Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

ISMAIL BIN MORAD


Assalammualaikum W.B.T, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana
dapat juga saya dan rakan-rakan menyempurnakan tugasan kerja kursus berasaskan
ilmu (KKBI ) ini dengan lancar dan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada.
pensyarah Bahasa Melayu kami En.Bahtiar bin Omar di atas nasihat dan tunjuk ajar
yang diberikan dan tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang lain diatas komitmen
yang diberikan.
Terdapat tiga prosedur pelaksanaan tugasan projek ini, iaitu pemerolehan ilmu,
penguasaan ilmu dan pemindahan ilmu. Bagi pemerolehan ilmu, kami telah
bekerjasama mencari maklumat mengenai keselarasan vokal, diftong dan konsonan
berangkap dari pelbagai sumber

media cetak dan elektronik iaitu buku-buku dan

internet. Daripada maklumat yang kami diperolehi, kami gunakan untuk menjelaskan
maklumat tersebut secara lebih teperinci. Kami juga sering merujuk kepada pensyarah
penasihat bagi membetulkan cara penulisan ilmiah kami agar lebih sempurna. Berkat
kerjasama ahli kumpulan dan tunjuk ajar pensyarah Bahasa Melayu kami, tugasan
pemerolehan berjaya disiap pada tarikh 24 ogos 2010.
Dalam tugasan pemindahan ilmu, kami dikehendaki menghasilkan satu teks
berita televisyen yang memperlihatkan sistem ejaan, penulisan kata dan bahasa yang
tepat. Pada mulanya kami agak buntu untuk menghasilkan teks berita tersebut kerana
masing-masing tidak mempunyai pengalaman dalam menyampaikan berita. Namun
hasil daripapada ketekunan setiap ahli kumpulan kami saling bantu-membantu
menghasilkannya dengan melihat beberapa video penyampaian berita di internet dan
televisyen. Alhamdulilah akhirnya kami Berjaya menghasilkannya.
Daripada tugasan ini, saya mendapati bahawa kemahiran bahasa dalam
komunikasi sebagai seorang guru amat penting. Sebagai seorang guru. proses
komunikasi di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama

ada dengan pihak pentadbiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling
utamanya adalah interaksi antara guru dan pelajar. Proses komunikasi ini tidak terikat
dalam bentuk sehala sahaja dan lebih menarik jika proses komunikasi dijalankan
secara komunikasi dua hala di dalam bilik darjah. Malah ada masanya, guru juga
bertindak sebagai penerima dan pelajar pula bertindak sebagai penyampai. Ini
bergantung kepada proses interaksi yang dicorakkan oleh mereka. Disamping itu, para
guru juga haruslah menguasai kemahiran bahasa yang betul dalam komunikasi agar
dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian yang penuh di dalam kelas.
Akhir kata, tugasan ini telah banyak membantu saya menigkatkan kemahiran
bahasa dalam komunikasi selain pelbagai pengalaman dan ilmu yang baru dapat kami
pelajari. Sememangnya tidak dapat dinafikan pelbagai kepayahan dan kesulitan yang
telah saya tempuhi dalam menyempurnakan projek ini. Namun semua ini saya jadikan
sebagai satu cabaran yang patut ditempuhi sebagai bakal pendidik pada masa
hadapan.