Anda di halaman 1dari 9

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

BAHAGIAN B.
Menurut Orstien dan Levine (1993) terdapat empat atribut dalam suatu
profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan
dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah
laku ahli ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh
masyarakat untuk beroperasi. Bagi seorang guru, keempat empat atribut yang
dinyatakan di atas perlu ada di dalam diri kerana ia akan membantu untuk
meningkatkan tahap profesional keguruan.
Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam membawa maksud
seorang guru perlu sentiasa mempelajari dan mengkaji sesuatu benda yang baru
bagi memastikan guru tersebut tidak ketinggalan dalam sesuatu perkara. Ia
bertepatan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang membawa maksud
motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela
berdasarkan keperluan personal ataupun profesional. Pelbagai cara yang boleh
dilakukan oleh guru bagi memastikan bahawa ilmu mereka sentiasa bertambah
adalah melalui pembacaan buku, surat khabar dan majalah berkaitan dengan
pendidikan.
Selain itu juga, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawab
untuk melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru guru yang sedang
berkhidmat sama ada guru di sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Kursus
kursus yang ditawarkan dan boleh diikuti oleh guru adalah kursus pendek yang
dilaksanakan dalam masa tiga atau empat hari sehingga kepada kursus panjang
yang dilaksanakan dalam tempoh setahun. Kesan daripada pembelajaran sepanjang
hayat ini, individu yang bergelar seorang guru akan sentiasa didedahkan dengan

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

inovasi inovasi terkini yang ada dalam bidang pendidikan seperti ilmu pedagogi
yang

berbantukan

Pembelajaran

TMK,

pendekatan

Pembelajaran

Berasaskan

Projek,

Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Permainan.

Sudah tentu terlintas di dalam benak ini mengapa pihak kerajaan amnya dan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya menekankan guru guru untuk terus
belajar. Ia adalah kerana seperti mana yang kita ketahui pada masa kini pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia banyak memberi tumpuan terhadap pembelajaran
di kawasan pedalaman.
Oleh itu, untuk memastikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan dapat
mencapai objektif pembelajaran, sebelum guru ditugaskan mengajar di sekolahsekolah, mereka perlu mendapatkan latihan yang mencukupi sebagai persediaan
agar dapat mengatasi segala permasalahan yang timbul semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam latihan perguruan, bakal bakal guru akan
diajar mengenai pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan ilmu kerana
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan
teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Ia disokong
oleh Currie (1973) yang menyatakan :
Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we
hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method
is thus the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to
the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which,
this philosophy is realised in actual class lessons.

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

Namun,

sebanyak mana latihan dan kursus yang disediakan oleh pihak

berwajib, masih ada guru guru yang tidak dapat menguasai ilmu ilmu yang
sepatutnya dan kesannya mereka tidak dapat mencapai objektif yang telah
dirancang.
Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu merupakan atribut kedua
mengikut Ornstrein dan Levine pakar dan cekap dalam sesuatu bidang. Di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,


bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,


masyarakat dan negara. Dengan berpandukan kepada pernyataan di atas, dapat
disimpulkan

bahawa

pendidikan

di

Malaysia

merupakan

suatu

usaha

memperkembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu.


Oleh itu, seorang guru perlu mengetahui bahawa mereka harus menguasai dan
cekap banyak bidang dan tidak hanya mengkhususkan kepada suatu bidang. Ini
adalah kerana setiap orang murid mempunyai potensi yang tersendiri. Mengikut
kajian, seorang individu mempunyai pelbagai keupayaan, bakat dan potensi sejak
mereka lahir dan Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai
kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya . Di dalam Negara
kita, terdapat banyak kaedah yang telah dirancang untuk mencungkil bakat bakat
terpendam yang ada di dalam diri murid murid seperti mewujudkan program 1

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

Murid 1 Sukan. Tetapi amat mendukacitakan masih terdapat guru guru yang tidak
mengambil kisah semua usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dan hanya
mengambil ringan kesemua usaha ini.
Atribut ketiga pula adalah adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli
ahli. Setiap individu yang bergelar warga pendidik perlu mematuhi kod etika agar
nilai-nilai positif dan etika yang tinggi akan menghapuskan sikap dan nilai yang
negatif seterusnya menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan. Ini
adalah kerana profesion ini dipandang mulia oleh golongan masyarakat sekitar.
Menurut Syed Ismail (2014), pengamalan kod etika kerja oleh guru akan dapat
mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta
memupuk akauntabiliti bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli di
sekolah. Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, kesemua guru dibawah
Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan untuk menjalani sebuah program selama
lima tahun enam bulan. Di dalam program tersebut, bakal bakal guru akan diberi
pendedahan mengenai sistem pendidikan negara dan amat mementingkan disiplin.
Ia adalah untuk memastikan profesion ini sentiasa dipandang tinggi. Bakal guru yang
melalui program latihan ini diwajibkan untuk menjalani sebuah program untuk
membina jati diri sebagai seorang guru iaitu Program Bina Insan Guru sebanyak
enam kali dan mereka perlu lulus enam enam program tersebut.
Akan tetapi, masih terdapat guru yang melanggar kod etika sebagai seorang
guru. Ia dapat dilihat pada tahun 2009 apabila seorang guru telah mencabul dan
merogol seorang murid perempuan di dalam makmal. Berdasarkan kes tersebut,
dapat disimpulkan bahawa guru tersebut tidak mengikuti malah telah melanggar Kod
Etika Perguruan. Apabila terjadinya kejadian seumpama ini, pihak media akan
menceritakan mengenai keburukan guru dan secara langsung kesemua guru di

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

Malaysia akan terpalit dengan permasalah itu. Oleh itu, bagi memastikan pelaku
tersebut tidak mengulangi lagi masalah yang sama, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia akan membuat siasatan dan akan mengenakan tindakan tatatertib ke atas
guru tersebut.
Seperti yang diketahui, terdapat enam prinsip dalam kod etika keguruan iaitu
prinsip kesaksamaan, keterbukaan, kerahsiaan, kesetiaan, ketekunan dan prinsip
mengelakan konflik. Keenam enam kod etika ini harus di amalkan oleh guru bagi
memastikan profesion ini terus dipandang tinggi. Kod ini juga dapat dijadikan sebagai
landasan utama bagi seseorang guru untuk lebih faham dan jelas mengenai
tanggungjawab utama mereka iaitu sebagai pendidik dan pembimbing murid murid
untuk menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Kod ini juga akan
memastikan seorang guru untuk terus berusaha dengan sepenuh hati supaya
objektif pembelajaran dapat tercapai dengan jayanya.
Manakala atribut yang terakhir adalah kebenaran atau persetujuan diberi
kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Ia membawa maksud
tugas guru sebagai seorang pendidik dan membimbing murid murid hanya dapat
dilaksanakan apabila ada persetujuan dari pihak ibu bapa dan penjaga. Oleh itu,
guru seharusnya menggalas tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi dan
amanah. Ini adalah kerana masyarakat sangat memandang tinggi kepada profesion
ini dan sangat menghormati guru. Menurut Sue C. Wortham (2010) menyatakan
bahawa dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai
pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, di sekolah guru
guru akan membimbing dan mendidik murid murid sehingga murid berjaya di
dalam hidup. Namun begitu, masih terdapat guru yang tidak menggalas

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

tanggungjawab tersebut dengan berdedikasi sehingga terdapat murid murid yang


gagal dalam pembelajaran.

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

BAHAGIAN C
Fleishman menyatakan (1973) kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh
antara perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian
matlamat atau beberapa matlamat. Di dalam konteks bilik darjah, kepimpinan
membawa

maksud

satu

proses

mempengaruhi

tingkah

laku

murid

untuk

menggalakkan mereka belajar ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang


ditetapkan.
Bagi melahirkan bakal pemimpin yang berjaya di masa hadapan, guru perlu
memainkan peranan sebagai fasilitator. Ini disebabkan apabila seorang guru
memainkan peranan sebagai fasilitator , secara tidak langsung murid murid akan
berdikari dalam mendapatkan sesuatu ilmu. Ia kerana guru hanya berfungsi sebagai
pemudah cara kepada murid murid untuk melasanakan sesuatu aktiviti dan
pendekatan pembelajaran ini adalah berpusatkan murid murid. Menurut Thornburg
(1995), berpendapat bahawa pendekatan berpusatkan murid adalah proses interaksi
sekumpulan pelajar yang mengalami proses pembelajaran secara kreatif yang boleh
diadaptasikan ke dunia realiti. Kebanyakan sekolah sekolah di Malaysia khususnya
sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi amat menekankan kaedah ini kerana
ia akan mendidik murid murid untuk tidak bergantung kepada guru semata mata
di samping sebagai salah satu cara pendedahan kepada murid murid untuk belajar
di peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, kaedah ini tidak dapat dilaksanakan
secara menyeluruh kerana kebanyakan mentaliti masyarakat kita masih lagi di takuk
lama dan berfikiran murid murid di sekolah harus bergantung kepada guru untuk
berjaya dalam pembelajaran.

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

Selain daripada itu, seorang guru juga perlu menjadi seorang pengajar.
Pengajar di sini bermaksud seorang guru itu bukan sahaja mengajar mata pelajaran
di dalam kelas tetapi guru tersebut harus mengajar anak didik mereka mengenai nilai
nilai murni di dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah kerana dari kaca mata
seorang murid yang masih muda dan tidak dapat berfikir secara matang, setiap
tindak tanduk seorang guru akan menjadi ikutan mereka. Semestinya dahulu kita
masih ingat mengenai guru yang disukai, semestinya kita akan mengikut setiap
gerak geri dan perbuatan yang dibuat oleh guru tersebut. Bandura juga berpendapat,
manusia mempengaruhi nasib hidupnya samaada ke arah positif atau negatif adalah
melalui pengawalan kuasa dalam persekitarannya,dan dalam masa yang sama pula
mereka juga dipengaruhi oleh kuasa kuasa persekitaran. Oleh itu, ia bertepatan
dengan apa yang diterapkan di dalam latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru
yang sangat menekankan nilai murni yang baik di dalam diri seorang guru. Akan
tetapi, sekiranya guru gagal untuk menunjukkan contoh yang baik kepada murd
murid, dikhuatiri ia akan mempengaruhi peribadi mereka dewasa kelak.
Guru juga perlu berfungsi sebagai penghubung kepada murid murid. Ia
membawa maksud seorang guru perlu menjadi penghubung sebagai pendedahan
awal kepada murid murid untuk mendapat akses kepada dunia luar. Ini kerana
pada zaman yang serba canggih ini, terlampau banyak akses yang boleh didapati
oleh murid murid bagi meneroka dunia luar dan akan meniru setiap perkara yang
dia lihat tidak kira baik atau buruk perkara itu. Ini kerana menurut pembelajaran
sosial atau pembelajaran pemerhatian mencadangkan bahawa seorang individu
meniru tingkah laku yang diterima masyarakat dan juga tingkah laku yang tidak
diterima masyarakat. Oleh itu, ia telah menjadi tugas guru untuk menerangkan baik
dan buruk sesuatu perkara. Namun, sekiranya seseorang murid tu sudah terdedah

MOHAMAD HAKIM ZAKARIA

dengan gejala yang tidak elok, tiada cara lagi bagi seorang guru untuk
memperbetulkan melainkan dari menasihat dan membimbing.
Akhir sekali, bagi melahirkan bakal pemimpin masa hadapan yang berjaya
dalam setiap aspek guru juga perlu menjadi seorang pengurus yang berjaya. Ia
adalah kerana bagi murid murid yang masih mentah dan tidak boleh mentadbir
memerlukan seorang individu dewasa yang boleh dipercayai bagi menguruskan
mereka. Ia bertepatan dengan pendapat Danielson (2006) yang melihat kepimpinan guru
sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar turut
mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar
sekolahnya. Di dalam latihan perguruan, telah ditekankan kepimpinan bakal guru dalam setiap
aspek kehidupan. Ia dapat dilihat di dalam setiap program yang dianjurkan yang mana memerlukan
guru pelatih untuk melaksanakan setiap tugasan seperti hari koko dan hari sukan sekolah. Bakal
guru perlu menjayakan program yang dianjurkan bagi memastikan mereka lulus dengan baik dan
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Namun begitu, sekiranya mereka tidak dapat
menjalankan program yang dirancang denga baik dan gagal, mereka tidak dapat meneruskan
pengajian dan terpaksa mengulanginya kembali.
Kesimpulan daripada topik ini, seorang guru mempunyai peranan yang amat besar di dalam
pembentukan diri murid murid. Mereka bukan sahaja perlu mengajar mata pelajaran teras di
sekolah tetapi mereka juga perlu mengajar setiap perkara bagi memastik murid yang dihasilkan
berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani, entelek dan sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai