Anda di halaman 1dari 1

NOR SIMAH BINTI KAMARUDIN

NO 267 JALAN RU 15,


TAMAN REMBAU UTAMA,
71300 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.

PENGARAH,
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT,
TNGKAT 3, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR 31 JULAI 2009

Tuan,

PERMOHONAN PENGURANGAN ANSURAN BULANAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada surat tuan Bil LPP 8A 33 006118.

2. Dengan ini, saya bernama Nor Simah binti Kamarudin, no k/p 891102055240 merupakan bekas pelajar
di Kolej Poly-tech Mara K.lumpur. Pihak MARA telah memberikan pinjaman pelajaran kepada saya berjumlah RM
11 200.00 sepanjang tempoh pengajian saya disana. Walaubagaimanapun,saya tidak sempat menghabiskan
pengajian saya kerana saya telah mendapat tawaran kerja di AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI
SEMBILAN, sebagai Pembantu Antidadah S17. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah menyambung semula
pengajian saya di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam tempoh 4 tahun secara pengajian jarak jauh (epjj).

3. Oleh itu,saya memohon ketetapan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman pelajaran saya sebanyak RM
50.00 dengan cara pemotongan gaji pada tiap-tiap bulan sehingga suatu tempoh yang ditetapkan sehingga
pinjaman saya selesai.

4. Sehubungan dengan itu, saya mohon kerjasama dari pihak tuan untuk meneliti permohonan saya ini.
Segala kerjasama dari pihak tuan, amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( Nor Simah binti Kamarudin )

Anda mungkin juga menyukai