Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1 Malaysia


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana
memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam Majalah Bakti edisi 2015 ini.
Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang
Redaksi Majalah Sekolah SMK Dato Bendahara C.M Yusuf yang telah berjaya
menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami perubahan yang
amat drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 merupakan pelan pembangunan
pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang
mapan dan berdaya saing.
Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah
seirang dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan dengan
memberi sapaan dan laluan juga menitikberatkan tentang kebersihan merupakan
elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak dari bangku sekolah
rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi
yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi
dan mempunyai sahsiah yang terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan
murid-murid untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita
membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia
berada di puncak kegemilangan.

Sekian, terima kasih.

Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

DATO SERI DR. KHAIR BIN MUHAMMAD YUSUF


Ketua Pengarah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai