Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

MUHD HANIF BIN ZAKARI


Alhamdulillah, dengan berkat kurnia-Nya berjaya juga saya dan rakan-rakan
menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jaya dan mengikut masa yang
ditetapkan. Tugasan bagi subjek Bahasa Melayu semester ini adalah berkenaan
sistem ejaan dan bahasa komunikasi bertulis. Menariknya, di akhir tugasan kami
perlu melaksanakan penyampaian berita dan juga iklan selingan umpama berita
yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kesemuanya merupakan suatu perkara
baru yang akhirnya memberi satu pengalaman dan kepuasan tersendiri apabila
melihat hasil rakaman berita.
Untuk menyampaikan berita yang baik, sememangnya teks yang baik amat
diperlukan. Bagi menyediakan teks, saya telah mencari video berita di internet selain
membuat pemerhatian dengan menonton berita di kaca televisyen seperti Buletin
Utama, Berita Awani dan Berita Terkini. Apa yang saya perhatikan, perkara-perkara
utama yang menjadi topik hangat seluruh negara dijadikan berita utama negara
seperti berita kematian ahli perniagaan, Datuk Sosilawati baru-baru ini. Berita-berita
yang hendak disampaikan disusun mengikut kadar kepentingannya bagi menjadikan
berita yang disampaikan berjaya menarik penonton. Begitu juga dengan berita sukan
yang akan dimulakan dengan berita sukan dalam negara diikuti berita sukan luar
negara.
Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya berpendapat bahawa penyampaian
berita adalah suatu perkara yang senang dan boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya. Namun begitu, setelah mula mengkaji mengenai tajuk tugasan ini, saya
mula mendapati pendapat awal saya silap. Saya mendapati sebelum menyampaikan
sesuatu berita, penyampainya harus membuat bacaan mengenai berita yang ingin
disampaikan selain menyediakan teks yang sesuai agar bahasa yang digunakan
jelas dan sesuai untuk semua lapisan umur di seluruh negara. Di akhir pelaksanaan
tugas saya mendapati bahawa tugas penyampai berita bukanlah suatu tugas yang
harus dipandang remeh apatah lagi negara kita yang mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum. Segala yang akan disampaikan harus dipastikan terlebih dahulu
sesuai dan yang paling penting isi berita tidak menyentuh sensitiviti kaum.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya mendapati komunikasi adalah


perkara terpenting dalam menyampaikan berita. Komunikasi bukan sahaja mengenai
bahasa yang digunakan tetapi juga mengenai nada suara yang digunakan.
Kebijaksaan penyampai berita menggunakan nada suara yang sesuai bagi
menyampaikan berita mampu menarik perhatian para pendengar. Komunikasi yang
berkesan mampu menghidupkan suasana dua hala antara penyampai berita dan
pendengar.
Saya bersyukur kerana sepanjang menjalankan tugasan ini tidak banyak
kesukaran yang dilalui kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakanrakan saya. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada mereka
yang begitu banyak membantu dan memberi dorongan serta tidak lupa pensyarah
pembimbing saya yang mana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami.
Akhir kata, tugasan yang dilakukan memberi pengalaman dan ilmu yang
begitu berharga kepada saya. Begitu banyak perkara baru yang saya dapati
sepanjang menjalankan tugasan ini. Saya berharap pengalaman dan ilmu yang
diperoleh akan dapat saya gunakan ketika saya bergelar seorang guru kelak.