Anda di halaman 1dari 27

Pengaruh

Manusia
Terhadap
Cuaca dan
Iklim

KESAN

Manusia menjalankan pelbagai kegiatan untuk


mencapai kemajuan.
Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk
membuka kawasan pertanian, petempatan,
dan perindustrian.
Kegiatan manusia ini telah membawa kesan
buruk terhadap alam sekitar serta dapat
mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu
kawasan.
Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca
dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau,
peningkatan suhu, pulau haba, jerebu,
penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan
kemarau.

JEREBU
Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu
yang mencemari udara.
Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu
menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan
berpenduduk padat.
Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan
bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.
Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan
pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu
menjadi jerebu.
Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan
runtuhan bangunan yang berterusan.

Jerebu akan memudaratkan kesihatan


manusia. Contohnya, ialah sakit mata
(konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis),
masalah pernafasan dan asma.
Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan
di jalan raya, kapal terbang mendarat dan
berlepas.
Suhu udara di bandar pada waktu malam
menjadi lebih panas.
Kandungan asid dalam hujan juga
bertambah.
Kadar fotosintesis berkurangan akibat
daripada jerebu yang berpanjangan

KESAN RUMAH HIJAU


Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi
bumi menyeimbangkan suhu di atmosfera.
Di sekeliling bumi terdapat lapisan
atmosfera.
Cahaya matahari yang menembusi lapisan
atmosfera akan memanaskan permukaan
bumi.
Sesetengah daripada haba ini akan terus
dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.

Kesan rumah hijau adalah fenomena


pemanasan bumi akibat banyak haba
terperangkap dalam lapisan
atmosfera.
Lapisan ini terdiri daripada beberapa
jenis gas iaitu karbon dioksida,
klurofulrokarbon,metana, dan nitrus
oksida.
Gas ini dikenali sebagai gas RUMAH
HIJAU.
Cahaya matahari yg. Menembusi
lapisan atmosfera akan

Sesetengah daripada haba ini akan terus


dipancarkan kembali oleh bumi ke
angkasa.
Namun, kebanyakkan haba yang
dipancarkan balik ke bumi terperangkap di
atmosfera oleh gas2 rumah hijau.
Pelbagai kegiatan yang dilakukan oleh
manusia telah menyebabkan gas-gas
rumah hijau di atmosfera bertambah
banyaknya.
Keadaan ini meningkatkan suhu di
atmosfera kerana gas2 ini memerangkap
lebihan haba dari bumi.

Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis


gas seperti karbon dioksida(CO2),
klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus
oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas
rumah hijau.
Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang
dipancarkan oleh bumi.
Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan
haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa
lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.
Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.

Kesan rumah hijau adalah penting kerana


sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min
suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.
Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia
telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di
atmosfera bertambah dengan banyaknya.
Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera
bumi kerana gas-gas ini memerangkap
lebihan haba dari bumi.

Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau


yang paling banyak dikeluarkan.
Dalam beberapa abad kebelakangan ini
dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam
atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.
Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan
karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.
Penebangan dan pembakaran hutan turut
menambahakan kandungan karbon dioksida
dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di
bumi menjadi semakin panas.

Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang


matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah
hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat
reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian,
penternakan, dan pelupusan sampah.
Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah
melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke
udara.
Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas
penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina,
dan penggunaan bahan aerosol.
Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat
pembakaran sampah sarap secara terbuka.

PULAU HABA
Pembangunan yang semakin pesat di bandar
menyebabkan banyak kawasan hutannya yang
ditebang untuk tujuan pembinaan.
Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat,
serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan
memerangkap haba.
Pergerakan udara dan angin adalah terhad
kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara
panas kekal dan meningkatkan suhu pada
waktu malam akibat daripada pelepasan haba.

Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar


menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu
meningkatkan suhu udara.
Kilang dan kenderaan bermotor
mengeluarkan bahan pencemar seperti debu,
habuk, dan gas yang menyerap bahang
matahari dan memantulkan bahangan bumi.
Keadaan ini mengehadkan proses bahangan
bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu
meningkat.

Haba juga dibebaskan daripada kenderaan


bermotor, kilang dan pembakaran sampah.
Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara
di bandar lebih panas jika dibandingkan
dengan suhu di kawasan pinggir bandar
yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.
Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan
suhu di pusat bandar dengan suhu di
pinggir bandar dapat mencecah 4C.

Anda mungkin juga menyukai