Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI KAUNSELING

Perkataan

Kaunseling

mempunyai

pelbagai

maksud

mengikut

pandangkan dari segi setiap individu. Kaunseling menurut kamus bermaksud


nasihat dan pertukaran mental. Daripada perkataan latin consillium,
kaunseling bermaksud dengan atau bersama ditambah dengan ambil.
Bahasa Anglo-Saxon sellan bermaksud wujud atau menghantar.
Kaunseling telah digunakan untuk melambangkan satu ciri prosedur
termasuk memberi nasihat, galakan, maklumat dan interprestasi ujian.
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai suatu interaksi yang berlaku
antara dua orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di
dalam setting profesional dan dimula serta dikekalkan sebagai satu cara
untuk menolong perubahan tingkah laku klien.
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang
sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor
profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien
yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan
berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. . Menurut
Zuraidah (2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion
kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas.
Ramai ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada
perancangkan yang lebih rasional, menyelasaikan masalah, membuat
keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada
situasi tekanan yang dihadapi oleh seorang yang normal di dalam kehidupan
seharian. Kaunseling memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan
psikoterapi.

Terdapat

beberapa

tokoh

memberi

maksud

dan

definisi

kaunseling.
Menurut English,A.C. (1958), kaunseling ialah satu proses dimana
kaunselor

menolong

kaunselee

membuat

interpretasi

fakta

berkaitan

pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu di buat. Hahn,M.E. &


McLean, M.S. (1955) pula mengatakan bahawa kaunseling ialah proses

melibatkan hubungan interpersonal seorang terapis dengan seorang

atau

lebih daripada seorang klien yang mana terapis menggunakan kaedah


psikologi beasaskan kepada pengetahuan sistematik tentang personaliti
manusia dalam usaha untuk memperbaiki kesihatan mental klien.
Selain

itu

juga,

Krumboltz

(George

&

Kristianni,

1990),

pula

mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang


dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri
dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada
masalah klien. Berdasarkan pendapat Blocher,D.H (1966) pula, beliau
mengatakan bahawa kaunseling ialah menolong individu sedar tentang diri
sendiri dan cara ia bertindak balas kepada pengaruh tingkah laku di
persekitaran. Seterusnya menolong dan menetapkan makna kepada tinkah
laku dan mengembang serta menjelaskan matlamat dan nilai untuk
tingkahlaku akan datang.
Patterson,C.,

(1959)

menyatakan

kaunseling

proses

melibatkan

hubungan interpersonal seorang terapis dengan seorang atau lebih daripada


seorang klien yang mana terapis menggunakan kaedah psikologi beasaskan
kepada pengetahuan sistematik tentang personaliti manusia dalam usaha
untuk

memperbaiki

kesihatan

mental

klien.

James

(1982)

pula

mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih


menekankan

kepada

proses

membantu

individu

untuk

mencapai

kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Menurut Muhd Mansur Abdullah (1993), beliau menyatakan bahawa
kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan
bersemuka

antara

dua

manusia

apabila

seorang

kaunselor

dengan

kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang


membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan
pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Berdasarkan beberapa definisi di atas, saya menyimpulkan bahawa
kaunseling ini merupakan satu proses memberi implikasi bahawa kaunseling
bukan satu peristiwa sahaja tetapi melibatkan tindakan dan praktik yang

berturutan dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. Kaunseling ini


adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu
individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Persamaan dan Perbezaan antara Kaunseling dan


Psikoterapi .
Kaunseling

dan

Psikoterapi

ini

merupakan

satu

proses

untuk

membantu klien dalam menangani dan berkongsi masalah bersama dengan


seseorang yang profesional. Kedua-dua pendekatan psikologi yang teraputik
ini melibatkan interaksi yang resipokal dan dinamik antara terapis dan klien
untuk manghasilkan kesan teraputik kerana pengaruh kedua-dua individu
terlibat, budaya, ekosistem dan persekitaran.
Rickey (1995) menyatakan satu masalah yang sering dihadapi oleh
pengamal kaunseling iaitu dalam membezakan antara kaunseling dan
psikoterapi.Beliau menegaskan usaha dalam membezakan kedua-dua aspek
ini belum dijumpai yang mendapat kelulusan secara universal.Sesetengah
pengamal berpendapat bahawa adalah tidak perlu dibezakan kerana
penggunaan terma ini boleh digunakan secara sinonimnya.Ini adalah kerana
kaunselor-kaunselor yang terlatih juga biasanya dilatih sebagai psikoterapi.
Walau bagaimanapun, menurut Rickey (1995), perbezaan antara
psikoterapi dan kaunseling yang dibuat adalah samar dan tidak jelas.
Cottone dalam Rickey (1995) membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek
sejarah, jenis klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang
dihadapi oleh klien. Perbezaan ini kelihatan samar kerana program-program
di hospital juga menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti juga terapi di
mana individu-individu yang terlatih dalam bidang kaunseling juga diambil
bekerja dalam seting psikologi dan psikiatri. Dalam kata lain kaunselor juga

menyediakan perkhidmatan seperti prikoterapis dan psikoterapis juga


menyediakan

perkhidmatan

kaunseling.

Walau

bagaimanapun

dalam

menyediakan perkhidmatan yang sama, kaunseling dan psikoterapi adalah


berbeza.
Kaedah Amalan
Dari

segi

perlaksanaannya,

Mahmood

Nazar

Mohamed

(2001)

menjelaskan bidang psikoterapi menggunakan teknik yang dikenali sebagai


hipnoterapi bagi tujuan membantu pesakit mengenali dan memahami
masalah yang menyebabkan kecelaruan jiwa yang sedang mereka alami
seperti yang dicadangkan oleh Klienhauz (1985) iaitu hipnoterapi ialah
sejenis alat yang boleh menolong psikoterapis. Harper dan Parloff dalam Ab
Alim Abd Rahim (1994) menyatakan sekarang terdapat lebih kurang 130
pendekatan psikoterapi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
Kesemua pendekatan mempunyai kriteria sebagai asas proses psikoterapi.
Terdapat

empat

kriteria

iaitu

diterima,

meluaskan

konsep

kendiri,

mempelajari tingkah laku yang baru dan mengalami perasaan.


Mahmood Nazar Mohamed (2001), pakar psikiatri sering menggunakan
dadah dan ubat-ubatan untuk merawat dan meredakan penyakit mental di
samping

menjalankan

penyelidikan

menggunakan kaedahpsikoterapi.

dalam

Ab Alim

bidang
Abd

tersebut

dengan

Rahim (1994)

proses

psikoterapi melibatkan beberapa perkara penting dengan menggunakan


model

pendekatan

iaitu

Psikoanalisis,

Tingkah

Laku,

Kemanusiaan,

Kewujudan dan Antara Perseorangan. Psikoterapi melibatkan seorang atau


lebih ahli terapi juga melibatkan seorang atau lebih yang ditolong.Kaedah
psikoterapi yang digunakan merupakan kaedah psikologi bagi membantu
mengatasi tingkah laku bilazim dan jarang digunakan untuk masalah harian.
Kaunseling

pula

mempunyai

beberapa

jenis

pendekatan

iaitu

pendekatan krisis, pemulihan, pencegahan dan perkembangan.Kaunseling


juga melihat dan menitikberatkan kepada bidang psikososial, kognitif, afektif,
fizikal, seksual, vokasional dan kerjaya. Dalam menjalankan sesi kaunseling
terdapat juga beberapa proses, teknik dan kemahiran yang digunakan

berdasarkan kepada teori-teori yang diperkenalkan oleh pelopor-pelopor


barat. Antara teori-teori yang digunakan dalam kaunseling adalah teori
Psikoanalitik, teori Gestalt, teori Realiti, teori Adler dan lain-lain lagi.
Dalam sesi kaunseling terdapat beberapa proses iaitu satu urutan
peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa dan berkembang dari satu
peringkat ke satu peringkat sehingga mencapai matlamat kaunseling itu
sendiri.

Abdul

Ghani

Sulaiman

(2003)

kaunseling

merupakan

proses

berkongsi daripada segi intelek dan emosi di antara kaunselor dan klien.
Aspek

kemahiran

kaunseling.

Untuk

juga

amat

dipentingkkan

menjayakan

proses

dalam

menjalankan

kaunseling

kaunselor

sesi
perlu

mengetahui dan mempunyai kemahiran kaunseling yang dikendalikan.


Sapora Sipon et al (2003) kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh
kaunselor adalah seperti kemahiran menyoal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran

melakukan

dorongan

minima,

kemahiran

memparafrasa,

kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran membina hubungan, kemahiran


meneroka, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan,
kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling.
Rickey (1995) terma bimbingan masih digunakan kepada asas
perkhidmatan menolong yang terhad walaupun ia memberi fokus seakan
sama dengan kaunseling. Berdasarkan kepada konsep yang digunakan
dalam pelbagai aktiviti, bimbingan adalah ke arah mendidik terutamanya
kepada pelajar terutama dalam memilih kerjaya.Bimbingan juga merupakan
satu elemen daripada aktiviti kaunseling dalam membantu individu seperti
kaunseling kelompok, konsultasi dengan pihak pentadbir dan guru dan juga
kaunseling keluarga.
Matlamat
Rickey (1995) menyatakan dalam konteks yang kontinum matlamat
psikoterapi adalah lebih kepada melibatkan keseluruhan perubahan ke atas
struktur peribadi klien, manakala matlamat kaunseling adalah tepat dan
terbatas, lebih terarah kepada perkembangan, lebih berkaitan dengan situasi

segera dan lebih mengutamakan dalam membantu individu agar berfungsi


dan menjalankan peranan dengan sebaiknya.
Byrne dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan matlamat
kaunseling

bagi

kaunselor

adalah

untuk

menggunakan

kemahiran

teknikalnya dengan berasaskan penghargaan terhadap individu, tanpa


mengira pendidikan, kecerdasan, warna kulit atau latar belakang individu
tersebut. Untuk membantu pihak yang dikaunsel mencapai kesedaran
tentang dirinya serta mengekalkan kesedaran tersebut supaya dia menjadi
orang yang bertanggung jawab terhadap dirinya dan ini dapat meningkatkan
perhatian terhadap kesejahteraan orang lain, dan membantu pihak yang
dikaunsel menggunakan dengan sepenuhnya potensi dirinya yang selaras
dengan cara hidupnya dan batas etika masyarakatnya.
Klien dan Tempat
Rickey (1995) menyatakan dari aspek profesional berhubung dengan
klien pula adalah psikoterapis berhubung dengan klien yang neurotik atau
psikotik manakala kaunselor berhubung dengan individu yang normal. Seting
tempat juga berbeza kerana psikoterapis lebih tepat berada di hospital
manakala kaunselor bekerja dalam seting pendidikan dan organisasiorganisasi lain.
Perbezaan dan persamaan antara psikoterapi, kaunseling
Aspek

Psikoterapi

Kaunseling

perbezaan
dan
persamaan
Psikoterapis,
Jenis pekerjaan

Seorang

yang

Terapis,

Kaunselor, seorang yang

profesional profesional dan terlatih dalam

dan terlatih dalam bidang bidang berkenaan


berkenaan

Merawat
Kaedah

pesakit

menggunakan

menolong

Menolong klien mengenal

kaedah diri, klien yang normal dan tidak

psikologi

disamping

ubatan,

klien

ubat- memerlukan

yang berlandaskan etika, mempunyai

menghadapi masalah yang proses,


serius,

berlandaskan

mempunyai
sebagai

proses,
garis

pelaksanaan,

ubat-ubatan,

teori

etika, panduan

sebagai

garis

perlaksanaan,

teori menggunakan

kemahiran-

panduan kemahiran kaunseling

menggunakan

kemahiran-kemahiran
kaunseling
Psikoterapi ialah dimana orang berinteraksi dan berusaha untuk
mencapai pemahaman antara satu dengan lain, dengan matlamat yang
spesifik

iaitu

mencapai

sesuatu

yang

khusus.

Terapis

berkebolehan

menyusun semula keperluan pesakit.


Kaunseling akan digunakan untuk pendidikan, menyokong, bersituasi,
menyelasai masalah, kesedaran secara sedar, penekanan kepada orang
normal, berfokus masa kini. Manakala psikoterapi akan digunakan untuk
menyokong (lebih fokus) membina semula, analitik, berfokus masa lalu,
penekanan mendalam, penekanan kepada orang neurotik atau masalah yang
serius.
Berdasarkan jadual di bawah, tujuan dan matlamat kaunseling dapat
dilihat dengan lebih jelas dari segi persamaan dan perbezaan kedua-dua
pendekatan psikologi yang teraputik tersebut.
KAUNSELING
a. Pendidikan

PSIKOTERAPI
a. Menyokong (lebih fokus)

b. Menyokong

b. Membina semula

c. Bersituasi

c. Analitik

d. Menyelasai masalah

d. Berfokus masa lalu

e. Kesedaran secara sedar

e. Penekanan mendalam

f. Penekanan kepada

f. Penekanan kepada orang

orang normal

neurotik atau masalah

g. Berfokus masa kini


KAUNSELING

yang serius
PSIKOTERAPI

Jangka pendek

Jangka panjang

Modifikasi tingkahlaku

Pembinaan semula personaliti

Isu luaran

Isu mendalam

Di sini dan masa kini

Masa lalu

pencegahan

Pemulihan

Tahap sedar

Tahap tidak sedar

Fokus kepada cadangkan


Klien untuk berubah

Fokus kepada perkembangan


Kebolehan klien untuk berubah.

Petterson (1980) telah memberikan pendapat tentang kedua-dua istilah yang


penting ini di dalam perkidmatan menolong. Antaranya ialah :
a. Sukar membezakan yang mana teori kaunseling dan yang mana teori
psiokoterapi. Tidak jelas tentang perbazaan signifikan kedua-duanya.
b. Definisi kaunseling di dalam banyak kes boleh di terima sebagai
definisi psikoterapi dan sebaliknya.
c. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses melibatkan
hubungkan istimewa antara seorang yang memerlukan pertolongan
masalah psikoterapi dan seorang yang dilatih untuk memberikan
pertolongan.
d. Bentuk pertolongan dan proses tidak menunjukkan banyak perbezaan.

e. Dari segi teknik melaksanakan kaunseling dan psikoterapi(individu dan


kelompok) tidak banyak perbezaannya.
f. Psikoterapi berfokus kepada konflik interpersonal yang memberikan
kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit (marks, 19)

Anda mungkin juga menyukai