Anda di halaman 1dari 16

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN
Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa.

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi disebut pertuturan, kalimat


atau ujaran. Ia juga merupakan sistem bunyi teratur atau percantuman
bunyi yang hadir secara berturutan dan berulang-ulang. Menurut
Gumperz (1971), apa sahaja perkara yang dituturkan itu merupakan
bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian
sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan.
Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk.
Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat
ujaran manusia. Keduanya, merangsang pemikiran, situasi sosial dan
makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan saling bertindak
balas.
Manusia menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru
untuk bertutur. Pada masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika
apabila menyedut udara dan menggunakan kemasukan udara tersebut
untuk bertutur. Keadaan ini memberikan kesan kepada penghasilan udara
yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar.
Perkara sedemikian mempunyai kaitan dengan penghasilan bunyi bahasa
atau bidang fonetik dan fonologi.
Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang
kemudiannya disebut sebagai phone yang membawa maksud bunyi
(suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik
memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri
daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu
bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan
atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan
manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.
Tegasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa
itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu
HMT211

Page 1

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang
yang menunjukkan sebutannya.

2.0

PENGHASILAN BUNYI FONEM

B. Fonem Plosif Bahasa Melayu


Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila
udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu
konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan
diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur.
Terdapat 6 jenis fonem plosif iaitu:
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Konsonan letupan gusi bersuara [d]
Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
Hentian glotis [ ]

HMT211

Page 2

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Cara Membunyikan Fonem Plosif BM


a) konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

Rajah 1: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Tidak


Bersuara [p]
1. dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
HMT211

Page 3

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Tengah
Palu
Sampah
Pedang
Sepah
b) konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

Akhir
Malap
Kejap

c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]


Rajah 2: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang, iaitu ke dinding rongga
tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada bibir dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Batu
Balu
HMT211

Tengah
Lumba
Labu
Page 4

Akhir
Kelab
Maktab

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

Rajah 3:Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi- Gusi Tidak


Bersuara [t]
1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke
dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga
hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] seperti pada
perkataan berikut:
Awal

Tengah

Akhir

tebu

satu

Selat

tabur

Ketum

pelat

d) konsonan letupan gusi bersuara [d]

HMT211

Page 5

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 4 : Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi-Gusi Bersuara [d]


1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke
dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga
hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d] seperti pada perkataan
di bawah:
Awal
Datuk
diari

Tengah
Sedut
saderi
Jadual 4

e) konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

HMT211

Page 6

Akhir
Salad
nomad

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 5: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut Tidak


Bersuara [k]
1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat
sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan sertamerta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] seperti
pada perkataan berikut:
Awal
Kalau
kari

Tengah
Bekal
cekal
Jadual 5

f) konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

HMT211

Page 7

Akhir
Selak
elak

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 6: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut


Bersuara [g]
1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat
sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menyekat arus udara dari paru-paru memasuki rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat di belakang lidah dilepaskan sertamerta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Gajah
Gelap

g) hentian glotis [

HMT211

Tengah
Megah
Sergah
Jadual 6
]

Page 8

Akhir
Beg
Jag

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


Rajah 7: Cara Penghasilan Konsonan Hentian Glotis [

1. lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaiut ke dinding


rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke hidung.
2. Pita suara dirapatkan sepenuhnya.
3. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang
rapatan pita suara.
4. Udara yang disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [

] seperti pada perkataan

berikut:
Awal
Anak
I kan

Tengah
Saat
Rakyat
Jadual 7

Akhir
Lemak
Budak

E. Diftong
Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa
Yunani yang membawa maksud suara atau disuarakan. Daripada makna
tersebut, terhasillah dipthong yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi
yang hanya menduduki satu suku kata atau fonem. Dalam bahasa
Melayu, diphtong disebut sebagai diftong.
Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong yang standard, iaitu [ay],
[aw] dan [oy]. Namun, dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini
dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi]. Dalam bahasa Melayu, diftong
dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem
vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong mempunyai puncak
kelantangan dan terdapat ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu
lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana hendak
membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah
membunyikan vokal yang lain. Penyebaran fonem diftong dalam bahasa
Melayu adalah seperti yang terdapat di dalam jadual berikut:
Jenis diftong
Awal
HMT211

Kedudukan diftong
Tengah
Page 9

akhir

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


/ai/

/aiskrim/
/aising/
/aurat/
/auto/
Tiada

/ghairah/
/khairat/
/daulat/
/tauliah/
/boikot/

/pandai/
/keldai/
/au/
/kalau/
/pukau/
/oi/
/sepoi/
/kaloi/
Jadual 2: Penyebaran fonem diftong Bahasa Melayu
Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih
nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang
kedua. Rajah 2 menunjukkan pergerakan lidah semasa menghasilkan arah
geluncuran oleh pergerakan lidah daripada satu kedudukan vokal ke arah
kedudukan vokal yang lain. Akhir anak panah ini menunjukkan had
pergerakan bunyi diftong yang berkenaan. Pergerakan lidah ini bermula
dengan keadaan lidah berada pada kedudukan menyebut satu vokal yang
kemudiannya bergerak menuju ke arah kedudukan menyebut vokal yang
lain dan tidak disempurnakan artikulasinya.

Rajah 8: Pergerakan lidah bagi penghasilan bunyi diftong


Cara Membunyikan Setiap Diftong.
a. Diftong [ai]
HMT211

Page 10

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

HMT211

Page 11

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


1.
2.
3.
4.

Keadaan bibir agak terhampar.


Hujung lidah menyentuh gigi bawah.
Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal rendah [a].
Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal
yang tinggi [i].
5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
7. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [ai] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Aising
Aidilfitri

Tengah
Hairan
Haiwan

Akhir
Pandai
Landai

b. Diftong [au]

1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.


2. Hujung lidah menyentuh gigi bawah.
3. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan
rendah [a].

HMT211

Page 12

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


4. Lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal
belakang tinggi [u] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras.
5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
7. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [au] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Aurat
audit

Tengah
Taufan
Tauliah

c. Diftong [oi]

HMT211

Page 13

Akhir
Bunyau (dialek Iban)
Lenyau (dialek Iban)

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU


1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
2. Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vokal separuh
tinggi [o].
3. Lidah digeluncurkan secara tepat ke arah cara membunyikan vokal
depan tinggi [i] dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah
sedikit daripada cara membunyikan vokal [i].
4. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
5. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
6. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [oi] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
-

HMT211

Tengah
boikot

Page 14

Akhir
Amboi
sepoi

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

3.0

KESIMPULAN
Melalui tugasan ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada

bahasa Melayu itu sendiri di mana terdapat bidang yang mengkaji


tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu
fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik
merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi
bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang
fungsi dan struktur bunyi bahasa.
Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal,
konsonan dan diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara
kerana tidak halangan semasa udara keluar dari peparu. Lidah dan bibir
memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal
manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang
tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau
halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit
keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting
dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian
tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal.
Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].
Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat
artikulasi dan daerah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan
semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala daerah
artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa
berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta
vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini.

HMT211

Page 15

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

4.0

RUJUKAN

Carr. P. (1999). English Phonetics and Phonology: An Introduction. Oxford:


Blackwell Publisher Ltd.
Dr. Tajul Aripin Kassin. (2012). Modul Pengajaran: Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu Lanjutan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi,
Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu
STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abd. Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu 1.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

HMT211

Page 16