Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada
pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat
mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang
mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran
guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS)
Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal
pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang
diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya.
Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan seseorang pelajar itu.
Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar dan kemajuan
di dalam pembelajarannya.
Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran
yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat,
guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan
cara terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara
tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan Bahasa dan
Pustaka: 1983)
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara
terkawal atau penilaian tidak terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan serius, di mana pelajar menjawab soalansoalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang
berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa
yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh
pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan)
Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran
seperti SPM,STPM (yang ada menawarkan kertas PSV) serta ujian atau peperiksaan pada setiap
penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun.
Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dengan pengetahuan dan
juga kemahiran. Dalam masa yang singkat, banyak perkara yang dapat dinilaikan kerana
penilaian cara ini dapat mengelakkan pelajar dari meniru, berbincang sesama mereka ketika
menjawab soalan, kualiti soalan yang sam arata dan sebagai.
Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran. Penilaian tidak terkawal ini
didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa perlakuan itu berlaku. Guru memerhatikan
tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut.
Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar dan dipelajari, justeru untuk menyedia dan
menjalankan penilaian terkawal amat mustahil. Ini disebabkan banyak juga perkara yang bersabit
dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan jika
dibuat secara terkawal.
Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif kepada keadaan apabila perkara-perkara yang
ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar
pelajar yang ingin dinilai maka keadaan tidak terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana
perkara ini dapat memberi maklumat yang sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini sangat
ketara tentang perkara-perkara yang bersabit dengan sikap dan nilai.(Furst,E.J.:1958)
Gambarajah 1:
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah temubual
- Kaedah perbincangan
- Kaedah anekdot
- Pengukuran sikap
- Portfolio
(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran
Malaysia:1983)
Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah:
punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam
prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan.
Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca
kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh,
seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru
perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja
pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada
boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau
pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan
mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu atau pelajar
berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang
manakah masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran,
selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.
Gambarajah 2:
Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P yang lebih
sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.
Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah
untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan
sempurna.(Gronlund,N.E:1965)
b) pemerhatian/pengamatan:
Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang berkait
dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni
Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka,
Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan
apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan
sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi
pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan mempelajari dan
kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan
diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar
mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan
pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan
sesuatu gubahan idea atau hasil karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan
kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika
pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu
daripada gambaran sebenar.
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi
serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait
rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran,
penglihatan, penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian,
kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian
untuk mengesan perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga
memerlukan maklum balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.
b) Ujian bertulis:
i) Ujian Objektif
Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan tentang
sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia, minat dalm seni serta
reaksi terhadap sesuatu pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat di infer daripada
perlakuan yang ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian.
Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak keputusan
dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang dapat diterima dan
ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang menggunakannya
seterusnya dapat memberi maklumat tentang apa yan g ingin diketahui guru.
Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap positif
terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu gagal akan mempunyai
sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk
sendiri atau didapati daripada punca lain.
Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta
senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan
cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu
diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh
dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui
keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan
item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini
disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan
atau kemahiran.
Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus.
Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan semasa menjawab.
Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang
pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.
Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang
subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu
dengan cara;
- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau
sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.
- pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai
contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi
kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia
iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti
yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;
i) Warna 15 markah
Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim
pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal.
Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang diberi, di mana
kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah
yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian
seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di
sebaliknya.
(c) Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham
(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap
sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang
berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat
penting.
Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung
mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang
timbul seperti berikut;
a) Soalan bocor
berkualiti tinggi.
(d) Portfolio
Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk
transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar
menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael
(1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni
pelajar itu sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi
b) Keyakinan diri
c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni
f) Kreativiti
g) Kemahiran
h) keupayaan
a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi kerana anggaran kewangan berdasar kepala
pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang peruntukan yang diterima juga kurang sedangkan
perbelanjaan untuk menghasilkan folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang
diperuntukkan oleh PCG; terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga T3 kerana biasanya
peruntukan PCG untuk mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang ramai
b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta
kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan mengikut
takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh
petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka
kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna
d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang tidak
mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar mata
pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari awal proses P&P.
a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat
ditingkatkan.
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan
pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai
semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen
yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap
P&P Pendidikan Seni.
Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada
meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang
lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya
sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat
tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar
guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar
Nordin:1986)
Selain daripada itu dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang
mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti terkandung dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen & Rederick:1978)
Penutup
Seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang
tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, hasil yang diperolehi daripada ukuran yang
dijalankan juga tidak tepat. Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumus data yang diperolehi.(Popham:2000)
Rujukan:
2
)
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatutopik pembelajaran.Guru menentukan kebolehan pelajar
dalam mengenalwarna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluantopik berkenaan.
S
etelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru bolehmenentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilikdarjah
terhadap satu-satu topik berkenaan.Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga90% pelajar telah
menunjukkan penguasaan terhadapsesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajarsudah menguasai topik
berkenaan.
3
)
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapatdalam setiap topik.
y
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapatdalam topik-topik pembelajaran pada peringkatperlakuan
tertentu dengan berdasarkan taksonomipendidikan.
y
S
etelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuanselesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemenberkenaan
yang terdapat dalam satu-satu topik agarsaling bertautan dan tidak terpisah.4
)
Membentuk soalan ujian.
y
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
y
S
etiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepadapelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5
)
Mencadangkan langkah susulan.
y
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topikpembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi olehmurid-murid.
y
Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkankeputusan ujian yang diperolehi.
y
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahanketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnyayang harus
diambil oleh guru ialah mengulang semulatopik berkenaan atau mengubah suai pendekatanpenyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topiktersebut.