Anda di halaman 1dari 1

Negara Malaysia amat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai

kumpulan etnik yang menyumbang kepada satu gabungan kepercayaan, nilai dan
cara hidup dalam sebuah negara. Menurut Asma dan Azizan (2005), rakyat Malaysia
harus melampaui diri toleransi dan memperoleh pemahaman yang mendalam
tentang nilai dan andaian setiap kumpulan etnik. Di sekolah kebangsaan yang terdiri
daripada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada
guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran , kepercayaan dan agama agar
mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif.
Semasa saya menjalani praktikum di sekolah, tidak hairan bahawa terdapat
murid yang berkaum selain daripada kaum cina seperti kaum Melayu dan kaum India
dalam kelas saya. Cabaran saya adalah walaupun prestasi mereka dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris tersebut amat cemerlang, tetapi bahasa media dalam
sekolah rendah jenis kebengsaan adalah Bahasa Cina. Tahap prestasi mereka lebih
rendah berbanding dengan murid kaum Cina. Kadangkala semasa saya mengajar di
depan kelas, mereka bermain di belakang saya. Ini adalah sebab mereka tidak
faham apa yang sampaikan dalam kelas, jadi mereka tidak hendak mendengar dan
bermain dengan rakan lain. Perkara ini bukan sahaja berlaku semasa waktu Bahasa
Cina, tetapi juga waktu lain seperti sains dan matematik yang bahasa medianya
adalah Bahasa Cina.

Menurut Asma dan Azizan (2005), rakyat Malaysia harus melampaui diri toleransi
dan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang nilai dan andaian setiap
kumpulan etnik. Sebagai seorang guru, tidak dapat saya melepaskan murid yang
tahap rendah. Oleh itu, saya akan membuat ulangkaji ataupun bimbingan selepas
sekolah bagi murid tersebut dapat menguasai teknik asas seperti teknik membaca
dan membaca. Selain itu, walaupun murid- tertentu tahap rendah, saya juga akan
memanggil nama murid-murid tersebut bagi mendorong mereka berani bercakap dan
menyampai idea mereka dalam kelas. Semasa menjalankan aktiviti kumpulan, saya
akan mengaturkan murid-murid yang berlainan kaum dalam kumpulan yang berbeza
bagi murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama lain dan bertindak sebagai
kumpulan. Harmoni antara murid hendaklah dipupuk supaya semua murid dapat
belajar dalam situasi yang relaks dan gembira.

Anda mungkin juga menyukai