Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Tugasan ini merupakan satu sorotan ringkas bagi awalan kata nama
peN-,peR- dan pe- dalam sistem morfologi Bahasa Melayu yang
dikemukakan oleh Zaharani Ahmad. Dalam sistem Morfologi Bahasa
Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan seperti awalan, akhiran, apitan
dan sisipan. Tugasan ini hanya memfokuskan kepada awalan kata nama
peN-, peR dan pe- sahaja dengan merujuk kepada pemerian yang
diberikan oleh penahu-penahu

seperti Asmah Haji Omar, Abdullah

Hassan dan Nik Safiah Karim.


Tugasan ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas masalah
percanggahan pemerian di kalangan penahu yang berpunca daripada
masalah pengidentifikasikan morfem. Selain itu, tugasan ini bertujuan
untuk membezakan jenis morfem awalan kata nama yang dikemukakan
oleh setiap penahu dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan
fungsi dan maksud morfem awalan kata nama seperti peN-, peR- dan
pe-.
Sumber rujukan utama yang digunakan dalam tugasan ini ialah artikel
yang ditulis oleh Zaharani Ahmad (1992) Awalan peN-, peR- dan pedalam Bahasa Melayu: Masalah dan Penyelesaian, Jurnal Dewan Bahasa.
Selain itu, terdapat juga sumber rujukan tambahan yang digunakan dalam
menyiapkan tugasan berikut seperti Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah
Karim et al (1994) dalam Bab 6: Kata Nama, Nahu Melayu Moden oleh
Liaw Yock Fang (1985) dalam Bab 3: Imbuhan dan rujukan Nahu Melayu
Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (2009) dalam Bab 5: Pembentukan Kata
Nama Berlapis.
2.0

RINGKASAN BAHAGIAN PEMERIAN LAMPAU TENTANG AWALAN

KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.


2.1 PEMERIAN ASMAH (1986)
Asmah (1986) dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir
menyenaraikan penambah peN- sebagai morfem awalan kata nama.
Menurut Asmah, awalan pe- yang terhasil daripada awalan peN1

mempunyai unsur sengauan yang potensil. 1Menurut Asmah penyebaran


alomorf ditentukan melalui proses fonologi iaitu kehadiran alomorf
ditentukan oleh bunyi pertama kata dasar dan pengguguran konsonan
tidak bersuara.
ALOMORF
peNpe-

RUMUS

CONTOH

sebelum l, r, m, n, ny, ng

pemabuk
penyanyi
pelari

pem-

penpeny-

peng-

perumah
pandu =

sebelum p, b, f, v
( konsonan p dan f

pemandu
fikir
= pemikir
tulis
= penulis
cinta = pencinta
cinta = penyinta
salur =

digugurkan)
sebelum t,d, c, j
(konsonan t digugurkan)
sebelum c, s
(bergantung pada kata
dasar)
sebelum k, g, kh, gh, w dan
vokal
(konsonan k digugurkan)

penge-

menyalur
kawal = pengawal
ampun =
pengampun
ghairah =
pengghairah
bom
=

sebelum kata dasar yang


mempunyai satu suku kata

pengebom
sah
=

pengesah
Jadual 2.1: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN(Asmah, 1986)
Terdapat beberapa

pengecualian

dari

peraturan-peraturan

yang

ditetapkan dalam Jadual 2.1 yang terbahagi kepada dua iaitu kata yang
tidak mengalami rumus penyengauan dan kata yang tidak mengalami
rumus pengguguran. Menurut Asmah (1986), awalan pe- di depan k, s, t
1 Asmah Haji Omar, Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, hlmn 49-50
2

dan sebagainya dalam perkataan tertentu tidak mengalami penyengauan.


Sebagai contoh pesawah (bukan penyawah), pekebun (bukan pengebun).
Penambahan seperti ini dikenali oleh ciri-ciri leksikal. 2 Selain itu, terdapat
perbezaan makna antara kata nama yang berawalan pe- (tanpa sengau)
dengan peN- (ada sengau). Sebagai contoh:
Penyakit pesakit
Penyuruh pesuruh
Asmah (1986) menetapkan empat faktor yang menyebabkan konsonan
tidak bersuara kata dasar atau kata akar tidak mengalami pengguguran
iaitu:
a. Mempertahankan keutuhan awalan, jika kata dasar sudah mendapat
awalan lain, misalnya pengebumi(an).
b. Mempertahankan keutuhan kata pinjaman, misalnya

pensejarah,

penterjemah.
c. Menunaikan keperluan akan konsep baru dalam peristilahan untuk
menimbulkan pertentangan dengan yang sedia ada. Contohnya,
pengkajia(an) sebagai lawan kepada pengaji(an).
d. Disebabkan analogi palsu dengan menyangka bahawa suku kata yang
pertama terdiri daripada awalan. Contohnya, penternak.
2.2 PEMERIAN ABDULLAH HASSAN (1987)
Hasil penulisan Abdullah (1987) dalam bukunya Penerbitan Kata Dalam
Bahasa Malaysia menyatakan morfem awalan kata nama terdiri daripada
peN- dan pe-. Awalan kata nama berikut mempunyai perbezaan dari segi
morfofonem N. Awalan peN- mempunyai unsur sengau N dan awalan petidak mengalami sebarang perubahan dan kekal sebagai pe-. Sebagai
contoh: pesakit, petaruh, pekebun, pesuruh, pesara dan petani.
Awalan peN- mempunyai enam bentuk alomorf seperti yang terdapat
dalam jadual di bawah:
ALOMORF BAGI

RUMUS

CONTOH

2 Asmah Haji Omar, Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, hlmn 50-51
3

peNpe-

sebelum m, n, ny, ng, r, l, w makan= pemakan, laut =

pempen-

dan y
sebelum p, b, f, dan v
sebelum t, d, c, j, sy, dan z

penypeng-

zanji = penzanji
sebelum s
selam = penyelam
sebelum k, g, h, kh, gh, dan kawal = pengawal

penge-

vokal
ampun = pengampun
kata dasar yang berbentuk sah = pengesah

pelaut
baja = pembaja
dengar = pendengar

suku kata
Jadual 2.2: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN(Abdullah Hassan, 1987)
Awalan kata nama pe- pula mempunyai 2 maksud iaitu kata nama pasif
seperti pesuruh, pesakit dan pesara. Selain itu, ia turut membawa makna
sebagai kata nama pekerjaan seperti pelayan, pekebun dan sebagainya.

2.3 PEMERIAN NIK SAFIAH KARIM (1989)


Nik Safiah (1989) dalam bukunya Tatabahasa Dewan menyenaraikan
peN-, peR dan pe- sebagai morfem awalan kata nama bahasa Melayu.
Awalan peN- mempunyai enam alomorf iaitu pe-, pem-, pen-, peng-,
penge- dan pel-. Perbezaan bentuk awalan tersebut bergantung pada
dua faktor iaitu faktor fonologi di mana huruf pertama pada kata dasar
yang akan bercantum dengan awalan tersebut dan juga dari segi faktor
perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasilkan bentukbentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa
Melayu.3
3 Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Jilid 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1994, hlmn 109.
4

Rumus penggunaan alomorf daripada awalan peN- dapat dilihat dalam


jadual berikut:
ALOMORF

RUMUS

CONTOH

peNpe-

sebelum m, n, ny, ng, r, l, w, p, t, k, masak

= memasak

dan s. Bagi p, t, k, dan s, bunyi- naik

= penaik

bunyi

dan ngiau

= pengiau

digantikan dengan bentuk sengau pukul

= pemukul

tersebut

akan

luluh

yang sama daerah artikulasi iaitu karang = pengarang


pem-

m, n, ng, dan ny.


sebelum b dan kata pinjaman yang baca

= pembaca

bermula dengan huruf b, f, v dan boikoi

= pemboikot

gugus
pen-

peng-

penge-

konsonan

yang

bermula proses

= pemproses

dengan b dan p.
sebelum d, c, j, sy dan z dan kara jodoh

= penjodoh

pinjaman yang bermula dengan tadbir

= pentadbir

huruf t dan s
sintesis = pensintesis
sebelum g, kh, h, a, e, i, o dan u gali
= penggali
dan kata pinjaman yang bermula kabul

= pengkabul

dengan k.
sebelum

= pengecat

kata

dasar

yang cat

mempunyai satu suku kata


syor
= pengesyor
pelbergabung dengan kata dasar ajar ajar
= pelajar
Jadual 2.3: Rumus Penerimaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN- (Nik
Safiah, 1989)
Bagi imbuhan awalan kata nama pe-, Nik Safiah(1989: 73) menyatakan
terdapat dua aspek makna awalan pe-4 iaitu:
ASPEK MAKNA AWALAN KATA NAMA

CONTOH

pe4 Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Jilid 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1994, hlmn 114
5

penanda makna orang atau benda yang pesuruh ( orang yang disuruh)
mengalami perbuatan kata dasar atau petaruh

orang

yang

keadaan
dipertaruhkan)
penanda makna orang yang melakukan pekedai ( orang yang berkedai)
kerja yang terkandung dalam maksud pekilang ( orang yang bekerja di
kata dasar
kilang)
Jadual 2.4: Aspek Makna Awalan Kata Nama pe- (Nik Safiah, 1989)
Bagi Nik Safiah, awalan peR- tidak produktif kerana ia boleh bergabung
dengan kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan
bunyi pada awal kata dasar.

3.0 ISU BERKAITAN AWALAN KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.
Menurut Asmah (1986),terdapat dua faktor yang mendorong bahawa pedalam pesawah, pekebun sebagai alomorf

kepada awalan peN- dan

mempunyai pengecualian daripada mengalami rumus penyengauan.


Faktor pertama ialah beliau mungkin ingin mengekalkan jumlah bilangan
morfem yang paling ekonomis. Faktor kedua ialah contoh perkataan yang
menggunakan awalan pe- sangat terbatas jumlahnya, dan lebih mudah
ditangani secara idiosinkratik dalam entri leksikal morfem berkenaan. Dari
sudut morfologi, pemerian Asmah (1986) agak kurang tepat kerana
menafikan kewujudan satu sistem pengimbuhan yang begitu cekap dalam
Bahasa Melayu.
Berdasarkan analisis Abdullah (1987), beliau menyedari bahawa peN- dan
pe- harus dibezakan walaupun hanya menggunakan kriteria makna.
Abdullah hanya menyenaraikan awalan peN- dan pe- sahaja sebagai
morfem. Maka timbul satu persoalan kritis iaitu apakah status awalan
per- dalam kata-kata seperti perburu, pertapa, perbara, perasap, peranak
dan perantara?. Abdullah (1987) tidak mengemukakan langsung tentang
awalan per- kemungkinan disebabkan beliau tidak menemukan dengan
bentuk seperti dalam data yang dianalisis atau kemungkinan juga awalan
per- ini tidak produktif.
6

Berdasarkan Nik Safiah (1989), beliau menyatakan bahawa awalan kata


nama iaitu peN-, peR- dan pe-

merupakan awalan kata nama yang

berbeza mempunyai status morfem yang tersendiri. Awalan peNmempunyai enam varian atau alomorf, peR- dan pe- dikatakan wujud
dalam satu bentuk sahaja iaitu per- dan pe-. Terdapat satu persoalan
yang timbul mengapa per- dipresentasikan sebagai peR-?. Penggunaan
morfofonem

R dalam awalan

peR- tidak

sesuai kerana

R tidak

mempunyai sebarang varian seperti morfofonem N dalam awalan peN.


Kedua-dua awalan peR- dan pe- membawa maksud yang sama iaitu
orang yang ber____.
4.0

HASIL ANALISIS DAN SARANAN ZAHARANI TENTANG AWALAN

KATA NAMA peN-, peR- DAN pe-.


Merujuk kepada maklumat yang terdapat dalam kosa kata Bahasa
Melayu, Zaharani berpendapat bahawa hanya dua morfem awalan kata
nama iaitu peN- dan peR-. Cara pembentukan kata kerja terbitan
merupakan perbezaan utama antara awalan peN- dan peR-. Berdasarkan
pandangan

Nik

Safiah

Karim

(1987),

terdapat

ciri

utama

dalam

membezakan apitan kata nama peN-an dengan peR-an yang terletak


pada bentuk kata kerja terbitannya.
AWALAN KATA NAMA peN- MENGHASILKAN AWALAN KATA KERJA
meNAwalan kata nama peN- terdiri daripada enam varian morfem iaitu pe-,
pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-. Awalan kata nama peNdikatakan berasal daripada awalan kata kerja meN-

yang membawa

maksud orang yang men___. Keadaan berikut dapat dilihat dengan lebih
lanjut dalam jadual di bawah:
KATA NAMA BERAWALAN peNpenyamun
pemahat
pengacau
penuntut
penyunting
7

orang
orang
orang
orang
orang

yang
yang
yang
yang
yang

MAKSUD
menyamun
memahat
mengacau
menuntut
menyunting

Jadual 4.1: Hubungan Awalan Kata Nama peN- dengan Awalan Kata
Kerja meN-

AWALAN KATA NAMA peR- MENGHASILKAN AWALAN KATA KERJA


beRAwalan kata nama peR- pula terdiri daripada tiga varian iaitu per-, peldan pe-. Selain itu, awalan kata nama peR- berasal daripada awalan kata
kerja beR- yaang membawa maksud orang yang ber___ atau di___kan/i.
Keadaan berikut dapat dilihat dengan lebih lanjut dalam jadual di bawah:
KATA NAMA BERAWALAN peRpetani
pekedai
pesaing
pekebun
Jadual 4.2: Hubungan Awalan Kata

MAKSUD
orang yang bertani
orang yang berkedai
orang yang bersaing
orang yang berkebun
Nama peR- dengan Awalan Kata

Kerja beR-

PERBEZAAN PENGGUNAAN APITAN KATA NAMA peN-...-an DENGAN


peR-...-an
Kata nama apitan peN-an berasal daripada bentuk kata kerja yang
menggunakan

imbuhan

menggunakan

peR-an

meN-..-i/kan.
berasal

Kata

daripada

Nama

bentuk

terbitan

kata

kerja

yang
yang

menggunakan awalan beR-. Contoh yang mudah dapat dilihat dalam


jadual di bawah:
perkataan yang

berapitan peN-an latar belakang perkataan

dan peR-an
perlumbaan
pergaduhan
penarikan
penyampaian

berasal daripada kata kerja berlumba


berasal daripada kata kerja bergaduh
berasal daripada kata kerja menarik
bersal
daripada
kata
kerja

menyampaikan
Jadual 4.3: Perbezaan Penggunaan peN-...-an dengan peR-...an
Kita menyedari bahawa wujud hubungan morfologi antara apitan kata
nama peR-...-an dengan awalan kata kerja beR- dan antara apitan kata
nama peN-...-an dengan awalan kata kerja meN-. Hubungan ini boleh
dilanjutkan dengan memasukkan awalan kata nama peR dan peN juga.
Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 4.4 yang berikut:

Awalan Kata Kerja beR- Awalan


dan meNberburu
memburu
belajar
mengajar
menarik
bertarik
Jadual 4.4: Hubungan

Kata

Nama Apitan

peN- dan peR-

Kata

Nama

peN-...-an dan peR-...-

an
peburu
perburuan
pemburu
pemburuan
pelajar
pelajaran
pengajar
pengajaran
penarik
penarikan
petarik
pertarikan
Awalan Kata Kerja beR- dan meN- dengan Awalan

Kata Nama peN- dan peR- serta Apitan Kata Nama peN-...-an dan
peR-...-an
PENGGUGURAN R DARIPADA MORFEM AWALAN KATA NAMA perAwalan kata nama per- digabungkan dengan kata dasar yang bermula
dengan konsonan r perlu mengalami pengguguran. Maklumat nahu iaitu
morfosintaksis diperlukan dalam dekripsi struktur rumus yang berikut:
r / __ + K

Pengguguran wajib didorong oleh faktor untuk membezakannya daripada


awalan kata kerja per-. Kesimpulannya, per yang mengekalkan r adalah
awalan kata kerja, manakala per- yang menggugurkan r adalah awalan
kata nama.

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapat dilihat perbezaan dalam pembentukan dan
penentuan awalan kata nama peN-, peR- dan pe- oleh penahu-penahu
dalam Bahasa Melayu seperti Asmah (1986), Abdullah Hassan (1987) dan
Nik Safiah Karim (1987). Setiap penahu dalam Bahasa Melayu berikut
mengemukakan pendapat tersendiri tentang pembentukan dan rumus
alomorf peN-, peR- dan pe-.

10