Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PENGAWAS, PENGAWAS PSS, PENGAWAS SPBT
PERINGKAT SEKOLAH 2015 M
ANJURAN :
SK GUAR PERAHU

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD AIMAN B NORDIN

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SEKOLAH 2015 M
ANJURAN SK GUAR PERAHU
Bil
.
1

Peristiwa

Skrip

Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ___________________________________________________

________________________________________________________________________________________

.
Kata
aluan
Pengacara
Majlis

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada:


Yang Berbahagia, Tuan ________________________________, ________________________________.
Yang Dihormati, Pn. Hjh Nazirah bt Yeop, Puan Guru Besar SK Guar Perahu.
Yang Berusaha, En. Suhaimi b Saad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Berusaha, Pn. ________________________________, Guru Penolong Hal Ehwal Murid.
Yang Berusaha, Pn. ________________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
guru-guru wacana kegemilangan, barisan pengawas tonggak kecemerlangan aspirasi kepimpinan, pengawas

pusat sumber, pengawas SPBT dan murid-murid yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Awal Bismillah pembuka bicara, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kaum
kerabat baginda serta para sahabat dan anbiya. Sesungguhnya rahmat Allah begitu besar nikmatnya. Justeru,
setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya dapat kita
berkumpul pada pagi yang penuh indah ini Tanggal 23 Februari 2015 bersamaan 4 Jamadilawwal 1436 Hijriah
untuk menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
serta Pengawas SPBT bagi sesi persekolahan 2015.
Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan ini adalah gabungan bersama Unit
Disiplin, Pusat Sumber Sekolah dan Unit SPBT.
3

Bacaan Doa

Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan, marilah bersama2 kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz ________________________________ untuk
mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz ________________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi.

Ucapan 1

Bersinar mentari di alam maya


Cantik cahaya penuh berserakan
Pengawas cemerlang teraju sekolah
Gemilang sekolah kebanggaan negara
Guru2 dan para pelajar sekalian,

Pengawas adalah NADI sekolah, mereka merupakan pelajar2 yang dipilih kerana akhlak dan ketrampilan yang
baik dan cemerlang. Secara amnya, pengawas sekolah berperanan sebagai pembantu guru. Begitu juga
Pengawas Pusat Sumber yang digelar Pustakawan dan Pustakawati, bertugas membantu guru menyelia
perpustakaan sekolah serta Pengawas SPBT membantu guru dari segi pengurusan buku teks. Organisasi
Pengawas tidak akan berjaya merealisai visi & misi tanpa sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang
dedikasi dan berwibawa...
Justeru, Majlis Perlantikan & Penyerahan watikah Pengawas2 ini merupakan agenda tahunan sekolah bagi
mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar.
Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha Pn.Hjh Nazirah bt Yeop, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
5

Ucapan

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Perasmian

Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi role model yang mampu
merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin unggul generasi syumul.
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber serta
pengawas SPBT pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada pelajar2
lain...

Kain Berlipat Dari Istana


Buat Puteri Raja Kayangan
Secebis Nasihat Insan Berguna
Secubit Budi Jadi Kenangan
Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan
________________________________, ________________________________
, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis

merakamkan

ucapan

penghargaan

________________________________,

terima

kasih

kepada

Yang

________________________________,

Berbahagia

atas

ucapan

Tuan
beliau

sebentar tadi.

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Watikah

Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas SPBT bagi tahun 2015.
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput ________________________________, untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan ________________________________,

________________________________, untuk menyampaikan watikah pelantikan. Dengan ini dipohon kepada


pengawas, pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas SPBT untuk bersedia
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas pada hari ini ialah :
____ orang Pengawas Sekolah, Majlis untuk itu mempersilakan :
Ketua Pengawas : ____________

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan ___________________________________,


Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi pengawas SPBT, dipersilakan _________________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
7

Bacaan

Ikrar Hadirin sekalian.

kepimpinan
sekolah

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, dan pengawas SPBT, Sekolah Kebangsaan Guar
Perahu bagi tahun 2015 ini. Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik, harapan

kami agar semua pengawas dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan
sebaik mungkin......
Untuk

itu,

majlis

diteruskan

dengan

menjemput

dan

mempersilakan

Adik

________________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah.


*Semua pelajar diminta berdiri dan majlis mempersilakan.
BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
5

Penyampaian

Dari Daik pulang ke Daik

Cenderamata

Sehari-hari berkebun pisang


Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan
terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu untuk
menyampaikan

cenderamata

sebagai

kenang-kenangan

kepada

Yang

________________________________, ________________________________
Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Berbahagia

Tuan

Kalau ada pangkin di ladang


Bolehlah hamba menumpang diri
Kalau ada peluang mendatang
Sudilah tuan menjenguk lagi
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
6

Majlis Penutup

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
________________________________, ________________________________, Yang Berusaha Pn. Hjh
Nazirah bt Yeop, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, barisan guru-guru dan para pelajar sekalian
kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.
Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti .saya mewakili majlis menyusun sepuluh jari
memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang menghiris hati,mencuit jiwa,.meluka rasa,.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Tuan Mohd ________________________________,
________________________________,, Tuan Guru Besar, guru-guru untuk menikmati jamuan ringan yang
disediakan di kantin. Majlis mempersilakan.

Sesi Fotografi

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


TA MAT