Anda di halaman 1dari 7

TAJUK: PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUS PEMBELAJARAN DALAM

PENGAJARAN ABAD 21
Assalamualaikum wbt, saudara dan saudari, filem Children of Heaven arahan majid
majdi, seorang pengarah filem iran tahun 1997 mengisahkan epilog dua orang adik
beradik

yang

sanggup

berkongsi

sepasang

kasut

untuk

kesekolah

demi

mendapatkan pendidikan. Atas kesedaran tinggi nilai ilmu dan tingginya nilai
pendidikan yang ada pada filem ini lantas Children of Heaven diangkat

sebagai

filem terbaik anugerah akademi tahun 1998. Sekalung barakah buat puan anis
salwa binti ahmed, seterusnya rakan-rakan yang sudi melapangkan masa. Apa
khabar rakyat 1Malaysia?
Saudarai dan saudari,
Ali dan Zahra, dua orang kanak-kanak yang sanggup berjuang dan berkorban apa
sahaja, demi mendapatkan pendidikan. Lantas atas rasa cakna dan kesedaran yang
sama, saya tampil di hadapan anda untuk berbicara peranan guru pada hari ini
dalam melaksanakan pengajaran abad ke 21. Saudara dan saudari, pendidik
ataupun guru pada hari ini boleh kita definisikan sebagai murabbi, muaddib,
mudarris, muallim dan juga mursyid.
Secara asasnya guru sebagai seorang pengurus bilik darjah berperanan atau
bertanggungjawab dalam memberikan panduan serta galakan kepada anak-anak
didiknya, menjadi pengajar atau pakar mata pelajaran, menetukan peraturan dan
rutin di dalam bilik darjah, memberikan contoh teladan yang baik (role model)
kepada murid dan juga menjadi pengawal disiplin serta agen kepada pengubah
tingkah laku murid-murid. Selain itu, ketika di dalam bilik darjah , peranan guru
adalah

berdasarkan

kepada

elemenelemen

seperti

merancang,

mengelola,

mengarah dan juga mengawal.


Abad ke-21 pula ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan
Zaman Kristian ataupun Zaman umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah
dari 2001 hingga 2100. Abad ke-21 adalah abad yang sangat berbeza dengan abadabad sebelumnya. Maka saudara dan saudari, secara keseluruhannya maudu
pidato kita pada hari ini mengkehendakkan kita untuk sama-sama bercerita

mengenai sejauhmana peranan guru pada hari ini, dalam menjadi penggerak,
pelaksana dan pengelola kepada pengajaran dan pembelajaran abad 21.
Hadirin sekalian,
Pendidikan

sebenarnya

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dalam

pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti dan


cemerlang merupakan satu usaha membangunkan generasi muda pada alaf baru
ini. Pendidikan juga memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan
sesebuah Negara memiliki rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan
menjadi aset kepada Negara pada masa hadapan. Sistem pendidikan kebangsaan
memerlukan

usaha-usaha

yang

mantap

dan

sistematik

bagi

membolehkan

peningkatan keupayaan serta kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang lebih


tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ini secara
global dan memenuhi aspirasi Negara dalam

menyahut seruan kerajaan dalam

bidang pendidikan secara menyeluruh sejajar dengan kehendak Negara melalui


saluran wawasan 2020.
Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk
tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan
pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis
untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin. Kesimpulan Abad ke-21
begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologimaklumat dan
komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini.
Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan
keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan
dalam bidang pendidikan.
Rakan seperjuangan yang saya hormati,
Tuntutan dunia antarabangsa terhadap tugas guru memasuki abad ke-21
bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Guru diharapkan mampu serta
dapat menyelenggarakan proses pembelajaran yang bertumpu dan melaksanakan
empat tonggak pembelajaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa
UNESCO untuk Pendidikan, iaitu:

learning to know

learning to do

learning to be

learning to live together

Jika diteliti keempat asas yang tersebut menuntut seorang guru untuk lebih
kreatif, bekerja secara tekun dan harus mampu serta ingin meningkatkan
kemampuannya. Berdasarkan tuntutan tersebut seorang guru sememangnya
dituntut untuk berperanan lebih aktif dan lebih kreatif.

Hadirin sekalian,

Pakar pendidikan di kebanyakan Negara menyedari hakikat bahawa

kanak-kanak memerlukan kemahiran lebih daripada 3M (menulis, membaca, dan


mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi
pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti menjadi
semakin penting. Di singapura individu yang lengkap haruslah merupakan individu
yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang
dengan aktif dan merupakan warganegara yang prihatin. Namun begitu, di Malaysia
konsep pembelajaran pada abad ke-21 sesuai dengan konteks tempatan dan dapat
menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk
itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,
berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat dan patriotik
serta mempunyai kemahiran berfikir serta berkomunikasi dengan baik semasa
melaksanakan kerja berpasukan.

Alvin

Toffler

seorang

penulis

terkenal

pernah

menyatakan

the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or
write, but those that cannot learn, unlearn and relearn. yang
maksudnya "Yang buta huruf abad ke-21 bukan adalah mereka yang tidak
boleh membaca atau menulis, tetapi orang-orang yang tidak boleh belajar,
tidak belajar dan belajar semula."

Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan semestinya gurulah


yang perlu lebih berusaha dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif,
mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Sama juga
seperti pepatah cina mengatakan bahawa:

Pohon jika tidak di bentuk, maka tidak akan lurus. Manusia jika tidak
belajar, maka tidak akan ada pengetahuan

Jadi disini dapat dilihat bahawa gurulah yang berperanan lebih dalam
mendorong , membentuk serta menghasilkan modal insan yang lebih
berkualiti menerusi acuan sistem pendidikan.

Rakan sekalian,

Selain itu, pada hari ini guru perlu mengenal murid-muridnya sebagai

individu yang sedang dalam proses perkembangan, baik cara pemikirannya,


perkembangan sosial dan emosional, maupun perkembangan moralnya. Guru juga
perlu memahami pendidikan sebagai proses pembudayaan sehingga mampu
memilih model belajar dan sistem penilaian yang membolehkan berlakunya proses
sosialisasi pelbagai keupayaan, nilai, sikap, dalam proses mempelajari pelbagai
disiplin ilmu.

Harus diakui dalam perkembangan yang agak pesat dalam aliran

maklumat pada masa kini, guru bukan lagi satu-satunya sumber maklumat tetapi
merupakan salah satu sumber maklumat. Walaupun demikian, peranan beliau di
dalam proses pendidikan masih tetap diperlukan, khususnya yang berkenaan
dengan sentuhan-sentuhan psikologi dan edukatif terhadap anak didik. Oleh kerana
itu, pada hakikatnya guru itu diperlukan oleh setiap orang dan semua orang sangat
mengharapkan kehadiran citra guru yang sesuai di dalam dirinya. Untuk itu, guru
akan lebih tetap berperanan sebagai pendidik sekaligus berperanan sebagai
manager atau fasilitator pendidikan, sehingga guru harus sanggup merancang,
melaksanakan dan mengawasi sumber-sumber pendidikan agar supaya peserta
didik dapat belajar secara produktif.

juga

Sebagai makhluk sosial yang hidup di tengah-tengah masyarakat, guru

dituntut

kepemimpinan,

harus
mampu

mampu

menunjukkan

menyesuaikan

diri

kerjasama
dalam

berkumpulan

pelbagai

peranan

dan
dan

tanggungjawab, serta mampu bekerja secara produktif dengan yang lain. Selain itu,
seseorang individu yang bergelar guru pada masa kini juga harus mampu
meletakkan empati pada tempatnya, serta mampu menghormati perspektif yang
berbeza dengan pendiriannya.

Rakan yang saya hormati sekalian,

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka

adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal

insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru
dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru.
Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang
dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia
akan menemui jalan kegagalan.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang

lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan


teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini.
Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan
latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICTdalam
proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan
peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan
memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan
kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.ht
m

https://www.scribd.com/doc/87344935/Tajuk-Pidato-Guru-PenjanaTransformasi-Negara

http://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran-abad-ke21

Anda mungkin juga menyukai