekitar ini rata-rata bekerja sebagai
pekerja kilang, berniaga kecil-kecilan, dan ada juga bekerja di rumah
seperti menjahit dan sebagainya. Berdasarkan pengamatan saya
sebagai naib pengerusi PIBG SMK Dato' Mustafa ini, saya mendapati
bahawa anak-anak yang dihantar ke sekolah ini majoritinya dari
penduduk sekitar.

2. PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIAL DARIPADA INSTITUSI


KELUARGA DAN IBUBAPA
Terima kasih saudari pengacara kerana memberi peluang kepada
saya sebagai wakil ibu bapa untuk membincang dan mengupas
sedikit sebanyak mengenai tajuk kita hari ini. Berdasarkan statistik
yang dilakukan oleh pihak sekolah berkenaan dengan gejala sosial
yang dilakukan oleh remaja pada hari ini, saya dapat membuat
perbandingan dengan statistik beberapa tahun lalu bahawa saban
tahun statistik gejala sosial ini semakin meningkat dan meruncing
pada tahun lepas, 2014. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan
dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.

Melalui pandangan mata kasar saya, dan melalui mesyuarat khas


PIBG SMK Dato Mustafa tentang gejala sosial yang semakin parah
menular dalam kalangan remaja ini, saya dapat kesimpulan bahawa
semuanya bermula dari rumah. Masakan pokok bergoyang jika tiada
ribut dan hujan. Bila disebut pelajar harian dan cuti sekolah, mesti
terbayang di minda kita iaitu masa bersama keluarga dan anakanak. Akan tetapi, perkara sebaliknya berlaku kepada beberapa
golongan remaja yang malang ini.

2.1

PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN IBU


BAPA TERHADAP ANAK-ANAK masa/kasih sayang

Kesempitan hidup pada masa kini telah menghadkan masa untuk


ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak
dengan sempurna. Keluar ke tempat kerja seawal 5 hingga 6 pagi
dan balik ke rumah selewat 10 ke 11 malam. Malah ada juga ibu
bapa yang hanya balik ke rumah sekitar jam 2, 3 pagi. Saudara,
saudari dan penonton di luar sana, anda rasa adakah masa tersebut
digunakan oleh ibu bapa untuk memenuhi tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak? Mesti tidak bukan? Kebanyakkan ibu bapa
balik ke rumah untuk tidur dan menyediakan diri untuk pergi ke
tempat kerja esok harinya. Keadaan ini menyebabkan anak-anak
membesartanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua
ibu bapa. Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri anak tidak
dihargai dan terabai. Sebagai manusia biasa, perasaan kasih dan
sayang merupakan lumrah yang menjadi benih kebahagiaan dalam
sesuatu

hubungan

Ketandusan

terutamanya

perhatian

dan

kasih

dalam
sayang

hubungan
daripada

keluarga.
ibu

bapa

menyebabkan anak-anak mencari kasih sayang tersebut di luar. Apa


yang berlaku selepas itu? Maka esoknya, terpampanglah di dadadada akhbar remaja mengandung tanpa bapa, remaja membuang
bayi di dalam mangkuk tandas, remaja menanam hidup-hidup

bayinya. Siapa yang patut dipersalahkan dalam konteks ini? Remaja


yang dahagakan kasih sayang ibu bapa mencari kebahagiaan di luar
dan

menyalah

gunakan

hubungan

dengan

rakan

sehingga

berlakunya gejala seks bebas. Tidak kurang juga yang melakukan


masalah sosial ini sebagai signal untuk mendapatkan perhatian
daripada ibu bapa. Anak diriba diletakkan, kera di hutan disusui
begitulah keadaan ibubapa yang tidak menyediakan ruang untuk
bermesra dengan anak-anak sehingga mendorong anak-anak ini
memberontak.

2.2

KURANGNYA DIDIKAN AGAMA DAN MORAL REMAJA

Disuntik nilai tambahnya, kurang didikan agama dan moral turut


menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaupun pada
asasnya setiap manusia yang dilahirkan ke dunia perlu diberi
didikan agama yang secukupnya sejak dari kecil lagi, tetapi lantaran
kesibukan ibubapa yang membanting tulang siang dan malam
menyebabkan berlakunya masalah kurang didikan agama dan
sering dinyatakan dalam hal ini ibubapa perlu disalahkan kerana
terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa akan tanggungjawab ke
atas

anak-anak.

Pendidikan

agama

dan

moral

perlu

diberi

keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang


cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis
segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan
lumba haram. Mereka

tidak takut pada dosa atau pembalasan

Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya


tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain.
Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi
dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Akhbar Utusan
Malaysia, 30 September 2002, menyatakan bahawa sikap terpedaya
dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama
berlakunya

gejala

kehamilan

luar

nikah

yang

seterusnya

mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.

2.3

IBU BAPA MENUNJUKKAN TELADAN YANG NEGATIF

Institusi keluarga yang rapuh memberi impak negatif terhadap


perkembangan anak-anak. Hubungan yang tidak mesra antara ibu
bapa menjadi salah satu faktor gejala sosial ini berlaku dalam
kalangan remaja. Pergaduhan suami isteri atau ibu bapa di hadapan
anak-anak serta penderaan yang berlaku sangat mengganggu
emosi mereka. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan benci anakanak

terhadap

mencari

jalan

pemangsa
untuk

sehingga

melempiaskan

menyebabkan
amarah.

anak-anak

Sebagai

contoh

berkenalan dengan remaja liar dan akhirnya melakukan jenayah


seperti vanderlisme, gensterisme dan tidak kurang pergaduhan
sesama sendiri (remaja). Tidak kurang juga dengan ibu bapa yang
menunjukkan amalan negatif semasa di rumah. Sebagai contoh,
terdapat ibu bapa yang tanpa segan silu merokok di hadapan anakanak. Yang paling menyedihkan, ada juga ibu bapa yang meminum
arak di rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi
perkembangan dan tanggapan anak-anak terhadap rokok dan arak.
Maka, timbullah isu remaja mabuk di sekolah dan remaja merokok.
Jadi

siapakah

tergamak

yang

apabila

patut

terdapat

dipersalahkan?

Tergamak!

segelintir

bapa

ibu

yang

Sangat
tidak

bertanggungjawab merogol anak-anak sendiri. Kes ini banyak


berlaku ke atas anak-anak tiri. Sekiranya adik beradik mangsa rogol
menyaksikan hal demikian, maka perasaan marah, dendam dan
benci pastinya akan terbuku dihati. Maka, berlakulah jenayah rogol
dalam kalangan remaja kerana pada dasarnya untuk membalas
dendam bagi pihak si adik.

2.4

KELUARGA TERLALU MEMBERI KEBEBASAN DAN


MEMANJAKAN ANAK-ANAK DENGAN KEMEWAHAN

Keluarga yang terlalu memberi kebebasan ini biasanya bersikap


terbuka yang keterlaluan. Tiada satu peraturan atau ketetapan
kursus yang diamalkan dalam kehidupan rumahtangga. Ibu bapa
memberi kebebasan kepada anak-anak untuk keluar dari rumah
tanpa mengira masa, membawa balik kawan berlainan jantina tanpa
teguran dan tidak mengawal kegiatan anak-anak. Keadaan ini
secara tidak langsung memberi satu tanggapan dalam diri anakanak bahawa setiap perkara yang mereka lakukan adalah betul. Hal
ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak anak-anak. Malah, sikap
ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak juga merupakan salah
satu punca anak-anak melakukan masalah sosial. Sikap bagai
menatang minyak yang penuh menyebabkan anak-anak semakin
hari semakin naik toncang. Mana tidaknya apabila anak-anak
melakukan sesuatu yang kurang sopan, ibu bapa tidak mahu
menegur keraa takut anak berkecil hati. Mereka mengikut semua
kemahuan anak tanpa mengambil kira risiko yang akan ditanggung
kelak. Anak-anak yang nakal akan menggunakan kesempatan ini
untuk keperluan berseronok. Kemewahan yang disediakan kepada
anak-anak juga merupakan faktor besar dalam menjerumuskan
anak-anak ke dalam kancah gejala sosial. Sebagai contoh, ibu bapa
memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anak dan tidak
mengambil pusing di mana, ke mana dan apa yang anak-anak
gunakan untuk membelanjakan wang tersebut. Kesempatan dan
kemewahan

ini

akan

mendorong

anak-anak

yang

mudah

terpengaruh untuk melakukan jenayah sosial seperti berhibur di


kelab-kelab malam, berjudi, mengambil dadah dan juga berlumba
haram bagi mereka yang disediakan oleh ibu bapa dengan
motorsikal dan sebagainya.

2.5

KONGKONGAN DAN HARAPAN YANG TERLALU


TINGGI TERHADAP ANAK-ANAK

Ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengamalkan sikap terlalu


tertutup dan menetapkan suatu undang-undang yang perlu diikuti
oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi terhadap perasaan anakanak

akan

menyebabkan

anak-anak

rasa

tertekan.

Hal

ini

menyebabkan jiwa mereka memberontak. Jika berpeluang keluar


dalam keadan itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang
terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang tambahan dengan keadaan
darah muda yang meluap-luap. Secara tidak langsung, mereka
menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tersebut
seperti lari dari rumah, menggunakan dadah sebagai penenang dan
sebagainya. Sementara itu, terdapat anak-anak yang tertekan
dengan sikap ibu bapa yang terlalu memberi pengharapan yang
tinggi terhadap mereka. Sebagai contoh, mengharapkan anaknya
mendapat

keputusan

cemerlang

melebihi

keupayaan

dirinya.

Tekanan ini menyebabkan anak-anak mencari rakan yang dapat


menghiburkannya.

Ibu

bapa

tidak

seharusnya

sesuka

hati

membantah kemahuan anak dalam hal yang berkaitan dengan hak


mereka. Ini adalah kerana proses para remaja untuk meningkat ke
alam dewasa memerlukan ketenangan fikiran. Jika kemahuan
mereka tidak dihiraukan ataupun dibantah oleh ibubapa dengan
keras berkemungkinan besar akan berlaku pemberontakan di dalam
jiwa

anak-anak

atau

remaja

tersebut

yang

akhirnya

boleh

mengakibatkan mereka merasa bosan dengan hidup sedemikian.

Begitulah antara punca-punca yang dapat saya perhatikan dan hasil


selidikan yang telah dilaksanakan oleh PIBG sekolah melalui bancian
terhadap penduduk sekitar sekolah SMK Dato Mustafa ini. Keadaan ini
benar-benar meruntun jiwa saya lebih-lebih lagi dengan mempunyai anak
seramai 4 orang ini, saya menjadi semakin risau terhadap masa depan
kita. Tapi saya percaya ya saudari pengerusi, bahawa setiap masalah ada
jalan penyelesaiannya. Tawakal dan berdoa kepada Allah, nescaya
petunjuk dan hidayah diberikan pada kita. InshaAllah.

3. CARA MENGATASI GEJALA SOSIAL


Terima kasih saudari pengerusi.

3.1 DIDIKAN AGAMA


Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang
menjelaskan kepada kita betapa pentingnya anak-anak dididik
sejak kecil dengan didikan agama dan moral. Di sini kita dapat
melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana
kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukumhukum agama, sudah pasti mereka tidak akan menjerumuskan diri
ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan. Selain itu, Nabi
Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan
akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang.
Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka
yang tidak menghayati ajaran agama.

Menurut pakar motivasi,

Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah


mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu
merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini.
Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang
pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata
ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam
kancah masalah sosial pada masa kini.
Ingatlah agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa
agama adalah lumpuh

3.2 KASIH SAYANG YANG SEPENUHNYA KEPADA ANAKANAK


Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani
gejala

sosial

sehingga

kempen

Rumahku

Syurgaku

yang

menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk


memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-

besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi


menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang
kepada

anak-anak

mereka

dan

mengasuh

anak-anak

bagai

menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anakanak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anakanak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah
ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan
materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka
terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anakanak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah
meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah
bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa
remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara
kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu
bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya
mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang
seorang ayah dan ibu.

3.3 BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEBAJIKAN ANAKANAK


Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab
terhadap

kebajikan

anak-anak

mereka

dengan

mengikuti

perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke


semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi
pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan
guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat

bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang


bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu
bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka
kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun
keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu
dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati.

Ibubapa

memainkan

peranan

untuk

menjaga

kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan


anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

3.4 TELADAN YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anakanak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala
tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan
mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala
tingkah

laku

ibu

bapa

akan

ditiru

oleh

anak-anak

mereka.

Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok


perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka
berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok.
Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri
mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak
mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak
harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat
buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala
sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

3.5 MEMANTAPKAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan
mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan

Luqmanul

Hakim

yang

cukup

hebat

mendidik

anak-anaknya

berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remajaremaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya,
kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan
utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita
berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam
ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi
masa depan anak-anak tercinta.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru


kepada kebajikan (kebaikan), menyuruh (manusia) kepada yang makruf
(perbuatan baik) dan mencegah dari yang mungkar (perbuatan jahat);
merekalah orang-orang yang beruntung.
[Ali-Imran 104]
Marilah kita sama-sama mengembleng tenaga dalam menyelamatkan
generasi remaja ini dalam membimbing mereka kearah akhlak yang
terpuji supaya gejala sosial dikalangan remaja dapat diatasi daan
seterusnya umat Islam terus maju di masa hadapan dan keamanan dapat
di jaga.
Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai