Latar Belakang:
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm
2.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )
3. Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian
ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan
mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.
4. Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran
melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman
hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif
dalam proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam
bilik darjah
Ciri-Ciri KBSR
5. Penekanan
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat
Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian
masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-
Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
6. Struktur KBSR
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
7. Bidang Pelajaran
Matapelajaran
Bidang Komponen Fasa 1 Fasa 2
Bahasa Bahasa Melayu
Melayu Bahasa Inggeris
Komunikasi Kemahiran Bahasa Bahasa Cina
Asas Inggeris Bahasa Tamil
Bahasa
Cina
Bahasa
Tamil
Matemat Matematik
ik
Pendidik Pendidikan Islam
Manusia dan Sikap , an Islam Pendidikan Moral
Persekitaran Nilai Pendidik
dan an Moral
Spiritual Sains
- Kajian Tempatan
Perkembangan - Kemahiran Hidup
Diri Individu Kemahiran Pendidik Pendidikan Muzik
Hidup an Muzik
Seni dan Pendidik Pendidikan Seni
Riadah an Seni
Kokurikulum Pendidik Pendidikan Jasmani dan
an Pendidikan Kesihatan
Jasmani
dan
Pendidik
an
Kesihata
n
i. Bidang Komunikasi
1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.
8. Peruntukan Masa
Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
45 45 4 3 3 3 2 2 2 1 1 150
Bahasa
0 0 5 0 0 0 7 7 7 5 5
Melayu
0 0 0 0 0 0 0 0 0
Bahasa 24 24 2 2 2 2 6 9 9 90
Inggeris 0 0 4 1 1 1 0 0 0
0 0 0 0
Bahasa 4 4 4 3 3 300
Cina/Tam 5 5 5 0 0
il 0 0 0 0 0
Sains 1 1 1 1 1 150
5 5 5 5 5
0 0 0 0 0
21 21 2 2 2 2 2 2 2 2 2 210
Matemati
0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1
k
0 0 0 0 0 0 0 0 0
Pend. 18 18 1 1 1 1 1 1 1 1 1 150
Islam/Mo 0 0 8 8 8 8 5 5 5 5 5
ral 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Pendidika 60 60 6 6 6 6 6 6 6
6 6 60
n Seni 0 0 0 0 0 0 0
0 0
Pendidika 60 60 6 6 6 6 6 6 6
6 6 60
n Muzik 0 0 0 0 0 0 0
0 0
Kemahira 6 6 6 6 6 60
n Hidup 0 0 0 0 0
Kajian 1 1 1 1 1 120
Tempata 2 2 2 2 2
n 0 0 0 0 0
Pend. 90 90 9 6 6 6 9 9 9 6 6 60
Jas. & 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kes.
Perhimpu 30 30 3 3 3 3 3 3 3 3 3 30
nan 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Pilihan 30 30 3 3 3 3
Guru 0 0 0 0
Besar
JUMLAH 13 13 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1440
50 50 3 4 4 4 3 3 3 4 4
5 4 4 4 5 5 5 4 4
0 0 0 0 0 0 0 0 0
9. Teras KBSR
i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.
12. Penilaian
i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
• Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan
berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak
semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai
KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk
mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,
globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan
Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.
Merancang adalah
rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran, topic
dan kandungan, strategi, penilaian)
mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan
pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)
pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk
mencapai hasil yang di inginkan
Melaksanakan adalah
Melaksanakan didalam bilik darjah
Penilaian adalah
untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
analisis keputusan
mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian
15. Rumusan
Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan
3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta
pembinaan
dan kandungan sains yang kukuh
Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan
objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.
| Pelajar | Penilaian Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kurikulum | KBSR | Bilik Darjah | Kembali |
Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 10 Mar 2007 oleh Pengendali@2006
Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by bravenet.com
http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm
16/2/2010