Anda di halaman 1dari 2

Perjanjian Sewa Kereta Terma dan Syarat

Kewajipan pemajak
1. Pemajak bersetuju untuk mematuhi terma
dan syarat daripada perjanjian sewa No. ________________ _______________
bagi kenderaan yang dinyatakan di dalam perjanjian ini (selepas daripada ini
dirujuk sebagai kenderaan atau kereta). Pemajak telah menerima satu salinan
perjanjian pajak serta terma dan syarat. Pemajak menerima dan telah sedia
maklum dengan perjanjian pajak dan terma tersebut.
2. Pemajak hendaklah memegang lesen memandu yang sah atas nama beliau dan
mesti mengemukakan lesen tersebut semasa menandatangani perjanjian pajak ini.
3. Pemajak hendaklah memulangkan kenderaan:

a. Dengan semua aksesori (termasuk tayar dan peralatan) dalam keadaan yang sama
sebagaimana ia diambil, kehausan biasa akibat penggunaan dikecualikan.
b. Pada masa yang ditetapkan di dalam perjanjian sewa tersebut, melainkan telah
dipersetujui kemudiannya.
c. Ke alamat pemberi pajak, kecuali telah membuat perjanjian lain.
d. Memenuhkan tangki dengan bahan api yang sesuai. Sekiranya kenderaan tidak
dipulangkan dengan tangki bahan api yang penuh, pemberi pajak dibenarkan
untuk mengenakan caj kepada pemajak atas kuantiti bahan api yang terkurang,
berserta yuran servis mengikut senarai harga agensi sewa yang terdapat di premis
perniagaan pemberi pajak, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum.

4. Pemajak hendaklah membayar harga bahan api dan kos lain yang berkaitan dengan
pengendalian kenderaan semasa kenderaan di bawah jagaan beliau, di mana,
seperti yang dimaksudkan di dalam perjanjian ini, iaitu tempoh masa yang tidak
lebih singkat daripada masa yang dikira daripada ketika kenderaan itu disediakan
kepada pemajak sehingga pemberi pajak mendaftarkan ke dalam sistemnya bahawa
kenderaan telah dipulangkan; pendaftaran sedemikian hanya boleh dilaksanakan
semasa waktu bekerja pemberi pajak.
5. Sekiranya pemajak gagal memulangkan kenderaan pada masa yang dipersetujui
selaras dengan perjanjian ini atau gagal memaklumkan pemberi pajak tentang hasrat
beliau untuk memanjangkan pajakan, pemberi pajak atau Polis boleh mengambil
balik kenderaan tersebut tanpa notis selanjutnya dan di atas perbelanjaan pemajak.
Lanjutan sewa adalah tertakluk kepada kelulusan pemberi pajak. Jika pemajak
memulangkan kenderaan satu jam atau lebih daripada tempoh tamat sewaan yang
dipersetujui, pemberi pajak boleh mengenakan caj sehingga satu hari penuh selaras
dengan perjanjian ini. Bagi setiap hari selepas itu, pemberi pajak boleh mengenakan
yuran mengikut senarai harga yang pemajak sendiri telah sedia maklum.
6. Pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj pembersihan
seperti di dalam senarai harganya jika, mengikut penilaian pemberi pajak, terdapat
kotoran yang berlebihan di bahagian dalam kenderaan semasa kenderaan
dipulangkan. Senarai harga telah disediakan di premis perniagaan pemberi pajak.
7. Merokok di dalam kenderaan dilarang keras. Sekiranya pemajak melanggar
peruntukan ini, pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj
pembersihan mengikut senarai harga yang boleh didapati di premis perniagaan
pemberi pajak dan di mana pemajak sendiri telah sedia maklum.
8. Kenderaan hendaklah dikendalikan dan dipandu dengan cermat. Hanya mereka
yang berdaftar sebagai pemandu menurut perjanjian pajak antara kedua belah
pihak ini berhak memandu kenderaan tersebut. Pemajak bertanggungjawab atas
kerosakan akibat penggunaan kenderaan dan yang mana tiada pampasan yang
akan dibayar oleh syarikat insurans, termasuk kerosakan kepada kenderaan dan/
atau menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang mungkin berpunca oleh
berikut:
a. Pemanduan lasak, sebagai contoh lorong dan trek, di pantai, di kawasan yang
hanya boleh dilalui semasa air surut, atau di kawasan tanpa trek lain.
b. Memandu dalam air, menyeberangi sungai atau di atas sebarang jenis laluan air.
c. Penggunaan sebarang bahan memabukkan oleh pemandu.
d. Penggunaan kenderaan yang bercanggah dengan undang-undang Iceland dan/atau
peruntukan terma pajakan ini.
e. Sebarang tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang melampau.
f. Mengendalikan kenderaan di bawah syarat yang diperuntukkan di dalam fasal ini
turut dilarang kecuali diperuntukkan dengan jelas di dalam perjanjian antara kedua
belah pihak dan/atau terma-terma tersebut.

9. Di samping perkara yang disenaraikan dalam Artikel 8 daripada terma pajakan ini
pemajak tidak boleh menggunakan kenderaan di dalam keadaan berikut:
a. Memandu kenderaan yang bukannya AWD/4x4 di atas jalan raya yang bertanda
F pada peta rasmi serta Kjalvegur (jalan 35), melalui Kaldidalur (jalan 550) dan
laluan Jkulhls (jalan 570). Pencabulan terhadap artikel ini tertakluk kepada denda
yang dikenakan oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun
tanggungan sendiri/boleh ditolak daripada Penepian Kerosakan Perlanggaran
(selepas daripada ini CDW), mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap
kali, Peruntukan terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk
membayar atas kerosakan.
b. Memandu jip AWD/4x4 lebih kecil yang diklasifikasikan sebagai ekonomi dan
pertengahan di atas jalan F-88 dan F-894 (skjulei), F-249 (rsmrk) dan
F-578. Pencabulan terhadap larangan ini tertakluk kepada denda yang dikenakan
oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun tanggungan

Edisi: 2015.04.15 - 01 Malaysska

sendiri CDW mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap kali. Peruntukan
terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk membayar atas
kerosakan. Memandu jip AWD/4x4 yang lebih besar di atas jalan raya ini dibenarkan,
dengan syarat pemajak mengamalkan sikap yang amat berhati-hati.
c. Memandu di dalam hanyutan salji atau di atas ais.
d. Meskipun terdapat peruntukan larangan pada perkara (b) Artikel 8 daripada terma
ini (Memandu di dalam air, menyeberangi sungai atau sebarang jenis laluan air)
pemajak boleh meminta kenderaan yang sesuai dengan pemanduan sedemikian,
dengan syarat tohor tersebut telah menjadi cetek semasa merentasi sungai pada
kelajuan 4 kilometer sejam; walau bagaimanapun, ini hendaklah dinyatakan secara
khusus di dalam perjanjian pajak. Pemanduan sedemikian adalah sepenuhnya
di bawah tanggungan dan tanggungjawab pemajak, rjk. perkara (b) Artikel 8 dan
perkara (i) Artikel 27 daripada terma tersebut. Pemajak mempunyai pilihan untuk
membeli insurans Menyeberang Tohor Sungai yang khusus (RFC), di mana ia
merangkumi kenderaan AWD/4x4 yang cuba menyeberangi tohor pada kelajuan
yang kurang daripada 4 kilometer sejam.

10. Sekiranya berlaku perlanggaran atau kemalangan, pemajak hendaklah


memaklumkan insiden tersebut dengan serta-merta kepada pihak berkuasa Polis
yang berkaitan serta pemberi pajak dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan lokasi
kejadian sehingga ketibaan pihak Polis. Pemajak hendaklah melengkapkan borang
laporan kerosakan dengan serta-merta sekiranya berlaku kerosakan. Jika pemajak
tidak melaporkan kerosakan pada kenderaan dengan segera semasa tempoh
sewaan, beliau akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kerosakan yang
dinyatakan.
11. Seandainya pemberi pajak perlu mengambil atau telah mengambil kenderaan
tersebut selepas perlanggaran atau kemalangan, pemajak bertanggungjawab ke
atas segala kos seperti yang dinyatakan di dalam senarai harga pemberi pajak
pada setiap kali. Seandainya pemberi pajak dan/atau pemajak memerlukan
khidmat pihak ketiga untuk menyelamatkan atau mengangkut kenderaan tersebut,
kos penyelamatan tersebut akan mengikut senarai harga penyelamat, yang mana
pemajak sendiri hendaklah telah sedia maklum sebelum menggunakan khidmat
penyelamat tersebut. Pemajak sendiri telah sedia maklum dengan senarai harga
pemberi pajak yang boleh didapati di premis perniagaan pemberi pajak.
12. Bilangan kilometer (km) yang telah dilalui oleh kenderaan semasa perjanjian ini
berkuatkuasa ditentukan melalui bacaan daripada meter sesuai yang dibekalkan
oleh pengeluar kenderaan. Pemajak hendaklah melaporkan pemberi pajak secepat
mungkin kepada pemajak sekiranya meter tersebut telah rosak atau malfungsi
semasa tempoh sewaan.
13. Pemajak bersetuju untuk membayar kepada pemberi pajak bila diminta:

a. Deposit, jika sesuai, bersamaan dengan kos sewaan yang dijangkakan.


b. Segala perbelanjaan yang ditanggung oleh pemberi pajak atas alasan terpaksa
memulangkan kenderaan ke premis pemberi pajak sekiranya kenderaan tersebut
ditinggalkan tanpa penjagaan tidak kira apa jua keadaannya, keadaan jalan raya
atau cuaca.
c. Denda serta yuran pengendalian disebabkan penalti (mengikut senarai harga yang
boleh didapati di premis perniagaan) yang mungkin terakru kepada kenderaan
semasa ia di bawah jagaan pemajak.

14. Pemajak tidak dibenarkan membaiki atau menukar kenderaan mahupun aksesorinya
dan tidak dibenarkan untuk mengizinkan sebarang sandaran terhadap kenderaan
tersebut tanpa persetujuan daripada pemberi pajak terlebih dahulu.
15. Pemajak bertanggungjawab ke atas segala tiket meletak kenderaan dan denda
terhadap kesalahan lalu lintas.
16. Pemajak tidak dibenar untuk menggunakan kenderaan bagi menawarkan
pengangkutan kepada penumpang untuk mendapat bayaran, meminjamkan
kenderaan atau menyewakannya semula.

Kewajipan pemberi pajak


17. Pemberi pajak berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan
pada masa yang dijanjikan dan menuruti segala keperluan.
18. Sekiranya kenderaan rosak disebabkan kehausan biasa atau atas alasan lain di
mana pemajak tidak boleh dipertanggungjawabkan, pemberi pajak hendaklah
menghantar kenderaan baharu kepada pemajak secepat mungkin atau memastikan
supaya kenderaan tersebut dibaiki secepat mungkin di lokasi yang diputuskan oleh
pemberi pajak. Perkara di atas tidak akan menjejaskan pembayaran yuran sewaan
atau yuran lain yang wajib dibayar oleh pemajak mengikut perjanjian sewa ini.
Pemberi pajak tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya terjadi keadaan
yang dinyatakan di atas, sama ada untuk penginapan mahupun alasan lain.
19. Pemberi pajak hendaklah memaklumkan kepada pemajak mengenai kandungan di
dalam perjanjian sewa ini dan secara khususnya tentang tanggungjawab yang beliau
janjikan semasa menandatangani perjanjian ini.
20. Pemberi pajak hendaklah, sekadar yang termampu, memberitahu pemajak luar
negara tentang undang-undang lalu-lintas Iceland, tanda lalu-lintas dan undangundang terhadap pemanduan di luar jalan raya. Tambahan lagi, pemberi pajak
hendaklah memaklumkan kepada pemajak tentang risiko di atas jalan raya yang
boleh diakibatkan oleh haiwan, jalan batu kelikir dan jalan berais.
Parap pemajak: _________

21. Jika pemberi pajak berhasrat untuk mengenakan batasan terhadap penggunaan
kenderaan tersebut memandangkan keadaan kelengkapannya dan/atau keadaan
jalan raya, batasan sedemikian mestilah dicatatkan secara bertulis semasa
menandatangani perjanjian sewa ini.
22. Pemberi pajak berjanji untuk memegang insurans indemniti profesional sepanjang
masa.
23. Pemberi pajak tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kehilangan atau
kerosakan pada harta benda yang pemajak atau pihak ketiga simpan atau bawa di
dalam atau pada kenderaan.

Insurans
24. Segala insurans kenderaan bermotor berkanun telah dimasukkan di dalam caj sewa,
termasuk insurans liabiliti pihak ketiga dan insurans kemalangan untuk pemandu dan
pemilik, berserta insurans Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) dengan amaun
tanggungan sendiri yang telah ditentukan terlebih dahulu seperti yang disenaraikan
di dalam senarai harga, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum sendiri.
25. Insurans liabiliti pihak ketiga adalah amaun yang tercatat oleh undang-undang
Iceland pada bila-bila masa yang ditentukan. Amaun yang mesti dibayar oleh
pemajak boleh ditolak sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan hendaklah
pada amaun sehingga nilai penuh kenderaan tersebut, rjk. spesifikasi lanjutan pada
amaun yang berkaitan dengan liabiliti peribadi di dalam perjanjian sewa.
26. Pemajak boleh membeli insurans tanggungan sendiri yang lebih rendah menerusi
insurans Penepian Kerosakan Perlanggaran Super (CDW Super) mengikut senarai
harga, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum. Tanggungan sendiri dalam
setiap keadaan kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.
27. CDW dan CDW Super tidak melindungi:

a. Kerosakan yang disebabkan dengan sengaja atau akibat kecuaian pemandu yang
melampau.
b. Kerosakan yang berlaku akibat pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol,
ubat perangsang atau sedatif atau sebaliknya telah tidak mampu mengendalikan
kenderaan tersebut dengan selamat.
c. Kerosakan kerana berlumba atau ujian memandu.
d. Kerosakan akibat peperangan, revolusi, rusuhan atau ketidaktenteraman awam.
e. Kerosakan disebabkan oleh haiwan.
f. Lubang ubang terbakar pada tempat duduk, karpet dan alas kaki.
g. Kerosakan yang hanya menjejaskan roda, tayar, suspensi, bateri, cermin, tingkap,
radio serta kerosakan akibat kecurian komponen kenderaan yang tersendiri dan
kerosakan-kerosakan yang berbangkit dari situ.
h. Kerosakan akibat memandu di atas jalan yang kasar, umpamanya pada kotak gear,
pemacu dan komponen lain atau di bawah casis, kerosakan pada casis akibat
bergeser dengan permukaan tidak rata umpamanya batas yang tertinggal oleh
perata jalan, batu-batuan yang timbul dan melekat pada tanah di atas jalan raya
atau kawasan yang bersebelahan dengan pinggir jalan raya. Perkara yang sama
juga terpakai kepada kerosakan akibat batu yang melayang daripada permukaan
jalan raya dan terkena di bahagian bawah kenderaan semasa memandu.
i. Kerosakan akibat memandu di tempat yang kenderaan tidak dibenarkan melaluinya,
umpamanya di atas trek, laluan kasar, di dalam hanyutan salji atau di atas ais,
memandu menyeberangi sungai atau anak sungai yang tidak mempunyai jambatan,
melalui kawasan yang hanya boleh dilalui semasa air surut atau kawasan di luar
jalan raya yang lain. Akan tetapi, insurans akan memberi pampasan bagi kerosakan
yang bersebab apabila pemandu terbukti telah terpaksa meninggalkan jalan utama,
sebagai contoh untuk dibaiki.
j. Kerosakan pada kereta penumpang yang berlaku semasa kenderaan dipandu atas
jalan raya yang bertanda F pada peta rasmi dan jalan raya yang dinyatakan dalam
perkara (a) Artikel 8.
k. Kerosakan pada jip AWD/4x4 dalam kategori ekonomi dan pertengahan
disebabkan memandu di atas jalan raya yang bertanda F yang dinyatakan pada
perkara (b) Artikel 9.
l. Kerosakan yang disebabkan oleh pasir, batu kerikil, debu atau pumis atau bahan
bumi lain yang ditiup ke atas kenderaan.
m. Kerosakan air kepada kenderaan.
n. Jika kenderaan dibawa melalui laut, kerosakan yang disebabkan oleh air laut tidak
diberikan pampasan.
o. Dalam keadaan lain, rujukan telah dibuat kepada terma dan syarat umum daripada
Penepian Kerosakan Perlanggaran.

28. Pemajak boleh mengurangkan tanggungan sendiri dan menambah perlindungan


melalui pembelian CDW Grand dan CDW Premium. Tanggungan sendiri dalam
setiap kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.

a. CDW Grand merangkumi CDW Super dan sebagai tambahan melindungi kerosakan
pada tingkap, lampu depan dan kerosakan pada cat kenderaan disebabkan oleh
batu kerikil atau batu yang melayang daripada jalan raya dan terkena kenderaan
berpunca daripada kenderaan lain yang lalu di atas jalan batu kerikil. Ia juga
melindungi kerosakan kepada casis kenderaan yang disewa, seperti sistem ekzos,
kotak gear dan enjin jika kenderaan bergeser dengan permukaan jalan raya biasa
atau di atas jalan raya yang bertanda F sekiranya kenderaan itu sesuai untuk jalanjalan sedemikian.
b. CDW Premium terdiri daripada CDW Grand serta perlindungan daripada pasir dan
debu (SAAP).
c. Peruntukan umum yang dinyatakan dalam perkara (a) Artikel 27 juga terpakai
kepada CDW Grand dengan pengecualian terhadap perkara (h) Artikel 27, dan CDW
Premium, dengan pengecualian terhadap perkara (h) dan (l) Artikel 27.

29. Di samping itu, pemajak boleh membeli perlindungan terhadap pasir dan debu
(SAAP), yang melindungi kerosakan pada cat, tingkap, lampu, plastik, krom dan
roda, yang disebabkan oleh pasir, batu kerikil, debu, pumis atau bahan bumi lain
yang ditiup ke arah kenderaan tersebut. Tanggungan sendiri sekiranya terjadi
kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.
30. Pemajak juga mempunyai pilihan untuk membeli perlindungan insurans kerosakan
air khusus, yang merangkumi kenderaan AWD/4x4 yang cuba menyeberangi
tohor pada kelajuan yang kurang daripada 4 kilometer sejam. Tanggungan sendiri
sekiranya terjadi kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.

Peruntukan umum
31. Perjanjian sewa, berserta terma pajakan ini, mestilah sentiasa disimpan di dalam
kenderaan di sepanjang tempoh sewaan.
32. Penambahan atau perubahan kepada terma pajakan dan peruntukan daripada
perjanjian sewa hendaklah dilakukan secara bertulis.
33. Pemberi pajak dibenarkan untuk mengenakan caj kos sewaan pada kad kredit
pemajak serta kos-kos lain yang mesti dibayar oleh pemajak mengikut perjanjian
sewa ini. Masa pembayaran dan sama ada ia perlu dibayar sekali gus adalah
sepenuhnya atas budi bicara pemberi pajak. Hak ini kekal tidak terjejas selama
enam bulan sesudah kenderaan itu dipulangkan kepada pemberi pajak.
34. Pemajak mengesahkan bahawa dengan menurunkan tandatangan pada perjanjian
sewa serta terma dan syarat ini, beliau telah menerima kenderaan serta aksesorinya
dalam keadaan yang baik.
35. Jika kenderaan tersebut rosak sepanjang tempoh sewa akibat perlanggaran atau
atas sebab-sebab lain, pemajak hanya berhak untuk mendapat kenderaan baharu
mengikut terma perjanjian yang berkuatkuasa dengan syarat kerosakan tersebut
akan diberi pampasan selaras dengan peruntukan di dalam perjanjian sewa atau
insurans CDW kenderaan tersebut, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 21.
Sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dilindungi oleh insurans CDW kenderaan
tersebut, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 24, kenderaan baharu
tidak akan disediakan kepada pemajak untuk baki tempoh sewaan tersebut. Perkara
yang sama juga terpakai sekiranya kerosakan tersebut disebabkan oleh pemajak
melalui kecuaian yang melampau atau dengan sengaja atau ia jatuh di bawah
peruntukan Artikel 8 dan 9 daripada terma pajakan ini.
36. Perjanjian ini dicapai berdasarkan kepada terma dan syarat di atas, termasuk
kemungkinan tuntutan pampasan yang boleh di buat, jika bersesuaian, akan
ditentukan oleh undang-undang Iceland. Ini terpakai kepada kedua-dua asas dan
pengiraan pampasan. Ia juga terpakai kepada tuntutan pampasan berdasarkan
kepada liabiliti tidak kontraktual.
37. Sekiranya berlaku pertikaian yang timbul berhubung dengan tafsiran atau
pelaksanaan perjanjian ini, kedua belah pihak hendaklah berusaha untuk
menyelesaikan pertikaian sedemikian melalui perbincangan. Jika perjanjian ini tidak
dicapai, kes ini boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Daerah Reykjavk.

Dengan persetujuan penuh di atas, kedua belah pihak mengesahkan perjanjian ini dengan tandatangan mereka.
Lessor: Brimborg ehf. reg. ID 7012770239, Bldshfa 6, 110 Reykjavk Thrifty independent licensee in Iceland
Tempat: ____________________________

Tarikh: __________________________

Tandatangan pemajak: ____________________________________________________


Tandatangan pemberi pajak (nama dan Nombor ID peribadi pekerja) _________________________________________________
Edisi: 2015.04.15 - 01 Malaysska

Anda mungkin juga menyukai