Anda di halaman 1dari 33

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307

3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul
tercinta, Muhammad pembawa nur petunjuk jalan yang benar kepada kita. Pertama dan
selamanya, setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia
serta inayahnya, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi rasa syukur dan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
tidak pernah putus-putus mendoakan kemudahan anakandanya dalam mengharungi segala liku
perjalanan menuntut ilmu di IPG ini. Tidak lupa juga kepada Pn Latifah Binti A. Jamil selaku
pensyarah subjek yang tidak pernah lokek dalam membantu dan membimbing demi
memastikan kejayaan anak didiknya dalam arena pendidikan ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu membantu dan menolong, saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Tanpa kalian, saya tidak mampu untuk terus
bersemangat dalam menyusun langkah hingga ke akhir garisan kelak. Moga destinasi akhir kita
bakal menyaksikan segenggam ijazah digenggaman akan bersama-sama dicapai dengan
jayanya tanpa ada yang tersungkur di pertengahan jalan.
Akhir kata, segala intipati yang terdapat dalam tugasan ini akan saya manfaatkan sebaiknya
agar ia mampu menjadi saham di akhirat kelak. Umum mengetahui, mana lagi tempat rujukan
dan sandaran masyarakat jika bukan ke pundak warga pendidik. Justeru, moga segala apa
yang dipelajari hari ini digunakan untuk mendidik anak bangsa hari esok.
Segala kekurangan dalam tugasan ini juga saya dahulukan dengan ucapan jutaan kemaafan.
Harapan saya agar ia mampu memenuhi kehendak soalan seperti yang dituntut.
Wallahualam.

1

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307
3

1.0 Pengenalan
Bimbingan, atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau
nasihat kepada seseorang.Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks
pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada
pelajar yang berkenaan.
Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah
peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik
dan masalah emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi
panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.Manakala,
kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya.
Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri
dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan
keupayaannya.Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses
pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa
perubahan klien pada akhirnya. Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses
teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang
dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling
berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam
bukunya Practical Counseling in the Schools, beliau menulis :
“bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya.
Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.”
Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan.
Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara
seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar
(disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan
2

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307
3
membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan,
kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.
2.0 Soalan 1 : Kenalpasti dan perihalkan masalah yang dihadapi oleh Hassan, seterusnya
bincangkan satu teori kaunseling yang sesuai yang dapat membantu Hassan mencapai
potensi dirinya.
Hassan, seorang pelajar cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di bandar.
Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan berasa gementar
dan bimbang kerana ia beranggapan ' saya mesti mendapat markah tinggi dalam
pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya'.
Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015, jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru bimbing akan
membantu Hassan mengatasi perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran
yang tidak rasional.
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan
kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian
meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan
abad ke-21.
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada
pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.Sebanyak 11
anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah :
1.

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2.

Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3.

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.

Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
3

Mengupaya JPN. Aspirasi system pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan. Akses: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan. 4 . komuniti dan sektor swasta secara meluas. 7. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 11. 10. iaitu akses. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Bekerjasama dengan ibu bapa.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 5. dan tidak ada inisiatif dalam manamana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Matematik dan Sains sahaja).Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020. ekuiti. PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 8. Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting. 9. dan kecekapan (Ekshibit 7). 6. dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. perpaduan. kualiti. Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia.

Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi. Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. ASPIRASI MURID 5 . gender atau latar belakang sosioekonomi. Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. menerima dan menghayati perbezaan. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa. agama dan etnik. tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar. Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. murid belajar memahami.

pendidik. murid. manusia. dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek. Pengetahuan: Di peringkat paling asas. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. rohani. dan dunia dari aspek sejarah. dan sukan. Kemahiran Memimpin: 6 . Secara keseluruhan. Kemahiran Berfikir: Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia. penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Bidang ini kurang diberi perhatian. kreatif.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Selain keberhasilan sistem. Asia. menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. dan jasmani. Selain itu. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan (Ekshibit 8). Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988. pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid. muzik. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis. serta inovatif. dan geografi. setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni. emosi. ibu bapa.

Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa. tetapi juga menghayati kepelbagaian. agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni. 7 . Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan. kepimpinan merangkumi empat dimensi. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian. Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurangkurangnya pada tahap minima. berdaya tahan. dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. serta berani melakukan sesuatu yang betul. Demi mewujudkan identity nasional yang sebenar. agama atau status sosioekonomi. berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. bijak membuat pertimbangan. Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara. Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara. semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. Dalam konteks sistem pendidikan. murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. Di samping itu.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait. iaitu keusahawanan. dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. kecerdasan emosi.

Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori REBT dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif. Sama seperti keadaan yang dialami oleh Hassan ini iaitu beliau mempunyai emosi yang tidak rasional. penganalisaan. beliau berasa yang dia perlu bersaing dengan pelajar lain yang beliau belum tahu tahap pencapaian mereka untuk mengekalkan kecemerlangannya. Disamping itu. Pada awal tahu 1955. Oleh itu. emosi dan aspek tingkah laku. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. perlakuan dan membuat keputusan. beliau sebenarnya mempunyai masalah emosi tidak rasional iaitu berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan. fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (REBT).BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Melalui masalah yang dihadapi oleh Hassan ini. Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Hassan adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah lamanya. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Berdasarkan pemerhatian dari segenap aspek berkenaan masalah yang dihadapi oleh Hassan ini. Hassan berasa gementar dan bimbang untuk melakukan 8 . Teori Pemusatan Insan. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran. Hal ini adalah berkemungkinan kerana beliau baru berpindah ke sekolah baru yang mana secara tidak langsung iklim atau suasana pembelajaran adalah berbeza dengan sekolah lama beliau. Gestalt dan lain-lain lagi. Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. saya berpendapat bahawa teori yang sesuai digunakan oleh guru bagi membantu Hassan mencapai potensi dirinya yang sepenuhnya ialah Teori Rasional Emosi Tingkah Laku (REBT). Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar. REBT juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis. beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan. penilaian.

Oleh itu dengan menggunakan teori ini. Ketika matlamat kejayaan yang diimpikan itu kandas. dan kejam dan orang begini patut disalah kan dan dihukum. Tambahan pula manusia menciptakan dogma tidak rasional serta kepercayaan karut. ia adalah pemikiran tidak rasional yang diindokrinasikan dari awal hidup oleh diri sendiri yang membuatkan seseorang bersikap salah yang sentiasa berkembang dalam diri seseorang. 1- Individu merasa perlu untuk dikasihi atau sisayangi oleh setiap orang yang signifikan. akan memungkinkan untuk Hassan wujudkan kembali kepercayaan yang baik dan rasional dan seterusnya mencapai potensi dirinya semula. Cory (1996) berpendapat. Jika ini merupakan tuntutan kendiri yang utama maka ketika tidak terpenuhi individu merasa ia tidak perhatikan ibu bapa akhirnya mencari solusi dan perhatian orang lain. 3- Sesetengah orang adalah jahat. cekap dan berjaya jika ia ingin merasa ia orang yang berguna dan dihargai. REBT menekankan menyalahkan diri sendiri adalah pusat kepada gangguanan emosi. Selepas itu mansuia secara aktif memasukkan kepercayaan yang merosakkan diri melalui proses saranan kendiri dan ulangan kendiri. 2- Adalah perlu seseorang itu lengkap. Persaan menyalahkan orang lain terus-menerus adalah bentuk emosi yang tidak 9 . Pendekatan ini berasaskan kepada premis bahawa terdapat idea-idea yang tidak logik yang dipegang oleh individu yang menyebabkan individu merasa tidak selesa dengan kehidupannya dan menghalang ia berfungsi dengan baik sebagai seorang individu yang produktif Ellis (1962) mengemukakan sebelas pemikiran yang tidak rasional yang sering dipunyai oleh manusia.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 pembentangan kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi. Hal ini terjadi kerana Hassan terlalu memikirkan untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut. maka ia akan berakhir dengan parasaan rendah diri merasa hidup tiada erti. gangguan emosi adalah disebabkan kepercayaan yang tidak rasional yang dipelajari dari orang-orang signifikan semasa kanak-kanak. Oleh itu.

alkohol. 7- Lebih senang lari dari kesulitan dan tanggung jawab dari pada menghadapinya. saudar. Ketika individu dalam kesorangan merasa tidak dapat berbuat apa-pun termasuk mengambil keputusan. kerana perasaan tidak bahagia akhirnta salah mengambil tindakan. Perasaan ini muncul melalui persepsi yang negativ terhadap diri sendiri ketika ditinggal orang yang dicintai. 8- Kebergantungan terus menerus terhap orang lain selin individu sendiri termasuk ibu bapa. Perkara seperti ini akan mendatangkan reaksi negetif terhadap penilaian kendiri. Persaan seperti ini menyebabkan individu jadi pendiam dan mengurung diri.Contoh seperti kes bunuh diri diatas. 10 . mengangap orang lain tak pandai menghargi parasaannya.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 stabil. 9- Pengaruh pristiwa masa lalu. Ini merupakan idea yang tidak rasional. 10- Individu sangat megambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. kawan dan lainnya. bunuh diri dan lainnya. sedangkan tak setiap masalah boleh diselesikan dengan sempurna. 5- Perasaan tidak bahagia. Masa lalu bukan satu alasan untuk merubah sikap. Mungkin sukar pengaruh masalalu tetapi ia tidaklah mustahil untuk mengubahkannya seperti pecandu alkohol. 4- Adalah teruk dan malang apa bila sesuatu yang diharapkan terjadi tidak seperti yang diharapkan . merasa tidak dihargai. 6- Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil berat dan memikirkannya. seperti mengkonsumsi dada. makrempit. 11- Selalu ingin setiap masalah diselesaikan dengan sempurna. Umpamanya selalu memikirkan orang yang kita cintai telah pergi untuk selamanya. kurangya kasih sayang ibu bapa.

Melalui sebelas pemikiran yang tidak rasional juga dapat dilihat bertepatan dengan apa yang dihadapi oleh Hassan yang mana beliau juga mempunyai pemikiran yang tidak rasional dalam dirinya. Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. Hal ini bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh Hassan yang mana beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan sejarah sehingga menyebabkan beliau berfikir tidak rasional dengan merasa gementar. REBT juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Pandangan Teori Terhadap Manusia George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai. perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Sebelas pemikiran yang tidak rasional disebutkan itu merupakan punca yang menimbulkan masalah dikalangan remaja serta mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan hidup menjadi generasi sebagai mana yang diharapkan. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan 11 . Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. bimbang dan tertekan. Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan.0 Soalan B : Jelaskan dua teknik kaunseling yang sesuai untuk membantu Hassan menghadapi masalah yang dihadapinya. Melalui Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) yang telah dipilih. Antaranya ialah : 12 . Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih bermakna. 3. saya berpendapat bahawa terdapat beberapa teknik yang sesuai dijalankan keatas Hassan bagi membantunya meghadapi masalah yang dihadapi.

A . Tidak rasional ialah tingkah laku terganggu yang menyebabkan klien tidak dapat berfungsi mengikut norma masyarakat. 13 . Hassan mungkin merasa kurang selesa dan kekok untuk bertemu dengan guru tersebut. sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang. Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem model ABCD. Tambahan pula pada kali pertama sesi perjumpaan. Dalam masalah Hassan. Guru perlu untuk memastikan Hassan merasa selesa ketika sesi sedang berlangsung seterusnya memudahkan untuk guru membantu Hassan dalam menyelesaikan masalahnya. 2.Believe Merupakan sistem kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang individu. Terdapat dua cara penilaian terhadap peristiwa iaitu rasional dan tidak rasional. Dalam kes yang terjadi pada Hassan.Activating event Adalah suatu peristiwa. Membina Hubungan. Sebagai seorang pelajar baru di sekolah tersebut. Oleh itu membina hubungan adalah perkara yang sangat penting dalam memastikan Hassan menceritakan masalah yang dihadapinya kepada guru tersebut. fakta. beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa beliau akan mendapat markah yang rendah untuk pembentangan sejarah di sekolah barunya. beliau berasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan subjek sejarah kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi. Hal ini kerana beliau adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang ketika di sekolah lamanya.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Teknik Kognitif 1. ( Peristiwa pencetus). Contoh: " Saya merasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan subjek sejarah" B . Oleh itu beliau merasa bimbang tidak dapat melakukan pembentangan tersebut dengan baik. Membina hubungan antara kaunselor dan klien dengan teknik mendengar secara empati dan membina iklim yang kondusif.

Saya takut gagal untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut. dan cuba tumpukan perhatian kepada pembentangan tersebut. Contoh: Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus asa. Dalam masalah Hassan ini. Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi perasaan gementar. (Usaha untuk mengatasi penilaian tidak rasional).Disputing Merupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah. Emosi yang dirasai oleh Hassan ialah gementar dan bimbang untuk malakukan pembentangan subjek sejarah.. guru bimbingan perlu untuk membetulkan kepercayaan Hassan yang merasa gementar untuk melakukan pembentangan sebaliknya 14 .BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Contoh: B1 . D . mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien." C . " B2 .Penilaian rasional " Saya tidak perlu gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan kerana saya yakin akan kebolehan yang ada pada saya.Consequences Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian B akan peristiwa di A.Penilaian tidak rasional " Saya berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembantangan. Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. Perasaan tersebut telah mengganggu Hassan untuk melakukan kerja seperti biasa.

3. 4. Contoh: Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian yang tidak rasional. “harus”. guru perlu menyingkirkan emosi tidak rasional Hassan dan membimbing Hassan agar tidak perlu rasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan tersebut sebaliknya Hassan harus yakin kepada kebolehan diri sendiri. Sama seperti kes yang terjadi pada Hassan. Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional klien dan membuat klien menyedari keadaan tersebut. guru juga perlu membimbing klien meneroka keterangan “mesti”. Persoalan tidak rasional klien perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Hassan perlu untuk percaya dan yakin akan kebolehan yang ada dalam dirinya kerana ia telah terbukti bahawa dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang sewaktu di sekolah lamanya dulu. atau “sepatutnya” sehingga klien tidak lagi berpegang kepada kepercayaan tersebut. Membuat Tugasan Kognitif Klien melakukan tugasan kognitif yang membina terhadap permasalahan dan isu kepercayaan tidak rasional klien. Guru juga perlu mengarahkan klien membuktikan mengapa klien harus berasa teruk jika sesuatu yang dilakukannya tidak berjaya. Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional Kaunselor bertindak secara aktif untuk menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukan. Tugasan kognitif ini adalah satu cara untuk membantu klien melihar penyataan 'mesti' dan 'harus' yang dipegangnya dan kemudiannya mengubah 15 . Selain itu.

serta disusuli dengan tugasan praktikal yang perlu dilakukan oleh klien. Oleh itu dia mungkin mendapat kembali motivasi seterusnya dapat membuang perasaan tidak rasional. dia membayangkan sendiri berfikir. merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan cara yang dia inginkan dalam dunia realiti. Sebagai contoh Hassan mempunyai pemikiran yang tidak rasional . termasuklah pemikiran tidak rasional. Teknik Emotif 1. 16 . Contohnya Hassan perlu berkata 'Aku mesti berani untuk melakukan pembentangan sejarah'.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 pernyataan tersebut menjadi lebih positif. 5.2001). Dalam hal Hassan. dia boleh mengubah penggunaan bahasa yang sesuai kepada bahasa yang lebih positif yang dapat membina motivasi dalam dirinya seperti 'mesti' dan 'harus'. Guru memberikan tugan lain kepada Hassan untuk cuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata bagi mengukuhkan sifat positif Hassan. dia sering meletakkan sifat negatif itu ke dalam situasi kehidupannya. Rational Emotive Imagery Merupakan satu bentuk latihan mental teknik yang direkabentuk untuk membina corak emosi yang baru(Ellis. Changing One's Langguage Penggunaan bahasa yang tepat merupakansalah satu penyebab berlakunya perubahan proses pemikiran. Sebagai contoh dalam kes Hassan.

tekanan ataupun kemurungan. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkahlaku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang signifikan dengan klien. Oleh itu dalam kes Hassan ini guru bolehlah memainkan peranan sebagai Hassan untuk menyedarkan Hassan dan dapat menerangkan semulabagaimana perasaan gementar itu boleh berlaku. seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional. 2008) menegaskan bahawa sekiranya individu mempraktis teknik ini beberapa kali seminggu untuk beberapa minggu. Unsur humor secara jelasnya dapat memberi kesan yang baik terhadap perubahan kognitif dan emosi. Oleh itu. Shame-Attacking 17 . Kemudian. Klien perlu menunjukkan atau memainkan keadaan di mana klien mempunyai keadaan kebimbangan. Humor REBT berpendapat bahawa gangguan emosi sering diakibatkan oleh memikirkan sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius. kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien ataupun reverse role. klien boleh membuat imiginasi terhadap sesuatu yang mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia mengambil tindakan tertentu. Role Playing Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku klien. Kaunselor perlu bijak dalam menggunakan teknik humor dengan berjenaka secara halus untuk memperolokkan kepercayaan tidak rasional klien. 4. Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien supaya menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas dengan keadaan yang dibimbanginya. 3. melalui teknik ini.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Eliis (2001a. 2. Wolfe (2007) mengatakan bahawa REBT mempunyai satu aspek menarik di mana ia menggalakkan klien dalam membangunkan unsur humor dan membantu dalam meletakkan diri ke dalam perspektif tersebut. individu boleh mencapai satu tahap yang membantu untuk tidak merasa kecewa terhadap situasi negatif yang difikirkan.play sehinggalah klien menyedari dan dapat menerangkan semula bagaimana pemikiran tidak rasional itu berlaku.

Apabila 18 . kemudiannya menyangkal keprcayaan tersebut secara tegas. Sepertimana kes yang berlaku pada diri Amira. maka kaunselor tersebut perlu menyelami diri dan situasi Amira supaya dapat memahami masalah tersebut dengan lebih mudah dan mendalam. Teknik ini digunakan supaya Hassan boleh berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan segala kepercayaan tidak rasional.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Sebagai seorang kaunselor. 4. seseorang itu bukan sahaja perlu mendengar permasalahan klien dan mengutarakan pandangan. 5. Force and Vigor Ellis mencadangkan teknik ini sebagai satu usaha untuk membantu klien daripada proses intelektual kepada kefahaman emosi.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Hassan mungkin merasa gementar dan bimbang kerana perasaan malu sebab dia merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. cadangan dan kaedah penyelesaian semata-mata tetapi turut perlu cuba meletakkan dirinya dalam situasi yang dihadapi oleh klien. Oleh itu guru boleh menjalankan kaedah ini untuk menghilangkan rasa malu yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah Hassan ini. Sifat empati perlu dimasukkan ke dalam diri kaunselor sebaik sahaja rangka masalah dibentuk.

Malah kaunselor juga perlu memastikan sifat empati dan penerimaan tanpa syarat berjaya dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Terdapat tiga faktor penentu yang membolehkan perkembangan positif individu. Apabila kaunselor menggunakan teknik kaunseling Pemusatan Klien Carl Rogers. Oleh itu. maka kaunselor perlu mempercayai bahawa setiap individu termasuk Amira mempunyai potensi semula jadi di dalam dirinya.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 seseorang kaunselor berjaya mendalami dan mengetahui punca sebenar masalah Amira. Tindakan individu sebenarnya didorong oleh segala pencapaian kesempurnaan kendiri. Pengalaman dan peristiwa yang dihadapi oleh Amira berbeza dengan individu yang lain. Amira perlu dilihat sebagai manusia atau individu yang positif kerana setiap manusia dilahirkan sebagai insan yang mulia. 19 . maka mudahlah untuk kaunselor tersebut merungkai masalah yang dihadapi hingga ke penyelesaian terakhir. Selain itu. Kaunselor juga perlu bijak bertindak agar klien sentiasa mempercayai akan kebolehan dirinya dan tidak boleh mudah berputus asa. Menjadi tugas kaunselor untuk memastikan klien tidak mudah merasakan diri mereka tidak bagus tetapi sebaliknya mereka perlulah sentiasa membuatkan klien mengetahui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang tidak boleh dijangka. pengalaman tersebut dapat membantu Amira dalam menghadapi masalah yang mungkin wujud pada masa akan datang.

keyakinan Amira juga akanbertambah terutamanya apabila melihat kaunselor begitu mengambil berat akan masalah yang dihadapi. kaunselor perlu benar-benar memahami masalah yang berlaku dan dapat memberikan atau mengutarakan jalan penyelesaian yang terbaik buat diri klien supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang wujud.Melalui situasi ini. Setiap manusia adalah berbeza dan unik serta sentiasa menghadapi pelbagai masalah yang pelbagai. Oleh itu. Penerimaan tanpa syarat membolehkan batasan yang wujud secara langsung atau sebaliknya dapat dihilangkan dan menyebabkan Amira berasa selesa dengan kaunselor. Kaunselor juga tidak sepatutnyaberasa ragu-ragu sebaliknya perlu yakin dengan sebarang cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan kepada Amira. PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 20 . Kaunselor juga perlu memperlihatkan sifat sebenar seorang kaunselor yang bagus semasa berada di hadapan klien iaitu Amira supaya kejelekitan dapat diwujudkan serta dipupuk sejak permulaan sesi kaunseling lagi. Hubungan yang positif antara kaunselor dan Amira membolehkan Amira meluahkan masalah dihadapi tanpa berasa ada sekatan atau halangan untuk diluahkan. pemikiran yang mantap dan mempunyai personaliti yang baik dalam membantu Amira sebenarnya secara tidak langsung akan dapat mewujudkan hubungan positif antara diri kaunselor dengan klien iaitu Amira. Segala luahan perlu diterima dan didengar dengan teliti oleh kaunselor yang terlibat.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Rajah 2: Faktor perkembangan positif individu Kaunselor yang mempunyai keikhlasan hati.

Selain itu. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat 21 . Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Sebelum sesi kaunseling dimulakan.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Rajah 1 menunjukkan kemahiran-kemahiran asas kaunseling.

kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam sesi kaunseling. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas. ruang untuk berkomunikasi. pada jarak ini segala bentuk 22 . jarak yang ideal ialah 1-1. bising. suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan. suasana terapeutik. Kemahiran membina hubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Antara aspek yang ditekankan ialah Pembentukan suasana yang kondusif. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra. Keselesaan ini merujuk kepada suasana yang bebas dari gangguan seperti bau. jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat. kedutan dahi. sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. suasana yang aman dan tenang tanpa ganguan akan wujud dengan sendirinya. Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula. suasana ini adalah suasana yang teraputik. ekspresi muka.5 meter. Jarak atau ruang untuk komunikasi merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor. penghayatan perasaan dan pembentukkan idea tanpa rasa terancam.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Kemahiran ini penting untuk membawa untuk membina kepercayaan antara klien dan kaunselor. senyuman dan cara cara duduk dalam kaunseling. setelah suasana yang kondusif dipenuhi. dan kedudukan perabut. pergerakan tangan dan kaki. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata. dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat kaunselor. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif. adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. penampilan diri. . kontak mata. nada suara. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya. Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan kaunselor. Oleh itu. saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. susun ataur kerusi. muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.

mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman. terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan. Manaf. kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya. Contoh dialog adalah seperti dibawah : Kaunselor Hassan Kaunselor Hassan : Kamu apa khabar hari ini? : Baik : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling : Sama-sama Kemahiran Mendengar dengan aktif merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. maka komunikasi tidak wujud. Di dalam konteks kaunseling. Saya ada cakap begitu tadi. Penerimaan tanpa syarat merujuk kepada penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor terhadap klien. Kamal Abd. (1996) merumuskan bahawa tanpa perhatian. perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak. Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klien. kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. . Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. bahasa tubuh klien semasa bercakap juga patut diperhatikan sama. Selain dari tutur kata. betul? 23 Hassan : Betul. bahasa badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien. Perkara ini dipersetujui oleh Reik (1948) yang pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan “mendengar dengan telinga ketiga”. Personaliti dan bahasa tubuh kaunselor. Dalam hal ini. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien. Contoh kemahiran mendengar secara aktif adalah seperti berikut: Kaunselor : Sebentar tadi kamu ada memberitahu bahawa kamu berasa gementar untuk melakukan pembentangan sejarah.

Contoh kemahiran dorongan minima adalah seperti berikut: Hassan :Saya berasa bahawa saya tidak dapat melakukan pembentangan dengan baik . wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti ‘Mmm! Mmm!. Kaunselor : hmmm…. Kaunselor : Tidak mengapa.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. (sambil mengangguk kepala) Kemahiran pendedahan Kendiri digunakan oleh kaunselor apabila beliau berhajat agar klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Maklumat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. 24 . Hmm! Hmm!. Contoh dorongan minima seperti menganggukkan kepala. Cikgu dulu pun pernah menghadapi situasi seperti kamu. senyuman. Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor menceritakan kisah kaunselor dari segi pengalaman yang pernah dilaluinya. saya berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan sejarah kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi. Hassan : : Cikgu. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada orang lain.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Kemahiran menyoal terbahagi kepada dua iaitu penyoalan terbuka dan tertutup. penjelasan. Manakala. saya selalunya berkeyakinan tinggi untuk melakukan pembentangan. Dalam peringkat penerokaan. mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor. soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Namun begitu. Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu. kenapa kamu rasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan pada kali ini? 25 . ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai. Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja. Contoh kemahiran penyoalan adalah seperti dialog di bawah: Kaunselor : Adakah kamu sering merasa gementar untuk melakukan pembentangan sebelum ini di sekolah lama kamu? Hassan : Tentunya tidak. dan huraian yang panjang lebar. Oleh yang demikian. dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Mankala soalan terbuka pula bertujuan untuk menjemput perbincangan.

membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi. Konfrontasi digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Tujuan konfrontasi mengikut Abdul Rashid Mohamad (2000) adalah untuk membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu. membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan. tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. konfrotasi hendaklah dielakkan. helah atau salah interpretasi. yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Konfrontasi merupakan satu kemahiran asas kaunseling yang berupa kata-kata yang boleh mencabar perasaan. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. saya akan mendapat markah rendah untuk pembentangan sejarah nanti? mereka menganggap saya betul-betul tidak layak dan tidak berguna? Kaunselor : Awak telah menyatakan beberapa kali bahawa awak boleh buat dengan baik dalam pembentangan tersebut. menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien dan supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu. Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. rasionalisasi. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satusatu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya. Hassan : Adakah betul cikgu. tetapi mengapa kerap kali awak bertanya tentang mendapat markah yang rendah? 26 .

Dalam hal Hassan guru perlu untuk memahami Hassan tentang apa sebenar yang dihadapinya. Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor. Kaunselor : Cikgu faham perasaan Hassan. Di samping itu juga. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Kemahiran Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk berkomunikasi dengannya. (2002). lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Selain itu. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan . 27 . Contoh kemahiran empati antara klien dan kaunselor ialah : Hassan : Saya berasa amat gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan sejarah kerana takut mendapat markah yang rendah. kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul memahami masalah klien. Sebagai kaunselor. kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas.. ia juga memberikan peluangkepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Selain itu Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh klien. kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Kesenyapan ini memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. menurut Aziz Salleh.

Ia adalah keadaan apabila klien memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan. Tekanan yang kamu hadapi bukan sahaja disebabkan masalah tersebut. Saya perlu untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut . Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Kemahiran meminta penjelasan merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi. Hassan : tekanan hidup yang saya alami ini hanya tuhan yang tahu Kaunselor : Saya faham apa yang kamu rasa. Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan 28 . Kemahiran membuat interpretasi ialah apabila kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak nampak semasa berbincang. Contohnya : Kaunselor : tadi kamu kata kamu betul-betul ingin mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut? . Tetapi juga masalah yang lain.Hassan : Betul. Kemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klien. kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.

Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. 29 .BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling contohnya: Kaunselor : sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka. saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung. Secara dasarnya. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

30 . Saya amat bersyukur kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Walaupun begitu masih terdapat sedikit kekangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat kerana pada masa yang sama saya sedang menjalankan praktikum. Pada masa inilah kita mempunyai sedikit masa yang lapang untuk menyiapkan tugasan ini.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 REFLEKSI Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya yang telah memberi saya kekuatan dan nikmat masa lapang dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Oleh itu saya perlu untuk membahagikan masa dengan sebaiknya untuk membuat tugasan ini.

Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu teori yang digunakan digunakan dalam sesi kaunseling. fokus tugasan adalah dalam aspek kajian kes yang memerlukan saya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang bernama Hassan. saya dapat siapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata. saya terus membacanya dan saya mendapati soalanyang diberikan sangat sukar. saya juga sedang menjalankan praktikum yang sudah pasti mempunyai banyak kerja dan komitmen yang perlu diselesaikan. Pada mula saya mendapat soalan tugasan ini. saya sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Oleh itu saya perlu mengagihkan masa dengan sebaiknya supaya semua kerja dapat diselesaikan tanpa sebarang kelewatan. Saya juga berharap tugasan ini dapatlah memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan oleh pensyarah. saya telah mempelajari cara untuk membahagikan masa dengan betul kerana semasa menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini juga. Melalui tugasan ini berbagai ilmu yang sangat berguna kepada saya dan rakan lain terutamanya tentang bimbingan dan kaunseling.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 Dalam kerja kursus ini. Oleh itu saya mula berasa takut dan bimbang samada saya mampu untuk menyelesaikan tugasan ini mengikut kehendak jawapan atau tidak. 31 . Alhamdulillah berkat usaha saya dan rakan . InsyaAllah segala ilmu yang saya peroleh ini boleh saya aplikasikan apabila berkhidmat sebagai guru kelak.rakan berbincang untuk mencari solusi kepada masalah yang dihadapi oleh Hassan ini. Selain itu melalui tugasan ini juga saya dapat mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh murid dan cara untuk menyelesaikannya.

Meteor Doc : KualaLumpur.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 RUJUKAN 1.Teori Kaunseling & Psikoterapi Edisi 4. 3. 2. Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Amir Awang (1987). Zainal Abidin Ahmad (2009) Bimbingan dan Kaunseling . Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. Penerbit USIM 32 .

blogspot. 6.com/2010/08/teori-rasional-emotif-terapi.com/2010/02/rasional-emotif-terapi.blogspot. Bimbingan dan Kunseling. EA Ah Meng. http://vanronnbiaro. Lee Keok Cheong .com/2010/02/teori-rasional-emotif-behavioral-terapi.html 33 . Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Suppiah Nachiappan & Taqqudin Abd Mukti. Ee Ah Meng ( 2003 ). 5.html 8. http://sudutpsikologi. Oxford Fajar.html 7. http://mazitakaunselor.blogspot. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU307 3 4.