Anda di halaman 1dari 9

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 3

3.1

BUMI:

Lautan , Pinggir laut, dan Hakisan

Sinopsis
Tajuk

ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui lautan,pinggir laut dan

hakisan
3.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

3.3

i.

Menerangkan kitaran air berkaitan sumber air

ii.

Menerangkan proses, kesan dan cara mengatasi hakisan terutamanya pinggir pantai
Kerangka Tajuk

Bumi

Geomorfolo
gi Pinggir
Pantai

Lautan

3.3

Pinggir Laut

Hakisan

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

3.3.1 Lautan
Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang
sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun
kepulauan yang besar.

26

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Ada lima lautan di bumi iaitu:

Lautan Artik

Lautan Atlantik

Lautan Hindi

Lautan Pasifik

Lautan Selatan

Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak
dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik,
Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika.
Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa,
Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 darjah
Lintang Selatan.
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer
persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790
meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan,
seperti Laut Kaspia).
Bahagian yang lebih kecil dari lautan adalah laut, selat, teluk.
3.3.2 Pinggir Pantai

Pinggir pantai boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama iaitu :
l. Pinggir pantai tenggelam - Ini terbentuk akibat penenggelaman kawasan daratan atau
naiknya aras laut. Di antara pantai jenis ini termasuklah pinggir pantai ria, pantai fiord,
pantai muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut membujur.

27

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

2. Pinggir pantai timbul - Ini terbentuk akibat penimbulan bumi atau penurunan aras
laut. Pinggir pantai jenis ini tidak banyak terdapat dan digambarkan oleh pinggir laut
pamah timbul dan pinggir laut tanah tinggi timbul.

Pinggir Pantai Tenggelam


1. Pinggir pantai ria - Ais banyak yang tersimpan pada zaman ais dahulu. Sebahagian
besar ais ini mencair apabila iklim berubah menjadi lebih panas. Sebagai akibatnya, air
laut semakin bertambah banyak dan aras laut pun bertambah tinggi. Di setengahsetengah kawasan, aras laut ini dianggarkan naik hampir 90 meter tingginya. Di pinggirpinggir laut tanah tinggi, gunung-ganangnya menganjur lalu membentuk sudut tepat
dengan laut, iaitu melintang atau menganjur ke pinggir laut .
Jadi aras laut yang naik akan menenggelamkan kawasan-kawasan lurah yang
rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang
diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi. Bentuk ini berbeza dari bentuk fiord tentang dua
segi yang penting. Bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala
ke laut. Pinggir laut ria merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti
yang terdapat di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland, Devon dan
Cornwall. Pantai Ria biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan
oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di
sini walaupun kawasan perairannya dalam dan boleh melindungi kapal-kapal yang
berlabuh. Sungguhpun begitu kawasan-kawasan ini telah digunakan dengan luasnya
untuk pelabuhan perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti di Plymouth dan Brest.
2. Pinggir pantai fiord - Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U
yang telah tenggelam. Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari
kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam dan biasanya naik terus dari laut. Fiord
mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya
mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di
sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah
permatang batuan yang dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat pulau
atau pulau kecil. Pulau-pulau kecil ini adakalanya 60 meter sahaja dalamnya dan
menyebabkan pelayaran di pinggir laut sukar jika terdapat pula tubir cetek. Hampir
semua pinggir laut fiord terletak di kawasan garis lintang yang lebih tinggi di kawasankawasan hawa sederhana yang pernah mengalami tindakan glasier. Contohnya
terdapat di Norway, Alaska, British Columbia, Chile Selatan dan Pulau Selatan New
Zealand. Setengah-setengah fiord yang besar sangatlah panjang dan dalam pula.
Umpamanya, Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6 km lebar dan dalamnya
hampir 1220 meter di bahagian tengahnya. Walaupun kawasan perairannya dalam dan
terlindung tetapi pelabuhan-pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya
yang bergunung-ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan
kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan. Usaha-usaha
pertanian hanya terhad kepada kawasan-kawasan kipas delta yang telah terbina di
28

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

kawasan-kawasan sungai yang turun mengalir ke fiord. Beberapa bandar yang ada di
sini menjadi pusat perikanan ataupun pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya
penting di kawasan itu sahaja.

3. Pinggir pantai Dalmatia - Pinggir pantai ini mempunyai sistem pergunungan yang
selari dengan pantai. Nama ini berpunca dari pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia
yang terletak di sepanjang Laut Adriatic. Di sini pinggir laut yang tenggelam
menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian
pulau yang selari dengan pinggir laut. Pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya
merupakan kemuncak banjaran-banjaran gunung lama, dan selat-selat sempit itu pula
merupakan lurah-lurahnya yang memanjang. Jenis pinggir pantai Dalmatia ini juga
merupakan sifat yang biasa terdapat di pinggir laut Pasifik di mana banjaran-banjaran
gunungnya selari dengan pantai. Contohnya ialah pinggir laut barat Amerika Utara dan
Selatan tetapi pinggir laut di sini lebih lurus keadaannya. Seperti dengan pinggir-pinggir
pantai fiord dan ria keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan
dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan. Kawasan ini mempunyai pelabuhanpelabuhan yang dalam dan terlindung. Sungguhpun demikian pelabuhan-pelabuhan
yang baik tidak terdapat di sini. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah
pelabuhan penting di pinggir-pinggir laut Pasif ik.

4. Pinggir pantai muara. - Di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai


telah tenggelam. Dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muaramuara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak
terhalang oleh beting pasir. Umpamanya muara-muara Sungai Thames, Eibe dan Plate
telah menjadi tapak bina pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti London, Hamburg
dan Buenos Aires. Pelabuhan ini menjadi lebih baik kalau ada pengaruh pasang surut.
Bahkan kalaupun ada terdapat pemendapan kelodak di sini jentera-jentera pengorek
moden dapat membuka pelabuhan-pelabuhan ini sepanjang masa.
Pinggir Pantai Timbul
1. Pinggir pantai tanah pamah terangkat - Rusuk benua yang terangkat menjadi
sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. Air di luar pinggir
lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin dan kukup. Pantai dan bukit pasir
laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada
pasir dan batu kelikir. Pelabuhan-pelabuhan yang dahulunya terletak di pinggir laut
sekarang ini telah menjadi bandar di pedalaman. Antara contoh tanah pamah pinggir
pantai timbul termasuklah kawasan tenggara Amerika Syarikat, Finland Barat, Sweden
Timur dan sebahagian daripada pinggir laut Argentina yang terletak di sebelah selatan
Rio de La Plata.

29

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul.- Gelinciran dan gerakan bumi mungkin
menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.
Pinggir laut terangkat merupakan bentuk yang terkemuka kerana kawasan ini tidak
dapat lagi dipengaruhi oleh tindakan ombak, tetapi tetap mempunyai sifat-sifat lamanya
seperti gerbang laut, batu tunggul dan bentuk-bentuk pinggir pantai yang lain. Pinggir
Iaut tanah tinggi terangkat ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang
curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombakombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun
membina pelantar hakisan ombak di situ. Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan
pelabuhan yang baik. Contoh-contoh pinggir laut tanah tinggi timbul terdapat di
Scotland, pinggir laut barat Deccan di India dan pinggir laut barat Arab yang
menghadap Laut Merah.

TANJUNG

CIRI-CIRI
Terbentuk di kawasan pinggir
pantai yang mempunyai susunan
batuan keras dan lembut yang
berselang-seli
Terbentuk di bahagian batuan
keras yang tahan hakisan ombak

TELUK
CIRI-CIRI
Terbentuk di kawasan pinggir
pantai yang mempunyai susunan
batuan keras dan lembut yang
berselang seli
Terbentuk di bahagian batuan
lembut yang dihakis oleh ombak
GERBANG LAUT

CIRI-CIRI
Teril daripada hakisan gua laut
Hakisan ombak yang berterusan
dan menembusi dinding dua buah
gua laut yang bertentangan akan
membentuk gerbang laut

30

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BATU TUNGGUL

CIRI-CIRI
Teril akibat tindakan penggondolan
terhadap gerbang laut
Apabila bumbung gerbang laut
runtuh, batu tunggul terbentuk

TUNGGUL SISA

CIRI-CIRI
Batu tunggul yang terhakis akan
membentuk tunggul sisa secara
lambat laun
Tunggul sisa hanya boleh kelihatan
ketika air laut surut

ANAK TANJUNG

CIRI-CIRI
Merupakan permatang berupa
tanduk yang dibentuk oleh
pemendapan pasir dihujung teluk
atau muara sungai
Anak tanjung menganjur ke laut
manakala bahagian hujungnya
bersambung dengan pinggir pantai
Juga dikenali sebagai tetanjung

LAGUN

CIRI-CIRI
Merupakan kesan pembentukan
anak tanjung yang paling ketara
Lagun ialah kawasan perairan
yang terlindung oleh tetanjung
(anak tanjung)

BETING PASIR

CIRI-CIRI
Merupakan penimbunan pasir yang
merentangi sesebuah teluk
Terbentuk samada selari dengan
garisan pantai atau bersudut tepat
dengannya

31

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TEBING TINGGI

PENTAS HAKISAN OMBAK

GUA

CIRI-CIRI
Terbentuk apabila ombak
menghakis kaki cerun tebing pantai
semasa air pasang
Apabila batuan atau lekukan yang
terbentuk runtuh, maka tebing
tinggi terbentuk
CIRI-CIRI
Merupakan bentuk muka bumi
yang terbentuk berlanjutan
daripada pembentukan tebing
tinggi
Hakisan ombak yang berterusan
menyebabkan tebing tinggi
mengundur dan membentuk
pentas hakisan ombak di kaki
tebing tinggi tersebut
CIRI-CIRI
Merupakan kesan hakisan ombak
di tanjung tinggi
Hakisan tersebut akan menghakis
batuan di tebing pantai dan
membentuk gua laut

3.3.3 Hakisan
Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan
oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang
bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih
tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20
kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m
(400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuranukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan
lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya
berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di
perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan
kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan
buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puinpuin batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun
semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke
pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke
laut. Arus ini mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang
mandi-manda di tepi laut.
32

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Ombak melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu :
1. Lelasan.
Ombak yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk
akan menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan
pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan
terhakis itu ke laut.
2. Hakisan laga.
Ombak yang sentiasa melanda pinggir laut itu membawa bahan-bahan yang
terdapat di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir, batu
lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu berlaga sesama sendiri lalu pecah menjadi
serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan yang dilagakan oleh ombak
ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan satu-satunya faktor utama yang
telah menghasilkan pasir halus yang telah membentuk pantai-pantai yang biasanya
merupakan tempat peranginan pantai yang baik.
3. Tindakan hidraul.
Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan
dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap di
dalamnya akan serta-merta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula, udara
yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan. Proses ini
berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin besar dan serpihanserpihan batu-batan akan menjadi pecah.
4. Tindakan larutan.
Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat
menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya batubatan ini akan luluh. Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair menambahkan
keasidan air laut dan membantu proses larutan. Proses ini hanya berlaku di kawasankawasan pantai batu kapur sahaja.
5. Pelanggaran
Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang
boleh menghancurkan muka cenuram tersebut. Hakisan ombak ini boleh menghasilkan
bentuk muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul dan tunggul sisa.
Kadar hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagianbahagian batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan
arus serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan.
33

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Umpamanya, pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi dan


pemendapan bahan-bahan organan di pantai.

Layari Internet
http://www.sabah.edu.my/mrc030.wcdd/ombak.html

Tutorial

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

Rujukan
Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth
science. 4th Edition, : Pearson Prentice Hall.

34

Anda mungkin juga menyukai