Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN
Saban hari tugas guru dilihat mencabar apabila guru menjadi tonggak utama

dalam memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan. Perubahan yang berlaku


dalam sistem pendidikan telah memperlihatkan pelbagai transformasi dalam
pendidikan yang meminta guru melaksanakan segala tuntutan pendidikan. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah diwujudkan bagi membantu
pendidikan negara terus maju seiring dengan dunia sains dan teknologi yang giat
berkembang. Kini, guru berhadapan dengan generasi celik IT dan perubahan dasar
pendidikan. Melihat perkara ini, tugas guru dalam mengharungi cabaran perubahan
pendidikan dan pada masa yang sama mencurahkan ilmu pada anak bangsa di era
kemajuan globalisasi sememangnya bukan dilihat mudah.
Pelbagai isu yang timbul baru-baru ini yang membabitkan profesionalisme
seorang guru. Tugas-tugas guru yang dikaitkan dengan perkeranian telah membawa
beberapa kontroversi antaranya guru tiada masa dalam memberi pengajaran yang
berkualiti akibat kesibukan dengan urusan perkeranian. Berikutan daripada itu, guru
berasa terbeban kerana terpaksa berebut talian online di tengah malam, sistem
online yang sering bermasalah dan lain-lain lagi telah membawa satu persepsi
bahawa kerjaya guru bukan sebagai profesion. Menurut Awang Had Salleh 1980, di
negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vacation) daripada
profesion.
Kriteria guru yang dibeza-bezakan dalam perbualan masyarakat telah
menyentuh profesionalisme keguruan. Nilai tara profesion keguruan dilihat rendah
apabila profesion ini bukan diletakkan pada pilihan pertama bagi masyarakat
berbanding doktor, jurutera, usahawan dan peguam. Namun,kini, martabat guru
diangkat sebagai suatu bidang profesional dengan mewujudkan latihan perguruan,
kursus dalam cuti dan pelbagai program bagi memantapkan profesionalisme dalam
diri guru. Oleh itu, ramai guru yang bersiswazah di sekolah pada masa kini, malah
peluang guru melanjutkan pelajaran mudah dan meluas tanpa ada batasan untuk
mereka ke tahap pendidikan yang lebih tinggi.
Kesimpulannya,

tugas

guru

bukan

mudah

seperti

yang

dilontarkan

sesetengah pihak yang memandang guru sebagai tenaga pengajar semata-mata.


Guru bukan sahaja pengajar tetapi pemimpin kepada murid dan masyarakat,
1

pengurus kepada sekolah dan pemacu kepada pendidikan negara. Ungkapan


bahawa guru umpama lilin yang membakar diri perlu dihayati oleh masyarakat
dengan lebih mendalam kerana kerjaya guru sangat mulia dan memerlukan
pengorbanan yang tinggi. Justeru, tugas guru dapat difahami dengan baik oleh
semua pihak bahkan sentiasa berpandangan terbuka dalam menyuarakan pendapat
kepada guru bagi menambah baik amalan guru di sekolah.

2.0

KONSEP PROFESION, ETIKA DAN INTEGRITI

2.1

Konsep Profesion
Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya

yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. Menurut Mok Soon Sang (1996) merumuskan ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,
dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Fungsi guru semakin ke hadapan apabila guru menjadi harapan bangsa dan
negara dalam menjajah pemikiran, tingkah laku serta kepimpinan anak-anak ke
arah kemaslahatan diri, bangsa dan negara. Fungsi didikan ini dilihat utama kepada
peranan guru dalam memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan berguna. Apa
tidaknya, jika murid gagal, guru dipersalahkan, murid tidak berakhlak mulia, guru
menjadi

medan

salahnya.

Segala-galanya

adalah

guru

yang

dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku dalam dunia pendidikan.


Rentetan masalah itu, budaya profesional telah digariskan dalam memantapkan
kerjaya guru sebagai profesion.
Berhubung dengan perkara ini, martabat guru sebagai profesional bukan
suatu anjakan paradigma yang mudah dibayangkan. Bagi mengapai status guru
profesional dalam erti kata kerjaya guru sebagai profesion perlu di dasari dengan
beberapa aspek yang perlu diambil kira. Pendekatan aspek ini adalah menerajui
pendidikan

yang

selari

dengan

kemajuan

zaman

kini

atau

futuristik

iaitu

memandang pendidikan jauh ke hadapan. Dengan ini, guru dilengkapkan dengan


kemahiran ICT, kemahiran pedagogi pengajaran dan pembelajaran sepanjang
hayat. Menurut Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang
profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan terkini.
Profesion keguruan juga berkait rapat dengan akauntabiliti guru terhadap
pekerjaannya di sekolah. Seperti mana seorang jurutera kereta, mereka mempunyai
satu tanggungjawab dalam memajukan perindustrian kereta mereka. Jikalau mereka
gagal, setiap daripada anggota yang terbabit akan dipersoalkan tentang kegagalan
yang dihadapinya. Guru juga sebegitu, apabila seseorang bergelar guru, amanah
dan tanggungjawab dalam mendukung aspirasi pendidikan negara bukan suatu
perkara yang boleh dijadikan bahan main-main. Hal sedemikian kerana guru akan
dipersoalkan atas perkara yang dilakukan oleh mereka. Dengan ini, amanah dan
tanggungjawab itu merangkumi sikap profesional guru dalam mengharungi cabaran
pendidikan semasa.
Cabaran yang dilihat bagi melestarikan kerjaya guru sebagai profesion ialah
pengetahuan dan pemahaman guru terhadap ilmu yang diajar serta pendekatan
pedagogi mereka. Menurut Mok Soon Sang (2007) menjelaskan bahawa guru yang
profesional perlulah mengamalkan pengajaran yang efektif. Selain itu juga, guru
profesional bijak mengendalikan emosi murid. Psikologi dan perkembangan kanakkanak menjadi asas pengetahuan guru dalam mengawal emosi murid. Bukan itu
sahaja, dalam menggarap penghayatan terhadap profesion keguruan, guru harus
menjadi anggota masyarakat yang diteladani dan dihormati. Ringkasnya, profesion
keguruan adalah simbolik kepada kemantapan guru dalam membangunkan
pendidikan dan kepakaran itu hanya dilihat layak bagi golongan pendidik.

2.2

Konsep Etika
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai

disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Tujuan etika adalah meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam

perkhidmatan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan


peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Kod Etika Keguruan Malaysia telah diwujudkan bagi mempertingkatkan
profesionalisme keguruan. Kod Etika ini menjadi panduan kepada guru semasa
menjalankan tugas sebagai seorang guru. Guru tidak boleh sewenang-wenangnya
melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk Kod Etika yang digariskan. Antara contoh
etika yang perlu dipatuhi ialah etika berpakaian, etika pergaulan, etika budaya kerja
dan sebagainya. Pemeliharaan Kod Etika ini menjamin kesejahteraan pergerakan
guru dalam bekerja malah memastikan profesion keguruan sentiasa dimartabatkan.
Setiap Kod Etika yang digariskan memiliki amanah dan tanggungjawab yang perlu
dipatuhi oleh guru. Oleh yang demikian itu, setiap Kod tersebut mengandungi
pemanduan dalam memacu kecemerlangan guru.
Pelanggaran kepada Kod Etika membawa padah kepada guru. Terdapat enam
nilai yang perlu ditekuni oleh guru dalam memikul tugas guru ini. Antara nilai
tersebut ialah amanah. Guru yang amanah ialah menggunakan waktu semasa di
sekolah dengan sebaik-baiknya. Apabila guru tidak amanah dengan melanggar Kod
ini, mereka sesuka hati untuk tidak masuk kelas, mengajar sambil lewa, pengajaran
pasif dan sebagainya. Kesan daripada melanggar Kod Etika ini ialah guru akan
dihukum, murid pula tidak mendapat hak pendidikan. Bukan itu sahaja, cerminan
profesionalisme guru jatuh di mata masyarakat. Justeru, nilai-nilai lain yang wajar
diberi

perhatian

oleh

guru

ialah

taat

setia,

amanah,

bersih

dan

jujur,

berakauntabiliti, dan lain-lain lagi.


Ringkasnya, seseorang individu yang menghayati etika perkhidmatan tidak
akan melanggarnya bukan kerana takut kepada tindakan yang akan dikenakan
tetapi akan berasa amat bersalah dari segi profesion perkhidmatannya.

2.3

Konsep Integriti
Integriti sering dikaitkan dengan nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan

juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk


kepentingan diri sendiri. Anggota kuasa yang terbabit perlu menggunakan kuasa

dengan adil dan saksama (INTAN, 1993). Integriti adalah suatu perkara yang
menunjukkan dedikasi seseorang dalam pekerjaannya. Menurut Syed Azaudin
(2005), integriti bermaksud dedikasi

yang diberikan oleh seseorang untuk

melakukan kerja secara efisien. Berhubung dengan kepentingan integriti, maka


Pelan Integriti Nasional (PIN) telah ditubuhkan bagi memupuk budaya etika dan
integriti masyarakat.
Dalam menjunjung integriti dalam kerjaya sebagai seorang guru, maka guru
perlulah telus dan ikhlas dalam melaksanakan kerja mereka. Keikhlasan dan
ketelusan ini menambahkan aura guru dalam membangunkan pendidikan. Guru
yang berintegriti akan sentiasa memastikan cara pengajaran mereka berkualiti,
menambah baik amalan pengajaran, menjadi model kepada masyarakat dan
sebagainya. Nilai integriti yang diterapkan dalam amalan kerja guru dapat
melahirkan guru yang berdaya saing, tidak berasa selesa pada takuk yang sama
dan berlumba-lumba dalam memantapkan kemahiran sedia ada.
Pemupukan budaya integriti ini menjadikan asas kepada guru untuk
berkhidmat dengan lebih cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab. Sikap yang berlawan dengan integriti seperti rasuah,
mementingkan keuntungan diri, pilih bulu merencatkan kelicinan perkembangan
guru. Oleh yang demikian itu, guru akan sentiasa berfikiran global, bertindak secara
terarah, mewujudkan hubungan mesra dengan ibu bapa dan lain-lain semata-mata
memahami bahawa tugas yang dipikul adalah satu amanat pendidikan yang harus
dilaksanakan.

2.4

Kesimpulan
Memahami bahawa kerjaya guru sebagai sebuah profesion adalah penting

kerana amalan profesionalisme guru yang sebenar harus diteladani dalam


pekerjaan sebagai seorang guru. Guru harus sedar bahawa pelbagai usaha
Kementerian Pendidikan dalam memartabatkan profesion keguruan ke persada
dunia, dan adalah tidak wajar bagi seorang guru mengambil mudah terhadap usaha
tersebut dengan melakukan sesuatu perkara yang menjatuhkan imej guru. Selain
itu, guru seharusnya mematuhi Etika Perguruan bagi memastikan kewibawaan guru
5

menyerlah di mata masyarakat. Amalan untuk tidak beretika dalam pekerjaan


sebagai seorang guru akan melenyapkan simbolik martabat guru. Selain itu, guru
perlu menerapkan nilai integriti dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, bahkan
merasa bersalah apabila tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik
mungkin. Sikap endah tidak endah, acuh tidak acuh harus dibuang kerana kesilapan
guru dalam mendidik anak bangsa, memberi kesan kepada keseluruhan generasi
tersebut.

3.0

ISU DAN CABARAN KEPIMPINAN GURU


14 September 2014, Akhbar Utusan Malaysia telah merakamkan satu senario

yang memalukan warga pendidik. Terpampang tajuk utama akhbar, soalan UPSR
bocor amat memalukan telah menguit kredibiliti guru dalam menjalankan amanah
yang diberikan. Menurut bekas Timbalan Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yasin, kejadian yang berlaku itu adalah satu perbuatan yang amat memalukan.
Menurut media massa, soalan UPSR yang dibocorkan ini tersebar luas ke media
sosial seperti facebook, whass up, instagram dan sebagainya.
Kejadian yang berlaku ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan
masyarakat apabila fenomena sedemikian dilihat berulang kali dan seakan-akan
tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak yang berwajib. Menurut akhbar Sinar
Harian, beberapa orang ibu bapa melahirkan rasa kecewa dengan kawalan sistem
peperiksaan

ini.

Mereka

mengatakan

bahawa

sistem

peperiksaan

telah

memusnahkan harapan anak-anak mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam


peperiksaan tersebut. Mereka menjelaskan bahawa sukar untuk menilai mana satu
pelajar dan murid yang benar-benar berkualiti dek kerana isu soalan UPSR bocor ini. Menurut
Haji Darus Awang, kakitangan KPM, fenomena kebocoran soalan adalah satu amalan yang
telah berlaku sejak dari dulu lagi. Namun, isu yang timbul ini disebabkan soalan UPSR tersebut
diuar-uarkan secara terbuka di laman sosial. Sebelum ini, kebocoran tetap berlaku namun
dalam cara yang berlainan iaitu guru mengubah soalan sebenar menjadi bentuk soalan spot.
Kandungan soalan adalah sama, namun bentuk soalan dipelbagaikan. (Sinar Harian 2014)
Isu soalan UPSR bocor ini telah memberi implikasi yang besar dalam
pengurusan peperiksaan di seluruh Malaysia. Apa tidaknya, seramai 472, 853 calon
6

peperiksaan seluruh negara perlu mengambil semula peperiksaan Bahasa Inggeris


serta Sains. Sehubungan dengan itu, pihak JSU terpaksa menggubal semula soalan
peperiksaan

dan

standard

kelulusan

kecemerlangan

bagi

tahun

tersebut

diperketatkan. Bagi murid yang menduduki peperiksaan terpaksa membuat ulang


kaji semula dan mengikuti kelas tambahan. Bukan itu sahaja, perkara ini telah
menjejaskan motivasi murid-murid dalam musim peperiksaan. Pihak sekolah pula,
terpaksa berhadapan dengan siasatan daripada pihak polis mengikut Akta Rahsia
Rasmi dalam menyelesaikan kes tersebut. Oleh yang demikian itu, kebocoran
soalan UPSR ini mendatangkan banyak keburukan kepada sekolah, khususnya
murid. Kementerian Pendidikan juga tidak pernah lengang dengan ajukan soalan
yang bertubi-tubi dari pelbagai pihak yang terpaksa dijawab, walhal dalam masa
yang sama menanggung malu atas sikap segelintir pihak yang menjatuhkan imej
pendidikan.
Tanda tanya siapa yang perlu dipersalahkan?, menjadi bualan hangat
dalam membincangkan masalah ini. Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya pihak
yang bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam membanteras masalah
kebocoran

soalan

UPSR

dipertanggungjawabkan?.

ini,

namun

siapakah

mereka

itu

yang

perlu

Berdasarkan laporan Bernama Astro Awani (2014),

penyediaan serta penghantaran kertas soalan dikawal ketat sepenuhnya. Kertas


soalan disediakan terlebih dahulu sebelum dihantar ke England untuk dicetak.
Setelah itu, kertas soalan akan dibungkus dan dihantar ke bilik kebal bagi setiap zon
di sesebuah negeri. Bermulanya di situ, guru akan mengambil kertas tersebut pada
hari peperiksaan dan membukanya di hadapan calon peperiksaan.
Kebocoran kertas soalan ini boleh berlaku pada mana-mana tempat. Dalam
kes ini, pihak atasan iaitu penggubal soalan atau pihak yang menjaga bilik kebal
boleh dipersalahkan kerana guru-guru di sekolah tidak memiliki autoriti dalam
memecah masuk pengawasan yang sedia ada serta dikawal rapi tersebut. Namun
dalam hal sedemikian, guru besar perlu memainkan peranan yang penting dalam
memastikan kebocoran soalan UPSR tidak berleluasa. Dalam keadaan sedemikian,
guru besar seharusnya tidak memberi kompromi kepada mana-mana guru yang
terlibat dalam pembocoran soalan UPSR. Adalah maklum kepada beliau akan
fenomena ini yang akan berlaku bagi musim peperiksaan. Oleh yang demikian,
peranan guru besar adalah memberi penerangan kepada guru-guru supaya
7

bersikap integriti dalam menjaga kemurnian soalan peperiksaan. Sebagai orang


atasan gaya kepimpinan kontigensi dilihat berkesan dalam membanteras isu ini.
Kepimpinan kontigensi ialah apabila Guru Besar menyesuaikan keadaan atau
keperluan yang wujud (Amir Hasan Dawi 2006).
Menurut
diasingkan

Abdul

kepada

Ghani

Abdullah

perhubungan

(2008),

pemimpin,

situasi-situasi
pengikut,

tersebut

struktur

dapat

kerja

serta

kedudukan kuasa. Guru Besar menggunakan kuasanya untuk memberi ganjaran


atau hukuman kepada orang yang dipimpin. Jaminan keselamatan daripada soalan
UPSR dibocorkan lagi dapat dihentikan sekiranya Guru Besar lantang dan tegas
dalam memberi amaran kepada guru-guru berkenaan isu kebocoran soalan UPSR
ini. Namun begitu, perkara ini tidak akan berjalan, sekiranya, Guru Besar tidak
menerapkan nilai etika dan integriti dalam kalangan guru. Guru seharusnya jelas
dan faham bahawa etika guru adalah amanah dalam bekerja. Apabila amanah ini
tidak dijaga, maka guru telah mengkhianati profesion keguruan yang mulia ini. Guru
juga perlu berintegriti dalam membendung masalah ini dengan memaklumkan
kepada Guru Besar jika berlaku kebocoran soalan. Setelah itu, Guru Besar akan
mengambil tindakan tanpa ada budi bicara bagi memperlihatkan kepada anggota
yang dipimpin bahawa perbuatan tersebut tidak bermoral dan memalukan warga
pendidik.
Sebagai pemimpin, Guru Besar perlu mempunyai hubungan yang baik
dengan orang bawahannya. Teori perhubungan manusia boleh diaplikasikan dalam
membina

hubungan

antara

pemimpin

dengan

orang

yang

dipimpin.

Teori

perhubungan manusia bermaksud perlakuan pemimpin yang memberi kesan


terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Pemimpin yang
berpegang kepada teori perhubungan manusia ini akan sentiasa mengambil berat
kepada tugas dan orang bawahannya serta menjaga perhubungan baik dengan
pengikutnya. (Syed Ismail dan Ahmad Subki 2014).
Isu

kertas

soalan

bocor

sebenarnya

mempunyai

perkaitan

dengan

kebersamaan guru dalam mengharumkan nama sekolah dari sudut kecemerlangan


akademik. Namun demikian, mengambil langkah dengan terlibat sama dalam
pembocoran kertas soalan peperiksaan adalah salah dan tidak bertepatan dengan
budaya

kecemerlangan

itu.

Guru-guru
8

bertungkus-lumus

dalam

memberi

pencapaian yang terbaik untuk sekolah dalam subjek yang diajarnya atas tiket
mengejar

identiti

sekolah

berprestasi

tinggi

atau

kluster.

Desakan

untuk

mengekalkan kecemerlangan tersebut, memerlukan satu garis kecemerlangan yang


berterusan dan memerlukan momentum yang tinggi untuk menjaga kecemerlangan
sekolah. Oleh itu, sememangnya guru berada di bawah tekanan yang memaksa
mereka mengambil jalan mudah dengan berkomplot untuk membocorkan soalan
UPSR.
Peranan Guru Besar adalah memahami tugas guru dan mengambil berat
terhadap tugas mereka. Dalam pengendalian kes ini, guru besar menjadi penaung
utama dalam memantau aktiviti guru di sekolah. Sebelum peperiksaan bermula,
Guru Besar perlu memberitahu guru-guru agar mengekalkan kecemerlangan
sekolah dengan cara yang betul. Membocorkan soalan UPSR adalah salah dan tidak
membantu perkembangan murid dalam pelajaran. Murid disogok dengan soalansoalan tersebut adalah melanggar etika dan integriti perguruan. Guru Besar boleh
mendesak untuk mencapai kecemerlangan, namun dalam situasi yang harmoni
seperti, tidak membebankan tugas guru, memberi kepercayaan kepada guru, dan
meyakini bahawa guru telah melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid. Jika
pencapaian merosot, Guru Besar tidak menyalahkan sepenuhnya pada guru, namun
berpihak pada guru dan bersama-sama membina kecemerlangan yang baharu.
Kesimpulannya, isu soalan UPSR bocor berkait rapat dengan profesionalisme
dalam diri guru. Guru yang profesional, beretika, dan berintegriti tidak akan
melakukan perbuatan sedemikian. Peranan Guru Besar sebagai pemimpin dilihat
penting dalam membendung masalah soalan UPSR bocor ini daripada terus
berleluasa. Sebagai pemimpin, mereka harus tahu arah kedudukan mereka dan
tanggungjawab mereka dalam membanteras fenomena ini. Pemimpin yang baik
akan sentiasa menjadi konsep profesion guru yang dibincangkan tadi.

4.0

RUMUSAN
Guru yang mempunyai ciri-ciri profesional, beretika dan berakauntabiliti amat

penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada
banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia
pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng
dan di laksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan
negara.

Usaha

tersebut

berterusan

pelaksanaannya

sehingga

kini

dengan

penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap


profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang
kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang
adalah

hasil

didikan

daripada

pendidik

yang

cemerlang

dengan

ciri-ciri

profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti,


integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan
sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait
rapat dalam dunia pendidikan.

10