Anda di halaman 1dari 46

http://kereta.

info/perbincangan-mengenai-ngv-di-malaysia/

Selamatkah NGV?
Kuasa kereta menurun?
Terpaksa beratur panjang untuk mengisi semula NGV!
Terlalu sedikit stesen NGV!
Ini adalah sebahagiaan pendapat sesetengah orang,kawan dan ahli keluarga
bila memperkatakan tentang NGV.Cukup sedih.Tapi
betul.Di Malaysia masih banyak lagi perbezaan pendapat tentang NGV.

Berikut adalah beberapa perbezaan pendapat dan salah faham tentang NGV.
Selamatkah NGV?
Gas asli cukup selamat dan lebih ringan daripada udara.
Gas asli akan meresap ke dalam udara sekiranya berlaku kemalangan

dan tidak membentuk bahan mudah terbakar.


Gas asli merupakan bahan tidak mudah meletup dan lebih selamat
berbanding petrol kerana suhu penyalaan gas asli yang tinggi (630C)
berbanding petrol (450C).

Bagaimanakah Tahap Ketahanan dan Kekuatan silinder NGV?


Silinder NGV boleh bertahan sehingga 20 tahun.
Ia lebih kuat dan keras daripada tangki petrol.
Ianya dibina untuk menahan tekanan tinggi yang ekstrem dan telah diuji
pada tekanan 4500 psi atau 30 bar (kurang berbahaya sekiranya
berlaku perlanggaran).
Silinder NGV besar dan berat?mengambil banyak ruang?
Silinder NGV cuma mengambil 1/3 daripada ruang tempat simpanan
barang.
Secara purata,sebuah silinder Fiber-komposit (Type 2) 70 liter cume
seberat 53kg.
Stesen NGV yang terhad dan tidak selesa?
Setakat ini ada lebih kurang 70 buah stesen NGV
Petronas diseluruh Malaysia.

Petronas komited untuk menambah bilangan stesen NGV sekurangkurangnya 200 buah stesen sehingga hujung tahun 2008.
Beratur panjang?
Kebiasaannya setiap kereta memerlukan 90saat untuk pengisian
semula gas asli.
Kebiasaannya teksi akan beratur untuk mengisi semula gas pada waktu
pagi,tengah hari atau pada waktu petang pada masa mereka bertukar atau
memulakan shif.Tidak banyak kereta yang beratur untuk mengisi
semula gas pada waktu lain.

http://keretabarudankeretaterpakai.blogspot.com/2011/03/proton-iswara-ngvaku.html

Proton Iswara NGV Aku


Tujuan Aku Beli Iswara

Aku beli Proton Iswara 1.5(A) tahun 2002 sebab nak tukar kepada sistem NGV. Sebelum ni aku
pakai Kancil 850 manual (kemudian tukar auto sebab pindah KL). Sebelum beli Iswara ni aku survey
dulu advantage dan disadvantage penggunaan NGV. Blog yang aku banyak baca
adalah http://www.ngvcommunity.com/. Kat situ aku belajar banyak mengenai kenderaan ngv.

NGV Tak Bahaya

Ada orang kata ngv ni banyak masalah dan yang paling ngeri ialah kejadian van meletup kerana
ngv, ia berlaku di Stesen Petronas Ayer Keroh Melaka. Tapi setelah diselidik balik van tu rupanya
dipasang dengan tong gas masak yang dimodified untuk dipakai dengan ngv. Jadi akibatnya dua
orang terbunuh dengan perut terburai. Itulah akibat tidak mematuhi standard piawaian ngv. Satu
lagi ialah kejadian bonet teksi meletup semasa mengisi ngv. Rupa-rupanya dreber teksi tu baru beli
gas untuk memasak dan lambat sikit bawa balik rumah lalu meletup.

Menurut pemilik kenderaan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Yong, 45, letupan itu berlaku
selepas lima minit dia mula mengisi tangki NGV di belakang keretanya sebelum dikejutkan
dengan dentuman kuat yang meranapkan belakang kenderaan jenis Nissan itu.
Saya bernasib baik, ketika kejadian saya berada di hadapan jika tidak pasti saya akan parah
akibat serpihan besi daripada letupan kuat itu.
Saya tergamam dan terpaksa meniarap, risau jika berlaku letupan susulan bagaimanapun
bangun beberapa minit kemudian selepas mendapati keadaan selamat, katanya ketika ditemui.
Yong mendakwa dia terpaksa menyimpan tong gas memasak terbabit dalam but kenderaannya
apabila tidak sempat untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas dia menukarnya di kedai
pada sebelah pagi.

Cuba perhatikan betul-betul tong ngv tak meletupkan! Ini adalah kerana tong ngv direka untuk
ketahanan dari berlakunya letupan ketika kemalangan. Ia juga diuji dengan tembakan M16 tapi
peluru 5.56 M16 gagal menembusi besi tong ngv tu. Jangan pulak nak uji dengan tembakan RPG
kerena RPG ni kereta kebal pun boleh rosak. Sebab lain kerana salah pemasangan. Jadi carilah
syarikat pemasang ngv yang diluluskan JPJ - boleh cari dalam dalam web JPJ. Do not simply go to
uncertified workshop and install ngv because it may cause explosion. Satu perkara lagi jangan guna
handphone masa tengah isi gas. Sebenarnya masa tengah ini petrol pun tak boleh guna handphone.

Cerita Aku Memilih Dan Membeli Iswara Second

Nak tau kenapa aku tukar Kancil kepada Iswara sebagai kereta kedua aku...

a. Ruang yang lebih besar untuk keluarga dan juga bonet yang lebih besar untuk pasang ngv.
b. Kos untuk maintainance rendah.
c. Kereta paling murah di pasaran nak banding dengan kereta-kereta lain.
d. Enjin Iswara 4G15 adalah enjin yang terbaik dan paling lasak untuk dipasang ngv.

Nak pilih kereta 2nd hand ni kena betul-betul pilih, tersalah pilih menyesal; dapat yang pernah
accident naya tu. Aku surf blog-blog sebagai panduan atau tips-tips untuk beli kereta 2nd hand. Tapi
beli kereta secondhand ni kita dah kena pikir awal-awal lagi berapa kita kena spare fulus untuk
repair sebelum kereta tu memuaskan hati kita. Kalau tak nak repair beli kereta baru terus ler. Tapi
bulanan nak kena tanggunglah.

Kereta 2nd hand ni payah juga nak cari yang murah. Paling simple aku cari je dalam mudah.com
then gi tengok sendiri keadaan kereta. banyak jugak kereta-kereta yang aku tengok tapi susah nak
berkenan sebab al maklumlah kereta 2nd hand banyak yang tak sempurnanya. Jadi kalau ada defect
yang kita dapat trace tak payah beli atau buat perjanjian dengan tauke supaya dia repair dulu. Kita
juga kena cek bahagian bawah kereta sebab ada kereta yang accident naik atas divider sepertimana
yang wira aku dulu. Masa beli tak perasan tapi bila dah lama pakai tayar asyik makan sebelah je..
tau-tau bila buat alignment - cina tu kata dah tak boleh adjust sebab casis dah lari..........

Satu hari aku tengok dalam mudah.com Proton Iswara 1.5 (A) Sedan 2002, kereta tu cantik... Aku
contact salesman dan terus menuju ke Kajang (aku dok d Sg Besi). Sampai dalam jam 6 ptg dan
kebetulan hujan renyai-renyai. Aku tengok kereta dari luar semua ok, buka bonet tak berapa nampak
sangat bahagian bawah enjin sebab agak gelap sikit then aku test drive. Odometer menunjukkan 73
ribu km +. Tapi aku tak caya sebab meter boleh diubah. Masa test drive ada bunyi wheel bearing -

cina tu kata boleh tukar, aku on aircond- aircond rosak cina tu kata dia nak repair - cek boot
belakang ada karat bhg tepi kanan - dia kata boleh cat. So oklah aku stuju sebab body kereta cantik
dan tak ada kesan accident. Aku stuju rege keretanya Rm10k (itupun selepas puas aku
menawar) dan bayar deposit RM500. Tempat lain memang tak dapat harga tu, biasanya paling
kurang RM13k. Aku beli pada tahun bulan Jun 2010.

Selepas 3 hari menunggu dan semuanya siap diproses, aku ajak bini aku gi ambik kereta.
Sebenarnya bini aku kurang berkenan bila aku cadang nak beli iswara tapi aku pikir-pikir kalu beli
kereta baru kena hutang lagi sedangkan Naza Citra aku tu kena bayar Rm700 tiap-tiap bulan.
Pasang NGV Pada Iswara Aku

Aku pasang ngv pada Iswara aku pada 17 Jul 2010 kat Bandar Baru Bangi. Kos pemasangannya
ialah RM2800.00 dengan mixer system dan tangki 65 liter. Kos tu juga termasuk cek Puspakom dan
JPJ endorsement. Aku diberi taklimat macamana nak operate ngv. Kat bawah steering kereta
aku dipasang switch untuk mode petrol dan ngv (petunjuk switch ; step 1-petrol, step 2 - untuk tutup
petrol/gas, step 3 - gas) . Switch inilah di antara peralatan mixer system yang dipasang pada kereta
enjin carburator. Kalau enjin baru seperti fuel injection, EFI, DVVT, Campro - ia menggunakan
sequential system iaitu mode ngv ditukar secara automatic dan kos pemasangannya lebih mahal
iaitu hampir RM5k. Berikut adalah cara-cara operate ngv (utk kereta yg pakai karburater shj):

a. Isi gas di Stesen ngv Petronas (masa isi gas, enjin dalam mode petrol sebab gas belum ada
dalam
tangki).
b. Start kereta dalam mode petrol dan tekan suis ke step 2 untuk tutup petrol dan biarkan enjin
mati

sendiri. (ini bagi menghalang pencemaran dalam carburator)


c. Kemudian tukar ke step 3(gas). Pusing kunci kereta pada on. Tunggu lampu pada switch ngv
mati dan start sambil tekan sedikit pedal minyak dan kereta terus hidup.

Mula-mula pasang ni ada juga problemnya;

Masalah Pertama. Pick-upnya amat teruk. Aku pernah berkali-kali kena horn kat orang
belakang
masa naik bukit dan ini amat memalukan aku.

Masalah kedua. Kereta tak boleh hidup setelah park selama 3 jam dalam mode ngv. Aku
terpaksa panggil pomen untuk hidupkan dengan kaedah 'pancing petrol dalam carburetor'.
Jadi
kalu nak park mesti tukar ke mode petrol. Aku terlupa beberapa kali dan ini memberi banyak
masalah kat aku. Kekadang tu aku keep on start dan last sekali idup jugak dia.

Aku gi balik ke pusat pemasangan tu dan melaporkan masalah aku. So dia orang setting balik
sistem ngv tu dan pasang penutup di hujung air intake dan penutup itu ditebuk lubang sebesar ibu
jari kaki. Alhamdulillah setelah dibuat service tu kereta aku ok. Tapi pakai kereta ngv ni bukan untuk

race. Perbezaan masa mode ngv dan mode petrol memang ada. Mungkin aku boleh andaikan masa
pakai ngv pick-upnya macam Iswara 1.3 dan masa mode petrol keadaan pick-up seperti biasa.

Aku ambil masa lama juga nak membiasakan diri dengan ngv. Setelah 3 bulan guna
ngv dan bertukar-tukar fikiran dengan pengguna ngv lain ditambah dengan pembacaan
di internet aku sekarang sudah cekap menggunakan ngv. Cara aku ialah:
a. Masa nak parking malam atau tempoh yang lama melebihi 6 jam aku tukar ke
mode
petrol. Caranya ialah terus tukar ke mode petrol sebaik-baik berhenti untuk
park dan
biarkan enjin hidup beberapa ketika supaya minyak naik semula ke
carburator. Ia juga
untuk memudahkan enjin kereta mudah dihidupkan waktu pagi.

b. Start pada waktu pagi atau semasa enjin sejuk dalam mode petrol. Tukar ke
mode gas
setelah enjin panas. Proses tukar ke mode gas boleh dibuat dengan cara yang
ditunjukkan di atas. Cara aku lain sikit ; semasa di step 2 sebelum enjin
mati; ada
tanda-tanda menunjukkan enjin nak mati time tulah aku tukar ke mode gas, jadi
enjin tak
mati dan tak payahlah aku start sekali lagi.
Penjimatan

Dari segi penjimatan ia amat menjimatkan dan siapa saja yang menggunakan gas pasti akan
berpuas hati. Sebelum aku menggunakan gas aku terpaksa membelanjakan RM50 petrol untuk 5
hari bekerja atau RM10 sehari. Tetapi selepas menggunakan gas aku hanya membelanjakan
maksimum RM22.50 gas untuk 5 hari bekerja atau RM4.50 sehari.
Untuk perjalanan dekat-dekat, satu tangki dengan isian penuh RM9.50 aku boleh dapat dalam
140km. Untuk long distance aku boleh dapat 180km - 190km dengan tangki penuh. Cuba bayangkan
kalau guna petrol dengan RM10 boleh dapat tak sejauh 180km??? Biasanya kalau isi RM10
petrol, aku boleh dapat 50km untuk perjalanan dekat-dekat dan 60km untuk long distance.
Anda mesti tak rasa jemu berulang-alik ke stesen ngv kerana satu tangki tak boleh bertahan
lama. Biasanya aku isi 2 hari sekali. Aku tak kisah sebab rumah aku dengan stesen ngv cuma 2.5km
je.
Kelemahan

Bila

Pakai

NGV

Selepas setahun setengah menggunakan NGV, enjin kereta aku terasa macam tersekat-sekat
terutama bila berada dalam gear 1. Aku pun tukar plug...memang betul plug yg tak ditukar
menyebabkan enjin kereta tersekat-sekat. Jadi pastikan bahawa plug sentiasa ditukar bila cukup
masanya.
Absorber belakang yg standard (aku pakai kayaba gas) memang tak tahan lama walaupun spring
telah dilapik dengan pelapik getah 2 inci. Setahun pakai mesti tukar. Tapi jangan bimbang... tukar
spring khas untuk ngv - spring ni tinggi sikit dari yang original, harga RM80 je sepasang. Tukar
spring ni insyaallah tak ada lagi masalah kekerapan tukar absorber.
Kalu ada sapa2 nak tanya atau bertukar2 pandangan pasal ngv ni boleh email aku
-najay73@gmail.com.

http://menara-kehidupan.blogspot.com/2012/01/ngv-sistem-pada-avanza.html

NGV Sistem pada Avanza


Hari ini kami ingin berkongsi mengenai penggunaan NGV dan cara sistem NGV beroperasi. Kami dah
guna lama dah NGV ni dari senjak penggunaan kereta waja sehinggalah ke kereta avanza . Syukur lah
dengan penjagaan yang rapi dapat juga kami sekeluarga berjimat. Dulu kita sering dengar bahawa
penggunaan NGV amat bahaya dan boleh menyebabkan letupan.

Sebenarnya.... setiap kes kejadian letupan yang disebabkan NGV adalah disebabkan penggunaan
peralatan yang tidak betul ( jangan guna TONG GAS DAPUR seperti kejadian di melaka dan TONG NGV
yang DISAMBUNG seperti kejadian di Kuala Lumpur ) dan tidak penepati piawaian yang telah
ditetapkan. Sebenarnya penggunaan NGV adalah jauh lebih selamat berbanding Petrol kerana kejadian
letupan NGV yang dilaporkan bukanlah disebabkan oleh NGV itu sendiri tetapi kerana TEKANAN yang
tinggi pada gas tersebut.

Bagaimana NGV berfungsi ?


1. Gas asli dimampatkan dan dimasukan ke dalam kenderaan melalui injap pengisi gas asli (bekas).
2. Ia mengalir ke dalam silinder tekanan tinggi yang terletak di dalam atau di bawah kenderaan.
3. Dalam NGV, pemilihan bahan api di papan pemuka ( SELECTOR SWITCH AND FUEL INDICATOR )
membenarkan pemilihan gas asli atau petrol untuk bertindak sebagai bahan api untuk kenderaan. NGV
khususnya beroperasi semata-mata hanya penggunaan gas asli.

4. Apabila gas asli diperlukan oleh enjin, ia dibekalkan dari silinder dan melalui injap master manual
tertutup ( MASTER SHUT-OFF VALVE ).
5. Gas asli akan melalui paip bahan api tekanan tinggi dan memasuki ke dalam regulator.
6. Gas asli masuk ke pengawal selia ( REGULATOR ), yang mengurangkan tekanan daripada 2500 psi
kepada tekanan atmosfera yang berhampiran.

7. Injap solenoid gas asli membolehkan gas asli melalui daripada pengawal selia ke pencampuran gas
(mixer) atau penyuntik bahan api gas asli. ( ia mematikan gas asli apabila enjin tidak berjalan atau
apabila, dalam hal kenderaan ketika petrol dipilih).
8. Dalam gas NGV bahan api semulajadi yang bercampur dengan udara mengalir melalui karburetor
petrol atau sistem suntikan bahan api ( injection ) dan memasuki kebuk pembakaran enjin. Dalam
keadaan gas NGV yang beroperasi disuntik ke dalam kebuk pembakaran enjin melalui penyuntik
semulajadi yang direka khas untuk bahan api gas asli.

Tong NGV ... Barang letak atas tong je la jawabnya....

9. Dalam penggunaa mode NGV, apabila pemandu memilih gas, sistem petrol konvensional tidak
diaktifkan dan sistem gas asli secara automatik disalurkan.
Pengendalian pemanduan NGV
Penggunaan NGV adalah sangat menjimatkan dan dengan isian RM9 NGV anda boleh berjalan sejauh
193.4Km... Manakala penggunaan petrol pula dengan pengisian tangki sebanyak RM10 boleh berjalan
sejauh 60 - 70Km sahaja. Cuma kelemahan penggunaan NGV ni tentulah ruang barangan terhad dan
service enjin yang kena kerap untuk memastikan sistem enjin berfungsi dengan baik.
Begitu juga dengan pick up kenderaan menjadi kurang berbanding pernggunaan petrol tapi masalah
pickup akan dapat di atasi dengan cara pemanduan kerana apabila kita memerlukan pickup pada masamasa tertentu maka:
1) Kita hanya tukar mode NGV ke PETROL dengan hanya menukar sekali picit pada "selector switch"
sahaja... atau
2) Untuk kenderaan yang menggunakan gear Auto Avanza hanya memerlukan butang OD "over drive"
sahaja.
Bila sudah biasa maka tiada lagi masalah tiada pickup pada NGV.....

http://taxidriversmind.blogspot.com/2011/06/pemasangan-ngv-menurutpengalaman-saya.html

Pemasangan NGV - Sekadar berkongsi pengalaman

Baru-baru ini seorang rakan bertanya kepada saya mengenai pemasangan NGV. Saya bukanlah tahu
sangat mengenai NGV ini, cuma sekadar melalui pengalaman mengg
unakan NGV selama beberapa tahun lalu. Kalau tanya kepada penjual atau syarikat pemasang peralatan
NGV..., semuanya baik..., sebab mereka perlukan duit kita untuk perniagaan mereka..., :)

Apa yang saya tahu mengenai NGV ini hanyalah seperti berikut;

1.
Peralatan NGV ini mengandungi mengandungi beberapa alatan yang dipanggil "NGV kit"
antaranya regulator, emulator, electronic controlling u

nit(ECU), meter,silinder gas dan lain-lain.


2.
Regulator berfungsi untuk memperlahankan pressure dari tangki gas, emulator pula untuk
memastikan enjin menerima NGV sebagai bahan bakar dan ecu pula berfungsi sebagai kawalan
komputer bagi sistem NGV ini bagi memastikan ecu sebenar enjin tidak mengesan apa-apa masalah
dengan penambahan alatan baru pada sistem enjin.
3.
Semua produk ini diimport (dengarnya sudah ada syarikat yang buat sendiri beberapa alatan
NGV ini).
4.
Saya mengetahui dua jenis sistem NGV iaitu caburator system (berharga antara RM2,500 hingga
RM3,500) dan sequential system (berharga antara RM5,000 hingga RM7,500) bergantung kepada
pembekal. Khabarnya sudah terdapat sistem baru yang lebih canggih, namun saya tidak pasti
mengenainya.
5.
Caburator system sesuai bagi kenderaan yang masih menggunakan caburator dan juga
kenderaan yang tidak dikawal oleh ecu.
6.
Sequential system pula sesuai digunakan oleh kenderaan eletronic injection dan yang dikawal
oleh ecu.
7.
Pengalaman saya, kenderaan Proton Waja Campro tidak boleh menggunakan sistem caburator
walaupun dengan adanya alatan "emulator". Teksi saya dahulu mengalami masalah "backfire" iaitu
letupan di bahagian "air filter" sehingga menyebabkan pecah alat pengunci kotak "air filter" tersebut.
Dimaklumkan oleh mekanik, ia kerana ecu enjin gagal mengawal kuantiti oksigen yang diperlukan untuk
pembakaran. Enjin juga akan semput akibat dari kegagalan ecu enjin menerima kemasukan alatan NGV
pada sistem pembakaran.
8.
Pengalaman saya juga menunjukkan masalah ini diatasi setelah menukar kepada sequential
system (terbang la lagi dalam RM3,500 untuk tukar kit sahaja, silinder gas guna yang lama)
9.
Bagi yang ingin memasang sistem caburator pada kenderaan iswara, rusa dan seumpamanya,
anda tidak perlu risau kerana kebanyakan alatan sistem NGV ini mudah diperoleh dan boleh di baiki di
mana-mana bengkel yang memasang NGV.
10.
Awas kepada pengguna yang menggunakan sistem sequential, kerana sistem yang anda
gunakan tersebut selalunya hanya boleh dibaiki oleh pembekalnya sahaja. Jika sistem NGV anda rosak,
ia hanya boleh dibaiki oleh bengkel yang memasangnya sahaja.
11.
Oleh yang demikian, jika ingin memasang sistem NGV sequential ini, pastikan pembekalnya
adalah betul-betul kukuh. Untuk makluman, banyak sekali pembekal sistem NGV ini yang dahulunya
tumbuh bagai cendawan, mereka mengimport perlbagai produk NGV kit dari Argentina, Brazil, Cina dan
lain-lain yang akhirnya tutup (Koperasi saya ini sendiri pernah terkena dan terpaksa berbelanja puluhan
ribu untuk menukar sistem NGV ini kerana pembekal lama tutup perniagaan).
12.
Untuk makluman, pembakaran NGV ini bersifat kering iaitu tanpa ethanol seperti petrol yang
bersifat basah. Pembakaran NGV menyebabkan enjin lebih panas berbanding petrol.
13.
Kebanyakan enjin terkini, alatan dalamannya seperti valve bersifat compact (kecil dan ringan)
bagi menjimatkan petrol. Valve yang kecil ini akan mudah bengkok jika terlalu panas dalam tempoh yang

lama. Oleh yang demikian, jika anda memecut kenderaan NGV anda melebihi 110km dan dalam tempoh
terlalu lama, ia boleh menyebabkan valve enjin menjadi bengkok (saya dengar ada sistem NGV baru
yang secara automatik tukar kepada petrol jika kita pandu melebihi had laju yang ditetapkan).
14.
Harga bagi satu liter NGV sekarang pula ialah RM0.68 sen berbanding RM1.90 petrol RON95
(dengarnya akan naik lagi), ini bermakna kos bahan bakar NGV hanya 36% sahaja berbanding petrol
(jimat 64%).
15.
Saiz tangki silinder pula ialah antara 40 hingga 80 liter, kebanyakan teksi menggunakan sylinder
60 liter. Walaupun saiz tangki 60 liter, namun ia hanya boleh memuatkan lebih kurang 13 liter NGV sahaja
iaitu lebih kurang RM9.00. Saya tidak pasti mengenai ini, ada yang bagitau saya, sebab NGV tersebut
telah dimampatkan dengan udara tekanan tinggi (nama lain bagi NGV (Natural Gas For Vehicle) ialah
CNG iaitu (Compressed Natural Gas).
16.
Untuk membuat pengisian semula NGV sekarang ini, tidaklah sesusah dahulu, boleh dikatakan
stesen Petronas NGV boleh didapati di seluruh Malaysia.
17.
Bagi setiap tangki 60 liter yang diisi penuh, kenderaan boleh dipandu sejauh maksimum 180
kilometer di highway dan lebih kurang 140 kilometer di jalan bandar bergantung kepada cara dan
keadaan pemanduan.
18.
Kos penyenggaraan kenderaan NGV ini boleh dikatakan sama sahaja dengan kenderaan biasa,
kecuali jika anda memasang sistem NGV yang salah atau anda memandu kenderaan NGV dengan laju
dalam tempoh yang lama di lebuhraya kerana kemungkinan besar valve akan bengkok malah boleh
membuatkan head enjin kereta anda pecah (kawan saya yang baru 6 bulan guna teksi Saga BLM enjin
Campro dah kena tukar head kerana masalah ini)
19.
Untuk makluman anda juga, jaminan pembekal bagi kenderaan yang dipasang dengan sistem ini
akan luput kerana melanggar syarat jaminan iaitu membuat perubahan pada sistem wiring dan juga
bahan bakar. Nasihat saya, kalau nak guna NGV, tunggulah selepas tempoh jaminan tamat.
20.
Mengenai keselamatan sistem NGV ini, ada yang mempertikaikan

kononnya kenderaan mudah meletup atau


terbakar. Apa yang saya tahu, saya tidak pernah berjumpa teksi yang terbakar kerana NGV ini.
Kebakaran dan juga letupan yang dihebahkan dalam akhbar sebelum ini adalah akibat kecuaian
pengguna yang mengubahsuai tong gas LPG dan mengiisikannya dengan NGV. Tangki gas LPG tidak
dibuat untuk menampung tekanan tinggi seperti tangki khas NGV. Ketebalan dinding tangki juga jauh
berbeza...,
21.
Satu lagi nasihat saya, sekiranya kenderaan anda hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat
atau kos petrol anda di bawah RM50.00 seminggu, adalah lebih baik anda terus menggunakan petrol
kerana terlalu lama untuk anda mendapatkan semula kos pemasangan dari penjimatan yang anda dapat
dan terdapat risiko kerosakan enjin yang agak tinggi.
Sekian sahaja apa yang saya tahu mengenai NGV ini. Ditegaskan lagi bahawa pengetahuan saya ini
hanya dari pengalaman saya sendiri semasa menggunakan sistem NGV sejak tahun 2003. Mungkin juga
pendapat saya di atas tidak betul, jangan jadikan entry ini sebagai fakta, cukuplah sekadar perkongsian

pengalaman sahaja. Saya pasti rakan-rakan teksi saya mungkin lebih arif dari saya dan saya amat
mengalukan jike tuan-tuan kongsikan pula pengalaman masing-masing. Wassalam

http://www.ngv.com.my/?pageid=150&messageid=338&cac=0
NGV Conversion on Electronic Fuel Injection Engines By Sequential Gas
Injection System

CNG-NGV TECHNOLOGY - 5TH GENERATION - CNG-NGV GAS INJECTION FOR EFI (SIS EFI
101)
Written and Presented by Dr. Xander Thong (MVLK Certified Gas Installer, Malaysia)

CNG-NGV Conversion on EFI-Type Engine for petrol (gasoline) vehicles. This type of conversion is 3rd
Generation, employing the Gas Metering technology, called Sequential Gas Injection System (SIS). It

primarily involves a CNG-NGV injector, sophiscated Gas ECU, CNG Cylinder, built-in Injector
Emulator, Pressure Sensors and accessories.

Any EFI vehicle can be converted with the latest 3rd Generation Technology, or commonly referred to
as the Sequential Gas Injection System (SGIS) or Sequential Injection System (SIS). The techology
employs Fuel Metering Technology, based on Stoichiometric measurement. It is known to be more
superior to Gas Carburetion (Air-CNG Mixer method) in terms of reliability, performance and is
engine backfire-free.

(a) CNG Cylinder (ISO11439 rating), cylinder mounting bracket + high-tension bolts & nuts;

(b) CNG-grade Pipeline, gas venting hoses + accessories;


(c) CNG Solenoid, Manometer (Pressure Gauge), CNG SIS Reducer + CNG SIS Regulator kit;
(d) SIS CNG Injector units (+ Gas Injection Filter, in some cases)
(f) NGV Refilling Valve;
(g) Master Shut-off Valve at cylinder (PRD) and refilling valve
(h) SIS Switch-over (or Fuel Selector switch);
(i) Petrol Injector Emulator (built-in);
(j) Timing Advance Processor (for Gas Spark Ignition Timing);
(k) Signal from Oxygen (Lambda) Sensor and Throttle Position Sensor (TPS);
(j) SIS Electronic Controller Unit for Sequential Gas Injection - Injection Mapping; and
(k) Pressure sensors for SIS.

Picture Source: http://www.vanmeenen.com

CNG\LPG Sequential Injection System : CNG Reducer Vs LPG Vaporiser

CNG Injector (Key Component)

CNG Injector is the key component in the CNG-NGV Conversion with SIS Technology. Most EFI
vehicles can be converted with SIS NGV kit, which the only difference lies with the number of
injectors involved. SIS NGV kits are manufactured with 3, 4, 6 , 8 and some 12 cylinders
configuration. The SIS CNG Injectors perform a similar function like the vehicle's original petrol
injector. It meters the volume of CNG to be injected into each combustion cylinder based on the
reading from the TPS, Pressure sensors and Oxygen sensor (or stoichiometric reading). It mimicks
the injecion function of the vehicle's original ECU on the opening and closing petrol injectors during
petrol driving, and the SIS ECU adapts these patterns onto the CNG injector. In layman's terms, SIS
ECU read, learn, program and behaves as closely to the petrol injection patterns as possible, when
operating in NGV mode.

Picture Source: www.landirenzo.com

Rail CNG Injectors (Type 1)

Rail CNG Injectors (Type 2)


(there are over 10 types of injectors available)

A good CNG Injector is commonly constructed with composite metal material which is capable of
resisting extreme heat and engine temperatures. Present CNG sequential injection systems are
commonly using the Port Injection method where one CNG injector is installed for each cylinder. An
exhaust oxygen (lambda) sensor is utilised to obtain Air-Fuel ratio reading and the SIS ECU
calibrates the best injection volume per cylinder in obtaining a stoichiomertic reading of 17.2.

Picture Source: www.ngv.com.my

CNG\LPG Injector Design (CCCS or PCCS Application)

This type of SIS CNG-NGV Conversion is possible as most modern vehicles operate on a closed loop
control of the fuel injection (particularly in petrol\gasoline). Some SIS CNG-NGV systems require the
gas injectors to be mounted directly on the intake manifold, within 100mm of the inlet valve. This
system is called Close Couple CNG System (CCCS).

Picture Source: www.ngv.com.my

CCCS - Gas Injectors Directly on top of Intake Manifold

Alternatively, a second CNG system (or known as the pipe coupled CNG system or PCCS) is the
identical function to the CCLS but the injectors were not mounted directly on the manifold. Instead
the injectors are connected to the intake manifold by flexible hoses. The hoses/pipes are used so the
injectors could be mounted in a more convenient place. Most (if not all) SIS kit Manufacturers offers
PCCS as their standard equipment as it is most compatible with any modern vehicle.

Insertion of Gas Giggler (Injection Point) and connected to Hose

Fuel Injection Spraying Pattern

Gas Injectors Connected by Hoses onto Intake Manifold - Citroen (Side View)

Gas Injectors Connected by Hoses onto Intake Manifold - Honda (Front View)

Gas Injectors Connected by Hoses onto Intake Manifold - Toyota (Front View)

SEQUENTIAL GAS INJECTION TECHNOLOGY

The Sequential Gas Injection Technology employs the Fuel Metering method, where SIS Electronic
Unit (ECU) determines the exact volume of gas to be injected into each cylinder. The CNG Reducer
functions to de-compress the 3,000 psi CNG from the cylinder to a manageable 40-70 psi
levels. Subsequently, the low-pressure CNG gas is distributed by the CNG Regulator (as well
as regulating a constant gas pressure) to the Gas Port Injectors. Each Gas Injector are pressurized
to 40 or 70 psi but it remains closed. Upon receiving the appropriate signal, the injector will open up
(duration remaining open is called pulse width) and this pulse width is measured in miliseconds
(ms). The SIS ECU utilizes the pulse width to set up the Gas Injection Mapping.

A Sequential Gas Injection System receives just 1 injection opening per cycle (completion from

Stroke 1 to Stroke 4 in Otto-Cycle engine), timed to coincide with the opening of the inlet valve. As a
very rough guide, the injector pulse widths for an engine at normal operating temperature at idle
speed are around 2.5 ms for simultaneous and 3.5 ms for sequential. In doing so, SIS can eliminate
engine backfire, which is a common problem with Gas Carburetion method in EFI vehicles.

SIS CNG Reducer and SIS CNG Regulator

SIS CNG Reducer is a mechanical eletronic control device that reduces CNG pressure from 200 bar to
3-5 bars while SIS CNG Regulator regulates a consistent flow of gas fuel for the engine's needs.

SIS CNG reducer functions as a pressure decompressor from the high pressure CNG at 200 bars\
3,000psi. The absorption of heat, taken from parts of the reducer, heated with a tap-in engine
coolant, prevents freezing up on the reducer's components during the fall in pressure phase.

SIS CNG Reducer\Regulator

SIS CNG Reducer

SIS CNG regulator kits have built-in CNG solenoid valve, controlling CNG to flow from the regulator
into the Air - CNG Mixer. (Or, it shuts off the CNG when the engine is not running or when, in the
case of a bi-fuel vehicle, gasoline is selected).

SIS CNG regulator and Gas Distributors to Injectors

SIS CNG regulator kits have built-in CNG solenoid valve, controling CNG to flow from the regulator
into the Air - CNG Mixer. (Or, it shuts off the CNG when the engine is not running or when, in the
case of a bi-fuel vehicle, gasoline is selected).

SIS CNG Reducer & SIS CNG Regulator (Autogas Italia)

Manometer (Pressure Gauge) And Bi-Fuel Switch-Over

The Selector Switch is fitted at the dashboard, enabling the driver to choose either the CNG mode or
the petrol mode of operation. The electronics built into this unit also ensures safety by switching off
the gas solenoid whenever the engine is switched off. It also indicates the quantity of CNG available
in the cylinder.

Picture Source: www.ngv.com.my

The wires that connect the switch to the different parts of the system must pass from the dashboard
to the engine bay and should be secured by plastic ties. All connections must be made with the
terminals supplied for that purpose. For SIS CNG vehicle, the Switch-over (called Microswitch) is
programmable for automatic petrol (gasoline) change-over to CNG-NGV at pre-set parameters.
Commonly, an EFI NGV vehicle will start-up with petrol (gasoline) and drive on for a change-over in
awaiting to achieve a pre-set parameter, such as Deceleration from 2,000rpm or CNG reducer
temperature achieving 49oC. The change-over will automatically take place when the pre-set
parameters are achieved and they trigger the change-over automatically.

MAP Pressure Sensor

A MAP (Manifold Absolute Pressure) sensor is one of the sensors used in an internal combustion
engine's electronic control system. The manifold absolute pressure sensor provides instantaneous
pressure information to the SIS ECU. This is necessary to calculate air density and determine the
engine's air mass flow rate, which in turn is used to calculate the appropriate CNG flow to be

injected. SIS uses MAP to calculate air mass, is using the speed-density method.

Picture Source: www.aeb.it

MAP and Pressure Sensors

SIS Electronic Control Unit (or SIS Microprocessor)

The operation principle of the SIS is based on the petrol injection system where each
injector works separately and independently for each other. At every moment while the engine is
running, the petrol ECUs strategy of the fuel supply is used. The gas injectors are controlled by
means of the signals which control the operation of the petrol injectors, which in turn come out of
the current engine need (required for power and dynamics). Aluminum enclosure and electronic
elements which are working in wide range of temperatures are used to guarantee the correct
operation of gas control unit and resistance to interference.

Most SIS ECUs are available in 4-, 6- and 8- channel (cylinder) version:
4 cylinders version, for engines with 3,4 cylinders
6 cylinders version, for engines with 3,4,5,6 cylinders
8 cylinders version, for engines with 3,4,5,6,8 cylinders

Picture Source: www.ngv.com.my

SIS ECU are commonly programmed with special interface softwares. There are types and versions
that can be used to program SIS ECU. Some softwares utilitize COM2 Serial Port, while others uses
USB connection on Personal Computer, particularly Notebooks or laptop.

Some softwares require a security key (or doggle) to unlock certain programming features. Others
are free to download from their website, such as Lo-gas's MACHPro in the NGV Community.com
Library. As for brief comprehension, the below screen shots are meant to provide a simple and easy
to understand on SIS ECU configuration. Details on Step-By-Step configuration will be omitted;
nevertheless, Configuration Manuals on SIS ECU conversion kits are currently available in the
library as well.

Picture Source: www.ngv.com.my

Sensors Parameter Screen Shot (A Good Configuration) - Monitoring Page

In the Monitoring Page, sensor values are displayed for SIS Installer to obtain the current state of
affairs with the SIS CNG-NGV kit installed on board the vehicle. The description of the values (or
parameters) are as below:

(A) - The Injector Pulse Width (Injector Open Timing) on the average of 4 petrol injectors
accumulated.
The Blue horizontal bar indicates the Injector Timing for each Petrol Injector.

(B) - The Injector Pulse Width (Injector Open Timing) on the average of 4 CNG injectors
accumulated.
The Blue horizontal bar indicates the Injector Timing for each CNG Injector.

(C) - The engine speed is displayed due to the wiring connection to the vehicle ignition coil, or
distributor
unit. RPM measurements are important to set up CNG Injection Mapping against engine speed
and loads.

(D) - The display indicate the temperature in the CNG Reducer, which is part of the parameter for
Petrol to
CNG automatic switchover. Pre-heating the CNG Reducer is essential to avoid poor power
performance at the initial moments of any fuel switchover.

(E) - The display indicate the CNG Gas temperature. This paramter setup is to ensure that the
flamability
rate of CNG gas is within its limits.

(F) - This display indicates the vacuum pressure in throttle body or manifold tube.

(G) - This display indicates the air-fuel mixture through the oxygen (lambda) sensor in obtain
stoichiometric
rate.

The Monitor Page can be read as the CNG Injector to open a longer pulse width of 4.18 ms than at
3.26ms on petrol injection. Since petrol having denser state in a form of liquid, the fuel mixture can
be achieve with a shorter injector open timing. As for CNG, it has a lighter and less denser form in
which a longer pulse width is much require to obtain a balance air-fuel mixture (as shown by the
lambda sensor for a balance mixture). Caution: This Monitor Page indicates a good or efficient SIS

ECU setup that was already completed before.

The following screenshots demonstratein brief how a good or efficient SIS ECU setup is being
done. All detailed technical configuration are being omitted. For indepth understanding, Configuration
Manuals on SIS ECU conversion kits are available in the library under Manual Downloads subsection.

STEP 1 - SIS ECU LEARNING FROM VEHICLE'S PETROL INJECTION PATTERN AND TIMING

Most SIS ECU Interface Softwares are designed with an AUTOCALIBRATION function. A SIS Installer
will only need to start-up the vehicle on petrol and leave it running for a couple of minutes. The SIS
ECU will obtain parameter reading with petrol injection pattern and timing as shown in Monitoring
Page (A) above. (Note: Several pre-requisite configurations have been omitted at this point)

Auto Calibration in Petrol Mode for Petrol Mapping

Upon completion of autocalibration in Petrol, a Petrol Map can be generated from the values collected
by various sensors, such as MAP Sensor and Injectors. A Petrol Map can be charted up as below
shown.

Petrol Mapping after completion of SIS Autocalibration

After petrol mapping is done, the vehicle is started up on CNG mode. Again, the vehicle will be left
running for a couple of minutes. The SIS ECU will obtain parameter reading with CNG injection
pattern and timing at Factory Default setting. (Note: Several pre-requisite configurations have been
omitted at this point too.)

Auto Calibration in CNG Mode for CNG Mapping

Upon completion of autocalibration in CNG mode, a CNG Map is generated from the values collected
by various sensors, such as MAP Sensor and Injectors. A CNG Map can be charted up as below
shown.

As below shown, the Petrol Map will form the baseline (Red Linear Line) and the CNG Map compared
against it. The objective here is to match the CNG Map with the Petrol Map, in which the CNG
injection will assimilate the petrol injection pattern as closely as possible.

CNG Map being compared against Petrol Map as the Base Line

CNG Injection will mimick the Petrol Injection Pattern as close as possible

Timing Advance Processor (TAP) or Advance Corrector

Timing Advance Processor can be used on all electronic ignition composed by high tension rotary
distributor and a power amplifier. The timing advance processor adjusts the ignition timing when the
engine is running on gas and resets the original advance (timing) when the engine operates with
petrol. The timing advance processor improves performances and consumption on CNG-NGV
operations.

Picture Source: www.aeb.it

Timing Advance Processor (TAP) - Joker-N for most Caburetor Vehicles

CNG - NGV Refilling Valve

Natural gas is compressed and enters the vehicle through the CNG-NGV Refilling Valve, direct into
the CNG cylinder. The refilling valve must be mounted with a specially designed metal bracket, which
is to be affixed to the vehicle body with bolts & nuts. The bracket of the filling valve has a hole; a
part of the valve passes through it and the end is fixed with a nut. Both the bracket and the valve
must be rigidly mounted to withstand the pressure of the hose nozzle every time gas is loaded. This
component must not be installed near the car battery, to avoid the possibility of a spark while
loading; a spark combined with gas can cause an accident. It is also advisable to place it near the
regulator, so as to be able to control the filling pressure with the system manometer.

Picture Source: www.ngv.com.my

Refilling Valve and Refilling Charger (NGV-1 Standard)

A loop or Pig-Tails must be made between refilling valve and CNG reducer\regulator every time there
is a change in direction of the pipe, or only one if the pipe maintains one direction. It is very

important that this section be as short as possible, to avoid passing over other equipment in the
engine bay.

Picture Source: www.ngv.com.my

Pig-Tail at 90o Angles on Pipeline, Mixer, Petrol Solenoid, Voltage Stabilizer, Power Screw

http://italiangv.com/tag/ngv-mixer-system
There are basically two types of NGV systems in the market now. They are the Mixer System & the Sequential
System
Now let us review the Pros and Cons of the Mixer System
Advantages:
1. Entry level cost / Installation cost is much lower than the advanced NGV Sequential System
2. Maintenance is very cheap or negligible
3. Takes less time to install compared to the Sequential system ( usually one day )
4. Takes less time to repair / maintain the system. Parts are very cheap and available every where
5. It is just screw driver technology and so customers can go to any NGV workshop with experienced workers
6. Easy to install. No drilling holes & No modification on engine
7. Proven technology, has been around for over 16+ years in millions of cars across the globe
Disadvantages:
1. Technologically very old and not recommended for new generation cars
2. May have Back Fire due to old improper ignition from the old spark plugs / spark plug cable
3. Engine Stalling (Engine Matti) may occur during turns or traffic light due to bad tuning or improper mixer of NGV
and the atmosheric air that comes from the air filter

4. Transition from PETROL to GAS and may not be very smooth and there could be a slight jerk during that time
5. Once the gas in the NGV tank is finished, the driver has to switch over to petrol mode manually
Our Recommendation:
We strongly recommend the above Mixer systems for old generation cars, people with low budget and definitely for
all carburettor engines.

http://ngvavanza.blogspot.com/2011/08/sebelum-aku-nak-pasang-ngv.html
Sebelum aku nak pasang NGV

Sebelum nak pasang NGV ni aku buat research NGV bagai nak rak. Macam2 yang aku
cari..soklan yang sama korang akan tanya..fuel consumption, kos pemasangan, kat mana
nak pasang, enjin akan ada problem ke lepas pasang ngv, stesen ngv banyak tak, selamat
ke tak pasang tong ngv dlm kereta dan. Semua tu soklan yang aku cari jawapan. Tanya
dalam forum, baca blog orang, telepon tanya orang yang pernah pakai, telepon tempat
pemasangan NGV tapi jawapan masih tak berapa nak clear. Tapi last aku decide nak
pasang NGV lepas adik ipar aku pasang kat wira 1.5 dia. Aku dapat first hand test kereta
yang dah pasang NGV. Aku impress dengan NGV dan decide nak pasang. Fuel
consumption pulak mak aih..

Adik ipar aku bagi contact installer NGV kat KL company nama green gas dekat area ara
damansara. So aku set appointment untuk pasang sistem NGV mixer dgn kos rm2800
tangki 65l. Ini maklumat company tu:

Nama company: Green Gas


Lokasi: Ara Damansara
Contact No: 0193826350

Ok first problem aku adalah nak pilih antara sistem mixer atau sistem yang baru iaitu
sequential. Green gas suggest utk pasang sequential utk kereta fuel injection macam aku.
Tapi adik ipar aku pakai mixer tp wira dia pun fuel injection. Ntah..kene research pulak.
Sequential mahal dari mixer pulak tu. Hmm..aku tak leh decide..sampai KL aku sembang
dgn owner dan Mizar pomen tukang pasang NGV.

Mixer atau Sequential?

Ok ini beza dia..cuma dari segi power dan kaedah pemasangan yang berbeza. Sequential
memerlukan modifikasi enjin dengan menebuk intake manifold. Gas NGV diinject terus ke
dalam kebuk pembakaran. Hasilnya pembakaran adalah lebih efisien dan cepat. Ia juga
menggunakan sistem elektronik yang mengawal injection gas dengan lebih efisien. Tuning
juga hanya menggunakan komputer. Kelemahan pula ia memerlukan lebih masa untuk
pemasangan iaitu 2 hari penuh dan juga modifikasi pada bahagian enjin.

Untuk sistem mixer pula enjin tidak perlu dimodifikasi kerana injection dibuat pada bahagian
karburator/EFI. Kuasa enjin akan sedikit lost tapi dengan tuning yang betul kehilangan
kuasa hanyalah amat sedikit.

Baik. Disebabkan aku hanya ada masa sehari sahaja so aku pun pasang sistem Mixer.
Kene tinggal sehari dari pagi sampai petang. Owner hantar aku balik hotel Wira. Bila petang
dalam kul 4.30 aku pun pi balik. Dah hampir siap pasang. Mizar tune semua sampai la jam
6.30 petang siap. Dah selesai aku pun test ride. Nanti aku letak gambar lokasi tong NGV
dan sistem mixer yang dipasang.

First time agak kelam kabut jugak. Bila masa nak switch NGV-petrol dan jaga timing supaya
enjin tak mati. Ada button dan meter pada dashboard yang fungsi dia untuk tukar ke NGV
atau petrol. Kereta biasanya akan start dalam mode petrol dan kemudiannya setelah
ditekan minyak dan lepas sistem akan switch automatik ke NGV. LED NGV warna kuning
akan menyala dan LED petrol warna merah akan padam. Waktu sistem tukar akan bunyi
"tik" dan terus tekan pedal minyak supaya enjin tak mati. Tapi lama kelamaan aku dah
biasa.

Ok ni gas requlator..jenama pelmag. Kalau enjin bergegar (tak cukup rpm) tutup ekon. Ejas
punat yang depan paling bawah sekali sebelah punat yang besar tu lawan ikut jam.

Tong NGV 65l. So kene korbankan tempat duduk belakang. kalau nak isi barang. Nasib
baik family aku kecik jer. So tak perlu guna tempat duduk belakang.

Filling unit.

Computer control unit.

NGV indicator..setiap bar boleh lebih kurang 50km. LED oren tanda kereta sedang dalam
mode NGV.

Yang ni masa mula2 start enjin. Enjin bila start akan running guna petrol then bila enjin dah
panas tekan pedal minyak dan lepaskan tunggu bunyi tik dan LED merah tutup tekan terus
pedal supaya enjin tak mati. Timing kene tepat.

Yang ni NGV off terus. Tekan butang PVR untuk switch mode. NGV atau petrol.
Masalah-masalah NGV

Baik aku akan ceritakan berdasarkan kepada pengalaman

1. Start enjin kereta pagi bila nak switch ke NGV kadang enjin mati. So kene pastikan enjin
betul2 dah panas then switch ke NGV agak senang.
2. Vibration enjin. Masa pasang ritu xde vibration tapi lepas seminggu pasang enjin low
sangat RPM masa idle. Solution ejas timing pada regulator pada clockwise. (refer pada
gambar regulator kat entry sebelumni)
3. Sensor enjin menyala tetiba. Mula2 aku cuak jugak kenapa sensor tetiba naik tapi tak
tentu. Ikut suka. Mula2 aku ingat ada problem. Tapi rupanya tak. Solution cuma perlu
cabutkan wayar bateri dan sambungkan balik. Sensor enjin akan hilang. Kalau tak buat pun
takpe.
4. NGV kalau dok idle dan ekon terpasang. RPM enjin akan rendah dan kipas akan dok
start restart.. Solution kalau duk dalam kereta lama2 tak bergerak tukar je ke petrol.
ataupun ejas timing regulator anticlockwise bagi timing tinggi sikit.
5. Nak isi NGV kene bukak bonet depan. Solution..dah biasa..hehe
6. Aku nak isi NGV agak jauh jugak la kat perlis. Aku duk kat changlun. So seminggu sekali
balik Arau aku pi Isi kat perlis.
7. Daily KM aku dalam 30km. So kalau setakat pi kerja balik kerja 30km x 5hari cuma
150km. Tapi kalau campur pi sana sini sikit2 kene pakai la jugak petrol. Tapi tak banyak. So
kalau sebelum ni pakai petrol isi seminggu sekali sekarang ni isi sebulan sekali je.